My Princess

Lilypie - Personal pictureLilypie Third Birthday tickers

My Prince

Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers

My Sweetpie

Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers

Khamis, 25 Disember 2014

Saujana Utama, Kajang New Day Care..

Bismillah...
Allahummayassir,walatuassir.

New day care opening soon..

Location: Saujana Impian (lebih kurang 15 min dari rumah saya)
Fees:
0-1yr RM300
1-2yrs RM250
2-4yrs RM230
Registration fee: RM50
OT: RM5/child/hour

Want more special charge?
Bring another successful registered parent, get less 5% for 1st two months fee.

Kindly contact me for further info: 012-3198691

Success doesn't come to you…you go to it

Khamis, 18 September 2014

My keyboard stories. Feeling blessed, Alhamdulillah.


Balik dari kerja semalam, mak ni kalut masak kat dapur sambil kendong Hani dalam carrier, tangan kiri kanan macam octopus. Harraz suka-suka punggah peti ais tanya ni apa tu apa.
Stress mak anak, tak tau nak melayan mana satu. Ikan goreng atas dapur, tangan potong sayur mulut tak diam melayan hero tu.

Hannah, tolong ambilkan bawang dalam peti ais, berlari Hannah & Harraz berebut nak tolong ambilkan bawang untuk mummy. Haihhhh bawang dah sekerat je pun nak gaduh.

Hannah dah ke depan layan tv. Harraz masih lagi berminat dengan barang-barang dalam fridge. Nasib la peti ais dua pintu kalau tak satu kes lagi susu adik pula bole rosak.

Mummy nah air untuk mummy. Harraz jadi distributor Vitagen pula. Selongkar peti ais jumpa Vitagen. Siap cucukkan straw bagi semua orang. 
Touching mummy tengah peluh-peluh anak offer air sejuk. 

Tengok! peti ais tak tutup dia dah hilang mengadap tv.
Harraz, kenapa tak tutup peti ais tadi???
Harraz dah tutup la mummy. Tengok tu. Apa la mummy ni.
Hurmmmm dia tak tau padahal mummy yang tolong tutupkan tau. Confident je.. Tak aci awak ni!

Hannah nampak cube tomyam ada gambar udang. Dia cakap dia nak makan udang.
Hannah sangat suka udang. Ikut atok gamaknya yang memang surrender saja kalau dengan udang. Ye lah.. dah rumah mengadap Sungai Perak, mana taknya udang galah kaler biru je hari-hari masa kecik dulu. Tapi ajaibnya orang lain makan udang bole gout  tapi ayah cool je. Dapat gout dari sumber lain pula.

Daddy pun hantu udang jugak, but he much prefer beef instead.

Ok lah, lepas daddy balik kerja kita beli udang. Kenkononnya nak beli ayam je sebab lauk basah dah abis. Tembam pulak udang kat kedai ni. Timbang udang RM33.80. Ermmm mahal! Tak pe lah.. Anak nak makan, pejam mata je. Kalau mainan tu bole cancel lagi tak yah beli pun tak pe.

Hannah suka makan kari. Yang ni ikut gene mummy. Nak lari mana kalau dah memamg ada keturunan India mari, kari tak dapat la dipisahkan. 

Ada tak orang masak kari udang campur rebung? Ke nak digulai lomakkan udang dan pucuk ubi? 
11.40am mak dah berfikir menu makan malam nanti. TYPICAL!!!! 

Hani dah nak masuk 6 bulan Ahad ni. Pe'el pun dah lain. Super clingy, penyakit manja-manja busyuk mummy dah menurun dari Hannah ke Harraz sekarang dah sampai Hani. Sedih benar menangis bila mak tak layan. Nak melekat je macam kangaroo. Berbaloi la mummy tipu daddy masa beli SSC dulu. 
Masa minta izin, I cakap harga dia 100++ je. Bole kan?
Bila dah dapat, baru I bagi tau harga dia 400. Terkedu pejam mata kejap la.
Seee I tak sesiakan 400 you tau. 

Saya sedang dalam misi sentiasa lembut hati melayan kerenah anak-anak yang hebat ni. Bersyukur mereka dipinjamkan untuk saya dan suami. InsyaAllah amanat ini akan kami usahakan yang terbaik untuk dunia dan akhirat.
Amin.

Success doesn't come to you…you go to it

Rabu, 10 September 2014

High class powerful sensors well said.

