My Princess

Lilypie - Personal pictureLilypie Third Birthday tickers

My Prince

Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers

My Sweetpie

Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers

Khamis, 10 September 2009

My super hero is a saviour.

Ada kes pagi tadi sebenarnya..


Tapi nak buat macam mana kalau orang dah lupa tatasusila hidup berjiran..  Kesian Saufi tak pasal-pasal pagi-pagi dah kena sound kow2 gila. Kalau aku yang kena confirm berjurai dah air mata aku nangis kat situ.


Kalau ye pun nak suruh alih kereta tak perlu la tengking2 orang.  And kalau kau tak reti bawak kereta je yg buatkan kau emo kata kereta tak bole nak keluar.


 Cikgu dah ajar, mak ayah pun ada ajar, ustaz ustazah pun ada pesan adab bercakap dengan orang. Ustaz tak ajar mencarut "^&%^%#^%" ni lagi pulak bulan puasa.


 "Pakcik" tak fikir ke "pakcik" tu lagi tua dari kami. Memalukan la "pakcik".. Apa kata "pakcik" qada je la puasa "pakcik" hari ni. Pagi-pagi lagi dah buang pahala.


Iklan jap..


Teringat aku kisah bulan puasa masa Form 3 kat Bainun dulu.


 Ayat cikgu bertugas minggu tu" Baik awak ganti je la puasa awak hari ni.. Sia-sia je awak puasa"


Lebih kurang macam tu la ayat dia... bila cikgu tu dah meng-kantoikan kitorang  kat dorm sebab kami semua girls kelas 3P ponteng skolah dengan suka hati balik tido. 


Last2 cikgu yang sama aku jumpa balik masa exam oral SPM. huh terbantut aku nak speaking walaupun tak terror mana bila tengok muka cikgu tu yg tukang interview.


Tengok tu baru ponteng sekolah.. kami tak mencarut-carut pun dah kena ganti puasa. Ni pulak cakap tak beradab dengan orang lain..


Kami tak buat salah, mampos la orang nak cakap apa. Sekali aku report kat ayah, menggigil kau.. Tu la sape suruh bercakap tak fikir orang. Kan dah termalu sendiri.. Jangan fikir -ve kat orang. Lain kali kalau ada apa-apa cakap baik-baik k. Meh sini adik-adik yang ajar macam mana nak cakap baik-baik.


Appology accepted "pakcik".. Saya ni lembut hati. Tapi adik saya, tak tau la sebab dia yang kena maki tadi.


Ok off the story.. Enuff nanti aku skali tergolong sebab mengata.


----------------------------------------------------


Erm Hari ni nak berbuka di mana ya? Almost 3 weeks aku kat KL baru sekali je berbuka sorang2 kat umah. Walaupun aku stay sorang buat masa ni tapi sentiasa ada org2 tersayang dekat dengan aku. I am lonely no more...


Terasa macam malam ni perlu ke Jusco and Lowyatt. Ada barang yang aku nak beli. Minggu lepas survey beg laptop. Ingat malam ni perlu grab satu. Tapi mana dulu ye sebab opposite direction.


Yey minggu ni ayah datang rumah nak beli baju raya.. "Pakcik" tak terasa nak sound kitorang lg ke masa Mr Ayah saya ada nanti?? ADA BERANI????


saya sayang ayah :*


 

Rabu, 9 September 2009

Ber-weekend di Melaka

Sehujung minggu di Melaka. Having fun with the new relatives to be.


Bertolak hari Jumaat lepas keje. Darling still jugak nak nasi kerabu yang jual kat ofis aku tu. Hari2 yer.. Ni dah 8 hari berturut2 kitorg beli nasi kerabu kat situ. Agaknya makcik tu pn dah kenal aku.


Hari tu aku merajuk atas sebab2 tertentu lantas belikan nasi tuk dia je. Konon2 x de selera nak mkn. Tapi atas alasan kerisauan lagi 10 minit nak berbuka Darling berenti kat Pasar Ramadhan di Nilai tuk beli makanan aku. :) pedas seii lauk dia sume. Masak org nogohgi la katakan.


Kami makan kat R&R Seremban. Sungguh la ramai manusia kat situ. Finally makan nasi kat tepi keta je. Darling nampak buah favourite kami terus pegi beli 2kg. Aku sukaaaaa...


Sampai umah pukul 10 lebih. Surpriseeee.. Ayah ngan ibu tak tau pun kitorg nak balik kampung.  Ibu balik Terawih tersengih besar dia tengok kitorg ada kat umah. Sesi penyerahan baju raya masing2 kat sume ahli keluarga. Sengih2 je semua dapat baju raya.


2 malam kitorg g menjelajah kat Jalan TAR tu cari baju. Decided tuk beli baju ibu ngan umi skali. Tudung pun sepesen, kaler je lain. Nnt kalau terpakai bersama, anggap je la boria ye. hehehe..


Hari Sabtu;


Darling call si abang suruh balik. Alasan "Nurul nak jumpa ngan Arisha".. Abis kukuh dah la tu.. Hurm dalam hati dupdap2 nak jumpa ngan si abang yg mmg tak pernah kenal. Isteri si abang dah pernah mesra2 dulu. Tapi si abang ni baru 1st time.


