My Princess

Lilypie - Personal pictureLilypie Third Birthday tickers

My Prince

Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers

My Sweetpie

Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers

Khamis, 25 Disember 2014

Saujana Utama, Kajang New Day Care..

Bismillah...
Allahummayassir,walatuassir.

New day care opening soon..

Location: Saujana Impian (lebih kurang 15 min dari rumah saya)
Fees:
0-1yr RM300
1-2yrs RM250
2-4yrs RM230
Registration fee: RM50
OT: RM5/child/hour

Want more special charge?
Bring another successful registered parent, get less 5% for 1st two months fee.

Kindly contact me for further info: 012-3198691

Success doesn't come to you…you go to it

Khamis, 18 September 2014

My keyboard stories. Feeling blessed, Alhamdulillah.


Balik dari kerja semalam, mak ni kalut masak kat dapur sambil kendong Hani dalam carrier, tangan kiri kanan macam octopus. Harraz suka-suka punggah peti ais tanya ni apa tu apa.
Stress mak anak, tak tau nak melayan mana satu. Ikan goreng atas dapur, tangan potong sayur mulut tak diam melayan hero tu.

Hannah, tolong ambilkan bawang dalam peti ais, berlari Hannah & Harraz berebut nak tolong ambilkan bawang untuk mummy. Haihhhh bawang dah sekerat je pun nak gaduh.

Hannah dah ke depan layan tv. Harraz masih lagi berminat dengan barang-barang dalam fridge. Nasib la peti ais dua pintu kalau tak satu kes lagi susu adik pula bole rosak.

Mummy nah air untuk mummy. Harraz jadi distributor Vitagen pula. Selongkar peti ais jumpa Vitagen. Siap cucukkan straw bagi semua orang. 
Touching mummy tengah peluh-peluh anak offer air sejuk. 

Tengok! peti ais tak tutup dia dah hilang mengadap tv.
Harraz, kenapa tak tutup peti ais tadi???
Harraz dah tutup la mummy. Tengok tu. Apa la mummy ni.
Hurmmmm dia tak tau padahal mummy yang tolong tutupkan tau. Confident je.. Tak aci awak ni!

Hannah nampak cube tomyam ada gambar udang. Dia cakap dia nak makan udang.
Hannah sangat suka udang. Ikut atok gamaknya yang memang surrender saja kalau dengan udang. Ye lah.. dah rumah mengadap Sungai Perak, mana taknya udang galah kaler biru je hari-hari masa kecik dulu. Tapi ajaibnya orang lain makan udang bole gout  tapi ayah cool je. Dapat gout dari sumber lain pula.

Daddy pun hantu udang jugak, but he much prefer beef instead.

Ok lah, lepas daddy balik kerja kita beli udang. Kenkononnya nak beli ayam je sebab lauk basah dah abis. Tembam pulak udang kat kedai ni. Timbang udang RM33.80. Ermmm mahal! Tak pe lah.. Anak nak makan, pejam mata je. Kalau mainan tu bole cancel lagi tak yah beli pun tak pe.

Hannah suka makan kari. Yang ni ikut gene mummy. Nak lari mana kalau dah memamg ada keturunan India mari, kari tak dapat la dipisahkan. 

Ada tak orang masak kari udang campur rebung? Ke nak digulai lomakkan udang dan pucuk ubi? 
11.40am mak dah berfikir menu makan malam nanti. TYPICAL!!!! 

Hani dah nak masuk 6 bulan Ahad ni. Pe'el pun dah lain. Super clingy, penyakit manja-manja busyuk mummy dah menurun dari Hannah ke Harraz sekarang dah sampai Hani. Sedih benar menangis bila mak tak layan. Nak melekat je macam kangaroo. Berbaloi la mummy tipu daddy masa beli SSC dulu. 
Masa minta izin, I cakap harga dia 100++ je. Bole kan?
Bila dah dapat, baru I bagi tau harga dia 400. Terkedu pejam mata kejap la.
Seee I tak sesiakan 400 you tau. 

Saya sedang dalam misi sentiasa lembut hati melayan kerenah anak-anak yang hebat ni. Bersyukur mereka dipinjamkan untuk saya dan suami. InsyaAllah amanat ini akan kami usahakan yang terbaik untuk dunia dan akhirat.
Amin.

Success doesn't come to you…you go to it

Rabu, 10 September 2014

High class powerful sensors well said.

Husband dear: Nanti kalau rajin buatkan la nasi goreng esok pagi ye.
Wife dear: Ok yg. Kalau sempat ye. Sebab, tau je la anak-anak tu macam mana. Sesungut power!

Since daddy masak nasi over banyak semalam memang saya dah plan nak buatkan nasi goreng sardin fav daddy pagi ni. Even tak sempat pun I planned nak simpan dalam freezer dulu petang nanti kita gorengkan saja untuk dinner me and anak-anak. Daddy keja malam, no point nak memasak beria.