Husband dear: Nanti kalau rajin buatkan la nasi goreng esok pagi ye.
Wife dear: Ok yg. Kalau sempat ye. Sebab, tau je la anak-anak tu macam mana. Sesungut power!

Since daddy masak nasi over banyak semalam memang saya dah plan nak buatkan nasi goreng sardin fav daddy pagi ni. Even tak sempat pun I planned nak simpan dalam freezer dulu petang nanti kita gorengkan saja untuk dinner me and anak-anak. Daddy keja malam, no point nak memasak beria.

Anak-anak saya ni special sikit sensor diorang. Once mak keluar bilik je fume badan tu pun ikut keluar agaknya, tak sampai lima minit bakal berbunyi la salah seorang. Bila seorang dah menangis, dia akan jadi macam tangisan berantai sambung pulak dekat yang lagi sorang.
Funny tau! Tapi rasa geram pun iye juga sebab kenapa kena menangis bila bangun tido??

Pagi tadi saya baru je keluarkan ingredients dari peti ais, tak sempat buat apa pun Hannah dah menangis sambil turun tangga. Dia tahu mummy kat bawah. As usual, Harraz pun menyusul. Tak faham jugak kalau nak dikaji balik. Dari pukul 6am mummy dah bangun, solat, susukan baby Hani bukan main lena lagi masing-masing tido. Sikit pun tak berbunyi. Macam mana ke sesungut kamu ni wahai anak?

Dah biasa kena...

Finally sempat juga saya siapkan nasi goreng sardin untuk daddy dan milo panas atas meja by the time daddy reached home.
Enjoy  your peaceful breakfast at home dear. 

いただきます!!


Success doesn't come to you…you go to it

Demand Vs Supply, Shaklee and enjoy breastfeeding.


I am a working and exclusively breastfeeding mother of three. Since been introduced to Shaklee by one of a friend of mine, I  am happy with the supplements right until now. Been trying to many other types of brands too but personally I am comfortable with the combinations from Shaklee; not only for breastfeeding purposes. 

Saya bukan pembeli tegar yang setiap bulan order supplement. Tapi rasanya tak pernah putus walaupun at least ada one type of them. My constant intake should be ESP, B Complex, Alfalfa, Ostematrix, Vitalea. I believe semua pun dah well known dengan advantages and benefits of each. Tak perlu kot nak explain lagi.

I would say everyday at least 15oz EBM is a must during working hour. Supply vs demand concept, pump every 2-3 hours. Kalau buzy pun i will still make it compulsory macam solat wajib.  EBM i pun tak la mewah sampai penuh fridge. Alhamdulillah I still managed to EBF my eldest until 2yo++, my second at 1yo( forcedly weaned) and now working hard for my third baby, 5M3W++.
Also thank you very much to husband dear for your endless and lovely support. 

Baru-baru ni kata Shaklee support Israel. I tau benda tu just saja x nak kecoh. Kita baca, ambil tahu and we knew what to act. Let HIM judge the truth. 

Success doesn't come to you…you go to it

Sabtu, 6 September 2014

#workingSaturday #kejetakde #japancuti #takbest

Assalamualaikum.

Since my last post, Hani dah almost 6mo pun sekarang. Shes a grownup healthy and beautiful baby indeed.
Alhamdulillah.

I bet there were too much of 'somethings' happened, but alhamdulillah we still together sailing the boat. 
Ramadhan passed by,
Hari Raya passed by,
Dear brother already married,
Perang gaza,
MH17,

What a world!

What i can say is uncountable Alhamdulillah. Semua yang DIA rencanakan adalah yang terbaik. I believe!  The best for me, the best for dearest husband and the best for the family. Semoga kami terus istiqamah demi kebaikan dan kebahagian anak-anak yang tiga orang tu.  

Atok dah rindu cucu. Lepas mummy keje jap lagi kita balik kampung. Pantas lah pukul 12.30 tengah hari. I nak cabot!

Wajah-wajah kesayangan saya!






Success doesn't come to you…you go to it

Rabu, 28 Mei 2014

They love it. Me feel worth buying.

Bukan nak promote sebab Shaklee memang dah well known seantero negara kan. Just nak cerita apa yang lain dari selalu.
Saya ni nama je Shaklee Independent Distributor tapi lebih untuk pakai sendiri je. Sape nak beli saya tolong.

