Hannah ni kelakar la. Dah la tembam, banyak cakap pulak. Tapi `bahasa' dia la. Atok cakap Hannah cakap bahasa URDU. Orang tak faham bahasa dia, tapi dia faham apa kita cakap.
Hannah baru 15months tapi lagak gaya macam dah 2-3 tahun umurnya.
Dek kerana Hannah seorang boleh porak peranda satu rumah macam kena langgar todak. Hannah la 'todak cute' tu.
Saya rasa teringin nak tau apa yang sedang bermain dalam fikiran anak dara saya tu. Tak boleh duduk diam walau seminit.
Daddy cakap; Hannah busy girl! As always busy!.
Hannah suka joget perut. Perut dah la bulat! Semua bulat.
Bagi Hannah makan sate, Hannah buat sate jadi drumstick ketuk-ketuk drum.
Mommy tgh mop lantai, Hannah pesta mandi buih dengan air sabun lantai tu. Bertuah anakku!
Hari-hari sampai je rumah Hannah terus punggah semua mainan satu bakul. Hari-hari la rumah selerak dengan mainan Hannah yang dah berterabur.
Hannah nak minum air kotak susu, kalau time mood baik habis sekotak Hannah minum. Tapi bila agak-agak dah boring tak de sape nak layan dia, creativiti terlebih Hannah pun datang. Hannah tuang air kotak atas lantai buat macam tuang kicap. Dengan bangganya siram lantai rumah dengan air kotak. Huwarghhhh!!
Orang berbuka puasa, Hannah pun nak buka puasa. Tapi Hannah usung pinggan tawaf satu rumah habis terabur makanan. Hari-hari jugak la mommy kena mop lantai. Kadang-kadang angkara Hannah saya rasa sangat letih bila tengok rumah dah tak macam rumah. Aiyoooo!
Tapi redha je la. Tak pe, nanti mommy kemaskan. Maka itula alkisahnya kadang-kadang pukul 6pagi saya login bersama batang mop dan penyapu sorang-sorang.
Hannah dah boleh diharap. Walaupun bukan kerja berat, tapi dia boleh terima arahan.
Masa kat rumah nenek, Hannah tengah main-main kat luar. Saya cuci pinggan kat dapur.
"Hannah, sini kejap. Tolong ambil botol susu Hannah dalam bilik, mommy nak basuh".
Terkedek-kedek Hannah pergi ambil botol susu dia bagi kat saya. Comel!
"Hannah tolong mommy buang pampers adik."
Hannah letak dulu mainan dia, datang ambik pampers adik masuk tong sampah.
Hari tu ada cicak kat dinding dekat tong sampah. Hannah takut. Bila buang pampers adik, Hannah tak berani nak dekat tong sampah. Hannah pun letak pampers adik atas lantai, dekat dengan tong sampah. Hihih.. jadi la.
Ummi selalu pesan, Hannah smart girl dia banyak berfikir sebab tu dia macam tu. Tak pe.. (Saya selalu bagi Hannah makan madu since dia baby. Alhamdulillah perkembangan mindanya sangat-sangat aktif sampai penat dibuatnya)
Hannah sayang adik. Hari-hari bangun tido terus Hannah cium adik.
Kalau dia dengar adik nangis cepat-cepat Hannah datang tengok adik.
Hannah nak main dengan adik, Hannah bagi adik share 'Ephant busuk' dia. (Macam la adik tu tau kan...)
Lately ni selera Hannah menjadi-jadi mengalahkan orang puasa.
Kadang-kadang saya terfikir Hannah ni tak makan ke kat rumah Makchek.
Bertuah la Hannah tak makan, dia makan nasi dua senduk, susu empat kali pagi sampai petang. Tu belum masuk jajan roti ngan biskut.
Bila malam, sampai rumah Hannah minta susu lagi. Habis 9oz botol penuh. Lepas tu makan nasi, makan biskut, makan prune, air susu kotak. Kelmarin saya rebus megi untuk goreng sahur; Hannah minta nak makan. Nak tido lagi sekali susu 9oz. Uiiiiii!!!!
Hannah pandai minum air masak sendiri. Bila dia rasa dahaga, Hannah cari botol air kaler pink dia minum air. Sebab tu saya kena selalu make sure botol air Hannah ada air.
Ummi cakap, macam anak Cina kemana-mana usung air kosong. Bagus la.
Owh!! Hannah masih nursing dengan saya. Bukan sikit-sikit dia minum, kadang-kadang sampai sendawa. Meleleh air susu kat mulut Hannah. Bila saya tengok, saya rasa syukur sebab memang betul-betul Hannah minum susu mommy. Bertambah-tambah la bulatnya ABAM!
Bila tengah nursing adik, Hannah pun join. Diam-diam Hannah ambik 'Ephant' terus panjat badan mommy cakap "nak..nak.." Tak kira la berdiri ke, tertonggeng ke, tersenget duduk ke, janji yang penting dapat.
Haih la Hannah.. Hannah..
Saya la adik kesayangan Hannah. =) |
Success doesn't come to you…you go to it
0 Kata-kata Magik:
Catat Ulasan