My Princess

Lilypie - Personal pictureLilypie Third Birthday tickers

My Prince

Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers

My Sweetpie

Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers

Selasa, 7 September 2010

Entry sambil dengar lagu raya

Cepatkan masa berlalu.
Sekejap je Ramadhan dah nak abis.
Esok lusa dah nak raya.

Saya sedikit sedih sebab misi nak puasa penuh terpaksa dikuburkan.
Tapikan.. saya gembira sebab tahun ni beraya dua orang setengah.
Kerupaan mak buyung sudah menampakkan ciri.
Check up kelmarin pn nurse cakap baby dah besar, bole tanya balik dah berapa minggu.
Errr tp still dalam range besar yang normal. Tengok la mommy dia comel ke tak kan..

Semalam abg pegang perut. Saya tau dia excited tapi still malu-malu.
Abg macam tak percaya kot yang dalam perut ni darah daging abg.
Tapi finally keluar jugak dekat mulut abg;
"anak daddy buat apa tu. Bulan dua tahun depan kita jumpa ye"
awwww so sweet. Terus rasa nak terkucil perut ku ngilu. hahahaha....

Selamat hari raya semua. Maaf zahir & batin.


Success doesn't come to you…you go to it

Jumaat, 6 Ogos 2010

sickness that make me sick.

Try to guess which one had just won the race?



Errr masa ni i pun tak sure which one was i. :)


I x nak alcohol, but i want sushi. Yes!! I hate when its about to turn morning and evening to night.
Time tido je saya aman.

Might be the triplets are double of me and my singleton baby.


------------------------------------------------------

Ok enough for the cartoons.

every minute, every second saya rasa sangat tak selesa.
Ni baru masuk office lepas MC 2 hari.

Deria bau dah mula macam super alert. Yang orang tak bau pn saya boleh detect.
Hebat
Tak boleh bau sabun basuh kain especially. Axion pun terasa sangat *^%#$%
Dah bersara dari keje-keje laundry since a month ago.



Memasak dah separa holiday. Dari dua tiga jenis lauk dah merudum jadi satu atau tak ada langsung. Hohhh sangat menyiksakan.

Semalam gigihkan diri masak daging lemak cili api.
Sesak dada tahan nafas dan tuhan je tau macam rasa nak terbalik rumah tu kepala ni berpusing.
Akibatnya saya tak lalu nak makan.


Lagi tak suka makan ubat or any vits.
Teramat busuk untuk ditelan.


Juga tak suka minum susu. Banyak mengelat.
Unless kalau En Husband buat baru minum.


Tapi honestly Enfamama Vanilla sangat sangat tak sedap.
Cukup la dengan Anmum untuk saya.
Seee saya tak demand nak susu mahal. Nasib baik susu mahal tak sedap kan..
Selamat la kamu. ;)

.....Off topik kejap.....




Suatu ketika dahulu,


Saya paling suka dan sangat senang makan ubat.


Banyak benda2 pelik saya dah experiment dengan ubat.


Sampai masuk hospital pun pernah.


Curi makjun ummi pun pernah.




Sebelum kawin, Anlene 1 pack habis sebulan.


Sekarang, suka lubang lubang klu bab minum susu.




I know susu penting for the baby and me. Ok.. ok.. im trying!






.....Masuk balik......





Saya juga tak teringin something yang extra ordinary.
Semua masih under control walaupun sedikit merapu.
Mahu karipap masa tu dah pukul 12.30 tgh hari.
Mahu Caramel Frappucino at 10.30pm.

Memang suka mintak wrong timing. Nak buat mcm mana kan.

Sekarang saya nak sushi. Oleh sebab tak digalakkan makan sekarang, so saya tahan.
Tapi nak jugak NANTI.


----------------------

Dah nak dekat Ramadhan. Kuat kah saya??
Mana tau, the miracle of Ramadhan, then I got the strength of super woman.
I aim for never skip.

Wish me luck then.



Success doesn't come to you…you go to it

Khamis, 15 Julai 2010

Opsss terjatuh. Cuak weih!

