Hannah saya demam. May be sebab terkejut dia jatuh gedebush masa main mlm td.
Anak dara tu walaupun badannya kussss semangat, tapi lasaknya aduhaiiii ligat!
Hannah main joget2 masuk dalam baldi. Dia kan debab, penuh la baldi tu jadi tak balance. Makanya jatuh la dia.
Pecah bibir berdarah banyak gila. Sedih mommy tengok darah terbazir. Nangis gak la mommy semalam. Hati si emak ni mmg syahdu sket.
Sekarang Hannah demam pulak. Pagi tadi lepas keluar anta adik pegi skolah, bawak Hannah pegi klinik. Tapi sebelum tu sempat Hannah main kuda nyanyi kat Caltex dua round. Minum Yogurt Bliss sebotol.
Mommy belanja Hannah nasi ayam Ayamas, dah abis separuh Hannah makan.
Hannah dah tido. Makan ubat, minum susu. Mommy tak bagi Hannah susu botol. Mommy bagi Hannah susu mommy. Peluk-peluk Hannah sampai Hannah tido. Hari ni mommy jaga kakak ok!
Hannah cari adik. Sikit-sikit Hannah jerit "adiiikk..adiiikkk..." Cari adik dalam baby cot tak de. Cari adik kat tilam tempat adik selalu tido pn tak de. Haih la Hannah ni, mommy pulak rasa rindu kat adik.
Serious mommy rindu Harraz, sayang.. Petang nnt mommy dgn daddy ambik adik k.
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone
Selasa, 14 Ogos 2012
Jumaat, 3 Ogos 2012
Anak dara I ni kan.....
Hannah ni kelakar la. Dah la tembam, banyak cakap pulak. Tapi `bahasa' dia la. Atok cakap Hannah cakap bahasa URDU. Orang tak faham bahasa dia, tapi dia faham apa kita cakap.
Hannah baru 15months tapi lagak gaya macam dah 2-3 tahun umurnya.
Dek kerana Hannah seorang boleh porak peranda satu rumah macam kena langgar todak. Hannah la 'todak cute' tu.
Saya rasa teringin nak tau apa yang sedang bermain dalam fikiran anak dara saya tu. Tak boleh duduk diam walau seminit.
Daddy cakap; Hannah busy girl! As always busy!.
Hannah suka joget perut. Perut dah la bulat! Semua bulat.
Bagi Hannah makan sate, Hannah buat sate jadi drumstick ketuk-ketuk drum.
Mommy tgh mop lantai, Hannah pesta mandi buih dengan air sabun lantai tu. Bertuah anakku!
Hari-hari sampai je rumah Hannah terus punggah semua mainan satu bakul. Hari-hari la rumah selerak dengan mainan Hannah yang dah berterabur.
Hannah nak minum air kotak susu, kalau time mood baik habis sekotak Hannah minum. Tapi bila agak-agak dah boring tak de sape nak layan dia, creativiti terlebih Hannah pun datang. Hannah tuang air kotak atas lantai buat macam tuang kicap. Dengan bangganya siram lantai rumah dengan air kotak. Huwarghhhh!!
Orang berbuka puasa, Hannah pun nak buka puasa. Tapi Hannah usung pinggan tawaf satu rumah habis terabur makanan. Hari-hari jugak la mommy kena mop lantai. Kadang-kadang angkara Hannah saya rasa sangat letih bila tengok rumah dah tak macam rumah. Aiyoooo!
Tapi redha je la. Tak pe, nanti mommy kemaskan. Maka itula alkisahnya kadang-kadang pukul 6pagi saya login bersama batang mop dan penyapu sorang-sorang.
Hannah dah boleh diharap. Walaupun bukan kerja berat, tapi dia boleh terima arahan.
Masa kat rumah nenek, Hannah tengah main-main kat luar. Saya cuci pinggan kat dapur.
"Hannah, sini kejap. Tolong ambil botol susu Hannah dalam bilik, mommy nak basuh".
Terkedek-kedek Hannah pergi ambil botol susu dia bagi kat saya. Comel!
"Hannah tolong mommy buang pampers adik."
Hannah letak dulu mainan dia, datang ambik pampers adik masuk tong sampah.
Hari tu ada cicak kat dinding dekat tong sampah. Hannah takut. Bila buang pampers adik, Hannah tak berani nak dekat tong sampah. Hannah pun letak pampers adik atas lantai, dekat dengan tong sampah. Hihih.. jadi la.