Anak-anak saya ni special sikit sensor diorang. Once mak keluar bilik je fume badan tu pun ikut keluar agaknya, tak sampai lima minit bakal berbunyi la salah seorang. Bila seorang dah menangis, dia akan jadi macam tangisan berantai sambung pulak dekat yang lagi sorang.
Funny tau! Tapi rasa geram pun iye juga sebab kenapa kena menangis bila bangun tido??

Pagi tadi saya baru je keluarkan ingredients dari peti ais, tak sempat buat apa pun Hannah dah menangis sambil turun tangga. Dia tahu mummy kat bawah. As usual, Harraz pun menyusul. Tak faham jugak kalau nak dikaji balik. Dari pukul 6am mummy dah bangun, solat, susukan baby Hani bukan main lena lagi masing-masing tido. Sikit pun tak berbunyi. Macam mana ke sesungut kamu ni wahai anak?

Dah biasa kena...

Finally sempat juga saya siapkan nasi goreng sardin untuk daddy dan milo panas atas meja by the time daddy reached home.
Enjoy  your peaceful breakfast at home dear. 

いただきます!!


Success doesn't come to you…you go to it

Demand Vs Supply, Shaklee and enjoy breastfeeding.


I am a working and exclusively breastfeeding mother of three. Since been introduced to Shaklee by one of a friend of mine, I  am happy with the supplements right until now. Been trying to many other types of brands too but personally I am comfortable with the combinations from Shaklee; not only for breastfeeding purposes. 

Saya bukan pembeli tegar yang setiap bulan order supplement. Tapi rasanya tak pernah putus walaupun at least ada one type of them. My constant intake should be ESP, B Complex, Alfalfa, Ostematrix, Vitalea. I believe semua pun dah well known dengan advantages and benefits of each. Tak perlu kot nak explain lagi.

I would say everyday at least 15oz EBM is a must during working hour. Supply vs demand concept, pump every 2-3 hours. Kalau buzy pun i will still make it compulsory macam solat wajib.  EBM i pun tak la mewah sampai penuh fridge. Alhamdulillah I still managed to EBF my eldest until 2yo++, my second at 1yo( forcedly weaned) and now working hard for my third baby, 5M3W++.
Also thank you very much to husband dear for your endless and lovely support. 

Baru-baru ni kata Shaklee support Israel. I tau benda tu just saja x nak kecoh. Kita baca, ambil tahu and we knew what to act. Let HIM judge the truth. 

Success doesn't come to you…you go to it

Sabtu, 6 September 2014

#workingSaturday #kejetakde #japancuti #takbest

Assalamualaikum.

Since my last post, Hani dah almost 6mo pun sekarang. Shes a grownup healthy and beautiful baby indeed.
Alhamdulillah.

I bet there were too much of 'somethings' happened, but alhamdulillah we still together sailing the boat. 
Ramadhan passed by,
Hari Raya passed by,
Dear brother already married,
Perang gaza,
MH17,

What a world!

What i can say is uncountable Alhamdulillah. Semua yang DIA rencanakan adalah yang terbaik. I believe!  The best for me, the best for dearest husband and the best for the family. Semoga kami terus istiqamah demi kebaikan dan kebahagian anak-anak yang tiga orang tu.  

Atok dah rindu cucu. Lepas mummy keje jap lagi kita balik kampung. Pantas lah pukul 12.30 tengah hari. I nak cabot!

Wajah-wajah kesayangan saya!






Success doesn't come to you…you go to it

Rabu, 28 Mei 2014

They love it. Me feel worth buying.

Bukan nak promote sebab Shaklee memang dah well known seantero negara kan. Just nak cerita apa yang lain dari selalu.
Saya ni nama je Shaklee Independent Distributor tapi lebih untuk pakai sendiri je. Sape nak beli saya tolong.

Semalam the 2nd night saya bagi susu+mealshake untuk Hannah dan Harraz. Malam 1st tu tak habis pun. I thougt tak sedap, tak kena dengan tekak. Tapi bila malam tadi masing-masing cakap nak susu lagi, i guess semalam mereka sebenarnya dah kebuntangan. Mana taknya tak cukup mummy masak nasi ayam express, milo,ice cream semua dah masuk perut sebelum demand nak susu pula.

Sedap la agaknya kan susu +mealshake. Tak sempat duduk, sambil berjalan Harraz minum susu. Pagi tadi on the way to school Harraz makan bun sampai habis. Agak amazing jugak sebenarnya.

We'll see how mealshake progress to the kids.

Personally, semua benda ada pros n cons. Tak kira la sebagus mana pun supplement tu, tapi kalau cara consume tak betul mesti akan bagi bad effects juga. As for me, kalau nak campur brand, study dulu. Either supplements tu untuk cover your daily intake of vitamins and minerals or to cure from something.

That is how i did when to manage with the sipplements and jamu for my little family.