Perasaan yang sangat tragis
Memang tersangat cuak tapi nak marah kat sape pun.
Bibi la ni, dia nak main kejar-kejar kaki orang.
Saya takut je terpijak karang memang selamat la kempis terus. Akibatnya saya sedar-sedar saya yang terbaring atas carpet.
Serious lama menung pikir balik apa nih.
OMG saya yang jatuh. Buat aksi stunt sorang-sorang. Memang saya jatuh terlentang flat macam orang nak tido tu.
Bibi takut agaknya, dia lari masuk bilik x kuar-kuar.

Agak2 dah center, saya bangun pindah flat atas sofa pulak.
Tak mo bangun. Sangat-sangat takut nanti kalau bangun bleeding turun.
MasyaAllah.. Ok saya betul-betul sangat cuak.
Dan kepala rasa berat teramat,
Masa tu jugak baru sedar pinggang dan bahagian rahim juga sakit.
Betul.... Saya nangis. Reason nangis sebab takut.

Sms kakak ofis cakap i nak EL hari ni. X nak bangun2.
Kakak ofis cakap pergi klinik check.
Ok saya dengan gigih bangun siap2, drive sorang-sorang cari klinik yang ada buat ultrasound.
Baru tau klinik yang dekat rumah ni boleh tahan jugak. Mujur.


There my tiny little creature. :)
-masih kiut-

Doc cakap alhamdulillah 'dia' dekat position yang betul. Bukan luar rahim dan juga bukan dekat-dekat hujung rahim. Kalau dah hujung-hujung memang bahaya dan possibility perkara tak diingini berlaku sangat tinggi. Dalam cakap orang putihnya, very high risk to miss-carriage.

Na'uzubillah..

Doc bagi MC suruh rehat, jangan banyak bergerak. Doc jugak telah sound suruh lebih berhati-hati.

X mo kawan Bibi. Bibi suka main kejar kaki. Huh!


Success doesn't come to you…you go to it

Isnin, 12 Julai 2010

I pray everything will be good.

Baru-baru ni saya mimpi x best. Hari Rabu malam Khamis, tersedar jam 3am..
Jerit-jerit Allahuakbar kuat-kuat sampai Mr Syg terbangun then kejutkan saya dari terus meracau.
He asked kenapa.
Simply blur i answered tadi mimpi hantu.
Mr Syg tepuk2 so that saya bole calm down.
Try nak tido tapi tak boleh. Saya nampak semua hitam gelap.
Was trying to immagine something nice view macam g kenduri ke.. still jugak 1 spot yang hitam in colour.

Finally I ikut Mr Syg duduk depan kat sofa. Mr Syg bg minum air n sapu2 sket kat muka.
Mr Syg bukak tv masa tu German Vs Argentine. Tak lama lepas tu, saya pun dah tak sedarkan diri di atas sofa itu.
Tiba-tiba terbangun lagi dalam pukul 5am, alamak bola dah abis daaa.
I noticed Mr Syg tak tido lagi.
Dia susah hati dengan apa yg jadi tadi.
Saya pun turun dari sofa join dia baring atas carpet n tepuk2 dia suruh tido. Jap lagi dah nak pegi keje.
Tq Mr Syg i know u care about me.

Esok malam is Khamis malam Jumaat.
Malam yang paling bahagia buat saya. Mr Syg hantarkan pergi tuition lepas tu dia duduk kat taman sampai saya abis kelas. Tapi saya tau kepala dia masih runsing fikirkan hal semalam.
Mr Syg mengadu tangan kirinya rasa kebas-kebas.
Saya pun takut-takut jugak tapi buat-buat berani.
Kami balik rumah sama-sama.
Kami solat Isyak berjemaah, baca Yaasin dan Mr Syg buat pendinding rumah.
Eventhough malam tu saya masih lagi terbangun sharp at 3am, but this time i felt more calm n peaceful. I went to toilet, kebil-kebil sekejap then terus tak sedar.

