My Princess

Lilypie - Personal pictureLilypie Third Birthday tickers

My Prince

Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers

My Sweetpie

Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers

Rabu, 23 Januari 2013

There's nothing else than my kids and family.

Semalam daddy balik lambat sebab kena naik LRT dari Kerinci ke Bukit Jalil. Kalau orang tak biasa naik train macam daddy harus lah boleh pening nak kena decide train mana kena naik. 
So semalam daddy adalah agak stress bila dah sesak dan panas dan sesat dan letih. 
Mummy pulak dah macam google Rapid KL walhalnya saya pun dah bertahun tak naik LRT makanya pun dah tak ingat sangat routes Rapid KL macam mana. Minta maaf ye kurang membantu. :)

Saya juga dah kekontangan idea menu untuk dinner sekeluarga. As usual, balik dari kerja jadi askar perang siapkan dinner dulu. Last option ialah nasi goroeng seafood tanpa cili, fried chiken drumet dan telur dadar daddy. 

While daddy still at LRT station at 'somewhere':

At 7.15 saya picked up the children from nursery. Hannah masih tak larat; tengah berangan melayan perasaan mamai baru bangun tido by the time mummy sampai. Nampak je mummy terus menangis. Tak macam selalu. Biasanya bila mummy or daddy sampai, Hannah la orang paling riang gembira dalam dunia melompat-lompat terjerit-jerit macam dah 4 tahun tak jumpa. Pity her..

Acik cakap hari ni Hannah tak nak makan sangat. Susu pun langsung tak minum. Tido pun tak lena sebab batuk. Again... pity her.

Once we reached home, Hannah nak "titik" . Ok i admit she is hungry.
Bergayut lah dua beradik macam-macam aksi. Sumpah! sangat-sangat precious moments when everytime i did tandem nursing. I believed for mothers who also experienced the same will 100% agree with me.  

15-30mins after.

I ask them for dinner. 
Bubur nasi untuk adik, nasi goreng for kakak. 
Main kejar-kejar nak suap dua beranak ni. Memang rasa time ni kalau la tangan ada 10. Sorang memanjat, yang sorang lagi tak menyempat nak nasi.
Sorang makan nasi yang lagi sorang 'bluekkkk' nasi atas lantai.

"Mummy, Hannah yayak!" "Ok tak pe nanti mummy basuh ok. Kakak yayak dulu."

Bersihkan Hannah, Harraz muntah susu pulak. Habis satu badan, baju mummy dengan lantai terlambak muntah adik. Ok fine.... "Jap ye mummy bersihkan adik pulak."
Nak pakai kan pampers bergelut macam nak bertumbuk. Harraz yang lasak!

Ok anak-anak, jom sambung makan.

"Mummy, tak sedap!" Ok i understand tekak Hannah tak best. 
"Mummy buat milo nak? Kakak kena makan, nati pedih perut, sayang," "Nak!"

Bangun bancuhkan hot chocolate kurma kakak. 
"Mummy, tak sedap!" Hurmmmm!
"Ok mummy tambah susu ye." 

Again... bangun modified hot chocolate Hannah.

"mmmmm... sedap". "Ok kakak minum ye. Mummy nak suap adik makan."
Adik tak diam! panjat sana, panjat sini, Habis semua kena tarik dengan Harraz. Strugglenya nak suap anak. Rasa nak ikat sorang2 kat kerusi suruh nganga mulut!

I am not that cruel.. Rasa je.....

"Mummy, Hannah yayak!" Ermm again... "Ok jom mummy basuh."

While bersihkan Hannah, Harraz menangis sebab tak de orang sekeliling dia. Harraz punya style melalak macam kena dera dengan tali pinggang. 

"Hannah tak nak nasi, mummy masak bubur nasi kosong ye. Makan la sayang.. macam mana nak baik."

Mummy ke dapur blend beras nak masak bubur nasi kosong untuk kakak. 
Sambung suapkan Harraz. 

Ok im tired to play around, kids jom tengok tv dalam bilik. 

"Mummy nak 'titik'". Ok!

And now it is already almost 8.30pm! Luckily daddy dah balik. 
Huaaaaaa it is really hard to handle them both ALONE kalau hati tak cekal, jiwa tak kental! Memang tahap boleh menangis.


Success doesn't come to you…you go to it

Selasa, 22 Januari 2013

Saya dan Shaklee lagi..

