My Princess

Lilypie - Personal pictureLilypie Third Birthday tickers

My Prince

Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers

My Sweetpie

Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers

Rabu, 9 September 2009

Ber-weekend di Melaka

Sehujung minggu di Melaka. Having fun with the new relatives to be.


Bertolak hari Jumaat lepas keje. Darling still jugak nak nasi kerabu yang jual kat ofis aku tu. Hari2 yer.. Ni dah 8 hari berturut2 kitorg beli nasi kerabu kat situ. Agaknya makcik tu pn dah kenal aku.


Hari tu aku merajuk atas sebab2 tertentu lantas belikan nasi tuk dia je. Konon2 x de selera nak mkn. Tapi atas alasan kerisauan lagi 10 minit nak berbuka Darling berenti kat Pasar Ramadhan di Nilai tuk beli makanan aku. :) pedas seii lauk dia sume. Masak org nogohgi la katakan.


Kami makan kat R&R Seremban. Sungguh la ramai manusia kat situ. Finally makan nasi kat tepi keta je. Darling nampak buah favourite kami terus pegi beli 2kg. Aku sukaaaaa...


Sampai umah pukul 10 lebih. Surpriseeee.. Ayah ngan ibu tak tau pun kitorg nak balik kampung.  Ibu balik Terawih tersengih besar dia tengok kitorg ada kat umah. Sesi penyerahan baju raya masing2 kat sume ahli keluarga. Sengih2 je semua dapat baju raya.


2 malam kitorg g menjelajah kat Jalan TAR tu cari baju. Decided tuk beli baju ibu ngan umi skali. Tudung pun sepesen, kaler je lain. Nnt kalau terpakai bersama, anggap je la boria ye. hehehe..


Hari Sabtu;


Darling call si abang suruh balik. Alasan "Nurul nak jumpa ngan Arisha".. Abis kukuh dah la tu.. Hurm dalam hati dupdap2 nak jumpa ngan si abang yg mmg tak pernah kenal. Isteri si abang dah pernah mesra2 dulu. Tapi si abang ni baru 1st time.


Derang ok je actually. Ye la aku kan orang luar mesti la terasa segan n pelik la sket. Alhamdulillah.. Saiko aku dgn si abang yang sulung dah selesai. :D Arisha dah boleh gang ngan aku. Tiga empat kali datang dapur tarik tangan aku ajak teman dia main. Darling yang tengah mesin kelapa gelak je tengok situasi yang berlaku.


Ibu berbuka kat masjid hari tu sebab ada kenduri orang sedekah kambing. Tinggal la kami anak beranak yang aku sndiri tak tau nak urus mknn macam mana. Kalau kat umah sendiri suka hati je aku buat. Ni umah org kan..  Ibu pesan;  "mcm tu mcm ni..... nurul buat la ye. Ibu nak pegi dah ni" ayooyooo..


Hari Ahad;


Esoknya ibu masak rendang ayam n rendang daging. Banyak kan ibu masak.. Kalau dah naluri emak, akan tetap macam emak.. Banyak ibu tapau kan lauk tuk anak2 sorang satu. Darling jgn jeles ibu bg kita dua lauk, untuk u ibu bg rendang ayam je kan?? hehehe... 


Memula ibu tak tapaukan tuk si abang n family sbb derang g berbuka puasa kat luar. Tapi last2 ibu buatkan jugak sbb nnt derang ckp "ye la ibu bagi kat menantu baru je.." (ibu cite kat aku la..) Betul2.. kena bagi kat sume orang lps ni.. Baru adil dan saksama.


Pukul 9 kami bertolak pulang ke KL. Singgah Putrajaya jumpa Tini pos lauk pauk yang ibu kirim tuk anak dara dia sorg ni. Darling pow adik suruh bwk g mkn tengah2 malam tu. Terpaksa la Tini blanja kitorang malam tu jugak. Makan la kami kat atas bukit tak ingat dah apa nama kedai.


Adik-adik ku Saufi n Fizal dah syok pegi merayap ntah ke mana. Aku balik x de orang kat umah. Umi kirim lauk dr umah Tg Malim kat Fizal. Seee i told you!!! Kalau dah emak, tetap naluri emak. Tadi ibu n sekarang umi. I love u both mommies...


SMS adik-adik ku ckp nnt dah balik kejut la Kak Long. Hurmmm tu bukan stakat kejut. Macam nak pecah umah aku alarm derang dah balik umah kul 4 pagi. Aku baru je lelap 2 jam dah kena kacau.


"Kak Long bangun!!! masak la nasi nak sahur ni. Umi suruh masuk telur kat lauk yang umi bg tadi. And lepas tu kak long goreng keropok and buat air teh ye" Weihhhh suka hati buli orang.  Dengan blur2 nya kak long pun bangun la buat sume benda tu. Kalau korang suruh aku goreng cucur ke masak mee ke pagi2 buta tu mmg nak kena la kan..


Monday.. kerja!!!

0 Kata-kata Magik:

 

It whirls likely W.H.E.E.L Copyright © 2009 Cookiez is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template