My Princess

Lilypie - Personal pictureLilypie Third Birthday tickers

My Prince

Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers

My Sweetpie

Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers

Sabtu, 7 November 2009

tetiba terasa nak 'itu'

Kisah kursus..


Pakcik makcik sume dah bising.. "ni bila nak pegi kursus kawin ni??? nak kawin ke tak?


Ayah dengan ummi lagi la.. "Bulan depan kena pegi kursus kawin yer.."


Naik panas je telinga ni dengar. hahaha..


Nanti la ummi.. bukannya saya tak nak pegi.. Tapi takut nak buat awal-awal. Lambat lagi kan??? ;) Masih beberapa bulan. Bukannya tinggal seminggu.


Kalau orang tanya bila nak start ni?


Saya jawab: ntah.


Satu: Sebab tak tau nak mula dari mana. (perlukan perunding free nih.. sape sudi?)


Dua: Saya agak saiko nak mula sebab bila baca berita kat surat khabar Metro kisah orang-orang yang nak kawin. Saya x mo sebut apa bendanya, tapi sape2 yang dah biasa Metro mesti tau apa jenis berita yang derang korek.


Ikhlas saya sangat tak suka paper Metro sebab bagi impak -ve kepada mental saya. Sebab tu sangat tak bagi Ummi beli Metro kat umah. Aaaaaa dan juga  majalah Mustika. Yang tu pun sama terpaling tak suka sebab terlalu complex dengan isu-isu pelik.


Nanti saya S.A.I.K.O!!


Berita kecik-kecik pn bole buat mental orang terganggu tau. Tak caye, try la.


Biar la orang cakap saya tak tau kisah rakyat jelata ke apa... Yang penting saya confident untuk maju ke depan tanpa gangguan igauan mental yang berat-berat.  


Errrrr bab 'itu' saya kurang confident.


Tengok la kesan akhbar dan majalah macam tu kepada persiapan kawin saya.


Masa nak bertunang dulu pun sama. Takut nak mulakn persiapan awal. Ayah dah bebel.. lagi seminggu nak majlis baru tergedik2 nak pegi cari kain. Belum lg period tuk nak kena upah tailor. Nasib baik Amoi tailor tu tau saya tengah desperate. Tak tido agaknya dia siapkan bajuku itu.


"Ya Allah sesungguhnya saya sangat takut dan mohon dijauhkan dari semua perkara-perkara yang tidak baik. Lindungi lah kami dari segala keburukan.. Permudahkan lah segala urusun ini.. Amin"


Tiga: Saya hanya akan pergi kursus tu dengan lelaki yang akan jadi suami saya. Sebab nama pun kursus kawen, mesti la sebab kita nak kawen kan.. Jadi, sebab tu saya akan pergi dengan orang yang dah confirm akan jadi my husband. (Suka hati la kalau ada yang nak cakap pemikiran saya kolot ke tak.. tapi tu memang nekad saya.)


Tapi... macam mana kita nak tau confirm ke tidak; selagi tak kawin memang la ko x de suami.. apa daaaaa..


Benar... soal jodoh kita tak tau. Apa pun seboleh-bolehnya saya tetap jugak usaha untuk pergi kursus tu dengan orang yang sepatutnya. Baru la feel kan?? ;)


Hehe akibatnya nanti dah dekat la kot baru saya nak pegi.


-------------------------------------------------


Tadi pergi melancong ke blog2 rakan taulan sambil meng-survey Si Lelaki Kamera, mutu dan kualiti hasil mereka.


Isk3...  Siap ada yg nak kawin bulan 10 tahun depan pun dah booking Si Lelaki Kamera.. Dengan dah bayar deposit lagi tuh.


AKU????? dan KAMI???????? Apa pun tarakkk lagi ni.


Errrrr tengok tu kepala dah pikir mereng lagi.


Huiii bulan 1o tahun depannnn??? lambat sgt2 lagi tuuu.. Macam-macam bole jadi sementara nak tunggu bulan 10 tahun depan. Konfiden nye korang ni... Adeiiii. 


Abis tu bila nya time patut start mem-booking?


-ntah-


-------------------------------------------------


Bukan saya je yang takut, tapi En Fiancee pn sama gak tu.. Saya tauuu. heheheh.


Kalo macam ni la kan yg.., bila nya kita nak start sungguh-sungguh ni? Kiri kanan depan belakang sesak dah orang tanya.


 Anda rimas tak En Fiancee?? Saya pun bertambah rimas jugaaa.


