Saya baru lepas makan oren. Tiba-tiba sakit perut. Ada kaitan kah?
------------Oke tak de kaitan-----------
Kurang ajarkah kalau kita naik kereta tapi mak duduk kat belakang? Tapi aku dah cakap, "Ummi duduk la depan". Hurm Ummi tak nak.
Fikir positif, Ummi segan nak duduk depan dengan abg kot.
Kurang ajarkah kalau kita nak keluar mak yang tutupkan pagar? Tapi aku dah cakap,"Ummi masuk la kereta, biar saya yang tutup pagar". Hurm masih Ummi tak nak.
Fikir positif, kalau aku yang kuncikan pagar mesti lambat terkedek-kedek nak pilih kunci mana satu. LAMBAT.
Tapi aku pegangkan semua beg-beg Ummi nak ke pejabat. Kira kurang ajar jugak tak?
Ummi kecik hati tak?
Kita semakin dewasa rupanya.
Dulu kalau naik kereta; ayah jadi driver mak jadi co-pilot. Anak-anak duduk diam-diam ye kat belakang. Kalau makan mak hulur, kalau bising gaduh-gaduh mak toleh belakang suruh senyap. Ayah bg hint mata garang kat anak-anak guna cermin pandang belakang. Kalau kena marah setakat dengar mak bebel kat depan tak nampak muka. Silap-silap tengah bebel anak dah tido.
Tapi kalau dah kritikal, tangan mak mesti merayap ke belakang cari mangsa nak cubit sape yang tak dengar cakap tu. Bole biru ooo kena cubit.
Try marah depan-depan.. Mesti anak jd patung tunduk bawah. hahaha.. Pernah tak merasa macam ni? Saya biasa... kecik-kecik dulu la ;)