Ermm... memangla saya ni distributor Shaklee and pengguna tegar produk Shaklee.
Tapi saya tak la glemer macam distributor lain yang active meng-promot.
Makanya saya hanya berkebolehan untuk meng-promot testimonial yang berkaitan dengan diri sendiri, anak-anak dan keluarga terdekat sahaja.
Sebab, kalau bukan kita yang rasa sendiri benda tu macam mana kita nak canang kat orang lain kata"yang ini bagus untuk ini.. cuba la. " Sebab kita pun tak pernah cuba kan... betul tak??

Ada dua cerita saya nak share. 
Kan weekend lepas saya ada bagi kat ayah cuba Advance Joint Health Tablet. Cehhhhh!!! Bajet macam semua orang nak baca blog ni kan. Macam la semua orang tau kisah last entry saya yang cerita pasal ayah dan Advance Joint Health Tablet nya... 

A week after................
Tadi Ummi call ayah cakap dah tak sakit lutut dah. Ayah baru je balik dari Terengganu malam semalam. InsyaAllah,, boleh continue lagi next bottle. :D 

Alhamdulillah... Harapan saya yang dalam entri yang lalu, "Lepas ni ayah dah tak sakit lutut lagi" termakbul.

________________________________________________________________


Hurmmmmm saya ada perasaan saya adalah sangat banyak makan dua tiga menjak ni.
tak kira tengah malam pun rasa lapar saya makan je. 
Pernah datang rasa merepek, pukul 4 pagi saya bangun sebab dahaga dan lapar, makan nasi jap macam orang nak sahur.. Lepas tu sambung tido tanpa rasa bersalah. Hahahahah...

Akibatnya saya dah tak berani nak sarung seluar jeans yang saya dah muat masa lepas habis pantang Harraz 6 bulan dulu. Seluar jeans ni dah lama... Jeans uzur yang saya simpan sejak dari zaman bujang dulu.. Lama dah kot.. Tapi masa tu berat tak turun pun.. sama je macam sebelum pregnant iaitu: RAHSIA. ;)

Pagi tadi dengan rasa tak sedar diri; muat la pulak seluar ni. Ada rasa macam loose sikit. So kat office saya naik weight scale. Scale kat office ni digital jadi saya rasa agak accurate.
Hurm turun 2kg. Tak banyak pun sebenarnya.. Tapi.................. sejak lepas kawin, pregnat n deliver Hannah, pregnant again and deliver Harraz, berat saya tak pernah turun pun dari nombor RAHSIA.

Masa tengah dalam pantang OK admit banyak sket turun sebab 'in confinement mode' kan.. Tapi dah merdeka, berat pun bebas merdeka jugak la.

Saya breast feeding mother. Siang kat office saya pump 2 kali, then at home almost all the time ialah tandem nursing. Boleh kata kalau malam adalah the whole night non stop i did tandem or tak pun akan ada Hannah or Harraz yang bertenggek, Saya selalu, sangat kerap lapar dan dahaga tak kira waktu,

So I still need to maintain my supplements; ESP, Alfalfa, Vitalea, Ostematrix, Lecithin and Herb Lax.. Saya pun under budget jugak.. jadinya saya pandai-pandai sendiri mix and match kan supplements yang termampu.

Mereka adalah koleksi saya walaupun ada ngelat bila malas . 


Harraz sudah ada 4 batang gigi. Besar-besar pulak tu. :) Ostematrix may be..

______________________________________________________________


Ada jugak cerita kurang best.

Saya agak kecewa lately ni hasil mesin ajaib cuma 16-18Oz sehari.. Kalau sebelum ni 20Oz tu small matter je lah, 
Tapi saya tak mo stress banyak fikir pasal kuantiti susu. Mesti positive thinking 
Walaupun kuantiti kurang 2-3Oz, tapi kalau kualiti baik kenapa nak susah hati.

Since Harraz pun dah 8months and 2weeks old, solid food adalah option tambahan for daily intake. 
Bare in mind, low in quantity but good in quality is fine.. Just tak boleh giveup!

Yes, saya juga adalah Shaklee distributor. 
Shaklee ID: 869547
Whatsapp: 017-3604426


Success doesn't come to you…you go to it
 

It whirls likely W.H.E.E.L Copyright © 2009 Cookiez is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template