My Princess

Lilypie - Personal pictureLilypie Third Birthday tickers

My Prince

Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers

My Sweetpie

Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers

Jumaat, 6 November 2009

Berani ke merapu?

Budak-budak takut ubat?? Rasanya benar.. Tapi tidak bg aku.


Kecik-kecik dulu terkinja-kinja bila Ummi panggil makan ubat. Tak reti takut. Sedap agaknye yeh.. Entah la saya dah lupa. Tapi memang ramai orang cakap saya suka makan ubat.


Mana tak nya, makjun Ummi saya curik and saya makan. Yang pasti ketika itu saya masih kanak-kanak riang yang belum masuk skolah tadika.


Kerja-kerja gila sewaktu makan ubat pun aku pernah cuba buat experiment.


Paling tragis kerja gila bila sampai overdosed yang kena tahan kat ward. Mesti doc ingat ayah ummi tak pandai jaga anak sampai si anak terlebih ambik dadah. Nak bunuh diri ke apa??


Jangan fikir bukan-bukan... Apa cite umur tak sampai 5 tahun dah tau apa maksud suicide a.k.a membunuh diri sendiri??? Tidakkk...  Semuanya silap si anak yang terlebih pandai tapi sebenarnya tak tau apa-apa.. saya la tuh.. K.E.S.I.A.N


Ummi cakap;


"kalau kita sakit kita kena makan ubat."


"Nak cepat sihat kena la makan ubat"


Taktik ibu nak pengaruh anak suruh makan ubat bukan??? Aku tergoda dengan ubat air yang kaler-kaler.


Satu hari di suatu masa dahulu, berbelas-belas tahun yang lalu...


Ada tetamu di rumah masa tu, si anak perasan sendiri terasa badan demam. (Masih tak tahu apa-apa, memandai je kata demam). Tau Ummi simpan ubat atas peti ais. Tempat tinggi kan tu? Sah-sah si anak ni masih ketot and tak sampai pun kalau nak curi ubat sendiri.


Tapi, sebab terlebih bijak.. tadaaa.. kerusi kan ada. Kecik-kecik saya suka memanjat. Pokok rambutan jiran sebelah pun saya panjat.


Akhirnya berjumpa la Cortal antara banyak-banyak ubat yang menarik perhatian sebab dia kaler kuning. Sekarang tak tau la wujud lagi ke tak Cortal.


Again, terlebih bijak.. ubat tu manis terus terlupa yang tadi konon-kononnya demam lantas saya makan semua satu papan ubat Cortal. Terus terlentang atas lantai x tau apa jadi lepas tu.


Ummi ke dapur nak hantar cawan orang yang datang tadi ternampak si anak dah tergelimpang atas lantai.


sedar-sedar saya dekat hospital wayar berselirat kat muka.


Hehehe... nasib baik saya panjang umur. Alhamdulillah.


Kerja gila ke dua; saya cuba makan panadol soluble without solvent. Konon-konon nak try makan macam panadol biasa.


Insident sewaktu ayah buat open house dah semestinya ramai orang dan tak de keje nya nak pegi tengok si anak yang dah sekolah menengah makan ubat sebab selsema. :D


Ambik kauuuu tersekat ubat tu kat tekak. Perasan oesophagus besar agaknya bole telan semua benda.


Menggelegak ubat tu kat tekak saya sebab tak cukup cecair nak larutkan ubat. Dengan magiknya saya berjaya togak 4 X botol 1.5ml air masak sekali gus. Banyak kan?? Nangis weih.. Terlompat-lompat sorang-sorang kat dapur mengenangkan benda yg tengah menggelegak kat tekak.


Elok-elok perlu segelas air tuk larutkan ubat tu sekarang dah ambik sampai bergelen-gelen sebab tekak kita bukan macam gelas bole simpan air n kacau2 bagi larut. hehe.. Bila kita minum, air tu terus turun. Tak de nak parking kejap.


Serious lepas tu saya tak buat dah eksperiment mengarut.


Kanak-kanak jangan tiru macam saya ye. ;)

7 Kata-kata Magik:

Mama Marina on 6 November 2009 pada 5:12 PG berkata...

Noiiiiiiiiiiii. yang telan soluble tuh buat aku tergelak2.. ko nih lawak laaa.. nnt big day jgn lupe aku yee.. bkn maen jiwang lagi. good luck

Murni berkata...

aiyok yok???
masa kecik itu aku paham.. sekolah menengah??? adeh!!!

ape la yg difikirnya.. hahahhahah!! nasib sangkut kat tekak.. kalau menggelegak dlm perut? habis asid2 perut membuak keluar.. :P

fadhlina on 6 November 2009 pada 8:05 PTG berkata...

noi lawak gile la noi panadol tuh. tergolek2 aku gelak kt ofis nie. nasibla xde org kt bilik nie. huhuhu

0ladyfisz0 berkata...

Heyyy Meynaaaa. cane ko leh sesat kat sini nih??? hehehe.. Thanks... InsyaAllah. Doakan aku ye. Nak gak meramaikan jemaah macam ko berderet. ;)

Murni: Jiwa tengah excited nak cuba macam2.. ala ko pn dulu mesti ada tu.. x reveal je lagi. heheh... Adam tu ada ciri2 tu. :D

0ladyfisz0 berkata...

Fadh: heheh nnt fadh try la klu nak tau cane dia punya gelegak.. blup-blup tau. buih-buih semua ada. serious perit.

Mama Marina on 7 November 2009 pada 7:39 PG berkata...

wehhh aku list blog ko lah kat blog aku. ape2 update aku masuk punyer.. znyway good luck

mrsdjones berkata...

omg Noi! hahahaha... ada 2 insiden rupenye ye.. ni mmg sah suka makan ubat ni :p haha pandai mak noi memujuk. Zara pulak tak suka ubat!

 

It whirls likely W.H.E.E.L Copyright © 2009 Cookiez is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template