My Princess

Lilypie - Personal pictureLilypie Third Birthday tickers

My Prince

Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers

My Sweetpie

Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers

Khamis, 6 Mei 2010

Nenek dan Kecik

Backdated stories:

Weekend lepas;

Terasa diri ini dan buah hatiku sangat2 banyak berjalan, menghabiskan masa di jalan raya.


Of course badan terasa sangat letih dah kepenatan. Travel KL-Seremban-Melaka dah macam ulang-alik kedai depan rumah.


Selasa 27th Apr 8:30pm : Visit nenek di Hospital Seremban masuk wad CCU and be informed her condition is very critical. Doc cakap max jangka hayat cuma tinggal 24hrs. Panggil semua ahli keluarga berkumpul.

3:30am: Balik rumah ibu kat Masjid Tanah, pukul 4 lebih baru tido.

Hurghhh dah nak subuh dah pun.

Rabu 28th Apr 8:00am: BANGUN PAGIIIIIII. Kalau kat rumah sendiri rasanya harus pengsan lagi.

Seharian teman nenek di ward. Heart beat nenek makin turun.

11:00pm: Sampai KL dari Hospital Seremban. Konon nak pegi keje hari Khamis sbb dah cuti sehari.

Khamis 29thApril 3:00am: Bertolak ke Melaka jemput ibu dan adik bila dapat call dari Tini nenek Seremban dah meninggal dunia. [Baru merasa tido dua jam :( ]

5:00am: Sampai Melaka bertolak pulak ke Paroi bersama-sama ibu dan adik.

.


.


Sesi pengurusan jenazah.


Pertama kali, seumur hidup saya dapat keberanian dan ketulusan hati nak tolong apa yang termampu daripada memandikn dan mengkapankan jenazah. Daripada penyediaan air mandi, sampai dikapankan dengan kain putih saya ada di sisi.


Alhamdulillah, turut rasa berbangga apabila buah hati pun sangat ambil berat dan banyak membantu. Abg angkatkan arwah sblm dah lepas mandi, abg angkat keranda selepas kapan masuk van, solat jenazah sampai la ke pengkebumian saya nampak abg yang cangkul tanah.


Sungguh abg, ayg bangga bila tengok abg buat semua tu dengan rela hati. Banyak pahala abg dapat kan. Alhamdulillah..


.


.


12:30am: Tiba di KL selepas kenduri arwah di Paroi. (Ok masa ni saya sangat-sangat rindu katil)

---------------------------------------------------------------------------------------------------


Kami cari Kecik, x nampak banyang. Bibi je yang berlari-lari bila kami sampai.


Jumaat 30th April: Bangun pagi nak cari Kecik. Tanya jiran tetangga termasuk jiran yang sy tak pernah tegur.

Nampak pakcik rumah depan seberang jalan.
" Kucing kamu ke? Ada loceng pink putih ada tompok itam? Dah mati dah dia. Ada saya tanam kat belakang rumah tu. Dia kena langgar kot, kaki tempang sebelah; lepas tu lemas dalam longkang besar saya angkat naik atas. Tak lama lepas tu dah tak ada"

huhu masuk rumah berderai air mata ni menangis..


3:30pm: Balik Masjid Tanah rumah ibu lagi sekali sebab ada kenduri kawin sedara. Kami balik bertiga je tanpa Kecik. :(( Purposely balik KL lepas kenduri arwah sebab nak ambik anak kami yang dua ekor tu. Hurmmm tak sangka dah tinggal satu.


Bibi demam lima hari, semalam baru nak makan.


Tak faham macam mana orang2 bole ada perasaan nak buang bayi. Binatang pn tahu sedih. Kucing dengan kucing yang bukan adik beradik pun demam bila kawan dia mati.


Manusia kejam?


Buah hati cakap, nenek pergi bawak Kecik sekali.


Sekarang dah tak de yang nak urut-urutkan kami pagi-pagi kejut suruh bangun. Dah tak de yang nak memekak minta makan sampai nak bagi jiran sebelah dengar macam saya tak pernah bag dia makan. Ye.. saya sangat rindu suasana tu.


Dah tak de insiden Bibi dan Kecik tido bersimpul-simpul.









[caption id="attachment_956" align="aligncenter" width="300" caption="Bibi je tinggal. "][/caption]

To nenek; Saya bersyukur sempat kenal nenek semasa hayat nenek masih ada. Masa tu belum jadi cucu nenek lagi, nenek tak bagi saya nak balik Penang. Suruh duduk rumah ibu 2-3 hari lagi.


Nenek tak tau betapa cuaknya hati ni bila nenek suka usya2 saya masa pegi rumah ibu. Mesti nenek pelik kan sape la ni kan. Tapi rasanya sebelum saya balik nenek dah tau ni sape.


Alhamdulillah,saya merasa jadi cucu nenek tiga minggu lepas saya kawin dengan cucu nenek. Sampai bila-bila pun, saya cucu masih nenek..


Semoga nenek ditempatkan di kalangan orang-orang Soleh. Al-Fatihah.

Classess extended

Isnin hari tu OTW pegi center direct from office after meeting, dapat call;
"Ms Nurul, there will be another student from MC1 (Minda Ceria 1) will be joining you starting tonight"
"Ok.."
Teruskan drive ke center. Kepala dah fikir Cina ke Melayu? Lelaki ke Perempuan? Pandai ke tidak?

adeiiii....

Masa tengah cuti kawin hari tu my student kena join MC1 since saya tak de.
Lepas cuti kawin, saya tanya Fatin, macam mana class kat MC1? Best tak?

Sebenarnya dalam hati terasa sangat rendah diri as i knew MC1 dah lama bertapak and class dia mmg full house. Since dah overloaded wujud la MC2 yang mana saya handle Science Form3.

Best bila dengar Fatin cakap;
"Tak syok. Saya tak faham la teacher. Ramai and class bising."

Ampunnn... tiada nada jahat di situ yer.. keskeskes :D

---------Abis 1st session dengan student baru yang lari dari MC1.---------

Nick: "Teacher can you please make extra class for Science?"
Me: "Sure I can, but need to consult Jun Kiat 1st. I cannot simply request for an extra session."
(kalau center ni aku punya, mmg ON je)
[Hati bunga-bunga mendengar feedback +ve dari student yag baru lari itu.]
wiwiwiwiwi

-------------------------------------------------

Semalam, one-to-one home tuition with Diana, Science Form 3 again.
Her mom tarik me like want to say smthing. Nervous ingatkan ada apa-apa.
Rupanya she want to ask me to teach her daughter mengaji Quran.
Memang before this during classes saya selalu tolong dia untuk ayat hafazan PAFA.

Diana told me she's very frusrated sebab dia tak tau mengaji, kecik-kecik dulu dia tak pergi Sekolah Agama macam kawan-kawan dia yang lain. Please jangan say something bad about her, masing-masing ada good and bad kan. Her mother is German.
As i said, tak pe orang dah besar pun bole belajar lagi..

Tambah lagi schedule, but only once and one hour per week. Charge pun i decided to reduce it a bit since it is for mengaji Quran as my intentions are more to help her.

Alhamdulillah..
Success doesn't come to you…you go to it
 

It whirls likely W.H.E.E.L Copyright © 2009 Cookiez is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template