Ummi selalu pesan, Hannah smart girl dia banyak berfikir sebab tu dia macam tu. Tak pe.. (Saya selalu bagi Hannah makan madu since dia baby. Alhamdulillah perkembangan mindanya sangat-sangat aktif sampai penat dibuatnya)
Hannah sayang adik. Hari-hari bangun tido terus Hannah cium adik.
Kalau dia dengar adik nangis cepat-cepat Hannah datang tengok adik.
Hannah nak main dengan adik, Hannah bagi adik share 'Ephant busuk' dia. (Macam la adik tu tau kan...)
Lately ni selera Hannah menjadi-jadi mengalahkan orang puasa.
Kadang-kadang saya terfikir Hannah ni tak makan ke kat rumah Makchek.
Bertuah la Hannah tak makan, dia makan nasi dua senduk, susu empat kali pagi sampai petang. Tu belum masuk jajan roti ngan biskut.
Bila malam, sampai rumah Hannah minta susu lagi. Habis 9oz botol penuh. Lepas tu makan nasi, makan biskut, makan prune, air susu kotak. Kelmarin saya rebus megi untuk goreng sahur; Hannah minta nak makan. Nak tido lagi sekali susu 9oz. Uiiiiii!!!!
Hannah pandai minum air masak sendiri. Bila dia rasa dahaga, Hannah cari botol air kaler pink dia minum air. Sebab tu saya kena selalu make sure botol air Hannah ada air.
Ummi cakap, macam anak Cina kemana-mana usung air kosong. Bagus la.
Owh!! Hannah masih nursing dengan saya. Bukan sikit-sikit dia minum, kadang-kadang sampai sendawa. Meleleh air susu kat mulut Hannah. Bila saya tengok, saya rasa syukur sebab memang betul-betul Hannah minum susu mommy. Bertambah-tambah la bulatnya ABAM!
Bila tengah nursing adik, Hannah pun join. Diam-diam Hannah ambik 'Ephant' terus panjat badan mommy cakap "nak..nak.." Tak kira la berdiri ke, tertonggeng ke, tersenget duduk ke, janji yang penting dapat.
Haih la Hannah.. Hannah..
![]() |
| Saya la adik kesayangan Hannah. =) |
Success doesn't come to you…you go to it
Isnin, 23 Julai 2012
Dah Ramadhan la.
Saya simpan azam nak puasa penuh tahun ni. Moga-moga dengan puasa yg berkualiti.
Hari ni 1st day kerja dan puasa. Daily target at least 20oz collection dah tercapai. Alhamdulillah.
BIG thank you to Allah ada rezeki Harraz walaupun mommy puasa dan x berapa sahur pagi tadi.
To celebrate 1st Ramadhan kebetulan turn balik Tg Malim. Family kecik, orang pun tak berapa nak ada. Harapkan Hannah je la yang buat bising kat rumah tu. Harraz kecik lagi, dia tolong riuhkan time menangis bila nak susu je la.
Tak sabar pulak rasanya nak tunggu budak dua orang tu dah boleh main kejar kejar sama-sama. Mesti tunggang terbalik rumah atok dengan wan; haaaaa time tu baru pening kepala. :D
Menu 1st puasa ayah masak ikan masak kicap, rendang ayam kampung. Ummi masak bubur ubi kayu campur durian.Kak long and family visit pasar ramadhan topup kuih and air.
Kat pasar banyak orang jual bubur lambuk which is fav Hannah. Kan ala2 bubur ayam Mcd tu. Dia suka la. Habis sebekas Hannah makan sorang.
Esoknya ayah tak berapa sihat; so menu pun blur. Sebab selalunya ayah yang tentukan nak masak lauk apa.
Endup tgh hari I yang buat decision masak kurma daging, ayam goreng hitam dan tumis salad. Then minta ayah masakkan nasi briyani. Settled! Petang semalam hujan, tak de sape yang rajin nak menjengah ke pasar ramadhan. Makanya berbuka la dengan apa yang ada.
