My Princess

Lilypie - Personal pictureLilypie Third Birthday tickers

My Prince

Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers

My Sweetpie

Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers

Ahad, 26 Jun 2011

Boleh kan.

Gara-gara tertingal milk container hari tu, ini lah hasilnya.


Dengan rasa bersalah, botol mineral kecik ni jadi mangsa.  Lagi best bila nak balik petang packing barang baru sedar yang ice pack terbiar dalam beg. Haihh la kalut!


Success doesn't come to you…you go to it

Jumaat, 17 Jun 2011

Happy Father's Day


Selamat Hari Ayah..  (macam ni la lebih kurang ada satu iklan yang pernah keluar kat radio hari tu.)
Pelik kan bunyi 'Hari Ayah.'
Well, ayah,bapa,papa,daddy,appa,abah... meaning dia sama je.

Saya ada dua ayah.
Memang mereka sangat tak sama, tapi saya sayang kedua-duanya.

Sila abaikan mascot yang over kat belakang tu. Motif gamba apa la ni dik oii.. :)

Ayah Kamil yang masih gagah on my wedding day a year ago.
To both my ayahs,
Anakanda doakan ayah-ayah ku sentiasa diberkati Allah, murah rezeki, panjang umur dan semakin sihat hendaknya. Amin..Terima kasih di atas segala pengorbanan kalian. 
Happy Father's Day!

Newly father
To daddy of Hannah Qaisara;
Happy Father's day sayang. Saya doakan abg terus sihat, murah rezeki dan dipanjangkan umur untuk membesarkan dan mendidik Hannah berjaya dunia dan akhirat. (n also to the next n next if Allah izinkan.. :D)
Amin...
Success doesn't come to you…you go to it

Selasa, 14 Jun 2011

Gold and diamonds for her.


Semua ni rezeki Hannah. 
Alhamdulillah Allah beri saya kesempatan untuk susukan Hannah sampai sekarang. Kalau bahasa lainnya; my little girl has been fully breastfeed for 3M2W.

Hannah is still young, still very longgggg journey to go..

  • Sememangnya semangat kena kuat. 
  • Mental kena tabah.
  • Jiwa kena rajin. 
  • BIG 'M' langsung tak boleh ada kalau nak teruskan misi.
  • Badan mesti sihat, diet kemudian kira.. 
  • Supplements dan susu jangan skip lubang-lubang. As for now i am consuming Set B( breastfeeding set) from Shaklee and susu sukahati janji minum susu everyday.

Ingat lagi masa usia Hannah baru nak masuk 2 hari, susu memang tak ada. Anak melalak, mak menangis berdoa.
1 hari saya akan habiskan 3L susu HL. Dah jadi macam minum air masak dibuatnya.. Tapi alhamdulillah berhasil akhirnya..

  • Buah kurma juga tak dilupakan. 
Thank you abg sebab teringat jugak nak belikan untuk saya masa pergi sembahyang Jumaat kat masjid minggu lepas. I appreciate it very much.
Bagus masjid tu ada jual kurma. Kat mana nak cari kurma yang elok tiba-tiba kalau bukan dah nak dekat puasa nanti.

  • Money mooney juga harus terbang untuk terus bersemangat. Investment for the future i believe..

Yeaaa fridge baru itu hanya untuk isi 'rezeki emas' my little Hannah. Tak ada ruang untuk benda lain.
My dear husb garu kepala bila si isteri yang tak reti sabar nak itu ini semata-mata untuk menjayakan misi beliau..
Hehehe sorry my dear, what i demanded are only for your new girlfriend's good. 


Kalau nak petua, ramai lagi working mothers kat luar tu yang hebat-hebat breastfeed baby diorang dengan success.I am very proud of them! 
Rakan-rakan terdekat yang dah berjaya; Ct Nette, Norlida and Murni.  They are working mothers. Very super career lady. Caya lah korang ni! 
Yang lain-lain may be saya terlupa or tak tau.

