Hari ni aku sangat emotional.
Antara sebab-sebab kenapa aku emotional:
1. Fizal dah last day tadi and dia akan balik Tanjung Malim tinggalkn aku sorang-sorang kat sini seperti sediakala.
2. Aku kecik ati sebab dua housemate ku di jemput untuk makan-makan tapi aku tak. Aku tak leh pegi pun sebab aku ada keje mlm ni.
Tapi perasaan kena sisih pun tetiba ada. Idak la rasa dasperate sgt nak pegi makan-makan. Arghh!!! itu semua syaitan semata-mata nak hasut aku burukkn keadaan.Tak baik betul la si Satan ini..
Tatkala itu juga, dengan tidak semena-mena aku rasa sedih sangat.
Ckp dgn Mr Arm sampai siap nangis2 bole x???
Gila dah ke apa aku ni.Major reason kenapa aku ala-ala mengong malam ni sebab aku akan rasa sunyi balik bila fizal dah balik tg malim nanti.
Dia ada kat sini aku rasa macam aku dekat dgn family. Tp lps ni aku akan rasa sangat tak best.
Fizal ada kat sini aku rasa macam aku ada kawan..
Walaupun aku bengang gila bila angin 'kus-kus' dia datang.
Walaupun aku rasa hmmmm.... setiap kali makan mmg aku yg kena belanja.
2 bulan lepas aku rasa sangat gembira.. rasa penuh je jiwa. Tapi mulai minggu depan aku akan rasa kosong balik...
Fizal, Kak long sedih la kamu nak balik.. Nanti sape nak teman kak long kat sini..
Dan dan la terasa nak balik keje KL pun ada walaupun aku pernah ala-ala berjanji aku tak nak keje KL.
Kat KL ada Reza yang suka call aku bila dia tengah dalam sesi menunggu
Abg pun senang nak cari keje kat sana.
Hmmmm ntah la... kita tengah sedih semua benda kita nak buat ikut perasaan.
En Arm sedaya upaya usaha nak buat aku ketawa tadi. Tapi... Sorry la yg, mood tengah tak terasa nak gelak.. Anyway, thank you so much!
noi... noi...
Eh baru pukul 12.54am; kenapa Sang ayam dah berkokok waktu-waktu begini? Aku igtkn sampai ke subuh aku menulih blog ni tadi..
Gud nite semua...
Fizal dah sampai Uranus dah ni..
My Dear dah sampai pluto..
Noi... kat Malaysia lagi :D
A good life is a collection of happy memories.
Jumaat, 7 November 2008
Selasa, 4 November 2008
kalau tak de tajuk tak bole ke?
Aku tak mengerti apa yang ku rasa..
Rindu yang tak pernah begitu hebatnya..
Aku mencintaimu lebih dari yang kau tahu..
Meski kau takkan pernah tahu..
. . . Pupus
Semalam buat clean up Yahoo mail, terjumpa la email-email bunga-bunga cinta zaman blaja dulu.
Tetiba terkenang kisah 'aku dan dia' yang dah lama pupus.
Yaaa!! PUPUS adalah lagu favourate dia. Paling indah bila dia nyanyi lagu pupus sambil main gitar. "I like man who can play guitar actually" ( jangan kantoi statement ni dah la.. hikhikhik...)
Eh apa aku mengarut nih??? Erm.. tapi he was my 1st love. Logik la kalau aku ingat lagi kan???
--------- Dah sudah tu Noi.. Sebelum lagi jauh aku melalut kisah pupus------------
Pupus macam platypus (titik)
Aku mengantuk sebenarnya ni. Banyak lagi misteri yang aku kena kaji kat office ni.
Tapi dah sampai satu tahap MALAS dan MALAS.. sape pun tak boleh nak tolong melainkan diri anda sendiri. Betul tak kawan-kawan???????
Rezaaaaa!!! Kisah 'keranda' tak best! Ni semua salah ko sebab dah lama x masuk kisah wayang yang best-best dan seram.
Aku pun apa yg gedik benar nak sangat tengok cite hantu?? Tak pernah-pernak semangat nak layan horror movie.
Eh tapi kisah Juon aku layan dua kali kat wayang tau. Yang pasti sekali dengan En Reza. Seeeee sepengecut kecut aku nih pun, bila dah desperate berani jugak jadi nyer. Berani sket jer la.. Tak baik riak.
Dan!!!! dua benda yang paling merunsingkan kepala En Arm dah dibeli dengan jayanya. I like both. Tapi dah di pos kepada En Pembeli sebab tak berani nak simpan lama. Mau kang hari-hari aku try. hahahahhaha.. Saiko.
Hari ni ayah ku pulang dari Sarawak.
Ayah tanya," Kak Long nak apa?"
hmmm apa yg aku nak yer?? ayah cakap kain kat sana macam zaman dolu-dolu. Tak cantik ke? Aku suka je yang antik-antik nih. Unik sket... Apa kes la aku tetiba tanya pasal kain jauh-jauh sampai Sarawak??? Sebab... aku nak buat baju yang untuk "majlis itu" dengan tema sederhana dan antik. Cool apa kalau kita punya baju ala-ala zaman P Ramlee. (bayangkan kejap)
Nak pakai baju umi kawin macam dlm cite omputih, anak dia kawin pakai baju mak.
Aku????? nak pakai baju umi??? Ayooo kena buat major lipo la cam ni kan Reza. hahahaha...
A good life is a collection of happy memories.
Langgan:
Catatan (Atom)