Semoga kita semua sentiasa dikurniakan kesihatan yang baik sahaja. InsyaAllah.

Success doesn't come to you…you go to it

Khamis, 22 Mei 2014

My lonely me time.

Erm.. Kat facebook banyak orang post cerita2 pasal family, kisah husb and wife, cara-cara didik anak. Ada yang saya rajin, saya baca. Kalau panjang sangat, baca mana yang sempat saja.

Hannah, Harraz dan Hani dah tido. Hari demi hari, saya semakin dapat adapt macam mana nak survive bila daddy keje. Alhamdulillah.

Harraz suka kacau adik dia. Bila kita tegur macam air je lalu kat telinga. Geram!! Macam2 cara dah saya tegur dari yang lembut sampailah ke gaya mak tiri. Tetap tak makan saman. Kadang-kadang boleh buat saya hilang sabar. Tapi cepat-cepat saya istighfar sebelum datang meroyan, ingat anak-anak ni Allah pinjamkan je. Sabar.. Lembutkan hati sekali pun marah. Allahhuakbar!!

InsyaAllah, semoga saya diberi kesabaran dan kekuatan yang terbaik untuk menyayangi ketiga-tiga anugerah mu ini.

Sweet dreams sayang-sayang mummy. Assalamualaikum.
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Rabu, 21 Mei 2014

Little H the 3rd.

As today, she is already two months young.

Syukur alhamdulillah she has safely arrived by normal birth.
4 days overdue from her EDD. Then mummy requested for induce labor. I fully cannot differentiate between natural contraction pain and induced forced contraction pain. Sama je kot dua2 pain jugak.


Name: Hani Qairina Binti Mohd Amli (Hani:yang tenang, mudah, gembira; Qairina:kebaikan)
Weight: 3.0kg
Date: 21 March 2014 (Friday) 5.45am
Venue: KPMC

Banyak jenis labour yang saya dah rasa rupanya. Emergency C-sec labor from Hannah, normal contraction lead to normal delivery from Harraz and now induce labor from Hani. What is next?? We`ll see later. Haha...

Kali ni daddy tak mengelat. Finally daddy was at my side by the time she popped out. Luckily daddy tak pengsan. Berdoa banyak dah kot sebab daddy psycho dengan darah. I knew it.

Success doesn't come to you…you go to it

When the triple H at home.

Sedar tak sedar saya dah jadi emak beranak tiga.
Havoc kecoh becok riuh; complete to imagine our little castle nowadays.
Stress?? Letih?? Marah?? tak usah cakap la. Kalau ikutkan perasaan rasa macam nak lari atas bukit menjerit sekuat hati. Erm.. I tak over yeh. Tapi honestly truly itu lah perasaannya when a working mummy yang baru balik kerja, but daddy pula baru nak keluar pergi kerja.
Meaning that I have to handle the triple H alone all night long..

Lupakan saja letih kerja di ofis siang tadi, kumpul tenaga baru di rumah pula.

Tapi, se-stress mana pun mak, se-garang mana pun mak, se-letih mana pun mak, kuasa Allah maha mengasihani. I believe not only me, every mothers who also facing the same situation, they surely can handle everything smoothly, at the end all the kids sleep soundly by your side.

Bila dah masuk tido, maknanya mereka dah makan, minum susu, tukar diapers bersih, tukar baju bersih. The huge challenges were when to prepare all these for the kids . When nobody to look after the baby while me cooking for dinner. Where at the same time the big brother and sister urged for this, want for that. 
The baby is hungry, so do the brother and sister but the way to feed them are not same. Then later on the house will full of mess everywhere. Sakit kepala kan? Sakit mata kan? Hihihi.. 
Redha!!

Masa tu kan baru lah tersenyum sorang-sorang perhatikan anak-anak tido. Dari riuh rendah sekarang dah senyap sunyi. Hebat kan.. 

Kalau dulu saya takut macam mana nak handle anak tiga, tapi sekarang semua tu adalah pengalaman manis yang akan saya tempuhi setiap hari. Allah maha mengetahui segalanya. 

Take it easy, having fun with all the chaos, enjoy the sounds of your kids crying and screaming while you still alive and healthy. Alhamdulillah anak-anak adalah rezeki Allah untuk saya.




Success doesn't come to you…you go to it

Selasa, 4 Mac 2014

My baby girl is now 3!

Daddy is on his way to work place, 12.30am. He took half day EL today, brought Harraz to clinic due to mild fever.
I told husband let me know once you reach office then only I will go to sleep. Mata dah tak larat nak bukak ni tapi I tetap tunggu sebab risau daddy drive sorg2 to Cyberjaya at this hour.

Last Sunday was Hannah Qaisara 3rd birthday. No super special birthday party. Mummy dah tak larat nak handle. Hannah nak pergi KLCC.. Hurm jauhnya.. Malam2 pulak ni. So daddy bodek Hannah pergi Putrajaya je right after blanja her dinner.
Good choice instead sebab malam minggu, meriah dekat dataran Putrajaya. Both my children were having fun the whole night and only fallen asleep at 2.00am that day. Luckily tomorrow is Sunday so its forgiven.