Malam semalam nak balik atok dengan wan peluk cium Hannah macam sedih sangat cucu sulung nak balik. 3-4 kali sikit-sikit cium. peluk peluk. Terharu saya tengok diorang sayang sangat dekat Hannah debab. ;)
Dalam kereta Hannah tak tidur pun. Duk pusing-pusing ambik mood tak jumpa2 last2 dah sampai KL. Tg Malim-KL jauh mana sangat pun kan. Sejam je. tu yang tak jumpa mood tido cik Hannah walaupun dia dah sipi mamai nyanyi2 sorg-sorg. Tiba-tiba keluar lagu 'Untuk Dia' Najwa Latif dengan sape tah tu. Lagu fav Hannah. Automatik celik mata dia joget-joget dalam baby car seat tu.
Boss dah balik, so saya pun harus la mahu balik jugak.
Jom!
Eh! Selamat berbuka puasa... Hari ni dah 3rd puasa, tup-tup esok dah hari ke 30 puasa. Hurmmm...
Success doesn't come to you…you go to it
Selasa, 10 Julai 2012
Muhammad Harraz Nazhan Bin Mohd Amli
Harraz Nazhan; Yang amat warak; jauh dari perkara yang di keji.
My handsome boy now is two months old. Saya admit, Harraz sangat baik. I can say he is a very good boy, sangat manja boy and very independent. Tak banyak ragam, tak de nangis nangis tak tentu pasal.
Terima kasih adik.
![]() |
| Name: Muhammad Harraz Nazhan DOB: May 8,2012 Weight: 3.40kg |
Sunday evening: Saya rasa macam sakit perut tapi tak kerap. Can consider it once at every hour. Went to hospital just to run normal check-up since i already skipped my weekly routine checkup at the final week. ( Sukahati je kannn )
Sunday night: Start pukul 10pm sakit makin kerap melarat sampai Isnin pagi i can say the pattern was 15-30min sekali.
Memang tak sempat tido malam. Saya pesan dekat husband, `bila saya sakit perut saya genggam tangan abg kuat-kuat ye.'
Still lagi blur contraction ke tu?? (Hannah dulu masuk ward tak de sakit-sakit pun.)
Monday morning: Serah diri ke Hospital Serdang, kali ni confident dengan bag sebab patutnya esok dah due date.
1pm : Warded. Confirmed contraction every 5 mins.
7pm : Di pos ke Labour room.
Kenapa tetiba ada baju Hannah ni??
Ini la baju Hannah yang teman saya sepanjang masa. Dalam dewan bersalin pun saya bawa. Penguat semangat dan untuk lepas rindu saya kat Hannah.
Husband teman saya sepanjang malam.
Tersangat sakit; sampai rasa nak give up. Cakap kat doc 'saya nak operation plsss saya dah tak larat.'
Tapi docs semua tak bagi. They said u have progress cuma lambat sikit. Kena kuat and sabar banyak-banyak.
Bila husband ada dengan kita, perasaan nak ikut perasaan tu still lagi boleh di control.
2am: saya lapar and dahaga. Husb keluar kejap then bawak masuk burger dan air. Pedulik la labor room pun saya blasah makan burger.
2 kali kena injek pain killer ~ ~ legaaaa... SEKEJAP
Husband asyik kena marah sebab wire oxygen tersangkut. Tak pasal je kan... ;) Apa pulak kaitan dia wire tu nak tersangkut. Hehe sorry la yang, sakit yang dah tak bole nak fikir.
5.50am: husband keluar skjp lepas mamai-mamai lelap tido-tido ayam.
5.56am: doc suruh saya PUSH! PUSH! dah buka habis ni cepat!!..... Blur OK tetiba je.
6.05am: husb datang balik, tengok doc tengah jahit. Nurse pulak tanya dia encik dah tengok baby? Lagi husband blurrr errr dah bersalin eh????
Ambik sekali 27 jahitan saya kena. Tapi tak pe, mommy merasa deliver normal finally.
7pm: saya pun dah boleh balik rumah bawa baby. Tak sempat bermalam pun dekat hospital dah discharge. Syok kan!! =)
Success doesn't come to you…you go to it
Selasa, 15 Mei 2012
Hannah ada adik
Hari ni Harraz dah lapan hari. Sejak adik lahir, saya sangat rindu nak peluk Hannah kuat-kuat,nak cium Hannah banyak-banyak, nak gomol-gomol Hannah sampai gelak-gelak.
Betul, saya sangat rindu moments tu semua. Kalau dulu kita selalu main sama-sama sampai Hannah gelak seronok sangat. Saya rindu nak tgk Hannah tido lasak pusing satu katil.