Semalam the 2nd night saya bagi susu+mealshake untuk Hannah dan Harraz. Malam 1st tu tak habis pun. I thougt tak sedap, tak kena dengan tekak. Tapi bila malam tadi masing-masing cakap nak susu lagi, i guess semalam mereka sebenarnya dah kebuntangan. Mana taknya tak cukup mummy masak nasi ayam express, milo,ice cream semua dah masuk perut sebelum demand nak susu pula.

Sedap la agaknya kan susu +mealshake. Tak sempat duduk, sambil berjalan Harraz minum susu. Pagi tadi on the way to school Harraz makan bun sampai habis. Agak amazing jugak sebenarnya.

We'll see how mealshake progress to the kids.

Personally, semua benda ada pros n cons. Tak kira la sebagus mana pun supplement tu, tapi kalau cara consume tak betul mesti akan bagi bad effects juga. As for me, kalau nak campur brand, study dulu. Either supplements tu untuk cover your daily intake of vitamins and minerals or to cure from something.

That is how i did when to manage with the sipplements and jamu for my little family.

Semoga kita semua sentiasa dikurniakan kesihatan yang baik sahaja. InsyaAllah.

Success doesn't come to you…you go to it

Khamis, 22 Mei 2014

My lonely me time.

Erm.. Kat facebook banyak orang post cerita2 pasal family, kisah husb and wife, cara-cara didik anak. Ada yang saya rajin, saya baca. Kalau panjang sangat, baca mana yang sempat saja.

Hannah, Harraz dan Hani dah tido. Hari demi hari, saya semakin dapat adapt macam mana nak survive bila daddy keje. Alhamdulillah.

Harraz suka kacau adik dia. Bila kita tegur macam air je lalu kat telinga. Geram!! Macam2 cara dah saya tegur dari yang lembut sampailah ke gaya mak tiri. Tetap tak makan saman. Kadang-kadang boleh buat saya hilang sabar. Tapi cepat-cepat saya istighfar sebelum datang meroyan, ingat anak-anak ni Allah pinjamkan je. Sabar.. Lembutkan hati sekali pun marah. Allahhuakbar!!

InsyaAllah, semoga saya diberi kesabaran dan kekuatan yang terbaik untuk menyayangi ketiga-tiga anugerah mu ini.

Sweet dreams sayang-sayang mummy. Assalamualaikum.
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Rabu, 21 Mei 2014

Little H the 3rd.

As today, she is already two months young.

Syukur alhamdulillah she has safely arrived by normal birth.
4 days overdue from her EDD. Then mummy requested for induce labor. I fully cannot differentiate between natural contraction pain and induced forced contraction pain. Sama je kot dua2 pain jugak.


Name: Hani Qairina Binti Mohd Amli (Hani:yang tenang, mudah, gembira; Qairina:kebaikan)
Weight: 3.0kg
Date: 21 March 2014 (Friday) 5.45am
Venue: KPMC

Banyak jenis labour yang saya dah rasa rupanya. Emergency C-sec labor from Hannah, normal contraction lead to normal delivery from Harraz and now induce labor from Hani. What is next?? We`ll see later. Haha...

Kali ni daddy tak mengelat. Finally daddy was at my side by the time she popped out. Luckily daddy tak pengsan. Berdoa banyak dah kot sebab daddy psycho dengan darah. I knew it.

Success doesn't come to you…you go to it

When the triple H at home.

Sedar tak sedar saya dah jadi emak beranak tiga.
Havoc kecoh becok riuh; complete to imagine our little castle nowadays.
Stress?? Letih?? Marah?? tak usah cakap la. Kalau ikutkan perasaan rasa macam nak lari atas bukit menjerit sekuat hati. Erm.. I tak over yeh. Tapi honestly truly itu lah perasaannya when a working mummy yang baru balik kerja, but daddy pula baru nak keluar pergi kerja.
Meaning that I have to handle the triple H alone all night long..

Lupakan saja letih kerja di ofis siang tadi, kumpul tenaga baru di rumah pula.

Tapi, se-stress mana pun mak, se-garang mana pun mak, se-letih mana pun mak, kuasa Allah maha mengasihani. I believe not only me, every mothers who also facing the same situation, they surely can handle everything smoothly, at the end all the kids sleep soundly by your side.

