My Princess

Lilypie - Personal pictureLilypie Third Birthday tickers

My Prince

Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers

My Sweetpie

Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers

Sabtu, 22 September 2012

Ephant pulak eksiden!

Tragis sungguh incident malam tadi. Kami 4 beranak nak keluar pergi MyMydin; one of our fav groceries shop. Susu Hannah kat sini murah banding tempat lain.

I noticed Hannah bring along her botol air and Mr Ephant. Kecoh minah ni kang tetiba nak air pandai pulak bawa sendiri.

Mula-mula singgah ATM kat Caltex, Hannah dgn mommy yang turun. Daddy dengan Harraz tunggu dalam kereta. Sampai Mydin I perasan Ephant Hannah tak ada and I am very sure kat Caltex tadi Hannah tak bawa Ephant.
Panic daddy suruh cepat-cepat nak pusing cari Ephant. Tengok Hannah?? Mommy jugak yang kena marah tau!

Pusing kat Caltex tak de.
Last balik rumah tengok tempat park tadi.
Hoh! Separuh badan Ephant dah tersepit bawah kereta Gen2 tak tau sape punya. Daddy la ni dukung Hannah bawak masuk keta tadi tak alert Ephant tu tercicir.

Melalak la anak dara tu tengok anak patung dia tersepit. Bersungguh nak tarik keluar macam kan gagah sangat.
Kat depan tu ada ramai brader tengah lepak minum. Mommy tak segan silu mintak tolong. Diorang 2-3 org try angkat tayar depan tu, sorang lagi tarik Ephant dari bawah. Tak berhasil! Bapak berat kot dengan enjin keta sume kan kat bahagian depan.

Mommy ajak Hannah balik, cakap esok kita ambik Ephant. Hannah tak nak!
I get back into the car ask daddy to try how. Anak dara you kan!
Tuka pulak, mommy dukung adik.
Bijak jugak daddy, daddy tak angkat tayar, tapi daddy tolak sket keta tu ke depan. I panggil brader td tolong tolak sket then cepat-cepat tarik Ephant. Brilliant!
Misi success!! Muah...muah.. TQ daddy.

Kagum jugak la mamat-mamat muda tu gigih nak tolong melayankan kerenah Hannah keluar kan anak patung tersepit. Kalau anak kucing ke faham la jugak. Hehe.. Tu yang kadang-kadang budak laki ni sweet. Tak payah la nak bajet ganas jek! Terima kasih banyak-banyak daripada saya and especially of course daripada cik Hannah juga.

Dah selesai, kitorang duduk la minum kat mamak tu jugak.

Nasib baik jumpa. Kalau tak, ada yang tak bole tido, Hannah pun serba tak kena, tak senang duduk dibuatnya.
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Jumaat, 21 September 2012

Level emak-emak je yang faham.

Ape pulak saya nak masak dinner hari ni?

Kalau difikirkan penat, memang penat tau. Serious sangat-sangat penat.
I balik keje 5.30pm on the dot terus GET SET GO! Tak de makna nya nak OT ke stayback ke.

Bak kata Sr Engineer Hitachi, Kak Ika merangkap client ofis. "Ah tak kuasa akak nak duk ofis lama-lama. Keje is keje cukup masa balik. Kita banyak lagi keje untuk family nak dihadapkan."
Cayaaa lah kak. Prinsip dia macam tu pun dia dah jadi Sr Eng tau. Bawah manager je. Meaning even balik on time pun performance dia superb. Apa ada hal!
Kadang-kadang tu dia awal-awal dah pindahkan barang-barang nak balik masuk kereta. Bila bunyi loceng, dia pun melenggang je keluar. Kalau orang tak tau sure ingat dia nak pegi memana, belum nak balik lagi.
Hikhikhik.. Bijak!

Kalau tak sempat nak berfikir time keje, otw driving kepala ni ligat pikir nak masak apa. Paling kritikal bila dah sampai kedai tengok ikan baru decide apa nak masak.. Bukan tak boleh beli barang basah tu banyak sekali gus, tapi bila dah frozen nak tunggu defrost lambat. lepas tu rasa malas pun datang, akibatnya terbuang jua akhirnya. Beli sikit-sikit makan habis terus, fresh lagi.
Masa itu emas! Emas sangat ni langsung tak boleh buang masa.


Harraz ni kalau dah pukul 6 lebih tu mula la dia tak nak minum EBM. Sanggup tahan lapar tunggu mommy. Tapi kalau dah lambat sangat tunggu mommy tak sampai lagi, solutionnya melalak sekuat hati. Time tu makchek akan call saya suruh datang cepat. Sabar je la adik ni tau!