Hari ni agak sedih sebab kepala serabut akibatnya hasil kurang daripada biasa. Tak pe sayang, jap lagi mommy berusaha lebih gigih in more calm mind and soul. 
..InsyaAllah..

Success doesn't come to you…you go to it

What should i do???

2-3 hari ni saya macam x de semangat nak pergi kerja. 
Atas beberapa sebab musabab tertentu menjadi pemankin untuk perasaan nak ke ofis tu tersangat-sangat pudar.

Haihhhhh tak tau macam mana nak luahkan.
Recently my boss suruh update resume ada client ask for PCB design support kat Penang.
Yeahhh Penang je. Bukannya kat Alabama ke memana.
Tapi still even Penang pun, it is for few months. It could be 2,3,4,5, half year pun can consider few months kan.

My superior terlebih semangat suruh I update dgn client tanya dah dpt belum my CV since Mr Koh baru call dia ask about it.
I yang menurut perintah ni pun buat la seperti yang disuruh.
And very sure it is for few months.
I just called that Mr Koh the Operation Manager to confirm dah receive, and mmg dia tanya weather i tengah tight dengan other project currently ke tak sebab if everything OK, it will be for a few months.

WHAT SHOULD I DO?
WHAT SHOULD I DO?

Seharusnya boss ku itu patut lebih tau yang i ni baru je deliver and baby kecik lagi. Baru nak masuk 4bulan n masih fully breastfeed. 

Kalau saya ni Mr husband;
 I pesan je kat Ms wifey duk umah diam2, and jaga baby elok2 k. weekend I balik ok.

Bukan bermakna saya tak boleh nak dihantar ke mana-mana, tapi bergantung kepada situasi. Kalau Hannah dah 1-2 yrs, still boleh dipertimbangkan may be.

Kesimpulannya saya tak nak pergi.

Now my missions are:

  • i pray that i am not qualify for the job.
  • i wish that my price that we quote is too high. 50K per month can?? Mesti awak terduduk tengok quotation tu nanti kan. Ok kita cari company lain. 
Me: Hoyehhh!!!! Amiiiinnn.

X boleh! X boleh! X boleh!!!!!
Saya tak boleh jauh dari my little Hannah Qaisara and my dearest gorgeous Mohd Amli. 


I love you both like crazy..........

Success doesn't come to you…you go to it

Isnin, 13 Jun 2011

You are my strong little girl.

Minggu lepas Hannah demam. 
1st time rasa macam mana jaga anak demam. 
Hoho.. tak tido straight 2 hari. Rasa 'weng' kepala ni macam dah nak pitam. 

Hati saya ni tak la kental mana.. Anak demam pun mak dia nak nangis.
Orang lain tu lagi macam-macam hal. Ni demam je kot.. Tapi tak tahan la, syahdu sesangat jiwa keibuan ni bila tengok Hannah nangis. 
Kesimpulannya memang hati cair lah.



Tekad ambik EL 2 hari sebab nak jaga Hannah. Dia meragam nangis-nangis. Tido pun tak lena kejap je dah merengek. Sangat lah kasihan.
Ummi cakap tak pe la, kamu kecik-kecik dulu bila demam Ummi pun asyik cuti jugak jaga kamu.
Errrr terima kasih Ummi. ;)

Saya kuatkan semangat susukan Hannah sekerap mungkin. Alhamdulillah Hannah demam pun dia masih kuat makan. :)
Kuat minum susu and senang makan ubat. 

Ni ikut peel mommy kecik-kecik dulu sampai suka curi ubat Ummi. 
          Hannah, makjun Wan pun mommy curi makan tau. 
Pernah masuk hospital sebab memandai makan panadol kids satu papan.
 Mana tak cuak mak ayah kecik-kecik dah high! 

Nak, yang ni jangan ikut mommy oke! Tak mo.. Tak mo..
--------------------------------------------------------

Ni aktiviti Hannah hujung minggu semalam. 
.
.
.
.


