My Princess

Lilypie - Personal pictureLilypie Third Birthday tickers

My Prince

Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers

My Sweetpie

Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers

Khamis, 18 September 2014

My keyboard stories. Feeling blessed, Alhamdulillah.


Balik dari kerja semalam, mak ni kalut masak kat dapur sambil kendong Hani dalam carrier, tangan kiri kanan macam octopus. Harraz suka-suka punggah peti ais tanya ni apa tu apa.
Stress mak anak, tak tau nak melayan mana satu. Ikan goreng atas dapur, tangan potong sayur mulut tak diam melayan hero tu.

Hannah, tolong ambilkan bawang dalam peti ais, berlari Hannah & Harraz berebut nak tolong ambilkan bawang untuk mummy. Haihhhh bawang dah sekerat je pun nak gaduh.

Hannah dah ke depan layan tv. Harraz masih lagi berminat dengan barang-barang dalam fridge. Nasib la peti ais dua pintu kalau tak satu kes lagi susu adik pula bole rosak.

Mummy nah air untuk mummy. Harraz jadi distributor Vitagen pula. Selongkar peti ais jumpa Vitagen. Siap cucukkan straw bagi semua orang. 
Touching mummy tengah peluh-peluh anak offer air sejuk. 

Tengok! peti ais tak tutup dia dah hilang mengadap tv.
Harraz, kenapa tak tutup peti ais tadi???
Harraz dah tutup la mummy. Tengok tu. Apa la mummy ni.
Hurmmmm dia tak tau padahal mummy yang tolong tutupkan tau. Confident je.. Tak aci awak ni!

Hannah nampak cube tomyam ada gambar udang. Dia cakap dia nak makan udang.
Hannah sangat suka udang. Ikut atok gamaknya yang memang surrender saja kalau dengan udang. Ye lah.. dah rumah mengadap Sungai Perak, mana taknya udang galah kaler biru je hari-hari masa kecik dulu. Tapi ajaibnya orang lain makan udang bole gout  tapi ayah cool je. Dapat gout dari sumber lain pula.

Daddy pun hantu udang jugak, but he much prefer beef instead.

Ok lah, lepas daddy balik kerja kita beli udang. Kenkononnya nak beli ayam je sebab lauk basah dah abis. Tembam pulak udang kat kedai ni. Timbang udang RM33.80. Ermmm mahal! Tak pe lah.. Anak nak makan, pejam mata je. Kalau mainan tu bole cancel lagi tak yah beli pun tak pe.

Hannah suka makan kari. Yang ni ikut gene mummy. Nak lari mana kalau dah memamg ada keturunan India mari, kari tak dapat la dipisahkan. 

Ada tak orang masak kari udang campur rebung? Ke nak digulai lomakkan udang dan pucuk ubi? 
11.40am mak dah berfikir menu makan malam nanti. TYPICAL!!!! 

Hani dah nak masuk 6 bulan Ahad ni. Pe'el pun dah lain. Super clingy, penyakit manja-manja busyuk mummy dah menurun dari Hannah ke Harraz sekarang dah sampai Hani. Sedih benar menangis bila mak tak layan. Nak melekat je macam kangaroo. Berbaloi la mummy tipu daddy masa beli SSC dulu. 
Masa minta izin, I cakap harga dia 100++ je. Bole kan?
Bila dah dapat, baru I bagi tau harga dia 400. Terkedu pejam mata kejap la.
Seee I tak sesiakan 400 you tau. 

Saya sedang dalam misi sentiasa lembut hati melayan kerenah anak-anak yang hebat ni. Bersyukur mereka dipinjamkan untuk saya dan suami. InsyaAllah amanat ini akan kami usahakan yang terbaik untuk dunia dan akhirat.
Amin.

Success doesn't come to you…you go to it

0 Kata-kata Magik:

 

It whirls likely W.H.E.E.L Copyright © 2009 Cookiez is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template