We just bought her a birthday cake and cheerful out loud of birthday song by us, our small little family; mummy-daddy-harraz and the birthday girl; Hannah Qaisara.

Now I believed everything will happen naturally when the right time comes. No dictator potty training, and by the time she reached her 3rd birthday she passed her potty training excellently.
Penat mak ni stress mcm mana nak train Hannah poo poo dalam toilet bowl instead of wasting fresh diaper just for that job.
Alhamdulillah, I am happy.

She still in progress learn to write alphabets and numbers. Practise make perfect. Hari-hari Hannah rajin tulis ABC and do colouring.

InsyaAllah mummy doakan someday kakak berjaya jadi doctor muslimah. Like you always said" nanti kalau mummy dgn daddy sakit, Hannah bagi ubat ye".

Remember darling, you always be apart of my heart, my soul and my life. Happy Birthday!
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Rabu, 12 Februari 2014

she turns up. erm...

I cuti semalam. 
Adalah satu nikmat bila kita pergi martenity checkup dengan husband.
Thank you dear husband even you melalut sebab panas and menunggu lama tapi i redha je sebabnya cakap masa hari panas. 2 minit ilang la. hahah... tak lut pun.

Nak jadi cerita masa dekat KK Seri Kembangan dua orang nurse belek perut tak jumpa heart beat baby. So diorang conclude unstable, puan kena jumpa doctor. Hurmm... okeh.
Doc scan and just showed me the blup blup of the heart on screen. I pun ok je tak tanya lebih sebab dah lama kot. Letih. 

Estimate berat baby is 2.6kg. size is lebih kurang betul ikut EDD. Sebabnya kali ni my EDD is just based on scan semata.
The doc suruh I refer Hosp Serdang suruh buat CTG pula. Haishh.. Ni la yang buat kena sembur dengan husband masa tengah panas kan.

Next app 2pm at KPMC. By the time I showed him surat refer Hosp Serdang tu was around 11.30am. Haaa macam peluru la keluar bebelan suami saya sebab nak ke Serdang tu je menunggu dah satu hal lepas tu dah terkejar nak ke KPMC pulak. Kenapa tak CTG dkt KPMC je skali karang? Ok..Ok... -silent mode-

Bila jumpa Doc Mimi dekat KPMC baru dia bagi tau kenapa pagi tadi heartbeat baby tak dapat nak detect stable.
Sebabnya kepala baby dah terpusing ke atas. The doc pun tanya I that doc tak de inform you apa2 ke?
Seriously it scares me a lot. 
Kalau before 30 weeks I dunt mind sebab baby buat somersault adalah perkara biasa since masih kecil and banyak ruang dia nak bergolek. 
Tapi kalau dah 35 weeks theres no way for doctor to help you to turn the baby. Only naturally will do. 

Babycenter.com pun cakap benda yang sama.

Your baby doesn't have much room to maneuver now that he's over 18 inches long and tips the scales at 5 1/4 pounds (about the size of a honeydew melon). Because it's so snug in your womb, he isn't likely to be doing somersaults anymore, but the number of times he kicks should remain about the same.

Sebelum ni dah ok je baby dah cephalic cuma belum engage ye la awal lagi kan.. Tup tup semalam dia breech position dalam space yang kecik tu.

Hurm... baby sayang, you main apa sampai tergolek songsang ni. Pusing la balik anak... help mummy please. 

Doc Mimi advice, the other way that may helps is masa you solat. From ruku' to sujud dia akan tekan cervix muscles, insyaAllah baby boleh pusing naturally. Sebab even at this stage dia boleh pandai tergolek ke atas, she should know to tergolek bawah balik. 
I really really wish she can do it.

Owh btw, this time doc said she is a girl. Last time just by her prediction and mummy instinct only, may be she is a girl. Not he is a boy. :D
So insyaAllah Harraz dapat adik girl.

Next two weeks i ada schedule appointment yang sama macam semalam. Pagi di KK Seri Kembangan, petang O&G KPMC. Senang sekali harung on the same day bole cuti. Ngengenge...

Doc Mimi dah arrange dengan specialist Dr Jamil. Masa tu i will be in 37 weeks. Kalau baby masih breech, possible Dr Jamil akan terus book untuk cser again...

Sejujur-jujurnya saya berdoa Allah masih izinkan saya untuk normal delivery kali ni. Bersalin cser memang tak sakit masa delivery tapi I dah ada experienced macam mana rasa lepas cser and the painful bila you get pregnant again. 

