Statement Paksu: Cuba teka Hannah tengah buat apa. |
Rabu, 10 Oktober 2012
Ready for potty training does she?
Selasa, 9 Oktober 2012
Looking for the BEST!
Saya letih. Saya tau semua orang pun letih. Tapi kami bukan la orang kaya who can afford hari-hari makan kat kedai. Tekak kami satu family pun tak ter afford nak masuk makanan kedai hari-hari.
Kalau tunggu daddy balik baru saya nak mula masak dinner, dengan yakinnya pukul 10 la baru Hannah makan. Kalau nak cepat, hari-hari kita makan kat kedai je la.
Sekarang pun pukul 8 je Hannah dah minta-minta nasi. Saya kenal anak saya, kalau Hannah minta nasi walaupun x de sape yang tengah makan masa tu, meaning memang Hannah lapar.
Kaedahnya saya kena bawa Hannah dan Harraz balik cepat. Hannah dah la tak tahu nak duduk diam. Kalau time daddy drive pn, keadaan bole jadi bahaya dek kerana Hannah. Itu masa mommy pun ada pegang adik. Baby car seat ada pun hanya membantu time Hannah dah letiih je. Inikan pula kalau saya drive sorang dengan Hannah dan Harraz. Saya tak nak memperjudikan nyawa anak-anak.
Semalam me and the kids tunggu daddy kat dalam kereta mommy. Daddy cakap; "berkelah ke? Seronok tak Hannah berkelah dengan mommy dalam kereta?" Cesssss!!
Daripada saya melopong tunggu daddy, kesempatan tu je yang saya ada bertarung masa siapkan makan malam. Sungguh nak rehat 5 minit pn jangan mimpi.
Semalam saya terlebih touching sebab masa tu tersangat penat kot. Mengah pun tak sempat reda dah kena sebijk. Apa lagi, syahdu la kan..
Mommy n daddy are still thinking the best way to solve the situation.
Start next Monday saya dah kena travel ke Sony Bangi sampai end of year. Bangi adalah agak jauh, harus lah kena keluar awal dan balik agak lewat juga. Kalau saya keluar pukul 7am, takkan la Mr husb pn nk kena keluar pukul 7 juga semata-mata nak kena hantar kiddos bersama-sama walhal daddy masuk keje pukul 9am.
We have something in mind but did not put any decision yet.
Dear Allah, please guide us to the best solution for our family and everybody. Amin..
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone
Isnin, 8 Oktober 2012
Will keep trying!
Dah jadi kebiasaan, saya suka imagine Harraz and Hannah. They were my natural milk booster while pumping.
"Nak titik.. Nak titik.." Haha sape faham?
Tu la ayat Hannah. "Titik".
Kadang2 saja saya delaykan cakap "Ephant x de. Pergi cari Ephant dulu. ".
Lurus anak saya ni. Hannah pun cari 'candu' dia, dah dapat baru datang balik sambung cakap "nak titik!"
Harraz pula klu time tido, asal tersedar je menganga. Asal tersedar menganga cari-cari macam mulut burung. Apa Harraz ingat macam botol susu ke bole gerak-gerak?
Sumpah sangat cute bila tangok Harraz menggagau tercari-cari dengan mata pun tak buka. Bila tak jumpa nangis la dia. Tak kira la tengah meniarap pun. Owh Harraz dah pandai nurse time meniarap.
23 Oz collected. Approx 700ml today. Merosot 3Oz dari last week.
Sebab: saya tak berapa nak sempat minum air hari ni. Lack of water intake may lead the cause.
Walaupun belum berjaya nak dapat 30Oz sehari, sekurang-kurangnya saya dah mengatasi target lama which is 20Oz a day.
Esok saya cuba lagi!
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone
Ahad, 7 Oktober 2012
My lovely Saturday with kids and beloved husband.
Hannah and Harraz dah tido. Everything went very smooth as for today. Saya happy dan bersyukur.
Pagi tadi ikut daddy opening ceremony ofis baru company boss. Bestnya kalau la boss tu Mr husband.
Eh mana tau kan. Someday my wish come true.
Bole la Harraz tido masa tgh show lion dance. Sekuat-kuat alam gendang tu memekak depan mata, Harraz pun lena. Daddy la ni bawak anak turun lupa kot sistem pendengaran anak tu baru nak masuk 5bln. Lagi 4 hari baru Harraz 5bln. Tapi sempoi la Harraz bole lena. Berdoa saja la x de apa-apa. Esok mommy test Harraz dengar tak kalau mommy jerit-jerit marah kakak sebab punggah barang. InsyaAllah Harraz will alert.
Daddy tolong bersihkan vacuum sebab macam dah tersumbat. Dah clear daddy tunjuk satu-satu apa benda yang mommy dah sedut sampai vacuum tu tersumbat.
Iaitu, sepit rambut Hannah dan gam sebotol!
Hehehe mana nak tau. Vacuum tu sedut cepat sangat, tak sempat nak selamatkan keadaan. Kena sekolah jugak la tadi. Tak kisah pun, janji vacuum I dah power balik.
Hannah memang tak bole lepa dengan dia. Cik projek manager ni sibuk je manjang. Tak sampai pun 15 min mommy abis vacuum rumah, dah Hannah buat onar. Baru nak bersihkan projek Hannah tadi, dia dah dapat projek baru kat tempat lain pula. Haiihhh la anak! Letih mommy syg!
Tadi mommy hadiahkan Hannah ice cream Magnum Mini. Hannah baik, duduk diam focus makan ice cream sampai habis. Tapi Hannah tak reti makan coklat cover tu. Sebab dia rasa keras kot. Comot satu badan punya la feeling makan Magnum. Tak pe, kan mommy bagi hadiah, comot kita bersihkan.
Saya terlupa nak ambik mangkuk yg Hannah letak coklat cover ice cream dia tadi. Tengah busy cuci pinggan kat dapur, terfikir apa dua beradik ni buat ye. Senyap je..
Haaaaa diorang tengah kenduri main coklat atas karpet. Dengan Harraz pun join sama projek kakak. Huarghhh.. -Hannah comot lagi sekali-
Harraz dah pandai nak mommy. Nangis-nangis bila mommy dukung, senyap. Bila nampak mommy datang bukan main happy sengih sampai telinga. So sweet la you boy! Love you too boyfriend!
I end my day with such a happy and grateful day!
Alhamdulillah again.
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone