My Princess

Lilypie - Personal pictureLilypie Third Birthday tickers

My Prince

Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers

My Sweetpie

Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers

Selasa, 3 Januari 2012

EMO kes rusuhan UPSI.

korang ambik port tak kisah rusuhan kat UPSI masa new year hari tu?
sejujurnya saya langsung la tak tahu menahu kisah sebelum tapi bila tiba-tiba ayah balik rumah kalut2 terus keluar kerja sape tak musykil.
Hari tu hari jadi Ummi dan Mohd, seperti kebiasaan tahun-tahun lepas at least kitorang akan keluar makan sama-sama.
Tanya ayah x de pegi makan ke? 
"Orang dah nak berperang dah tu cam mana nak pergi makan."
Haihhh kesian Ummi dan Mohd. tak pe la kita makan KFC je la malam ni ye. Nak pergi Garden Seafood tak syok kalau ayah tak ada.
Tu la alkisahnya yang buat saya emo dan tertau la kisah rusuhan yang merapu tu.
Ok.. saya dah nak start sesi luahan, so sila abaikan kemerepekan bahasa yang bakal keluar.
Nampak tak kenapa saya tak puas hati????
Kenapa time cuti korang nak menyusahkan diri buat rusuhan tapi tak pernah ada hasil pun.
Semua ni saya tau dari cerita ayah yang tak tido 2 malam, just balik rumah tukar baju je.

Hannah baru nak mesra dengan atok, tapi atok sibuk kena keluar kerja. 
Birthday Ummi dgn Mohd pun x de makan sama2.
Kami adik beradik balik rumah tapi asyik tak jumpa ayah je.
EMO tak??????

Cerita ayah selaku pegawai yang soal siasat malaun yang dah kena lokap tu.
Tapi sebab undang-undang baik, diorg semua kena ikat jamin dah bebas keluar malam tu nak buat lagi gathering menyusahkan. Betul tak sedar diri.

Malam new year; budak-budak tu berjemaah baring atas jalan nak tunjuk protes. Dah tak kira lelaki perempuan, tudung labuh berjubah. Apa korang ni? akal x dak ka? kata jaga hukum!!!

Lepas tu keluar gossip kata Safwan Anang koma kena pukul polis: Errrr klu orang koma pernah ke hospital bagi discharge??? Tak kaji hujung pangkal main suka je sebar fitnah. Dia dah kena discharge hospital la beb. x sampai 2 hari pun masuk ward.

Kata polis pukul orang bertindak kasar. Rasa-rasa kalau nak suruh kambing lembu masuk kandang dia reti ke masuk baik-baik, jemput sila la masuk. Paling koman pun kena libas sekali baru nak ikut. Sebab tu la pak gembala ni kena pegang rotan.
Ini pulak org tengah bergelut ramai-ramai ada ke polis nak buat ala-ala "assalamualaikum, jemput la masuk lori korang-korang ni. Sila masuk ye.. beratur dulu. "
Orang naik bas pun ada yang tak reti sabar. Faham-faham kan la.
X de gilanya tetiba polis nak debik orang tak tentu pasal.

Budak-budak bjiak pandai ni maki hamun polis kata polis B#D$H, anjing apa tah lagi.
Nanti kalau korang iya pun buat pentadbiran kerajaan sendiri, ada ke lantik jabatan polis yang lain dalam satu negara? Sah-sah la polis-polis tu semua kena berkhidmat utk kerajaan yang sedang mentadbir.
Haiiihhh nak kata x bijak, dah terbukti pandai. Kalau tak, takkan la jadi mahasiswa mahasiswi kan.

Orang suruh belajar tu belajar je la. X de pun dalam syllabus kelas rusuhan. 

Nak jugak tanya apa kesudahannya? Puas hati tak? Dapat tak apa yang dirusuhkan tak bertempat tu?
Hikhikhik....


Ingat ada satu ayat ni ayah cakap dekat 17 org yang kena tangkap tu,
"empat-empat orang anak saya belajar tinggi jugak masuk universiti. tapi tak de pun menyusahkan diri nak tuntut kebebasan. Kat mana yang korang tak bebas?? belajar je la diam-diam, bukannya suruh cari duit.. "

Kata-kata ni sebab budak-budak tu semua masih budak lagi baru awal 20-an. SENGAL!!!!

Success doesn't come to you…you go to it
 

It whirls likely W.H.E.E.L Copyright © 2009 Cookiez is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template