Kisah kursus..
Pakcik makcik sume dah bising.. "ni bila nak pegi kursus kawin ni??? nak kawin ke tak?
Ayah dengan ummi lagi la.. "Bulan depan kena pegi kursus kawin yer.."
Naik panas je telinga ni dengar. hahaha..
Nanti la ummi.. bukannya saya tak nak pegi.. Tapi takut nak buat awal-awal. Lambat lagi kan??? ;) Masih beberapa bulan. Bukannya tinggal seminggu.
Kalau orang tanya bila nak start ni?
Saya jawab: ntah.
Satu: Sebab tak tau nak mula dari mana. (perlukan perunding free nih.. sape sudi?)
Dua: Saya agak saiko nak mula sebab bila baca berita kat surat khabar Metro kisah orang-orang yang nak kawin. Saya x mo sebut apa bendanya, tapi sape2 yang dah biasa Metro mesti tau apa jenis berita yang derang korek.
Ikhlas saya sangat tak suka paper Metro sebab bagi impak -ve kepada mental saya. Sebab tu sangat tak bagi Ummi beli Metro kat umah. Aaaaaa dan juga majalah Mustika. Yang tu pun sama terpaling tak suka sebab terlalu complex dengan isu-isu pelik.
Nanti saya S.A.I.K.O!!
Berita kecik-kecik pn bole buat mental orang terganggu tau. Tak caye, try la.
Biar la orang cakap saya tak tau kisah rakyat jelata ke apa... Yang penting saya confident untuk maju ke depan tanpa gangguan igauan mental yang berat-berat.
Errrrr bab 'itu' saya kurang confident.
Tengok la kesan akhbar dan majalah macam tu kepada persiapan kawin saya.
Masa nak bertunang dulu pun sama. Takut nak mulakn persiapan awal. Ayah dah bebel.. lagi seminggu nak majlis baru tergedik2 nak pegi cari kain. Belum lg period tuk nak kena upah tailor. Nasib baik Amoi tailor tu tau saya tengah desperate. Tak tido agaknya dia siapkan bajuku itu.
"Ya Allah sesungguhnya saya sangat takut dan mohon dijauhkan dari semua perkara-perkara yang tidak baik. Lindungi lah kami dari segala keburukan.. Permudahkan lah segala urusun ini.. Amin"
Tiga: Saya hanya akan pergi kursus tu dengan lelaki yang akan jadi suami saya. Sebab nama pun kursus kawen, mesti la sebab kita nak kawen kan.. Jadi, sebab tu saya akan pergi dengan orang yang dah confirm akan jadi my husband. (Suka hati la kalau ada yang nak cakap pemikiran saya kolot ke tak.. tapi tu memang nekad saya.)
Tapi... macam mana kita nak tau confirm ke tidak; selagi tak kawin memang la ko x de suami.. apa daaaaa..
Benar... soal jodoh kita tak tau. Apa pun seboleh-bolehnya saya tetap jugak usaha untuk pergi kursus tu dengan orang yang sepatutnya. Baru la feel kan?? ;)
Hehe akibatnya nanti dah dekat la kot baru saya nak pegi.
-------------------------------------------------
Tadi pergi melancong ke blog2 rakan taulan sambil meng-survey Si Lelaki Kamera, mutu dan kualiti hasil mereka.
Isk3... Siap ada yg nak kawin bulan 10 tahun depan pun dah booking Si Lelaki Kamera.. Dengan dah bayar deposit lagi tuh.
AKU????? dan KAMI???????? Apa pun tarakkk lagi ni.
Errrrr tengok tu kepala dah pikir mereng lagi.
Huiii bulan 1o tahun depannnn??? lambat sgt2 lagi tuuu.. Macam-macam bole jadi sementara nak tunggu bulan 10 tahun depan. Konfiden nye korang ni... Adeiiii.
Abis tu bila nya time patut start mem-booking?
