Ini lah yang dikatakan rezeki terpijak; rezeki anak mungkin.
Tuhan maha kaya, lagi maha mengetahui. DIA juga maha pemurah.
Syukur Alhamdulillah.
Tanpa terduga, tidak terjangkau dek fikiran, hari ni hari terakhir saya berkhidmat di GITS.
Semuanya macam sekelip mata.
Setelah berbulan pening memikirkan nasib kalau lah contract tak di-renew februari tahun depan, apo la den nak buat.
Tahun depan... lambat lagi tu.
Tapi saya dah runsing sebab by the time contract abis la saya tengah sarat menunggu hari.
Tak terbayang rasanya kalau martenity leave 2 bulan tanpa gaji. Owhhhh sadiss!!
Adakah kena pegi cari keje masa tengah dalam pantang?? Errrrr!
Lagi pulak mak buyung nak cari keje n interview keje baru adalah jarang-jarang kita dengar success story. betul kan?
Tapi rezeki kita tak sangka, tuhan permudahkan semuanya untuk saya.
Hantar resume, terus dapat offer. Offer letter keluar dulu baru attend interview.
-agak impossible bukan-
Boss GITS juga sangat murah hati dan memahami situasi mak buyung ni nak meneruskan career.
Tq GITS sebab melenyapkan contract 3 bulan notis a.k.a 3 months salary yang sepatutnya saya kena bayar sebab tender notis kurang dari seminggu. Bukan kurang dari tiga bulan ok.. less than a week!
Seriau jugak memikirkan 3 bulan gaji. Atau hanya perlu let go je offer yang dah depan mata.
Again, saya bersyukur.. Tuhan sangat pemurah.. Alhamdulillah
-----------------------------------------------
Semua dah selesai.
Resignation in short notice lepas- Signed agreement dengan company baru selamat
Tadi saya ke 'client company' untuk di interview lagi sekali. Kali ni interview yang lebih teknikal bersama-sama boss baru kat sebelah. Gabra ok! Tak tipu!.
Juga Alhamdulillah semuanya success. They are going to accept me as my 'new company' representative for their project.
Client agreement dengan 'client company' juga dah di sign.
17hb saya bakal memulakan hidup baru!
InsyaAllah...
........................................................................
Rasanya dah boleh kot saya nak rasa mood raya sekarang kan. (sambil dengar lagu raya)
Barang ofis dah abis packing.
Job transition DONE.
Farewell email belum Google. - Jap lagi la
.
.
.
Petang ni berbuka dengan company abg di Summit Hotel.
Malam nanti pack baju raya and kemas rumah yang terlarat sahaja.
Owhh malam ni juga harus tengok cerita nangis Kasihmu Ramadan. Last episode tuuuu.
Tengah malam kita balik Tg Malim... BALIK RAYAAAAA!!!!!
Ok daaaaa.. Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf zahir dan batin dari saya, Nurul Hafizah dan suami, Mohd Amli.