My Princess

Lilypie - Personal pictureLilypie Third Birthday tickers

My Prince

Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers

My Sweetpie

Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers

Jumaat, 28 September 2012

En Mohd Yang Bekerja nama dia.

Saya sangat tak suka nak cerita pasal keje kat blog.
Ala keje kau pun bukannya hebat pun, apa kelas la kau nak cerita sana sini. Orang bukan faham pun.
Tapi saya punya seorang the best listener; my husband. Saya tau dia pun bukannya faham sangat. Kadang-kadang paling tidak pun dia akan ckp "oooo... " angguk kepala macam kan tau bebenau. Jadi la yang, enough for me to relief. Cukup la ambik port ujung-ujung. Saya pun tak expect nak dia faham 100%. Setakat nak lepaskan benak yang tersumbat je dah cukup.
Biasa dah dia.. 

Saya ni kalau tengah serabut memang akan cakap ikut suka hati je. Especially pagi-pagi bila nak pergi keje. Memang dah kebal kot telinga tu dengar saya mengomel:
Cepat! cepat! cepat la Hannah mommy dah lambat ni! Cepat la abg.. ayg tak bole lambat. Atok ada kat ofis hari ni! 
Kecohnya macam kan dah tak ada esok. Tapi kejap je, once saya dah selamat sampai ofis tak de benda pun sebenarnya. Tu yang buat dia malas nak layan bila saya dah mula bising suruh cepaattttt!!!! 

Sangat kembang setaman bila dah kalut-kalut tu, jap lagi abg BBM tanya "ayg dah sampai ke?"

Husband saya ni bukan la stok mamat jiwang karat. Jangn mimpi la nak beromantika bunga sejambak ke, surprise kek ke apa. Dia straight je... Kalau tak cakap, memang dia tak kan tau. 
Jadinya kalau nak apa-apa, saya direct je cakap nak itu nak ini. 
Birthday present pun abg bagi cash, pepandai la saya nak beli apa. Memang kena bajet jadi muka tak malu kalau nak apa-apa dengan abg. Its ok, i am getting used into it. I love you as in your way.

Biasanya kalau time keje abg ada call meaning dia tengah free tak pun memang ada hal yang dia nak tanya. Jadinya dah cukup bunga-bunga cinta la kalau dia call sebab tengah free. Kalau tengah busy tu jangan kata call pun payah, BBM, sms, PM Fb la berjuta pun. Buang karat saje .....

Sebab nama dia Mohd Amli; (yang berkerja) la kot maka jadinya macam tu. Workaholic! Tapi hal keje la yang terlebih holic. Kalau hal lain tak berapa la sangat holicnya. =)

Saya tak suka cerita hal kerja, hal project. Semak kepala. Saya suka semakkan kepala En Husband kalau nak cerita kisah kerja dan project. 

Saya family type punya orang. Malam ni nak balik kampung, saya tak masak. Time lunch tadi saya dah tapau chiken porridge untuk Hannah. Seee pandang kedepan kan. Awal lagi dah pikir anak nak makan apa kalau tak masak. Kalau makan lambat nanti kesian Hannah lapar.

Cuba tanya Mr Arm, confirm dia tak fikir lagi pasal plan makan malam ni macam mana sebab time keje is keje je dalam kepala. Jadinya, saya la yang tukang fikirkan.

Success doesn't come to you…you go to it

0 Kata-kata Magik:

 

It whirls likely W.H.E.E.L Copyright © 2009 Cookiez is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template