I can't immagine kalau tempat lama kena toreh balik sedangkan ngilunya masih terasa sampai sekarang. Hurmm tak tau nak explain macam mana tapi great kudos to few of my friends yang experienced semua anak cser delivery and ada yang tiap2 tahun bersalin cser limited 4 orang, doc suruh tutup kilang terus. :D

Tipu la I tak nervous nak tunggu jumpa specialist nanti sebab semuanya will be finalize on that day.
Harapnya baby good girl tau apa yang mummy rasa and mummy fikir, then she will turn down back to normal position.

Rabbi Yassir Wala Tu'assir.
Ya Allah, permudahkanlah urusan ku, Permudahkanlah jangan disulitkan.

Success doesn't come to you…you go to it

Khamis, 6 Februari 2014

On deciding the best maternity package.

Will be entering 35weeks in a few days, means another 5 more weeks to go more or less. 
Baru nak panic decide deliver kat mana. 
Kalau sebelum ni my first two babies were delivered at govt hospitals. I tak kisah pun bersalin dekat mana sebab I will only choose govt hospital yang baru je. Hehehe.. 
Kalau hosp yang dah lama ni building je dah cukup la buat lemah semangat. 

Hannah lahir kat Hosp Sg buloh. Hospital baru kan.. Emergency Cser lagi masa tu tapi i dilayan macam VIP sebab maklong orang kuat kat situ. 

Harraz pula lahir kat Hosp Serdang. Juga hospital baru. This time luckily i dapat normal delivery. So tak sempat bermalam pun dekat hospital, they approved my request untuk discharge on the same day since baby pun sihat. Husband temankan saya all night long masa dalam labour room and the next day evening I dah discharge. 
Masa tu my aunty yang babysit Hannah, so masa i bertarung nyawa Hannah selamat ada dengan Makchek. Saya tak worry.

Then..... kali ni macam mana?
I have Hannah and Harraz yang saya risaukan and of course at the same time i need my husband along all the time.
Rasanya this time we decided to choose private hospital due to very convenient visiting hour and the kids pun boleh tido sekali.
Hurmm nak pilih hospital mana pun jadi issue jugak. Of course the cost comes to matter. 

My 1st experience kan mana nak tau bila sepatutnya kena decide. Bila 35weeks baru nak buat appointment O&G specialist pun dah pening.

Semoga dipermudahkan segala urusan. InsyaAllah.
  
Success doesn't come to you…you go to it

Jumaat, 13 Disember 2013

2032 lambatnya lagi.

Saya dekat KK Seri Kembangan. Lepas dengar cerita maksu pasal one her friend's sister passed away due to complication during her 6mo of pregnancy. Insaf terus makanya saya disini pagi ni.
Kat sini ramai parent yg bawa newborn baby untuk checkup. Mak buyung pun ramai juga.
Seronok tengok gelagat masing-masing, lagi2 yang anak berderet macam I. Hehe.. Esok dah tiga macam mana la makin hecticnya keluarga kami.
Tak sabar pula rasa nak tunggu baby baru lahir.
Menunggu lah saya dengan sabar sebab 2032 masih jauh walaupun saya dah sampai sini dari 8.30am td.
Daaa...
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Khamis, 12 Disember 2013

kids & parenthood thingy..

Assalamualaikum..

I just read someone's blog on: 10 useful tips from a Child Psychiatrist
I can say apa yang psychiatrist tu cakap memang betul.
I strongly agree motor and sensory skills kanak-kanak ni cepat develop from practical practices.

I do believe all parents have their own best way to raise their child. So do I, although there must be surely lacked at somewhere.

Selalu jugak saya cerita dekat husband, kesian tengok Hannah. Saya tau dia pun nak macam kanak-kanak lain, play with `something in a box.' Memang purposely saya tak nak expose her to these kind of 'boxes' tapi bila tengok anak sendiri kesian je rasa.
Tapi hati suami keras, dia tetap jugak tak nak belikan. He would rather agree if i spend lots more on toys, books, food and playlands.

So far I tak de ipad, tak de handphone canggih. Just enough we have tv and computer with astro and unifi at home. 

Honestly I pernah bergaduh besar dengan husband just because of these kinds of gadgets. Dulu kan tak wujud pun smart phone ni. So kita lebih focus to each other. Tapi bila masing-masing pakai hp canggih, kejap2 msg fb masuk. kejap-kejap whatsapp masuk. Eventhough duduk sebelah pun tak bercakap just because sibuk main handphone.

Then my husband admit memang gadget ni semua boleh jadi addicted. Asal bunyi je kita akan focus lebih dekat yang bunyi dulu dari benda-benda lain. Bila tak de bunyi, kita pulak kejap2 cek, belek sana sini, browse itu ini. I sentap la kan. So from there dia cakap tak pe tak perlu tepon yg canggih biar dia pakai apa yang ada (walaupun screen pecah. hihi) . Tapi kalau I nak tukar dia tak kisah sebab katanya dia tau I tak macam dia. 

Erm... well still thinking for proposal cost, tapi at the same time i takut bila i pulak pakai hp hebat i akan jadi lagi teruk dari my husb sekarang.