-ntah-
-------------------------------------------------
Bukan saya je yang takut, tapi En Fiancee pn sama gak tu.. Saya tauuu. heheheh.
Kalo macam ni la kan yg.., bila nya kita nak start sungguh-sungguh ni? Kiri kanan depan belakang sesak dah orang tanya.
Anda rimas tak En Fiancee?? Saya pun bertambah rimas jugaaa.
-----------------------------------------------------------------------------
Sekarang ni masing-masing tengah bizi mengharungi stage "dua-dua suka cari pasal" dan "dua-dua suka gaduh benda yang tah hapa-hapa" dan juga " dua-dua sibuk nak keluarkan perangai pelik-pelik"
Struggle weih nak lawan.. Betul-betul struggle.
Sabar je la yg.. Bila abg mereng, ayg sound.. Time ayg mereng, abg explain OK. :D
Abg nak tawen tak???? Ayg pun nak tawen jugakk.. Jom2.. InsyaAllah.
p/s: At least kita dah mulakan beberapa langkah bersama 'tadi' and a few months ago untuk 'itu' kan... (";)
Kesimpulannya: Tunggu dan lihat je la apa kesudahannya. Kami sama-sama akan caiyokkk!!!
5 Kata-kata Magik:
pi je la kursus, x ape nye, sijil tu takkan expired pun. nanti dah ujung2 kang kelam kabut plak, hehe :)
hoh??? kambing sapekah ini??? Orag tak abis tulis lg dah komen.
ermmm tau sijil x expired. Tetap jugak belum sedia nak pegi. Hehe sila brainwash lebih sket ye..
g lah ambil dulu noi
skrg rasa cam tak bersedia..mana tau pas kursus ti terus semangat berkobar2 ;)
kau kena start apa yg patut dah
takut ti kelam kabut last2 minit
lagi pening kepala.dah ar gabra bagai time tu
so..baik prepare awal2 ye
hmmm.. FYI, kitaorg lepas bertunang jek.. trus start prepare for everything... even honeymoon pon trus booking.
bukan apa, early prep ni byk faedahnyer.. mcm cameraman.. kitaorg book 2006,tp wedding 2007,so dpt rege n package2006. 2007 tu dah rege lain. :P
honeymoon plak, air asia nyer promo..byk jimat tu.. :)
baju sanding plak, aku tempah new set.. bila siap, ya rabbi, macam 'kel', manik merah on lace gold. so aku suruh dia bukak balik, buh manik gold.. and end up, sgt puas hati dgn baju tu.. if last minute, ko igt depa nak layan bukak2 manik ni? :P
byk faedahnyer siap awal2 ni..bila dah dekat2 tarikh tu, sgt relax and tunggu time jek.. kawen pon hati senang je.. heheh!
oh, and lagi, u can even choose the best! takde la main rembat je sapa2 pon.(cameraman/mak andam/catering/kompang/tok kadi) depa2 ni pon ada schedule sendiri yg kite kena block unt tarikh kite nanti.
benda yg buruk, buang jauh2.. ko dah berchenta sekian lama, ko kena yakin itu jodoh ko. kalau allah tu nak uji, dah kawen pon still boleh jadi mcm2 lagi.. (bukan nak takutkan, but that's the fact)
ok, pjg dah bebel.. secara officialnya,sy telah menjadi perunding kamu. :)
oh.. pssttt psstt... part 'struggle' tu.. mmg ujian besar tau.. sbb tu org kata bertunang ni darah manis.. ujian aku, 3org dtg cucuk jarum.. and i did flirt a bit. sib baik jodoh kuat.. hehehehhe!!
thanks zuri, thanks munek. memang betul apa korang ckp tu. Arm pn dah 40 kali tanya bila kita nak g kursus.. InsyaAllah, menyusul nanti. Doakan jugak jodoh kami kuat macam korang..
Catat Ulasan