My Princess

Lilypie - Personal pictureLilypie Third Birthday tickers

My Prince

Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers

My Sweetpie

Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers

Khamis, 6 Mei 2010

Nenek dan Kecik

Backdated stories:

Weekend lepas;

Terasa diri ini dan buah hatiku sangat2 banyak berjalan, menghabiskan masa di jalan raya.


Of course badan terasa sangat letih dah kepenatan. Travel KL-Seremban-Melaka dah macam ulang-alik kedai depan rumah.


Selasa 27th Apr 8:30pm : Visit nenek di Hospital Seremban masuk wad CCU and be informed her condition is very critical. Doc cakap max jangka hayat cuma tinggal 24hrs. Panggil semua ahli keluarga berkumpul.

3:30am: Balik rumah ibu kat Masjid Tanah, pukul 4 lebih baru tido.

Hurghhh dah nak subuh dah pun.

Rabu 28th Apr 8:00am: BANGUN PAGIIIIIII. Kalau kat rumah sendiri rasanya harus pengsan lagi.

Seharian teman nenek di ward. Heart beat nenek makin turun.

11:00pm: Sampai KL dari Hospital Seremban. Konon nak pegi keje hari Khamis sbb dah cuti sehari.

Khamis 29thApril 3:00am: Bertolak ke Melaka jemput ibu dan adik bila dapat call dari Tini nenek Seremban dah meninggal dunia. [Baru merasa tido dua jam :( ]

5:00am: Sampai Melaka bertolak pulak ke Paroi bersama-sama ibu dan adik.

.


.


Sesi pengurusan jenazah.


Pertama kali, seumur hidup saya dapat keberanian dan ketulusan hati nak tolong apa yang termampu daripada memandikn dan mengkapankan jenazah. Daripada penyediaan air mandi, sampai dikapankan dengan kain putih saya ada di sisi.


Alhamdulillah, turut rasa berbangga apabila buah hati pun sangat ambil berat dan banyak membantu. Abg angkatkan arwah sblm dah lepas mandi, abg angkat keranda selepas kapan masuk van, solat jenazah sampai la ke pengkebumian saya nampak abg yang cangkul tanah.


Sungguh abg, ayg bangga bila tengok abg buat semua tu dengan rela hati. Banyak pahala abg dapat kan. Alhamdulillah..


.


.


12:30am: Tiba di KL selepas kenduri arwah di Paroi. (Ok masa ni saya sangat-sangat rindu katil)

---------------------------------------------------------------------------------------------------


Kami cari Kecik, x nampak banyang. Bibi je yang berlari-lari bila kami sampai.


Jumaat 30th April: Bangun pagi nak cari Kecik. Tanya jiran tetangga termasuk jiran yang sy tak pernah tegur.

Nampak pakcik rumah depan seberang jalan.
" Kucing kamu ke? Ada loceng pink putih ada tompok itam? Dah mati dah dia. Ada saya tanam kat belakang rumah tu. Dia kena langgar kot, kaki tempang sebelah; lepas tu lemas dalam longkang besar saya angkat naik atas. Tak lama lepas tu dah tak ada"

huhu masuk rumah berderai air mata ni menangis..


3:30pm: Balik Masjid Tanah rumah ibu lagi sekali sebab ada kenduri kawin sedara. Kami balik bertiga je tanpa Kecik. :(( Purposely balik KL lepas kenduri arwah sebab nak ambik anak kami yang dua ekor tu. Hurmmm tak sangka dah tinggal satu.


Bibi demam lima hari, semalam baru nak makan.


Tak faham macam mana orang2 bole ada perasaan nak buang bayi. Binatang pn tahu sedih. Kucing dengan kucing yang bukan adik beradik pun demam bila kawan dia mati.


Manusia kejam?


Buah hati cakap, nenek pergi bawak Kecik sekali.


Sekarang dah tak de yang nak urut-urutkan kami pagi-pagi kejut suruh bangun. Dah tak de yang nak memekak minta makan sampai nak bagi jiran sebelah dengar macam saya tak pernah bag dia makan. Ye.. saya sangat rindu suasana tu.


Dah tak de insiden Bibi dan Kecik tido bersimpul-simpul.









[caption id="attachment_956" align="aligncenter" width="300" caption="Bibi je tinggal. "][/caption]

To nenek; Saya bersyukur sempat kenal nenek semasa hayat nenek masih ada. Masa tu belum jadi cucu nenek lagi, nenek tak bagi saya nak balik Penang. Suruh duduk rumah ibu 2-3 hari lagi.


Nenek tak tau betapa cuaknya hati ni bila nenek suka usya2 saya masa pegi rumah ibu. Mesti nenek pelik kan sape la ni kan. Tapi rasanya sebelum saya balik nenek dah tau ni sape.


Alhamdulillah,saya merasa jadi cucu nenek tiga minggu lepas saya kawin dengan cucu nenek. Sampai bila-bila pun, saya cucu masih nenek..


Semoga nenek ditempatkan di kalangan orang-orang Soleh. Al-Fatihah.

2 Kata-kata Magik:

arm berkata...

sedihnye aku bile xde si Kecik ni..isteri trus kene sound ngan aku pastu jgn bukak tngkap mase kitorang xde umah so bibi xleh kuar..xnk si Bibi lak yg kene langgar ngan kete..si Bibi lak cam boring je duk umah sorang2..nk kene cari pengganti dier cpt..terus terang aku mmg sedih.. :(

budak ngek berkata...

baik gila pakcik depan rumah kor siap angkat dan tanam...

nih xda sangkut paut lah tapi aku nak cerita gak
arituh kat rumah jaa, kitorang kuar ramai2 nak masuk kereta...jaa jentik lah putung rokok tuh ke depan...tup tup jatuh atas kereta uncle rumah depan dia....dan uncle tuh elok jer ada depan pintu...bwahahahah aku gelak gila dlm kereta...jaa siap pura2 ayu amik balik putung rokok tuh...muka uncle tuh emo gila...HAHHA

eh kenapa aku bebel pesal nih.

 

It whirls likely W.H.E.E.L Copyright © 2009 Cookiez is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template