Tq again Mr Syg, saya betul-betul rasa terharu bila dapat berjemaah sama-sama.
Sebab tu saya cakap, malam tu sangat bahagia. ;) nothing bitchy okeh.

Dalam keadaan macam ni, semua orang risaukan nyawa baru yang hidup dalam perut ni. Saya selalu berdoa, me and baby kuat untuk mengharungi segala dugaan. InsyaAllah.

Yes, there's something.. tapi i cuba ambil benda tu secara positif. Memang akan jadi positif lah dia.
Yang penting kena kuat semangat and banyak-banyak berdoa semoga di lindungi dari perkara-perkara yang tak diingini. AMIN.


Success doesn't come to you…you go to it

Khamis, 1 Julai 2010

Bersanding bertiga la esok..

Esok majlis resepsi kami sebelah keluarga suami.
Of course perasaan nervous terasa macam nak bersanding dulu. Tapi tak tahu lah.
Sebab dulu termasuk gabra nak akad nikah skali.
10 April - 3 Julai
Sekejap je rasa. Dulu masa nak edarkan kad, heboh orang tanya kenapa lama sangat gap.
Errrr biarkn la nak gap berapa lama pun. Bukannya kami buat dosa. Betul tak.
-Dua bulan . tiga minggu . kami hidup sama-sama-
Yang pasti, saya sayang dia sangat-sangat.
Yang pasti, saya rasa bahagia bila dia bertanggungjawab.
Yang pasti, saya gembira dengan kehidupan sekarang.
Saya sayang kamu, sayang..

Hehe dalam tempoh dua bulan tiga minggu tu jugak, saya telah di sahkan hamil.

I am going to be a mother.
We are going to be more than two.
It is still in early stage, as for now i am only in 6 week pregnant.
I pray my little gems will be strong to hold and develop healthily.
Thank you Allah for the very precious gift.

Success doesn't come to you…you go to it

Selasa, 11 Mei 2010

11 datang lagi. ;)

Cepatnya masa berlalu.. Teringat lagi saat-saat menunggu tarikh 10/11 April.
Alhamdulillah, saya dah selamat menjadi isterinya.

11haribulan sangat istimewa buat kami.

Dulu pernah ada orang tanya; "nape noi buat 11hb?"
Bukan time cuti sekolah.
Bukan nya awal n ujung bulan.

Tapi, tarikh istimewa tak perlu tunggu cuti sekolah n awal ujung bulan.

Tarikh couple2 monyet dulu 11.11.2007
Tarikh bertunang 18.1.2009 (11hb x sempat sebab wo pergi haji)

Masa nak kawin dulu ayah tanya nak kawin 11hb ke 18hb? Meaningful tarikh-tarikh yang ayah suruh pilih.

Tapi kalau nak tunggu 11.11.2010 lambat sangat la pulak. Saya dah tak sabar. huahuahua..

Hari ni dah sebulan kami kawin. Yerrr tau baru sebulan. Tapi, sekejap je dah abis sebulan.

Sejak kawin, saya rasa saya sayang dia lebih dari dulu.
Sejak kawin, saya rasa saya semakin rajin dari dulu.
Sejak kawin, saya rasa saya lagi banyak keje nak kena buat.
Sejak kawin, saya rasa saya lebih pandai bermain dengan masa 24jam.
Sejak kawin, saya rasa saya lebih selamat.
Sejak kawin, saya rasa saya lebih gembira.
Sejak kawin, saya rasa saya lebih dihargai.
Sejak kawin, saya rasa saya lebih tenang.

Betul orang cakap kawin memang best. (yang pahit masam payau lain cerita... bukan kat entri yg ni)

Sejak kawin, dia tunjuk cara sayang dia.

Masa tak kawin lagi malu katanya. Sampai aku pn confuse dia ni sayang aku ke tidak.

Sejak kawin, dia lebih bertanggungjawab.

Ok tu je. x nak puji lebih-lebih. kekeke..

Dulu sorang-sorang, jaga diri sendiri. Sendiri ada, sendiri pakai, sendiri tanggung.
Sejak kawin, apa yg ada, kami pakai, kami tanggung. Kesimpulannya ialah kongsi and sharing.

