I am proud of myself. Sebab apa?? Jangan pulak ingat aku riak yer korang-korang semua.. Tak de kaitan pn dengan $$$$.
Ia berkisahkan tentang independent dalam Bahasa Melayu nya "berdikari"
---------------------------------------------
Last week kan cuti Thaipusam ari Isnin,
Aku pulang ke "rumah halaman" saja-saja nak menjenguk keluarga tercinta. Orang kata balik kampung.. Tapi kampung aku kat tempat lain. So aku bagi term balik ke rumah halaman menunjukkan aku pulang ke rumah ibu bapa ku.
Tapi disebabkan kesibukan dan terikat dengan tugas lain, i need to be in Penang on Monday by 10am.
Apakah jalan yang ada untuk aku mencapai matlamat dan tujuan??
1. Aku kena naik bas hari Ahad bas paling lmbt pukul 5.30pm. (Sebab aku bukan dari KL yang mmg last bas is at 12am)
(juga sebab aku bukan dari KL yang ada airport tuk kapal terbang landed. Lain la aku ni kaya ada jet sendiri leh parking depan padang.. :D )
Umi dah buat muka seposen bila aku nak balik awal. Katanya sekejap sgt aku balik.. Si anak tak sampai hati bila tengok muka seposen Si ibu..
"Ok la umi, saya naik ketapi kul 12 mlm ok???"
Hoh gembira sekali umi.. Sengih sampai ke telinga.. Suka anaknya lama sikit ada kat umah.
Agaknya macam tu la perasaan bila kita jd mak nanti kn....
-----------------------------------------------
Aku takut sebenarnya nak naik train tuh. Dah la tengah malam sorang plk tu balik. Ketapi sampai Butterworth je.
Cakap mmg best..
Umi tanya nnt nak balik umah mcm mana klu naik ketapi??
" ala tak pe mi, saya sampai nnt saya naik la feri g seberang pas tu naik bas balik umah" huhu.. -Pandai nya aku ckp-
-------------------------------------------------------------------------
Tersangat advanture tapi satu kenangan manis yang aku alami. Gambar je tak de nak capture. Tapi semuanya ada dalam kepala.
Hari tu ayah pegi keje. Ni sume gara-gara Perak bercelaru dengan isu politik. Kisah banner naik pun kitorg terfollow skali pegi siasat..
Malam tu keta tak bole nak start nak anta aku ke stesen ketapi. Jam dah kul 11.40pm.
Ok kita naik motor. Huaaa ayah dan anak naik motor. Hikhik dua2 dah la macam belon. :))
Tetiba helmet pn ada satu jer. Macam mana eh?
Tak ke pelik kalo naik motor 2 orang tp helmet satu.. Disebabkan masa dah suntuk, kitorng jalan jugak dengan helmet satu. Aku terkikikik kat belakang tahan gelak. Serious rasa klakar.
Tp ayah risau sebenarnya. OTW nak sampai tu dia nampak ada pak guard ni tengah keje. Sib baik pakcik tu baik. Sape2 tah pinjam la helmet dia kejap.
Aku pn sampai ke Stesen Ketapi dengan jayanya.
---------------------------------------------------------------------------
Aku ala-ala jakun kat dalam tu. Terkebil-kebil sorang2 dah la tak pernah naik. Uwaaaaa lampu tak tutup. Terang benderang langsung aku tak bole tido. Pegi toilet hihi antiknya tersangat.
Sampai dah subuh pukul 6.10am. Ya Allah sejuk sampai cucuk ke tulang..
----------------------------------------------------------
Aku gagahkan diri jalan kaki ke feri. Tak jauh pun actually. Sebelah jer.. Tapi subuh-subuh kan mana ada orang. Tak pe aku berani!!!
Ada jugak la beberapa kerat manusia kat situ. Ada yang nak pegi keje agaknya..
Sejuk beb naik feri subuh. Angin pagi tu mcm snow aku rasa. Eh tapi hari tu aku ada ternampak kapal t'bakar kat pelabuhan apa tak tau. Tinggal rangka je tapi api marak lagi.. Aku tengok je la tak tau pun apa jadi.. Tapi kepala fikir la kenapa kapal tu hangus,??? kapal sape??? Nape biarkn je t'bakar???
Tup..tup esok tengok paper ada gambar kapal tu. huhu aku saksiiiiii.....
-------------------------------------------------------------------------
Sampai darat dah kul 6.40am. Ok misi seterusnya aku perlukan bas utk ke Bukit Jambul. Teksi tak mampu den nak membayornyer.. Confirm uncle teksi tu akan ketuk aku kaw2 punya.
Banyak Bas Rapid beratur kat tepi feri tu.. Pilih je mana ko nak.
Aku tanya uncle bas tu, "Pakcik bas apa yang nak pegi Bukit Jambul lalu depan Vistana Hotel?"
Mesti pakcik ni gelak kat aku. apa la budak ni.. nampak sangat tak biasa..
Ah sukati la... memang tak biasa pun. Tapi at least aku cuba.. kan?? kan??
Hehe sekarang aku dah tau. Bas 302 yang lalu depan Hotel Vistana.
-------------------------------------------------------------
Alhamdulillah aku sampai umah pukul 8am.
Mengantuk dan agak letih...
------------------------------------------------------------------
Tu leh kira bediri atas kaki sendiri ke tak??
Aku rasa bole kot. Sebab aku berani buat apa yang aku nak and yang penting umi happy sebab aku balik lambat sket..
" Lepas ni bole la balik lambat lagi kan Kak Long" Amboi2 ummi ku sayang..
(",)