Tadaaaaa.. 

Baru baik demam dah tak sedar diri nak nak mandi pool pulak.  Lagi tak nak naik ada la. Muka selamba je budak ni berendam.

Hisap jari maintain walaupun tengah dalam air. 


Hannah dengan Paklang botak.
Success doesn't come to you…you go to it

Jumaat, 3 Jun 2011

Gambatte sayang!

Sekarang tengah musim cuti sekolah semua orang berpusu-pusu kawin, macam tu jugak lah ramainya yang sibuk plan kenduri mana nak kena pegi. Ingat keje je kena buat decision making ikut priority. Pilih kenduri kawin pun kena jugak sekarang ni.

Walaupun kami sekeluarga tak terkait bercuti di kala cuti sekolah ni, tapi hujung minggu je beratur kenduri nak kena attend.

Lil Hannah pun dapat baju baru sebab nak pergi kenduri. She got her 1st dress and sooner or later, i believe there will be a lot more. Baju raya lagi kan Hannah. 

Jom kita pow daddy. ;)



Isnin lepas Hannah got her 3rd jabs. As usual, she cried for a couple sec then 'huha-huha' like nothing happened.
So glad bila Hannah tak demam evertime lepas cucuk. Even kesan injek yang hari tu pun masih bengkak, Hannah mommy maintain cool. 

I started to trust the benifit of 'susu ibu' seems Hannah belum pernah lagi x sihat yang sampai makan ubat. Belum demam,batuk or selsema. Even rasa-rasa macam kena jaundice dulu pun nurse cakap x de. End up saya pun buat biasa-biasa saja. 

Ada terbaca petua dari wani, kalau tak nak baby selsema sapu vicks banyak2 kat kaki dia sebelum pakai stokin. So far everynight saya buat menjadi. Korang-korang nak tiru silakan.

Alhamdulillah Hannah is a very strong little girl.

2M4W Hannah baru lepas jab.

1st step
2nd step, struggle time ni.
Tadaaaa!! Mommy, Hannah dah terror guling-guling!
Muka puas sebab dah pandai
Next step Hannah nak kedepan pulak. Montot dah naik ni.

Hannah dah penat training.
Semalam Hannah is 3 months old. Masa nak ambil Hannah dekat rumah Makchek, dia tgh meniarap.

Sambil menjerit..

Mommy: " Makchek ni dia buat sendiri ke??"
Makchek:" Haaa la. x tau ke dia dah boleh meniarap?"
Mommy:" Tak tau pun. Sebelum ni dia pusing tapi tangan sebelah tak lepas, then nangis. End up     terlentang balik"
Sampai je rumah, bila letak je Hannah terus berguling. 
Meaning "officially" sekarang Hannah dah boleh meniarap. Malam tadi tengah mamai nak tido, dalam gelap pun dia sibuk nak berguling-guling. 

Petang semalam lepas meniarap Hannah tak tau nak baring balik. Bila dah letih dia pun nangis.
Tapi malam tadi tengok rilek je dia guling-guling kiri kanan.

-Alhamdulillah-
Ya Allah yang Maha kaya, saya berdoa our Hannah Qaisara diberi kesihatan yang baik, kepintaran akal dan kemuliaan akhlak untuknya. Amin..

Kain pelekat daddy kesukaan Hannah. Kain ni la peneman Hannah tido lena masa dalam pantang dulu, daddy jauh.


Success doesn't come to you…you go to it

Selasa, 24 Mei 2011

Hannah buli daddy. (";)

Last weekend Daddy kononnya berani menyahut cabaran, nak jaga lil Hannah sorang-sorang, while mommy needs to go to office for two hours.
...Since it only for two hours....
Siap pesan kat Hannah, "hari ni kita berdikari, Mommy pergi keje sekejap je."
In a while i dah nak ke office, Hannah bagi 1st present to her daddy. 
-A very BIG Poo Poo-

Sorry, mommy dah tak sempat nak change your diaper, daddy.. please help.

