My Princess

Lilypie - Personal pictureLilypie Third Birthday tickers

My Prince

Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers

My Sweetpie

Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers

Jumaat, 12 Februari 2010

Baru siap 1 side.

Borang Permohonan Nikah sebelah lelaki baru settel. Lama sungguh nak tunggu selesai. Semua ni gara-gara En Lelaki yang terlampau busy sampai lek lek je nak setelkan borang dia. Memang saya emo sebab nak proceed borang saya kene selesaikan En Lelaki punya dulu.


Setelah di tembak dengan peluru berpandu 11 series, akhirnya hari ni siap.

Boleh pun! TAHNIAH buat kamu!



Mana-mana lelaki yang nak kahwin tu, pandai-pandai la manage masa. Siap2kan saksi yang berkenaan, buat appointment dengan juru nikah masjid awal-awal. Time ni je la pun korang nak kenal sape tok imam yang merangkap juru nikah kat masjid tu. Nak kata sesi suai kenal masa solat jemaah Mahgrib & Isyak adalah agak mustahil sebab balik keje pun dah nak Isyak kan??


Dan masa ni jugak la korang kena bawak2 blaja amik tau kat mana Pejabat Agama Daerah.

Semua-semua ni kalau bukan sebab nak kahwin tak de nya orang nak amik tau.



----------------------



Asyik nak komplen pasal En. Lelaki, kisah borang saya belum tau cerita lagi.


Tapi tak sehebat pihak lelaki sebab borang saya bole diuruskan oleh pihak wali, merangkap ayah tercinta. Janji jangan lupa sign borang and sediakan semua dokumen yang diperlukan.


.


Cepat sangat masa berjalan. Dari mula-mula buat blog ni ada lagi 90 hari. Ni tup-tup dah nak ke 40-an hari selepas balik raya cina nanti. Bermakna sebulan 10 hari.


Iyeee banyak benda tak siap lagi. a.k.a baju nikah lelaki tak tempah lagi. Aksesori merapu belum di cari dan di jahit. Projek mengecat rumah juga belum bermula. Semuanya lepas cuti Raya Cina.

Owh baru saya tahu macam mana rasa stress nak kahwin. :(





"I've been relaxing too much and I
deserve this pain now" Am I?? NOOOO!!!


Success doesn't come to you…you go to it

Khamis, 11 Februari 2010

Soalan best!

Her: (10/2/2010 5:59:16 PM): abg klu ada org tanya abg, betul ke abg nak kawin ngan ayg? kawin x leh patah2 balik tau. bukan main2. apa abg jwb?

Him: (10/2/2010 6:01:04 PM): emm msti lh kompem sbb abg dh wat decision tu mase 1st kite tunang dl..

Him: (10/2/2010 6:01:37 PM): n then abg yakin abg akn bahagia ngan ayg

Him (10/2/2010 6:01:44 PM): emm nape ayg ckp camtu.

                                                                                                                                  -unedited-

Kenapa saya tanya? biar lah menjadi rahsia.


No turning back!


My another W.H.E.E.L

Selasa, 9 Februari 2010

Yey legaaaa.. ;)

Yippi!!! kami clear. Memang agak gabra sebenarnya masa nak tunggu result td. Seram sejuk badan ni. Tapi masing-masing cover cun baekkk jer.

Saya punya.
Dia punya..

Jangan pikir lain eh.. HIV kan skrg ni senang2 je bole tersebar. Tak payah hubungan kelamin, tak perlu isap dadah kosing jarum pun bole kena. Luka sket pas tu tlg org, masuk darah ke.. Macam2 bole jadi.

Dulu masa blaja kerap jugak pegi Rumah Solehah kat Cheras. Umah ni untuk kanak2 HIV. Saya simpati tapi harus la risaukan diri sendiri juga lepas2 tu. Kitorang bergaul dengan kanak-kanak tu macam orang biasa, tanpa gloves dan lupa yang mereka tu sakit. Tambah pulak mereka semua mesra alam.
Mana la tau time tu kat badan ni ada luka2 yang tak di sedari. Kan menyumbang tuh.
Tapi apa pun, Alhamdulillah.. Lega gila benda ni dah settle. Baru la feel lebih nak prepare habis-habisan.

Kami punya..

Success doesn't come to you…you go to it.
 

It whirls likely W.H.E.E.L Copyright © 2009 Cookiez is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template