Dah jadi rutin balik keje singgah pasar basah beli lauk balik rumah macam lipas kudung masak dah siap terus pergi rumah Makchek tengok budak-budak tunggu daddy pickup. Aaaaa nak tunjuk betapa rushingnya saja tak nak letak (koma dan noktah dalam ayat)
Sebelum ni pergi ambik Hannah sorang-sorang tak de hal pun. Tak payah nak bersama-sama hantar dan ambik anak pun. Pagi daddy hantar, petang mommy ambik.
Tapi sekarang team dah jadi duet, rumah pengasuh pulak kena naik tangga tingkat empat, dengan Hannah x mo duduk diam dalam kereta esp kalau sorang-sorang dia kat belakang. Of course la sangat tak mampu nak buat sorang-sorang. Jadinya sekarang dari hantar pagi sampai balik petang yang kadang-kadang terlajak malam sebab daddy selalu balik lambat kena sama-sama sepakat satu family.

Lepas dah fikir macam-macam cara, saya pun decide kena masak dinner sebelum pick up H duet tu. kalau nak tunggu dah balik rumah baru terkial-kial, dengan melayan Harraz yang nak menyusu, Hannah dah kelaparan, (mak ayah lapar pandai tahan, anak lapar diorang crancky), confirm la hari-hari makan lauk kedai. Daddy sanggup???? 

Tiap-tiap hari saya akan ada kurang dari 1 jam dari start beli barang basah sampai siap masak. Ala-ala kalu masuk Master chef bole menang tak? Heeeee.
Menu pulak tak boleh la yang renyah nak buat sebab tak de masa. Juga kena sesuai dengan tekak dari bapak ke anak. Mesti rasa tak best kan kalau kita masak makanan yang daddy tak berapa nak fav. Bila masak lauk fav daddy, Hannah tak bole makan sebab pedas.
Bila banyak syarat tu yang jadi pening nak pikir menu simple quick and easy.

Penat tau... rasa macam tak cukup kaki nak pijak lantai. 

5.30pm keluar ofis, ikut nasib kadang-kadang pukul 6.00 sampai kedai. Kalau nasib kena hadap jam lag la sikit masa. Kalau pulak dah sampai kedai baru nak pikir apa nak masak dah makan masa lagi. Memang kalut la cakap.. Balik rumah berlari nak kan cepat sangat. Hahah laju ke I lari? Kira cepat la sket kan dari jalan kaki biasa.

Semalam dah buat gulai lemak cili padi udang + mangga muda. Dish tak berapa pedas, Hannah and daddy makan banyak.
Hari ni plan nak masak kari sardin je kot. Hannah suka makan kari/gulai kurma, daddy suka makan sardin. Fair to be la rasanya.

Biasa dah berpeluh-peluh, muka minyak-minyak, sampai rumah makchek baju pun bau sambal. :D

Saya berusaha menjadi isteri dan ibu terbaik di dunia. InsyaAllah. Amin.... (sila kecikkan scope hanya untuk jalan cerita ini sahaja ye)

Success doesn't come to you…you go to it

Rabu, 19 September 2012

Its not that hard, just semangat kena kental!

Saya pengamal tegar exclusively full breast feeding concept. Nak kata expert, tak la sangat. Tapi saya buat apa terbaik dengan cara saya sendiri yang mana saya rasa betul.

Kalau balik kampung, semua orang hairan bila tau Harraz tak minum susu formula. Apa yang nak peliknya... Zaman sekarang kan dah canggih. Macam-macam equipments ada, untuk breast feeding process pun sekarang dah hi-tech. Tinggalnya si ibu tu sendiri yang mahu ke tidak je. Tapi jangan lupa, ilmu pengetahuan pun kena luas, takut lari konsepnya nanti. Mr Google the expert kan ada. =D

Kalau nak kata beli susu formula mahal, ada je susu yang murah. Pada saya susu mahal  ke susu murah ke tetap tak setanding susu ibu yang natural. 
Just bare in mind, i tak kondem anak minum susu formula. Hannah pun minum susu formula. Lactogen 3 sahaja.. Bukan brand susu mahal pun. Alhamdulillah la jugak sebab masa sebelum umur Hannah setahun, kami introduce susu mahal kat Hannah (ye la anak first, bajet semua nak bagi yang branded and good quality) tapi bertahan dua tiga bulan je. Lepas tu Hannah reject kena cirit birit sampai dua minggu. Rupa-rupanya Hannah tak demand pun susu mahal.