Dalam sejarah, itu la 1st time daddy tukarkan diaper Hannah. The 1st time ever.
Thank you Hannah for the first lesson. hikhik...
:D :D
Lepas tu, Hannah bagi BIG present lagi.
Hannah turns up became high pitch tantrum. Nak menggelupur Daddy tak tau nak buat macam mana.
She keeps crying non-stop in two hours.. 
Tak mo susu dalam botol. Mommy dah prepare everything, susu dah siap2 dalam botol susu, and daddy dah standby letak dalam air panas. 
Also reject!
Bawak jalan-jalan tawaf satu rumah pun tak jalan. Menangis sekuat hati tak berenti.
Poning kepalo daddy dibueknyo. Peluh-peluh jantan semua abis banjir. 
Haih la sayanggg... Mommy rasa nak terbang balik je terus. Time-time tu pulak la terasa jauh sangat dari ofis ni nak balik rumah.
Sampai je mommy kat rumah senyap terus then tido sampai petang.
Dengan mommy skali Hannah tidokan.. hehehe
-Selesai-
Padan la muka daddy kena buli dengan Hannah Qaisara. Serik ke daddy nak jaga Hannah Qaisara lagi lepas ni?
Daddy cakap tak serik tapi tinggalkan susu tu skali. Daddy x de direct susu nak bagi Hannah. 
:D :D :D

Hannah tau hari cuti tak pergi sekolah. Duduk rumah kan mommy ada, mana boleh minum susu dengan botol. tak aci.. Mana mommy!!!!

Bijak si kecik ni. 
Saya rasa dia ada instinct yang sangat kuat.
Kalau kat rumah pengasuh, bila masuk pukul 6pm je Hannah dah mula reject susu botol. 
Ada 2-3 kali mommy balik lambat around 8pm, Hannah lapar tapi langsung x nak minum susu.
Hannah tunggu mommy balik, tahan lapar sampai tertidur. 
Alahai kesian.. 
Sejak tu sharp 5.30pm mommy will try her very best pecut terus balik rumah. 

Then now, bila mommy dah sampai kat bawah, Hannah dah bagi hint kat nenek dia merengek manja gedik-gedik sikit.
Then her nenek dah tau ni mesti mommy kat bawah dah nak sampai.
Kuatkan deria gerak hati Hannah Qaisara mommy.






Petang lepas Hannah tantrum, Lid datang rumah.
(kredito pichas to Ms Norlida)
Ni 1st time jumpa dia lepas masing2 abis belajar dulu. Bila jumpa balik masing-masing dah bergenarasi sorang satu. Tq for a visit Lid. 
InsyaAllah nanti kitorang g kuantan Hannah dah boleh lari pakai kasut yang aunty bagi. Terima kasih...

Success doesn't come to you…you go to it

Isnin, 23 Mei 2011

Tercalit kesedihan di hati ini..

Takziah kepada semua mangsa tanah runtuh yang berlaku Sabtu lepas. Semua orang tau kat mana dan apa yg berlaku kan. 
Over yang terlampau rasanya kalau tak tau berita tambah lagi hal-hal yang macam ni.

Secara jujurnya peristiwa tu benar-benar memberi kesan yang menusuk kalbu jiwa dan raga ku. 

Saya bersyukur sebab saya dianugerahkan perasaan seperti itu, sekurang-kurangnya menginsafkan hati nurani yg selalau lagha.

Terlintas di akal, mereka yang begitu mulia ( sefahaman saya anak-anak yatim ni Allah muliakan mereka) pun Allah SWT uji dengan ujian yg sangat hebat, inikan pulak hamba-hamba NYA yang tak sedar dek untung. Nauzubillah.

Semoga syurga telah dijanjikan untuk mereka. InsyaAllah.