Bila dah masuk tido, maknanya mereka dah makan, minum susu, tukar diapers bersih, tukar baju bersih. The huge challenges were when to prepare all these for the kids . When nobody to look after the baby while me cooking for dinner. Where at the same time the big brother and sister urged for this, want for that. 
The baby is hungry, so do the brother and sister but the way to feed them are not same. Then later on the house will full of mess everywhere. Sakit kepala kan? Sakit mata kan? Hihihi.. 
Redha!!

Masa tu kan baru lah tersenyum sorang-sorang perhatikan anak-anak tido. Dari riuh rendah sekarang dah senyap sunyi. Hebat kan.. 

Kalau dulu saya takut macam mana nak handle anak tiga, tapi sekarang semua tu adalah pengalaman manis yang akan saya tempuhi setiap hari. Allah maha mengetahui segalanya. 

Take it easy, having fun with all the chaos, enjoy the sounds of your kids crying and screaming while you still alive and healthy. Alhamdulillah anak-anak adalah rezeki Allah untuk saya.




Success doesn't come to you…you go to it

Selasa, 4 Mac 2014

My baby girl is now 3!

Daddy is on his way to work place, 12.30am. He took half day EL today, brought Harraz to clinic due to mild fever.
I told husband let me know once you reach office then only I will go to sleep. Mata dah tak larat nak bukak ni tapi I tetap tunggu sebab risau daddy drive sorg2 to Cyberjaya at this hour.

Last Sunday was Hannah Qaisara 3rd birthday. No super special birthday party. Mummy dah tak larat nak handle. Hannah nak pergi KLCC.. Hurm jauhnya.. Malam2 pulak ni. So daddy bodek Hannah pergi Putrajaya je right after blanja her dinner.
Good choice instead sebab malam minggu, meriah dekat dataran Putrajaya. Both my children were having fun the whole night and only fallen asleep at 2.00am that day. Luckily tomorrow is Sunday so its forgiven.

We just bought her a birthday cake and cheerful out loud of birthday song by us, our small little family; mummy-daddy-harraz and the birthday girl; Hannah Qaisara.

Now I believed everything will happen naturally when the right time comes. No dictator potty training, and by the time she reached her 3rd birthday she passed her potty training excellently.
Penat mak ni stress mcm mana nak train Hannah poo poo dalam toilet bowl instead of wasting fresh diaper just for that job.
Alhamdulillah, I am happy.

She still in progress learn to write alphabets and numbers. Practise make perfect. Hari-hari Hannah rajin tulis ABC and do colouring.

InsyaAllah mummy doakan someday kakak berjaya jadi doctor muslimah. Like you always said" nanti kalau mummy dgn daddy sakit, Hannah bagi ubat ye".

Remember darling, you always be apart of my heart, my soul and my life. Happy Birthday!
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Rabu, 12 Februari 2014

she turns up. erm...

I cuti semalam. 
Adalah satu nikmat bila kita pergi martenity checkup dengan husband.
Thank you dear husband even you melalut sebab panas and menunggu lama tapi i redha je sebabnya cakap masa hari panas. 2 minit ilang la. hahah... tak lut pun.

Nak jadi cerita masa dekat KK Seri Kembangan dua orang nurse belek perut tak jumpa heart beat baby. So diorang conclude unstable, puan kena jumpa doctor. Hurmm... okeh.
Doc scan and just showed me the blup blup of the heart on screen. I pun ok je tak tanya lebih sebab dah lama kot. Letih. 

Estimate berat baby is 2.6kg. size is lebih kurang betul ikut EDD. Sebabnya kali ni my EDD is just based on scan semata.
The doc suruh I refer Hosp Serdang suruh buat CTG pula. Haishh.. Ni la yang buat kena sembur dengan husband masa tengah panas kan.

Next app 2pm at KPMC. By the time I showed him surat refer Hosp Serdang tu was around 11.30am. Haaa macam peluru la keluar bebelan suami saya sebab nak ke Serdang tu je menunggu dah satu hal lepas tu dah terkejar nak ke KPMC pulak. Kenapa tak CTG dkt KPMC je skali karang? Ok..Ok... -silent mode-

Bila jumpa Doc Mimi dekat KPMC baru dia bagi tau kenapa pagi tadi heartbeat baby tak dapat nak detect stable.
Sebabnya kepala baby dah terpusing ke atas. The doc pun tanya I that doc tak de inform you apa2 ke?
Seriously it scares me a lot. 
Kalau before 30 weeks I dunt mind sebab baby buat somersault adalah perkara biasa since masih kecil and banyak ruang dia nak bergolek. 
Tapi kalau dah 35 weeks theres no way for doctor to help you to turn the baby. Only naturally will do. 

