My Princess

Lilypie - Personal pictureLilypie Third Birthday tickers

My Prince

Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers

My Sweetpie

Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers

Isnin, 23 Julai 2012

Dah Ramadhan la.

Saya simpan azam nak puasa penuh tahun ni. Moga-moga dengan puasa yg berkualiti.

Hari ni 1st day kerja dan puasa. Daily target at least 20oz collection dah tercapai. Alhamdulillah.
BIG thank you to Allah ada rezeki Harraz walaupun mommy puasa dan x berapa sahur pagi tadi.

To celebrate 1st Ramadhan kebetulan turn balik Tg Malim. Family kecik, orang pun tak berapa nak ada. Harapkan Hannah je la yang buat bising kat rumah tu. Harraz kecik lagi, dia tolong riuhkan time menangis bila nak susu je la. 

Tak sabar pulak rasanya nak tunggu budak dua orang tu dah boleh main kejar kejar sama-sama. Mesti tunggang terbalik rumah atok dengan wan; haaaaa time tu baru pening kepala. :D

Menu 1st puasa ayah masak ikan masak kicap, rendang ayam kampung. Ummi masak bubur ubi kayu campur durian.Kak long and family visit pasar ramadhan topup kuih and air.
Kat pasar banyak orang jual bubur lambuk which is fav Hannah. Kan ala2 bubur ayam Mcd tu. Dia suka la. Habis sebekas Hannah makan sorang.

Esoknya ayah tak berapa sihat; so menu pun blur. Sebab selalunya ayah yang tentukan nak masak lauk apa. 
Endup tgh hari I yang buat decision masak kurma daging, ayam goreng hitam dan tumis salad. Then minta ayah masakkan nasi briyani. Settled! Petang semalam hujan, tak de sape yang rajin nak menjengah ke pasar ramadhan. Makanya berbuka la dengan apa yang ada.

Malam semalam nak balik atok dengan wan peluk cium Hannah macam sedih sangat cucu sulung nak balik. 3-4 kali sikit-sikit cium. peluk peluk. Terharu saya tengok diorang sayang sangat dekat Hannah debab. ;)

Dalam kereta Hannah tak tidur pun. Duk pusing-pusing ambik mood tak jumpa2 last2 dah sampai KL. Tg Malim-KL jauh mana sangat pun kan. Sejam je. tu yang tak jumpa mood tido cik Hannah walaupun dia dah sipi mamai nyanyi2 sorg-sorg. Tiba-tiba keluar lagu 'Untuk Dia' Najwa Latif dengan sape tah tu. Lagu fav Hannah. Automatik celik mata dia joget-joget dalam baby car seat tu. 

Boss dah balik, so saya pun harus la mahu balik jugak. 
Jom!

Eh! Selamat berbuka puasa... Hari ni dah 3rd puasa, tup-tup esok dah hari ke 30 puasa. Hurmmm...

Success doesn't come to you…you go to it
 

It whirls likely W.H.E.E.L Copyright © 2009 Cookiez is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template