Tapi kalau pasal my kids toys, most of their toys are concept toys. Colourful blocks, ABC, 123, set masak-masak which come into pieces each set. More on traditional kids practically. Cuma tak de outdoor nak main parit, panjat pokok macam daddy. Kalau ditaburkan semua mainan anak-anak rasanya boleh tak nampak lantai rumah. Sumpah saya stress bila mainan budak-budak ni berterabur satu rumah. Tapi dah sendiri beli bagi anak main mainan macam tu, sendiri la kena kutip dengan redha. :D

Honestly saya suka perhatikan Hannah dan Harraz bila diorang dah start heret bekas mainan, by the time they hold something, i can see that they were actually thinking;
 "apa kita nak buat dengan mainan ni.. macam mana ye kita nak main benda ni".
Their motor skills are spinning. Love that.

Vocabs pun saya selalu expose budak-budak ni manually. I would rather to keep repeating a word sampai Harraz boleh ikut. And it surprised me when i just got to know Hannah can say monkey, frog, dog and cat tu biasa la. Now I tengah train Harraz untuk sebut benda-benda tu semua eventhough nak sebut mummy pun tak lepas lagi. But at least he can make the sounds of dog, cow, tiger and cat.

Yang sedang masih dalam progress berusaha is to control my temper. Honestly I selalu selalu selalu complaint to my husb kenapa la anak2 ni macam tu, macam ni. Orang lain pun anak kecik jugak.. Tak de hal pun bila bawak makan kat luar, tak de hal pun rumah sepah-sepah over. 
Kalau orang tengok how we handle our kids aroud, orang pun rasa kelam-kabutnya family ni.

- :D :D :D -

Last Tuesday I had my company annual dinner. My officemate tengok je gelagat anak2 saya tak tak diam walau seminit. Sampai my friend cakap, "Nurul, i just nampak you duduk for one minute tak sempat makan then you dah bangun balik the kids want this and that.".
Kalau pergi kenduri, I tengok boleh je anak-anak orang duduk diam makan nasi. Tapi kalau kena anak-anak I, baru 10 min sampai, silap monitor sket confirm baju cantik dah jadi kaler lain.

I did some readings, searching macam mana nak handle anak-anak yang species macam ni. Alhamdulillah, the only solution i found is your kids are smart and brilliant. Selidik progress anak tu macam mana, then you will say big thank you and alhamdulillah. 
I slowly managed to adapt my anger and shouting tapi ada masa-masa terlepas jugak ciri-ciri mak tiri due to of many circumstances.

My wish, saya nak anak-anak saya even dah besar pun tak rasa malu nak manja-manja landing atas riba mummy. So from there, tak ada rahsia antara mak dan anak. Saya nak anak-anak saya tak de rasa malu dan takut nak cerita masalah. So that takkan ada lakonan sementara.

Apa pun, relax la pembelajaran masih jauh untuk kita jangka. Just try to learn and be the best for your children. Allah kan ada. As for ibu bapa yang waras, seharusnya kita nak kan yang terbaik untuk anak-anak. Usaha dan berserah kepada DIA. 

Ibu bapa yang tak waras je sanggup tinggal anak tak berbaju tepi jalan. 

~cheers~

Success doesn't come to you…you go to it

Khamis, 28 November 2013

Baru jentik sikit je..

Semalam fikiran saya sangat kusut. Hanya mampu berserah dan berdoa atas ujian yang datang.
Saya tahu, mereka yang diuji Allah adalah mereka yang Allah sayang.
Juga sebagai teguran dariNYA atas kekhilafan diri yang selalu lupakan DIA.
Bila lama tak ada dugaan yang diberi, takut juga Allah lupakan kita. Semakin kita hanyut, semakin kita lalai dengan keseronokan dunia. 
Setidak-tidaknya bila Allah uji, DIA nak sedarkan kita dari terus leka.

Alhamdulillah..
Pemikiran ini yang terus menguatkan saya.

Alhamdulillah..
Doa saya DIA dengar. Sesungguhnya DIA maha pemurah lagi maha mengasihani.

Semoga saya sabar dan kuat untuk menghadapi segala ujian yang mendatang.
Mohon diberi perlindungan kepada anak-anak, suami dan ibu bapa tercinta.
Amin..
Success doesn't come to you…you go to it

Rabu, 20 November 2013

Harraz mengamuk sakan!

Harraz was turned up cranky for almost one hour. Where only me at home, daddy belum balik kerja lagi. At no reason he mengada-ngada I tak tau dia nak apa. Seriously I was in stress tahap gaban. Segala jenis pujuk manja intan berlian, ayat Qursi apa semua tak jalan.

Since dah masuk Maghrib, I pekakkan telinga solat Maghrib dulu. I just sempat doa; 
Ya Allah, bantu aku.. Kau lembutkan lah hati anakku..
Tak sempat nak doa lain Harraz dah datang memanjat melalak-lalak berguling atas sejadah.