Babycenter.com pun cakap benda yang sama.

Your baby doesn't have much room to maneuver now that he's over 18 inches long and tips the scales at 5 1/4 pounds (about the size of a honeydew melon). Because it's so snug in your womb, he isn't likely to be doing somersaults anymore, but the number of times he kicks should remain about the same.

Sebelum ni dah ok je baby dah cephalic cuma belum engage ye la awal lagi kan.. Tup tup semalam dia breech position dalam space yang kecik tu.

Hurm... baby sayang, you main apa sampai tergolek songsang ni. Pusing la balik anak... help mummy please. 

Doc Mimi advice, the other way that may helps is masa you solat. From ruku' to sujud dia akan tekan cervix muscles, insyaAllah baby boleh pusing naturally. Sebab even at this stage dia boleh pandai tergolek ke atas, she should know to tergolek bawah balik. 
I really really wish she can do it.

Owh btw, this time doc said she is a girl. Last time just by her prediction and mummy instinct only, may be she is a girl. Not he is a boy. :D
So insyaAllah Harraz dapat adik girl.

Next two weeks i ada schedule appointment yang sama macam semalam. Pagi di KK Seri Kembangan, petang O&G KPMC. Senang sekali harung on the same day bole cuti. Ngengenge...

Doc Mimi dah arrange dengan specialist Dr Jamil. Masa tu i will be in 37 weeks. Kalau baby masih breech, possible Dr Jamil akan terus book untuk cser again...

Sejujur-jujurnya saya berdoa Allah masih izinkan saya untuk normal delivery kali ni. Bersalin cser memang tak sakit masa delivery tapi I dah ada experienced macam mana rasa lepas cser and the painful bila you get pregnant again. 

I can't immagine kalau tempat lama kena toreh balik sedangkan ngilunya masih terasa sampai sekarang. Hurmm tak tau nak explain macam mana tapi great kudos to few of my friends yang experienced semua anak cser delivery and ada yang tiap2 tahun bersalin cser limited 4 orang, doc suruh tutup kilang terus. :D

Tipu la I tak nervous nak tunggu jumpa specialist nanti sebab semuanya will be finalize on that day.
Harapnya baby good girl tau apa yang mummy rasa and mummy fikir, then she will turn down back to normal position.

Rabbi Yassir Wala Tu'assir.
Ya Allah, permudahkanlah urusan ku, Permudahkanlah jangan disulitkan.

Success doesn't come to you…you go to it

Khamis, 6 Februari 2014

On deciding the best maternity package.

Will be entering 35weeks in a few days, means another 5 more weeks to go more or less. 
Baru nak panic decide deliver kat mana. 
Kalau sebelum ni my first two babies were delivered at govt hospitals. I tak kisah pun bersalin dekat mana sebab I will only choose govt hospital yang baru je. Hehehe.. 
Kalau hosp yang dah lama ni building je dah cukup la buat lemah semangat. 

Hannah lahir kat Hosp Sg buloh. Hospital baru kan.. Emergency Cser lagi masa tu tapi i dilayan macam VIP sebab maklong orang kuat kat situ. 

Harraz pula lahir kat Hosp Serdang. Juga hospital baru. This time luckily i dapat normal delivery. So tak sempat bermalam pun dekat hospital, they approved my request untuk discharge on the same day since baby pun sihat. Husband temankan saya all night long masa dalam labour room and the next day evening I dah discharge. 
Masa tu my aunty yang babysit Hannah, so masa i bertarung nyawa Hannah selamat ada dengan Makchek. Saya tak worry.

Then..... kali ni macam mana?
I have Hannah and Harraz yang saya risaukan and of course at the same time i need my husband along all the time.
Rasanya this time we decided to choose private hospital due to very convenient visiting hour and the kids pun boleh tido sekali.
Hurmm nak pilih hospital mana pun jadi issue jugak. Of course the cost comes to matter. 

My 1st experience kan mana nak tau bila sepatutnya kena decide. Bila 35weeks baru nak buat appointment O&G specialist pun dah pening.

Semoga dipermudahkan segala urusan. InsyaAllah.
  
Success doesn't come to you…you go to it
 

It whirls likely W.H.E.E.L Copyright © 2009 Cookiez is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template