Hari Isnin lepas, saya pening teruk, loya-loya, muntah. Berjalan pun rasa macam angin.
Abg pulak balik lambat sebab ada meeting.
Abg ada pesan nanti pegi klinik dulu sbb dia balik lambat. Tak pe; saya nak baring2 dulu.
Tak larat nak buat apa-apa, then tido je tunggu abg balik.
Abg balik bawak hadiah. Rupanya meeting tadi boss dia bagi cheque bonus dgn appreciation letter.
Benda paling 1st dalam surat tu cakap, very good attendance.
Kalau saya boss, saya pun sayang gila staff macam ni. Sepanjang dia keje, sekali pn dia tak pernah MC. Sangat mengkagumkan.
And yang lain2 tu of course pasal good performance.
Tahniah sayang! I am very proud of you.
Baby pun mesti bangga dengan daddy kan..
Lepas happy2, abg bawak saya pergi klinik. Doc bagi MC.
Tapi bila esoknya still tak ok lagi, i pn decide nak guna MC tu. Tapi nak pegi routine check up kat klinik ibu anak dulu sebab dah lama ponteng.
Sebelum ni berat mencanak naik sampai kena sound. Tapi kali ni naik sekilo je sebulan. Which was OK even sepatutnya dah kena 0.5kg per week. This time x de la kena pen merah lagi.
Semalam jugak dapat OTT injection; cucuk kancing gigi. Seems sebenarnya dah agak lewat. Sepatutnya 20th week dah dpt 1st injection then another 8 weeks for 2nd injection.
Tapi saya dah nak 30th week baru dpt 1st shot. Sape suruh ponteng kan..
Nurse Kg Pandan tu dah kalut bila tengok saya pening-pening loya. Terus buat surat refer suruh pergi hospital.
Erkk... hospital! Ok abg, pls balik sekarang kita kena pergi hospital.
Kami pun pergi la Hospital Ampang kat emergency. Orang tu cakap pergi kat wad bersalin sebab dah 7 bulan.
Erkkkk..... again!
Nama tak agak-agak nak buat diri kecut perut. Nak beranak pulak ke..
5 jam kat situ, then doc bagi ubat kami pun balik. Abg memang setia menunggu walaupun 5 jam duduk semata-mata. ;) i love you!
Syukur alhamdulillah sebab BP ok, diabetis pun x de so far. Almaklum la saya ni kan special kes, comel terlebih. :D :D :D luckily saya bebas dari semua tu buat masa ini. InsyaAllah.
Tadi nurse Kg Pandan call cakap dia dah kat depan rumah. Mak aihhh..
Sangat efficient nurse Klinik Ibu Anak Kg Pandan ni kawan-kawan semua.
Saya belum pun beranak lagi dah nak singgah melawat. Semalam pun call 3-4 kali tanya update.
Terima kasih banyak2. Saya dah sihat, siap pergi kerja dah pun hari ni.
InsyaAllah next week kita jumpa untuk minum air gula. Saya janji saya datang. Hehehehe.
Jugak dah agak lewat kalau 31st week baru nak buat test diabetis. Tapi x pe la.. redah saja. Harap2 semua OK.
Success doesn't come to you…you go to it