Hannah and Harraz dah tido. Everything went very smooth as for today. Saya happy dan bersyukur.
Pagi tadi ikut daddy opening ceremony ofis baru company boss. Bestnya kalau la boss tu Mr husband.
Eh mana tau kan. Someday my wish come true.
Bole la Harraz tido masa tgh show lion dance. Sekuat-kuat alam gendang tu memekak depan mata, Harraz pun lena. Daddy la ni bawak anak turun lupa kot sistem pendengaran anak tu baru nak masuk 5bln. Lagi 4 hari baru Harraz 5bln. Tapi sempoi la Harraz bole lena. Berdoa saja la x de apa-apa. Esok mommy test Harraz dengar tak kalau mommy jerit-jerit marah kakak sebab punggah barang. InsyaAllah Harraz will alert.
Daddy tolong bersihkan vacuum sebab macam dah tersumbat. Dah clear daddy tunjuk satu-satu apa benda yang mommy dah sedut sampai vacuum tu tersumbat.
Iaitu, sepit rambut Hannah dan gam sebotol!
Hehehe mana nak tau. Vacuum tu sedut cepat sangat, tak sempat nak selamatkan keadaan. Kena sekolah jugak la tadi. Tak kisah pun, janji vacuum I dah power balik.
Hannah memang tak bole lepa dengan dia. Cik projek manager ni sibuk je manjang. Tak sampai pun 15 min mommy abis vacuum rumah, dah Hannah buat onar. Baru nak bersihkan projek Hannah tadi, dia dah dapat projek baru kat tempat lain pula. Haiihhh la anak! Letih mommy syg!
Tadi mommy hadiahkan Hannah ice cream Magnum Mini. Hannah baik, duduk diam focus makan ice cream sampai habis. Tapi Hannah tak reti makan coklat cover tu. Sebab dia rasa keras kot. Comot satu badan punya la feeling makan Magnum. Tak pe, kan mommy bagi hadiah, comot kita bersihkan.
Saya terlupa nak ambik mangkuk yg Hannah letak coklat cover ice cream dia tadi. Tengah busy cuci pinggan kat dapur, terfikir apa dua beradik ni buat ye. Senyap je..
Haaaaa diorang tengah kenduri main coklat atas karpet. Dengan Harraz pun join sama projek kakak. Huarghhh.. -Hannah comot lagi sekali-
Harraz dah pandai nak mommy. Nangis-nangis bila mommy dukung, senyap. Bila nampak mommy datang bukan main happy sengih sampai telinga. So sweet la you boy! Love you too boyfriend!
I end my day with such a happy and grateful day!
Alhamdulillah again.
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone
0 Kata-kata Magik:
Catat Ulasan