Bukan saya tak sayang Harraz, saya sayang cuma perasaan kesian dekat Hannah.
Mommy tak nak Hannah rasa mommy tak sayang kakak.
Pagi tadi saya dapat tido peluk Hannah. Rasa la lega sikit, tapi tak puas.
Tak baik ke saya ada perasaan macam ni?
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone
Betul, saya sangat rindu moments tu semua. Kalau dulu kita selalu main sama-sama sampai Hannah gelak seronok sangat. Saya rindu nak tgk Hannah tido lasak pusing satu katil.
Bukan saya tak sayang Harraz, saya sayang cuma perasaan kesian dekat Hannah.
Mommy tak nak Hannah rasa mommy tak sayang kakak.
Pagi tadi saya dapat tido peluk Hannah. Rasa la lega sikit, tapi tak puas.
Tak baik ke saya ada perasaan macam ni?
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone
Jumaat, 27 April 2012
cuti!
Banyak tak ter-update tapi malas nak meng-update. What can I say is sekarang dalam mode quarantine for long distance travel and red alarm alert has put on. It could be at anytime and anywhere.
I have planned to start my maternity leave effectively by next Monday. Hoyeh!!! Cuti... :D
Preparation not yet completely done. Sebab tu saya cuti awal so that I can packing. Cuti jugak sebab saya nak rehat get my body and soul ready for delivery soon. Instead of body rest, I also need my quality time staying alone at home for mengaji Quran and baca Yaasin as much as I can.
Honestly speaking, kalau tak mak ni sibuk dengan Hannah, her husband, rumah tangga dan kerja. Who should you blame? Yourself!
Jom tido! Tomorrow gonna be my last day work. Of course there's many things to clear up so I need more energy. Tata!
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone
I have planned to start my maternity leave effectively by next Monday. Hoyeh!!! Cuti... :D
Preparation not yet completely done. Sebab tu saya cuti awal so that I can packing. Cuti jugak sebab saya nak rehat get my body and soul ready for delivery soon. Instead of body rest, I also need my quality time staying alone at home for mengaji Quran and baca Yaasin as much as I can.
Honestly speaking, kalau tak mak ni sibuk dengan Hannah, her husband, rumah tangga dan kerja. Who should you blame? Yourself!
Jom tido! Tomorrow gonna be my last day work. Of course there's many things to clear up so I need more energy. Tata!
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone
Selasa, 3 April 2012
Dear painful please run away!
I'm in pain. Seriously painful. Bukan tahap rasa nak nangis je tapi memang dah meraung.
Kalau ikut due ada lagi sebulan, but I hardly cannot immagine myself to stay this way for another one month. Seminggu sekarang pun Allah SWT je yang tau.
Doakan saya dan baby kuat dapat bertahan until the right time comes.
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone
Kalau ikut due ada lagi sebulan, but I hardly cannot immagine myself to stay this way for another one month. Seminggu sekarang pun Allah SWT je yang tau.
Doakan saya dan baby kuat dapat bertahan until the right time comes.
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone
Rabu, 28 Mac 2012
My Toddler.
Your toddler's increasing control over her hands means that your hands may be even fuller than usual. She'll poke and prod everything that interests her, which probably means anything within reach. Your toddler may scribble with a crayon, grab a spoonful of kaya, or rub her fingers in tomato sauce just to see what happens. Though you may be all too familiar with the outcome - more cleaning up for you - remember that your child learns something about the consequences of her actions from every one of her messy experiments.
Owhh my goodness apa yg Babycenter ni cakap so so and soooo true.
Tangan dia lagi cepat dari apa yang kita jangka. End-up all will become very messy and untidy. Sape yang kena kemas balik?? Who else... Mommy la.
Semalam masa nak bagi Scott Emulsion Hannah tepis habis tumpah sebotol lepas tu buat masker sapu kat muka, jadi shampoo kepala.. Rasa-rasa boleh marah tak??? Ya Allah kan ke hanyir bau minyak ikan tu Tuhan je la yang tau. Tapi Hannah ni macam dah tegar je dengan bau hanyir tu. Aiyarkkk...
![]() |
Success doesn't come to you…you go to it
Isnin, 26 Mac 2012
Al Fatihah - Nur Qalesya Amani.
Saya sedih, saya menangis.
Walaupun bukan anak saya, tapi saya teramat sedih. Sunggu-sungguh saya menangis.