-----------------------------------------------------------------------------


Sekarang ni masing-masing tengah bizi mengharungi stage "dua-dua suka cari pasal" dan "dua-dua suka gaduh benda yang tah hapa-hapa" dan juga  " dua-dua sibuk nak keluarkan perangai pelik-pelik"


Struggle weih nak lawan.. Betul-betul struggle.


Sabar je la yg.. Bila abg mereng, ayg sound.. Time ayg mereng, abg explain OK. :D


Abg nak tawen tak???? Ayg pun nak tawen jugakk.. Jom2.. InsyaAllah.


p/s: At least kita dah mulakan beberapa langkah bersama 'tadi' and a few months ago untuk 'itu' kan... (";)


Kesimpulannya: Tunggu dan lihat je la apa kesudahannya. Kami sama-sama akan caiyokkk!!!

Jumaat, 6 November 2009

Berani ke merapu?

Budak-budak takut ubat?? Rasanya benar.. Tapi tidak bg aku.


Kecik-kecik dulu terkinja-kinja bila Ummi panggil makan ubat. Tak reti takut. Sedap agaknye yeh.. Entah la saya dah lupa. Tapi memang ramai orang cakap saya suka makan ubat.


Mana tak nya, makjun Ummi saya curik and saya makan. Yang pasti ketika itu saya masih kanak-kanak riang yang belum masuk skolah tadika.


Kerja-kerja gila sewaktu makan ubat pun aku pernah cuba buat experiment.


Paling tragis kerja gila bila sampai overdosed yang kena tahan kat ward. Mesti doc ingat ayah ummi tak pandai jaga anak sampai si anak terlebih ambik dadah. Nak bunuh diri ke apa??


Jangan fikir bukan-bukan... Apa cite umur tak sampai 5 tahun dah tau apa maksud suicide a.k.a membunuh diri sendiri??? Tidakkk...  Semuanya silap si anak yang terlebih pandai tapi sebenarnya tak tau apa-apa.. saya la tuh.. K.E.S.I.A.N


Ummi cakap;


"kalau kita sakit kita kena makan ubat."


"Nak cepat sihat kena la makan ubat"


Taktik ibu nak pengaruh anak suruh makan ubat bukan??? Aku tergoda dengan ubat air yang kaler-kaler.


Satu hari di suatu masa dahulu, berbelas-belas tahun yang lalu...


Ada tetamu di rumah masa tu, si anak perasan sendiri terasa badan demam. (Masih tak tahu apa-apa, memandai je kata demam). Tau Ummi simpan ubat atas peti ais. Tempat tinggi kan tu? Sah-sah si anak ni masih ketot and tak sampai pun kalau nak curi ubat sendiri.


Tapi, sebab terlebih bijak.. tadaaa.. kerusi kan ada. Kecik-kecik saya suka memanjat. Pokok rambutan jiran sebelah pun saya panjat.


Akhirnya berjumpa la Cortal antara banyak-banyak ubat yang menarik perhatian sebab dia kaler kuning. Sekarang tak tau la wujud lagi ke tak Cortal.


Again, terlebih bijak.. ubat tu manis terus terlupa yang tadi konon-kononnya demam lantas saya makan semua satu papan ubat Cortal. Terus terlentang atas lantai x tau apa jadi lepas tu.


Ummi ke dapur nak hantar cawan orang yang datang tadi ternampak si anak dah tergelimpang atas lantai.


sedar-sedar saya dekat hospital wayar berselirat kat muka.


Hehehe... nasib baik saya panjang umur. Alhamdulillah.


Kerja gila ke dua; saya cuba makan panadol soluble without solvent. Konon-konon nak try makan macam panadol biasa.


Insident sewaktu ayah buat open house dah semestinya ramai orang dan tak de keje nya nak pegi tengok si anak yang dah sekolah menengah makan ubat sebab selsema. :D


Ambik kauuuu tersekat ubat tu kat tekak. Perasan oesophagus besar agaknya bole telan semua benda.


Menggelegak ubat tu kat tekak saya sebab tak cukup cecair nak larutkan ubat. Dengan magiknya saya berjaya togak 4 X botol 1.5ml air masak sekali gus. Banyak kan?? Nangis weih.. Terlompat-lompat sorang-sorang kat dapur mengenangkan benda yg tengah menggelegak kat tekak.


Elok-elok perlu segelas air tuk larutkan ubat tu sekarang dah ambik sampai bergelen-gelen sebab tekak kita bukan macam gelas bole simpan air n kacau2 bagi larut. hehe.. Bila kita minum, air tu terus turun. Tak de nak parking kejap.


Serious lepas tu saya tak buat dah eksperiment mengarut.


Kanak-kanak jangan tiru macam saya ye. ;)

 

It whirls likely W.H.E.E.L Copyright © 2009 Cookiez is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template