Rutin saya memang dah tersangat lain dari dulu.
Dulu buah hati pernah sound suka tido lambat pas tu bangun pn lambat.

Sekarang, tido memang lambat, tapi saya bangun awal okeh.

Manipulasi 24jam saya:

6.30am-bangun
iron baju, siapkan breakfast sambil mesin kain.
8.10am-breakfast sama-sama.
8.20am-buah hati pergi keje. Baru saya pulak bersiap-siap nak pergi keje.
1.00pm- Balik rumah lunch. Masa ni la manipulasiku bermula.
Lepas lunch setelkan kain baju, vacum rumah, siapkan bahan-bahan tuk masak balik keje karang.
6.00pm- balik keje terus kalut prepare dinner.
7.30pm- dinner sama-sama.
8.30pm- pegi kelas
10.00pm-balik rumah.

fuhhhh! sehari ku baru selesai. Esok mulakan hari baru.

Terrrrrrrsangat lain dari dulu.

Saya berdoa rumah tangga kami terus bahagia, di murahkn rezeki, diberkati dan kekal hingga akhir hayat.

Memandangkan Isnin special case, (hari tak sempat masak) yippi!!
Meeting at 6.30pm kena straight away to class from office.
Akibatnya, we celebrated our 2.6 years love anniversary and 1 month wedding anniversary with this.



Few shots of the Big events, i ada letak kat Likely W.H.E.E.L

Success doesn't come to you…you go to it

Khamis, 6 Mei 2010

Nenek dan Kecik

Backdated stories:

Weekend lepas;

Terasa diri ini dan buah hatiku sangat2 banyak berjalan, menghabiskan masa di jalan raya.


Of course badan terasa sangat letih dah kepenatan. Travel KL-Seremban-Melaka dah macam ulang-alik kedai depan rumah.


Selasa 27th Apr 8:30pm : Visit nenek di Hospital Seremban masuk wad CCU and be informed her condition is very critical. Doc cakap max jangka hayat cuma tinggal 24hrs. Panggil semua ahli keluarga berkumpul.

3:30am: Balik rumah ibu kat Masjid Tanah, pukul 4 lebih baru tido.

Hurghhh dah nak subuh dah pun.

Rabu 28th Apr 8:00am: BANGUN PAGIIIIIII. Kalau kat rumah sendiri rasanya harus pengsan lagi.

Seharian teman nenek di ward. Heart beat nenek makin turun.

11:00pm: Sampai KL dari Hospital Seremban. Konon nak pegi keje hari Khamis sbb dah cuti sehari.

Khamis 29thApril 3:00am: Bertolak ke Melaka jemput ibu dan adik bila dapat call dari Tini nenek Seremban dah meninggal dunia. [Baru merasa tido dua jam :( ]

5:00am: Sampai Melaka bertolak pulak ke Paroi bersama-sama ibu dan adik.

.


.


Sesi pengurusan jenazah.


Pertama kali, seumur hidup saya dapat keberanian dan ketulusan hati nak tolong apa yang termampu daripada memandikn dan mengkapankan jenazah. Daripada penyediaan air mandi, sampai dikapankan dengan kain putih saya ada di sisi.


Alhamdulillah, turut rasa berbangga apabila buah hati pun sangat ambil berat dan banyak membantu. Abg angkatkan arwah sblm dah lepas mandi, abg angkat keranda selepas kapan masuk van, solat jenazah sampai la ke pengkebumian saya nampak abg yang cangkul tanah.


Sungguh abg, ayg bangga bila tengok abg buat semua tu dengan rela hati. Banyak pahala abg dapat kan. Alhamdulillah..


.


.


12:30am: Tiba di KL selepas kenduri arwah di Paroi. (Ok masa ni saya sangat-sangat rindu katil)

---------------------------------------------------------------------------------------------------


Kami cari Kecik, x nampak banyang. Bibi je yang berlari-lari bila kami sampai.