Tak terbayang kalau saya di tempat mereka.
Sungguh berat ujian yang Allah beri kepada mereka tapi betul, sesungguhnya Allah Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.. Allah tak kan uji kita apa yang hambanya tak mampu nak tanggung.
Berat mata yang memandang berat lagi bahu yang memikul. Tapi semua yang berlaku pasti ada hikmah disebaliknya. InsyaAllah.
Anak sulung yang dikandung ibunya selama 10 bulan, dinantikan dan diraikan kelahirannya tiba-tiba sakit bertarung nyawa di ICU dah hayatnya hanya mampu bertahan sehingga usianya dua bulan.
Ya Allah, saya doakan semoga sahabat ku cekal menghadapi dugaan-Mu, semoga bayi kecil itu menyambut ayah dan ibunya di syurga kelak.
Bila saya tengok je gamba baby tu berjurai air mata saya terkenangkan keadaan dia yang tenat pada usia yg sangat kecil. Terkenangkan ayah dan ibunya yang kehilangan permata sulung yang sangat-sangat mereka tunggu.
Al Fatihah untuk Nur Qalesya Amani. InsyaAllah syurga jaminan Allah untuk kamu sayang..
To Ani dan keluarga, semoga kalian kuat dan tabah menghadapi ujian-Nya.
(Memberi keinsafan dan peringatan kepada diri sendiri yang lagha dengan rezeki dan nikmat dari Tuhan.)
Sepanjang kandungan saya kali ni dah dua kali saya menangis teramat sedih dengar berita anak-anak sahabat yang meninggal dunia sewaktu kecil.
Bayi yang dikandung meninggal dunia sewaktu usianya 27 minggu dalam kandungan. Mereka kembar tapi Allah dah takdirkan hayat mereka hanya setakat itu, si ibu sangat kuat melahirkan jenazah anak-anaknya secara normal walaupun dia tahu akan tiada tangisan selepas mereka dilahirkan.
Juga saya tak tahu adakah saya kuat untuk berdepan dengan situasi itu kalau saya di tempat dia..
Saya berdoa semoga saya selamat melahirkan little adik.
Semoga little adik sihat, kuat, cukup sifatnya dan membesar sama-sama dengan kakak Hannah jadi anak-anak yang soleh solehah, yang pintar akal fikirannya, yang mulia akhlaknya dan berjaya dunia akhirat.
Jujur, ni la doa mommy utk anak-anak mommy sayang.To Mr husband,tolong doakan untuk kami juga ya.
Me also pray semoga saya dan suami dipanjangkan umur untuk membesarkan mereka bersama-sama sebagai satu keluarga sehingga mereka dewasa. (Dalam kata lain tolong panjangkan jodoh kami Ya Tuhan)
Banyaknya permintaan saya..
Success doesn't come to you…you go to it
Sabtu, 24 Mac 2012
Her fav Ephant
Ni la fav toy Hannah. Tak nak yang lain, only this.
I never noticed she was addicted to this Ephant until there's one day she brought Ephant to school and left it there for a night.
I guessed only god knows how suffer she was that night looking for her little Ephant. Semua jadi serba tak kena. Tido tak lena sampai menangis tersedu-sedu. Sedih sangat rupanya.
Dah pagi pun Hannah still cari Ephant. Rindu sgt Hannah dekat Ephant.
Pernah sekali Hannah punggah kain laundry cari Ephant baru dia nak habiskan susu. Mommy dah campak Ephant masuk bakul laundry sebab dah kepam. Sanggup Hannah ambil balik.
Macam mana ntah Hannah bole ada Ephant busyuk ni mommy pun tak tau la.
I never noticed she was addicted to this Ephant until there's one day she brought Ephant to school and left it there for a night.
I guessed only god knows how suffer she was that night looking for her little Ephant. Semua jadi serba tak kena. Tido tak lena sampai menangis tersedu-sedu. Sedih sangat rupanya.
Dah pagi pun Hannah still cari Ephant. Rindu sgt Hannah dekat Ephant.
Pernah sekali Hannah punggah kain laundry cari Ephant baru dia nak habiskan susu. Mommy dah campak Ephant masuk bakul laundry sebab dah kepam. Sanggup Hannah ambil balik.
Macam mana ntah Hannah bole ada Ephant busyuk ni mommy pun tak tau la.
Langgan:
Catatan (Atom)








