Ape pulak saya nak masak dinner hari ni?
Kalau difikirkan penat, memang penat tau. Serious sangat-sangat penat.
I balik keje 5.30pm on the dot terus GET SET GO! Tak de makna nya nak OT ke stayback ke.
Bak kata Sr Engineer Hitachi, Kak Ika merangkap client ofis. "Ah tak kuasa akak nak duk ofis lama-lama. Keje is keje cukup masa balik. Kita banyak lagi keje untuk family nak dihadapkan."
Cayaaa lah kak. Prinsip dia macam tu pun dia dah jadi Sr Eng tau. Bawah manager je. Meaning even balik on time pun performance dia superb. Apa ada hal!
Kadang-kadang tu dia awal-awal dah pindahkan barang-barang nak balik masuk kereta. Bila bunyi loceng, dia pun melenggang je keluar. Kalau orang tak tau sure ingat dia nak pegi memana, belum nak balik lagi.
Hikhikhik.. Bijak!
Kalau tak sempat nak berfikir time keje, otw driving kepala ni ligat pikir nak masak apa. Paling kritikal bila dah sampai kedai tengok ikan baru decide apa nak masak.. Bukan tak boleh beli barang basah tu banyak sekali gus, tapi bila dah frozen nak tunggu defrost lambat. lepas tu rasa malas pun datang, akibatnya terbuang jua akhirnya. Beli sikit-sikit makan habis terus, fresh lagi.
Masa itu emas! Emas sangat ni langsung tak boleh buang masa.
Harraz ni kalau dah pukul 6 lebih tu mula la dia tak nak minum EBM. Sanggup tahan lapar tunggu mommy. Tapi kalau dah lambat sangat tunggu mommy tak sampai lagi, solutionnya melalak sekuat hati. Time tu makchek akan call saya suruh datang cepat. Sabar je la adik ni tau!
Dah jadi rutin balik keje singgah pasar basah beli lauk balik rumah macam lipas kudung masak dah siap terus pergi rumah Makchek tengok budak-budak tunggu daddy pickup. Aaaaa nak tunjuk betapa rushingnya saja tak nak letak (koma dan noktah dalam ayat)
Sebelum ni pergi ambik Hannah sorang-sorang tak de hal pun. Tak payah nak bersama-sama hantar dan ambik anak pun. Pagi daddy hantar, petang mommy ambik.
Tapi sekarang team dah jadi duet, rumah pengasuh pulak kena naik tangga tingkat empat, dengan Hannah x mo duduk diam dalam kereta esp kalau sorang-sorang dia kat belakang. Of course la sangat tak mampu nak buat sorang-sorang. Jadinya sekarang dari hantar pagi sampai balik petang yang kadang-kadang terlajak malam sebab daddy selalu balik lambat kena sama-sama sepakat satu family.
Lepas dah fikir macam-macam cara, saya pun decide kena masak dinner sebelum pick up H duet tu. kalau nak tunggu dah balik rumah baru terkial-kial, dengan melayan Harraz yang nak menyusu, Hannah dah kelaparan, (mak ayah lapar pandai tahan, anak lapar diorang crancky), confirm la hari-hari makan lauk kedai. Daddy sanggup????
Tiap-tiap hari saya akan ada kurang dari 1 jam dari start beli barang basah sampai siap masak. Ala-ala kalu masuk Master chef bole menang tak? Heeeee.
Menu pulak tak boleh la yang renyah nak buat sebab tak de masa. Juga kena sesuai dengan tekak dari bapak ke anak. Mesti rasa tak best kan kalau kita masak makanan yang daddy tak berapa nak fav. Bila masak lauk fav daddy, Hannah tak bole makan sebab pedas.
Bila banyak syarat tu yang jadi pening nak pikir menu simple quick and easy.
Penat tau... rasa macam tak cukup kaki nak pijak lantai.
5.30pm keluar ofis, ikut nasib kadang-kadang pukul 6.00 sampai kedai. Kalau nasib kena hadap jam lag la sikit masa. Kalau pulak dah sampai kedai baru nak pikir apa nak masak dah makan masa lagi. Memang kalut la cakap.. Balik rumah berlari nak kan cepat sangat. Hahah laju ke I lari? Kira cepat la sket kan dari jalan kaki biasa.
Semalam dah buat gulai lemak cili padi udang + mangga muda. Dish tak berapa pedas, Hannah and daddy makan banyak.
Hari ni plan nak masak kari sardin je kot. Hannah suka makan kari/gulai kurma, daddy suka makan sardin. Fair to be la rasanya.
Biasa dah berpeluh-peluh, muka minyak-minyak, sampai rumah makchek baju pun bau sambal. :D
Saya berusaha menjadi isteri dan ibu terbaik di dunia. InsyaAllah. Amin.... (sila kecikkan scope hanya untuk jalan cerita ini sahaja ye)
Success doesn't come to you…you go to it
2 Kata-kata Magik:
Fuhhh...aku baca pun semput.
Baguslah kau.kalau aku, confirm makan luar aje.
Nasib baik dah xkeje.heheee...
I knoe, cuz im doing the same thing too. Memang level mak2 je yg paham. Kadang2 tu pkl 12 tgh hari aku dh call husband tanya dinner nk makan apa. Supaya lunch hour tu bleh gi beli brg.
Dan skrg ni mmg jimat banyak sbb masak makan malam banyak, then bleh bawak bekal utk esoknya. Dah jimat breakfast. Pastu tengah hari mmg tak makan sbb nk pickup anak dr tadika, nk beli barang nk masak. Dh habis waktu lunch.
Catat Ulasan