Derang ok je actually. Ye la aku kan orang luar mesti la terasa segan n pelik la sket. Alhamdulillah.. Saiko aku dgn si abang yang sulung dah selesai. :D Arisha dah boleh gang ngan aku. Tiga empat kali datang dapur tarik tangan aku ajak teman dia main. Darling yang tengah mesin kelapa gelak je tengok situasi yang berlaku.


Ibu berbuka kat masjid hari tu sebab ada kenduri orang sedekah kambing. Tinggal la kami anak beranak yang aku sndiri tak tau nak urus mknn macam mana. Kalau kat umah sendiri suka hati je aku buat. Ni umah org kan..  Ibu pesan;  "mcm tu mcm ni..... nurul buat la ye. Ibu nak pegi dah ni" ayooyooo..


Hari Ahad;


Esoknya ibu masak rendang ayam n rendang daging. Banyak kan ibu masak.. Kalau dah naluri emak, akan tetap macam emak.. Banyak ibu tapau kan lauk tuk anak2 sorang satu. Darling jgn jeles ibu bg kita dua lauk, untuk u ibu bg rendang ayam je kan?? hehehe... 


Memula ibu tak tapaukan tuk si abang n family sbb derang g berbuka puasa kat luar. Tapi last2 ibu buatkan jugak sbb nnt derang ckp "ye la ibu bagi kat menantu baru je.." (ibu cite kat aku la..) Betul2.. kena bagi kat sume orang lps ni.. Baru adil dan saksama.


Pukul 9 kami bertolak pulang ke KL. Singgah Putrajaya jumpa Tini pos lauk pauk yang ibu kirim tuk anak dara dia sorg ni. Darling pow adik suruh bwk g mkn tengah2 malam tu. Terpaksa la Tini blanja kitorang malam tu jugak. Makan la kami kat atas bukit tak ingat dah apa nama kedai.


Adik-adik ku Saufi n Fizal dah syok pegi merayap ntah ke mana. Aku balik x de orang kat umah. Umi kirim lauk dr umah Tg Malim kat Fizal. Seee i told you!!! Kalau dah emak, tetap naluri emak. Tadi ibu n sekarang umi. I love u both mommies...


SMS adik-adik ku ckp nnt dah balik kejut la Kak Long. Hurmmm tu bukan stakat kejut. Macam nak pecah umah aku alarm derang dah balik umah kul 4 pagi. Aku baru je lelap 2 jam dah kena kacau.


"Kak Long bangun!!! masak la nasi nak sahur ni. Umi suruh masuk telur kat lauk yang umi bg tadi. And lepas tu kak long goreng keropok and buat air teh ye" Weihhhh suka hati buli orang.  Dengan blur2 nya kak long pun bangun la buat sume benda tu. Kalau korang suruh aku goreng cucur ke masak mee ke pagi2 buta tu mmg nak kena la kan..


Monday.. kerja!!!

Selasa, 8 September 2009

O..Oo..Oooo baalik kampunggg

Cuti Merdeka hari tu aku balik kampung berbuka bersama-sama Tok dan Opah. Damainya rasa masa kat sana. Aku pun memang dah lama tak balik actually. So aku ada sikit perasaan jakun dengan kampung sendiri.



Kampung ku..
Kampung ku..

And YES aku bangga aku ada kampung walaupon tak mewah. Sape kata duk kampung susah?? Erm dari segi entertainment memang betul. Tak kan jumpa shopping complex kat situ. Tapi budak2 situ ada cara derang sndiri tuk dpt hiburan. (aku rasa la dari pemerhatian)


DSC00172


Aku terpikir senangnya duk kampung sebab benda2 remeh bole tanam sendiri, tak payah beli. Pernah skali aku teringin nak masak asam pedas cari daun Kesom. Satu Tesco aku pusing sehelai pn aku x jumpa.



aaaaa amik kau sebut je bape kilo nak. :D
aaaaa amik kau sebut je bape kilo nak. :D

Anda kenal semua2 ni pokok apa??


DSC00151


DSC00160


 DSC00165


DSC00168


 DSC00169


DSC00167


DSC00170



Cili purple
Cili purple

Kredit kat umah nenek yang duduk tepi pintu. Sorry ye Nek snap gamba x mintak izin. Masa ni tengah tunggu ayah pergi beli ubi kayu kat seberang jalan. Murah ok 1kg RM1.50. huhu.... KL??


DSC00173


Ni la hasil pertama aku seumur hidup petik pokok cili. Diakui memang aku tak pernah buat benda ni. Tok ajar nak petik kena petik ngan tangkai skali. Heheh...cucu yang mendengar kata. Tetiba sesat sebijik manggis kecik tak tau apa motif. Kat mana tah Fizal jumpa buah tu cicir. heheh.. :D


DSC00175


Daun-daun ni aku kutip sendiri tau. Sipi-sipi lagi nak jatuh parit semata-mata nak kutip daun ni. Hasilnya dapat la kami makan kerabu daun Selom n asam rebus ikan tongkol. (Ikan tongkol tak la tanam jugak plk kan. Harus la beli kat pasar)


DSC00163


Kalau kita beli kat kedai sebiji berapa abg tu jual?? Tu pun derang kira timbang.. Kalau kelapa tu besar pn kita beli tetap gak dapat banyak mana yang derang dah bajet tuk standard sebijik kelapa. Betul kan???


-aman damai-


Semalam balik dari Kg Durian Daun pn ala2 mcm ni jugak. Nanti saya update apa kisahnya.. ;)

 

It whirls likely W.H.E.E.L Copyright © 2009 Cookiez is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template