My Princess

Lilypie - Personal pictureLilypie Third Birthday tickers

My Prince

Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers

My Sweetpie

Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers

Jumaat, 28 September 2012

En Mohd Yang Bekerja nama dia.

Saya sangat tak suka nak cerita pasal keje kat blog.
Ala keje kau pun bukannya hebat pun, apa kelas la kau nak cerita sana sini. Orang bukan faham pun.
Tapi saya punya seorang the best listener; my husband. Saya tau dia pun bukannya faham sangat. Kadang-kadang paling tidak pun dia akan ckp "oooo... " angguk kepala macam kan tau bebenau. Jadi la yang, enough for me to relief. Cukup la ambik port ujung-ujung. Saya pun tak expect nak dia faham 100%. Setakat nak lepaskan benak yang tersumbat je dah cukup.
Biasa dah dia.. 

Saya ni kalau tengah serabut memang akan cakap ikut suka hati je. Especially pagi-pagi bila nak pergi keje. Memang dah kebal kot telinga tu dengar saya mengomel:
Cepat! cepat! cepat la Hannah mommy dah lambat ni! Cepat la abg.. ayg tak bole lambat. Atok ada kat ofis hari ni! 
Kecohnya macam kan dah tak ada esok. Tapi kejap je, once saya dah selamat sampai ofis tak de benda pun sebenarnya. Tu yang buat dia malas nak layan bila saya dah mula bising suruh cepaattttt!!!! 

Sangat kembang setaman bila dah kalut-kalut tu, jap lagi abg BBM tanya "ayg dah sampai ke?"

Husband saya ni bukan la stok mamat jiwang karat. Jangn mimpi la nak beromantika bunga sejambak ke, surprise kek ke apa. Dia straight je... Kalau tak cakap, memang dia tak kan tau. 
Jadinya kalau nak apa-apa, saya direct je cakap nak itu nak ini. 
Birthday present pun abg bagi cash, pepandai la saya nak beli apa. Memang kena bajet jadi muka tak malu kalau nak apa-apa dengan abg. Its ok, i am getting used into it. I love you as in your way.

Biasanya kalau time keje abg ada call meaning dia tengah free tak pun memang ada hal yang dia nak tanya. Jadinya dah cukup bunga-bunga cinta la kalau dia call sebab tengah free. Kalau tengah busy tu jangan kata call pun payah, BBM, sms, PM Fb la berjuta pun. Buang karat saje .....

Sebab nama dia Mohd Amli; (yang berkerja) la kot maka jadinya macam tu. Workaholic! Tapi hal keje la yang terlebih holic. Kalau hal lain tak berapa la sangat holicnya. =)

Saya tak suka cerita hal kerja, hal project. Semak kepala. Saya suka semakkan kepala En Husband kalau nak cerita kisah kerja dan project. 

Saya family type punya orang. Malam ni nak balik kampung, saya tak masak. Time lunch tadi saya dah tapau chiken porridge untuk Hannah. Seee pandang kedepan kan. Awal lagi dah pikir anak nak makan apa kalau tak masak. Kalau makan lambat nanti kesian Hannah lapar.

Cuba tanya Mr Arm, confirm dia tak fikir lagi pasal plan makan malam ni macam mana sebab time keje is keje je dalam kepala. Jadinya, saya la yang tukang fikirkan.

Success doesn't come to you…you go to it

Khamis, 27 September 2012

Mereka cinta-cinta hati saya. But still i love Mr Arm the most too. :)

I was started to think how to wean Hannah as she is turning 19mo. Ada lima bulan lagi, but i just wanted to get ready and be prepared.
Lately ni Hannah punya mengada terlebih-lebih. Kadang-kadang bila kat rumah, langsung tak nak minum FM. Fully dependent on susu mommy. Lepas tu jerit-jerit; "tepi!.. tepi!" cakap kat adik tolak kaki adik sebab kacau kakak nak minum susu. Aduhaiiii pening mak nak..

Dulu bawak Hannah cucuk umur setahun setengah, Hannah la baby paling besar yang menyusu dalam nursing room tu. Semua orang duk tanya umur Hannah berapa. Dah la size Hannah ni dah macam 2-3 tahun. Yess kawan-kawan, baju-baju Hannah are 3-4yrs old punya size baju. 

Ada satu hari tu, Hannah tengah nursing. Harraz tarik rambut kakak sampai nangis then tarik nip, lagaknya macam adik pulak nak! Funny tau kalau tengok moment tu. Aaaaa baru Hannah tau selama ni duk buli adik kan.

Sekarang ni kalau adik usik sikit terus mengadu kat mommy. Kes dia selalu belasah adik tak ingat pulak. Tarik bebird adik sampai melalak-lalak kawan tu. Sakit tau kakak...

Harraz pun pandai, bila kakak menangis adik gelak. Bukan main lebar dia sengih tengok kakak nangis. Puas hati ye dik? :D

Kontra nya budak dua orang ni, yang sorang tu bangun je tido kadang tu mata pun tak bukak lagi tapi dah separa sedar, tak pasal-pasal menangis dulu sekuat hati. Yang sorang lagi, maintain cool.
Adik bangun tido silent je, kalau tak pergi jenguk memang ingat adik tido lagi. Tapi sebenarnya dia dah sibuk buat kerja. Siap bole nyanyi-nyanyi lagi. Sampaikan pagi tadi mommy dalam toilet pun bole dengar adik nyanyi. Riang betul mamat ni. Gembira dah bangun tido.

Aaaaaa kantoi!!! senyap-senyap, ni la keje dia. Selerakkan barang dengan pampers yang dah bocor.
Kalau kakak, the worst case bila dia buka mata tak nampak saya. First thing dia akan buat ketuk pintu toilet sambil nangis; ke dapur bawak Ephant dengan berjurai-jurai air mata cari mommy. Memang peel dari baby. Dulu masa belum pandai jalan, dia merangkak pegi dapur sorang-sorang.

Hannah kat rumah nenek. Daddy kata macam daddy sebab dulu kecik-kecik daddy pun pernah tido bawah katil. 

Hero saya main bola-bola. Apa ada kisah mommy letak je dia kat dalam tu atas bola-bola, adik relax je. 
 Yang samanya budak dua orang ni, dua-dua tido lasak. Katil size queen tu, dua orang kenit ni je dah cukup nak conquer semua space. Mommy tido ngan daddy nanti baru tau. Sape suruh ambik space mommy kat tengah-tengah tu. Susunan asal is like -daddy-hannah-mommy-harraz-.

Hannah dah semakin petah mulutnya. Tapi banyak yang mommy n daddy tak faham. Kesian, bersungguh-sungguh Hannah explain panjang berjela, lastnya mommy jawab benda lain. Ada jugak terasa macam ayam cakap dengan itik. 
Semalam Hannah mintak 'air nyamna'. Kalau tanya daddy confirm tak tau kot. Mommy pun faham sebab dia tunjuk botol Ribena. Jauhnya lari Ribena dengan Nyamna. Tak pe la Hannah.. Nanti lama-lama terer la kan.

Such a heaven to see my kids are sleeping soundlessly at nenek's house.
Success doesn't come to you…you go to it
 

It whirls likely W.H.E.E.L Copyright © 2009 Cookiez is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template