Syukur saya ke hardat Ilahi, Hannah Qaisara dah setahun. How time flies...
Tapi 3minggu sebelum birthday Hannah, dia tak sihat dan sangat la banyak ragam.
Demam, cirit birit. Ntah berapa kali mommy EL sebab jaga Hannah tak cukup tido siang malam.
Kesian, susut badan Cik Abam.
Pergi klinik, hospital ntah berapa kali semua doctor cakap tak ada apa-apa. Saya ni mak dia, of course la saya risau. Sebab saya yang bersekang mata jaga Hannah siang malam. Senang je doctor tu cakap tak ada apa-apa.
Tapi bila sampai je birthday Hannah 2 March 2012 hari tu, Alhamdulillah Hannah dah tak demam, cirit birit pun hilang.
Hannah pun dah selamat ambik injection untuk umur setahun dengan body weight 9.4kg. Ok la at least you reached 9kilos at age of 1 year old selepas 3 minggu suffer dengan diarrhea and fever.
Seminggu sebelum birthday Hannah kami pergi Aquaria, bawak Hannah tengok ikan.
Dia sangat seronok.
Tapi esoknya demam pulak. Rupanya saiko dengan ikan besar-besar yang dia nampak. Kebetulan sebelum tu Hannah sangat suka tengok iklan katun SeeFood kat tv. Tapi lepas balik dari tengok ikan Hannah menangis-nangis bila iklan tu keluar.
Hannah ada good memories then, she knew how fishes and shark look a like.
Its ok, you are learning about living things. :D
By the week of birthday Hannah, nenek, aunty dan wanss kelam kabut tak cukup tangan buat persiapan birthday celebration cucu dia yang sorang ni. Kakak Ariesya pun bersungguh balut hadiah nak bagi birthday present kat Hannah.
Kek birthday Hannah angry bird kaler merah, mak aihh besar ya amat Wan sue beli.
Daddy berpeluh-peluh bakar ayam bawah pokok.
Tapi Cik Hannah tu bukan faham pun apa yang jadi kalut-kalut sekeliling dia. Masa potong kek dia suka la sbb kek tu merah betul-betul depan mata dia.
A week after birthday Hannah ni pun again akan ada small makan-makan utk atuk Basir dgn wan pulak.
Bertuahnya si kecik ni celebrate birthday sampai 3 minggu.
Esok balik Tanjung Malim baru plan apa pulak agenda utk birthday cucu sulung ayah.
|
Hannah Qaisara dengan muka yang old scool. |
Anak dara saya pagi tadi sebelum pergi sekolah.
Success doesn't come to you…you go to it