As usual, Hannah pun bangun ambilkan Quran for me. Thank you girl. This time I wont skip. I really need the Quran therapy for my son.

What I did was, I read Surah Toha (ayat 1-5). He still keep on tantrum at first, but then.................. 

By the time I habis baca ayat tu kali ke 3, Harraz terus diam. He came and lay down on me sambil tersedu-sedu. I asked kakak to bring Harraz milk. 

Finally, my little handsome boy; Muhammad Harraz Nazhan bin Mohd Amli terus tertido on my lap me still wearing my telekung.

A very big phewwwwwwwwwwwwwwwww for me!


Alhamdulillah. MasyaAllah... Kuasa Allah SWT.

Thank you very much my dearest GOD!.

Then only Hannah said;
 " Mummy nak makan. Kita lapar la."

Oh my... rasa nak luruh jantung bila anak minta makan. 

Then I told her;
 " kita tunggu daddy balik nanti kita pergi makan ok."

In a mean while, I gave her some biscuits and another round of 11 Oz of milk.

Ermm... bila daddy balik mummy kena sekolah sebab tak bagi anak dia makan. No need to wait for him then.

See Hannah... mummy jugak kena tau.

Uwaaaa.....

Success doesn't come to you…you go to it

Selasa, 19 November 2013

Random mumbles of my little family..

Bila mood ke laut, i pun start to do my baby baru list.
Anybody experienced for cloth diaper? Terasa-rasa macam nak cuba CD dekat baby baru.

Tapi.......................
1. I tak de maid yang nak handle cleaning the CD every day. I am not sure if daddy will approve kalau i put extra loads to his laundry job.
2. Bila tak ada maid, sure kena hantar baby ke nursery. Layan sangat la baby sitter tu nak handle CD. Kalau peepee saja tak pe, is fine terus masuk wet bag. Kalau poopoo tak rajinnya diorang nak bersihkan dulu. 
3. Not worth kot kalau apply CD setakat weekend saja.

Else......................
1. Kita boleh apply CD time baby tido malam at home. + during weekend can consider berbaloi mungkin.

Hurmm ada tak CD size XXL or XXXL? My little Hannah is almost diaper free, tapi terkantoi bila nak poopoo dan tido malam. Tido malam I tak regret sangat la sebab dia pakai sampai pagi. so worth to let the diaper get wet so badly. Kalau just pakai untuk poopoo yang tak berapa saat tu agak membazir juga lah. 
Macam mana ke nak buat bagi Hannah confident nak poopoo dalam toilet bowl. I dah belikan dia toilet seat cantik kaler pink, gambar fish. She only can pee by using it. Hurmmm...

Dia siap cakap "mummy baca la Hannah nak berak ni".

Ok I pun started to read my spell. Non stop ya! When i finished Hannah suruh baca lagi. Apa ingat I baca buku ke.
My magic spell yang tak berapa nak menjadi is,
 "Ya Allah, bagi la Hannah berak atas kerusi fish dia sebab Hannah dah besar. Hannah dah tak nak pakai pampers lagi. Hannah budak pandai. Amin.." 

Tapi bila kena ulang banyak kali still tak keluar jugak, letih la mummy anak. Spell ni menjadi untuk Hannah pee pulak.

Magic words untuk mandi pagi I mujarab. I cakap, 
"Air.. jangan la sejuk sangat. Kesian Hannah, Hannah nak mandi ni." 

Then Hannah pun mandi dengan mindset air tu tak sejuk. Hihihhi...
So when everytime dia nak mandi then air rasa sejuk, she will told me.. Mummy air ni sejuk la.. Then i read my spell for her. =)

Hurmmm while googling for bedung and barut baby, (barut baby yang lama I rasa dah tak cukup kot bilangan asal walaupun anak dah dua, MIA) suddenly came cross into my mind I was thinking where did i put my kids baby tungku. 

Penting tau sebab dalam tu I keep both Hannah & Harraz punya tali pusat plus with all the herbs ingredients yang I tak tau apa nama dia. So is very important to keep the umbilical cord of little adik too. 

Balik nanti cari dalam peti azimat. Harap-harap tak MIA juga.

Well, this pregnant lady is in 23weeks of her third pregnancy.
Bahasa senang is dah nak masuk 6 bulan dah...
Alhamdulillah she still strong to handle both her super genius brilliant hyper toddlers; a working mother and wife to her husband with no maid at home. 