Jumaat 30th April: Bangun pagi nak cari Kecik. Tanya jiran tetangga termasuk jiran yang sy tak pernah tegur.

Nampak pakcik rumah depan seberang jalan.
" Kucing kamu ke? Ada loceng pink putih ada tompok itam? Dah mati dah dia. Ada saya tanam kat belakang rumah tu. Dia kena langgar kot, kaki tempang sebelah; lepas tu lemas dalam longkang besar saya angkat naik atas. Tak lama lepas tu dah tak ada"

huhu masuk rumah berderai air mata ni menangis..


3:30pm: Balik Masjid Tanah rumah ibu lagi sekali sebab ada kenduri kawin sedara. Kami balik bertiga je tanpa Kecik. :(( Purposely balik KL lepas kenduri arwah sebab nak ambik anak kami yang dua ekor tu. Hurmmm tak sangka dah tinggal satu.


Bibi demam lima hari, semalam baru nak makan.


Tak faham macam mana orang2 bole ada perasaan nak buang bayi. Binatang pn tahu sedih. Kucing dengan kucing yang bukan adik beradik pun demam bila kawan dia mati.


Manusia kejam?


Buah hati cakap, nenek pergi bawak Kecik sekali.


Sekarang dah tak de yang nak urut-urutkan kami pagi-pagi kejut suruh bangun. Dah tak de yang nak memekak minta makan sampai nak bagi jiran sebelah dengar macam saya tak pernah bag dia makan. Ye.. saya sangat rindu suasana tu.


Dah tak de insiden Bibi dan Kecik tido bersimpul-simpul.









[caption id="attachment_956" align="aligncenter" width="300" caption="Bibi je tinggal. "][/caption]

To nenek; Saya bersyukur sempat kenal nenek semasa hayat nenek masih ada. Masa tu belum jadi cucu nenek lagi, nenek tak bagi saya nak balik Penang. Suruh duduk rumah ibu 2-3 hari lagi.


Nenek tak tau betapa cuaknya hati ni bila nenek suka usya2 saya masa pegi rumah ibu. Mesti nenek pelik kan sape la ni kan. Tapi rasanya sebelum saya balik nenek dah tau ni sape.


Alhamdulillah,saya merasa jadi cucu nenek tiga minggu lepas saya kawin dengan cucu nenek. Sampai bila-bila pun, saya cucu masih nenek..


Semoga nenek ditempatkan di kalangan orang-orang Soleh. Al-Fatihah.

Classess extended

Isnin hari tu OTW pegi center direct from office after meeting, dapat call;
"Ms Nurul, there will be another student from MC1 (Minda Ceria 1) will be joining you starting tonight"
"Ok.."
Teruskan drive ke center. Kepala dah fikir Cina ke Melayu? Lelaki ke Perempuan? Pandai ke tidak?

adeiiii....

Masa tengah cuti kawin hari tu my student kena join MC1 since saya tak de.
Lepas cuti kawin, saya tanya Fatin, macam mana class kat MC1? Best tak?

Sebenarnya dalam hati terasa sangat rendah diri as i knew MC1 dah lama bertapak and class dia mmg full house. Since dah overloaded wujud la MC2 yang mana saya handle Science Form3.

Best bila dengar Fatin cakap;
"Tak syok. Saya tak faham la teacher. Ramai and class bising."

Ampunnn... tiada nada jahat di situ yer.. keskeskes :D

---------Abis 1st session dengan student baru yang lari dari MC1.---------

Nick: "Teacher can you please make extra class for Science?"
Me: "Sure I can, but need to consult Jun Kiat 1st. I cannot simply request for an extra session."
(kalau center ni aku punya, mmg ON je)
[Hati bunga-bunga mendengar feedback +ve dari student yag baru lari itu.]
wiwiwiwiwi

-------------------------------------------------

Semalam, one-to-one home tuition with Diana, Science Form 3 again.
Her mom tarik me like want to say smthing. Nervous ingatkan ada apa-apa.
Rupanya she want to ask me to teach her daughter mengaji Quran.
Memang before this during classes saya selalu tolong dia untuk ayat hafazan PAFA.