Owh ye masa tu Hannah terpaksa kami introduce susu formula sebab saya mengandungkan Harraz. Susu kurang, stock pun dah habis. Tapi saya tak pernah berenti susukan Hannah walaupun Ummi saya sendiri marah saya masih susukan Hannah masa mengandung. Katanya nanti anak dalam perut tak cukup zat. Saya degil, tapi saya yakin Allah maha kaya. Saya teruskan breast feed Hannah, tapi dalam masa yang sama saya akan pastikan saya ambil supplements yang cukup untuk menampung keperluan kami bertiga ;(mommy, Hannah dan Harraz masa dalam perut). Alhamdulillah Harraz lahir  sihat, lebih besar dari kakak masa baru lahir dulu. Magik kan kuasa Allah SWT. I love you Allah....

Ok back to the story line. Kalau jawab essay ni dah kena tolak markah sebab lari tajuk. Heheh....

Tapi even susu murah, Hannah di topup dengan vitamins and natural breast milk from me. Kalau di combine khasiatnya, saya rasa tak banyak beza dengan susu mahal. Just my opinion.

My point here kalau takut untuk invest beli susu anak, pada saya tu tak betul. As for me walaupun saya tak banyak invest untuk FM Hannah, tapi supplements untuk saya dapatkan susu ibu yang bekualiti, pam yang bagus dan teknik penyimpanan susu ibu yang betul juga memelukan investment yang tinggi. Cuma bezanya ialah khasiat dan kebaikan susu ibu tu yang kita tak dapat beli kat mana-mana. Kawan-kawan, sila angkat tangan if you agree with me! hahahahah.. Tak pe, I tak nampak pun.

Harraz 4m 2w masih fully breastfeed. Of course dia belum boleh ambik apa-apa supplements makanya saya la jadi pembekal supplements untuk Harraz through breast feedings. Hari-hari saya akan bertarung untuk simpan susu terbanyak yang saya mampu. Target saya setiap hari wajib minimum 20oz.

Kan saya kata saya praktiskan ikut cara saya sendiri. Maka, macam ni la cara saya.

Seminggu ni saya rajinkan diri minum ESP setiap kali lepas pam. Kalau dulu asyik terlupa je sekarang shaker untuk ESP tu saya letak sekali dengan set pam. Bila dah habis pam sebelum basuh botol, saya terus minum ESP. Tak lama pun tak sampai 2 minit abis la. Then terus basuh semua sekali set pam dan shaker. Kan senang... (Again... its my way)
Supplements pulak saya ni tak la rajin mana nak ingat timing makan ubat. Jadinya semua supplements saya makan serentak  sebelum tido. Setahu saya, milk production waktu malam adalah terbaik. Waktu malam juga la kita akan banyak direct feeding dengan baby. Bila kita dah consume supplements plus good quality milk produce, kan berganda-ganda kebaikannya.

Bila siang, kualiti susu digandakan dengan benifit of ESP. Baru la stabil nutritious  susu pam dan susu dierct feeding. (Juga.. ini cara saya)

Alhamdulillah Hannah dan Harraz masih bercinta dengan susu saya. I did tandem nursing even though they both are not twins. Seriously sangat-sangat my precious momentos. 

Aaaa lagi satu nak cerita, Hannah dan Harraz juga diberi makan madu since they were born. Memang ramai yang protest me, madu tak sesuai for babies. Of course I do care, tapi saya bukan bagi sesudu pun. 
For Harraz i bagi secalit je, and untuk Hannah satu sudu kecil. 
It really helps them especially dari segi perkembangan minda budak-budak dua orang tu. Mungkin orang lain tak nampak, tapi cukup untuk kami as the parent, and their grand parents of both sides to determine their mile-stones of growing up. Ingat ye harus la original honey. Madu kampung je sudah... 

Owh ye, My Harraz macam nak kena batuk selsema. Pagi tadi mommy dah makan vitamin C 2 biji extra dari selalu. Ni advice dari sahabat saya, 
Daripada you bagi anak you makan ubat, lagi baik you supply him with vitamins. 
So instead of one tablet per day, i took 2 tablets twice per day. Empat biji sehari.. Bila dah reda back to normal practice. 

I have been trying it for quite some times, honestly speaking it works for me and the kids.

Kalau nak tau apa yang saya consume for all these, rasanya dah well known sekarang ni. Dulu time Hannah belum famous lagi. Sekarang dah macam merata-rata consume benda yang sama.

Korang pun sure dah tahu jugak kot, tak perlu la saya promot lagi. Just to share my story based on my experiences and practices.

Success doesn't come to you…you go to it
 

It whirls likely W.H.E.E.L Copyright © 2009 Cookiez is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template