Worth to share, i just got to know the powerful of Surah Al Imran ayat 200.
Trust me.. Cuba hafal dan zikirkan selalu, at anytime especially when you preparing meals for dear husband and kids. I used to read this bila Harraz mengamuk guling-guling. 
Also when they were soundlessly sleeping.
Juga, saya baru tahu doa ni untuk pasangan kita, InsyaAllah, Allah bantu kukuhkan rumahtangga dan kasih sayang suami isteri. Alhamdulillah.. Tak semena-mena kan.. (";) 

"Hai orang yang beriman. Bersabarlah kamu dan kuatkanlah kesabaran kamu dan bersedialah dan bertakwalah kepada ALLAH supaya kamu berjaya" - ayat 200 Surah Al-Imran.
Pendek je ayatnya dan senang nak hafal. 
Actually ia doa untuk pelembut hati dan perasaan. InsyaAllah I pun amalkan untuk diri sendiri instead of beria nak suami dan anak yang lembut hati, kalau diri sendiri pun tak kuat memang hanyut.

Kalau rajin cuba lah google dan buat juga. Fadhilat Al Quran dengan izin Allah SWT InsyaAllah. 

Success doesn't come to you…you go to it

She made me guilty.

Semalam lepas solat Isyak, Hannah yang tengah main sepah-sepah tiba-tiba bangun.

"Mummy kejap ye Hannah ambikkan..." 

Dia pun bangun pergi ke meja bulat. Atas meja bulat tu ada a few books dan Quran. I yang tak tau apa Hannah nak buat terus jerit 
" Aaaaa tak mau.. Tak nak la kakak, nanti bersepah. Mana boleh main Quran berdosa."
"Hannah nak ambik bagi kat mummy la.." Gulpppp!!!!


Erm mummy dah buka telekung la sayang. Esok kita baca ye, malam ni mummy letih sangat.


Berdosanya saya!

Semalam I was sangat-sangat letih. Sampaikan daddy nak pegi keje pagi pun tak sedar. Daddy kejutkan jam dah 6.30am. Makanya daddy pun terlambat sampai ofis pagi ni nak kejarkan shift 7.00 pagi.

Success doesn't come to you…you go to it

Isnin, 11 November 2013

Girlfriend boyfriend anniversary.

Hari ni pun anniversary kami.

We have been in love for 6 years today eventhough we have been happily married for 3 years 7 months and 1 day.. Erm... ni la couple i yang paling lama. :)
Calculation ni semua kerja tickers. For sure not me to count ever single day, month and year in every second.
Thank you tickers; you keep remind me every single count i need.

What refresh me 11.11 ialah wedding reception one of my schoolmate. I pegi kenduri dia as a new title i am someone's girlfriend. hihihihi.

Sape sangka from that moment, anak kami pun dah nak masuk tiga orang. Alhamdulillah.
Again... rezeki Allah maha luas.

My dear boyfriend, millions thank you and sorry for everything. 

In all the world, there is no heart for me like yours.
In all the world, there is no love for you like mine.


Success doesn't come to you…you go to it

Ahad, 3 November 2013

Sunday morning! eventho it almost midnight. :D

Its Sunday morning people!

I dah puas tido sebab malam tadi pukul 9 semua dah hanyut.
But i guess my kids are still sailing. Tak de gaya nak bangun pun. Sunday kannn..
Macam diorang tau je Sunday tu pe benda. :D
but yet they knew kalau bangun lambat means cuti.

I plan to bring them to makan nasi lemak at warung nearby later. 
Daddy keje, malas pula nak masak breakfast hari ni.

Hannah dah habis exam. Jumaat lepas last day.
Macam periksa UPSR pula kamu exam sampai seminggu.
Tapi last paper was colouring and mummy kena ambil set pensil kaler adik untuk dia. Hannah punya pensil kaler ntah mana2 dah semua.

Bersungguh la daddy tulis nama satu-satu pun terbang jua akhirnya.

Bila tanya cikgu apa Hannah jawab masa exam. Cikgu cakap ada la juga rupa ABC.
Oh well... I yang over under estimate my own daughter. It is not a good practice then.
Ye la masa kita dulu umur dua tahun rasanya pegang pensil pun tak lepas lagi. Agaknya la kot. Kena tanya Ummi how was my progress when i was two.

Next year Hannah akan register pre-school yang betul2. Tahun ni sebab underage Hannah jadi student tumpang saja.
I told daddy instead of Q-dees ada Little Caliph kat sec 7. Tapi a bit far sebab kontra dengan jalan saya nak ke office. So belum decide lagi. Also tahun depan InsyaAllah little strawberry cupcake dah lahir, i pun kena cari nursery yang can handle EBM.

Money..money..mooney...

Jangan risau, rezeki Allah maha luas. Pasti ada jalan atas setiap ketentuan Nya.

Hannah said, " mummy belikan la Hannah baju angry bird macam adik...."
Syahdu je bunyinya.

Tapi memang dia nak sangat baju tido angry bird tu..
And I told husband your daughter ask for baju baru.

Daddy tak sampai hati, balik dari keje kami pun keluar cari baju angry bird kakak.

Ermmmm tak sempat basuh Hannah tido pakai baju tido baru angry bird kaler purple.

Success doesn't come to you…you go to it
 

It whirls likely W.H.E.E.L Copyright © 2009 Cookiez is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template