-Al - Fatihah-

Success doesn't come to you…you go to it

Jumaat, 20 Mei 2011

Poll kasih sayang is irrelevant.

Kalau kita buat poll, the soalan is; who do you love more?
Wife vs Kids.
Rasa-rasanya ada tak orang yang tau macam mana nak jawab.

Same situation kalau kita disuruh pilih Father vs Mother.
Honestly i do love them both equally.

Kesimpulannya, jangan la tanya soalan macam ni dekat sesapa. Buat orang tu tak reti nak jawab je.

Saya pernah tanya HB "u sayang Hannah lebih ke sayang I lebih."
He said "i love both."

Bila dah tambah lagi seorang dalam hidup kita yang secara naturalnya kita sayang, kasih sayang tu jadi tah cam mana nak describe pun tak tau. Tu baru je ada anak sorang.
Orang lain yang anak-anak berderet tu tak tau la bape pieces kasih sayang dalam hati si ibu ni.
So lovely...

Merepeknya kat sini ialah,
sometime i rasa i care of Hannah too much than her daddy.
as i am thinking her daddy dah besar, and can take care of himself.
sometime i rasa i concern of Hannah a lot compared to her daddy
as i knew her daddy able to do everything alone.

p/s: To her daddy, I am sorry 'if ' sometime i put you in the 2nd priority in another half portion of my heart.

I baru tersedar bila her daddy cakap i asyik menepek dengan Hannah je all the time.

Sejujurnya, saya memang sangat sayang kamu berdua tak ada tolak bandingnya.

Cuma kadang-kadang bila Hannah menangis, merengek i rasa situasi tu sangat cute. 
It happened when the baby is unable to do everything yet
Like the baby will jerit:
Tolong la saya mommy, saya nak bangun. (sambil tangan dan kaki meronta-ronta minta didukung)
Tolong saya mommy, saya sakit perut. (sambil menangis mencurah-curah air mata nak bagi tau mommy sakitnya)
Help me mommy i am hungry. (sambil menangis hisap jari macam nak telan jari-jari tu masuk dalam mulut)
Cute kan!

So sebab tu la saya suka menepek dekat Hannah Qaisara saya.

To Daddy of lovely Hannah; I still love u so much and i wish to love you only till the end of life. (also praying that i am the one and only lover in your heart). :x
.
.
.

Tapi,  cuba bayangkan kalau mak ayah kita pulak yang menangis, merengek macam tu.
Adakah masih cute? Of course rasanya tidak.

It will happen when the parent already unable to do everything by themselves.
Like the parent will jerit, 
Tolong mommy, mommy dah x berdaya nak bangun sendiri.
Tolong mommy, mommy sakit.
Help me, mommy lapar, boleh tolong suapkan.


Bezanya tangisan mereka tak keluar secara zahir macam bayi. 
Persamaannya situasi tu akan kembali macam kita baru dilahirkan bila kita dah tua kelak.


Saya berdoa, agar saya dapat jadi anak yang solehah, berjasa kepada ayah, ummi dan ayah, ibu. 
Semoga Hannah Qaisara saya juga begitu.
InsyaAllah.

Success doesn't come to you…you go to it

Khamis, 19 Mei 2011

His birthday present.

Me: Abg nak birthday present apa tahun ni?
Hb: Abg nak kereta. 
Me: Ok, I'll pray your wish will come true.

Alhamdulillah. 
Rezeki yang Hannah Qaisara bawak untuk mommy n daddy tak pernah putus.  Doaku dimakbulkan dan wish abg really come true.
Mungkin juga berkat doa seorang ibu, benda yang baik akan terus sampai kat DIA. 
Pernah dengar "Doa ibu ni mujarab. Tak payah lalu toll terus sampai"
InsyaAllah.

Now, can i prepare proposal for my birhday wish pulak dear? ;)

Success doesn't come to you…you go to it
 

It whirls likely W.H.E.E.L Copyright © 2009 Cookiez is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template