Diana told me she's very frusrated sebab dia tak tau mengaji, kecik-kecik dulu dia tak pergi Sekolah Agama macam kawan-kawan dia yang lain. Please jangan say something bad about her, masing-masing ada good and bad kan. Her mother is German.
As i said, tak pe orang dah besar pun bole belajar lagi..

Tambah lagi schedule, but only once and one hour per week. Charge pun i decided to reduce it a bit since it is for mengaji Quran as my intentions are more to help her.

Alhamdulillah..
Success doesn't come to you…you go to it

Khamis, 15 April 2010

we were one.



Alhamdulillah..
Semua selesai dengan jayanya seperti yang dirancang.. Cuaca pun macam sangat mengizinkan majlis kami. Dah selesai semua, lewat petang baru hujan rahmat turun merahmati perkahwinan kami. InsyaAllah.

Tak dinafikan ada la sikit2 yang pusing-pusing. Tapi adat la, anak sulung kenduri; perempuan tunggal pulak tu.

Tapi bravo to my parent sebab organize wedding reception untuk saya yang bole saya nak anggap macam besar-besaran.
Tau kenduri org lain lagi gempak; tapi biarkan itu kenduri mereka. I am saying thisa because, of course i am very proud of my parent. They were doing the very best they can just for their one and only princess.

Saya sendiri tak sangka tetamu yang hadir sangat ramai. Makanan sampai kena refil n di masak 2-3 kali. Siap ada yang kena tunggu ayam siap goreng, nasi tengah masak. Q orang beratur nak amik makanan pn dah macam badan keretapi.




Diri sndiri pn tak merasa lauk pengantin setelah di rembat oleh hero2 kiri kanan. Sekarang baru nak terliur dgn udang n sotong goreng tepung yang ada depan mata masa tu.

Terpandang-pandang lagi suasana masa baru sampai dewan. Tersangat la berdebar bila tiba-tiba petrol car wat bunyi siren yg sangat kuat. Harus la semua orang benti nak tengok apa jd kan..

Eiiii abang-abang polis ni pun pandai jugak nak buat gimmick. Malu gilerr sampai ilang control ayu saya tau. :D :D :D

Kat abang-abang Rela, kalian sangat efficient meng-control lalu lintas dan petak-petak parking. Tahniah..

-Saya sangat gembira-

To my beloved ayah n ummi, kak long sangat-sangat sayang ayah, sangat-sangat sayang ummi. Terima kasih atas nasihat, kesabaran dan pengorbanan yang tak ternilai untuk mendewasakan puteri mu ini.

To my beloved brothers, i am very happy as you always trying to make me happy. Thank you.

Kawan-kawan; terima kasih sebab sudi datang dari jauh, untuk hadiah, nasihat dan doa yang sangat berharga untuk rumahtangga yang baru nak dibina ini.

To my husband, (huhu pelik jap rasa sebut ada husband) help me to be a successful wife dunia dan akhirat..

Success doesn't come to you…you go to it

Rabu, 7 April 2010

Just finished!

Di kala jam 2:19am, its all done!!

Yippi!! Yayyaaa!!
Tengah saya gigih memintal reben
Tengah saya feeling2 melayan perasaan sorang2
.
.
.
.
Tetiba bole la kat tv kuar lagu ni;

"Jika kau fikirkan kau boleh! Kau pasti boleh melakukan"
Jika kau fikirkan ragu-ragu; kau tempuhi kegagalan"
bla..bla..
bla..bla..blaa...
"Bertindak atas kemampuan; Engkau boleh!!"

Cam ampessss!! lagu pun pandai perli yeh!

Tapi yerrr memang saya boleh!
Ini je la yang termampu atas kemampuan saya..

Tadaaaaaaaaaaa!!!



What left; later just alaskan dengan kain satin n put the barang-barang.
Siap la kot..
I am still thinking option untuk barang hantaran ke-7.


Success doesn't come to you…you go to it
 

It whirls likely W.H.E.E.L Copyright © 2009 Cookiez is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template