My Princess

Lilypie - Personal pictureLilypie Third Birthday tickers

My Prince

Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers

My Sweetpie

Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers

Khamis, 6 September 2012

Teh susu dalam botol.

Ok saya jakun sebab ni la baru saya jumpa ready made teh susu. 
Rasa bole tahan la tapi aroma teh jasmine (kot) agak kuat. Botolnya kecik size biasa je. Tapi ambik kau sebotol ni RM3.80. 

POKKA Premium Milk Tea

Teh tarik kat mamak baru berapa je kan. :))

Saja nak mengada!

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Untuk memanjangkan cerita, semua tu adalah beg-beg yang saya sorong setiap pagi.

Semalam makan Dominos dengan Aunty Tini kat Putrajaya, makanya ada lebih pizza boleh la bawa bekal untuk breakfast kat office pagi ni. 

Botol hijau tu saya nak guna buat shaker ESP (Soy Protein Isolate Powder) from Shaklee. ESP tu saya tinggalkan je kat office sebab saya nak minum everytime lepas pam susu. 
FYI, ESP tu memang saya tak lalu nak telan plain macam tu je.. Nak beli susu asyik terlupa, makanya saya pun merembat susu tepung Dutch Lady coklat Cik Hannah yang daddy tersilap beli minggu lepas. Hannah tak sesuai minum susu tu asyik cirit je. Penat mak nak mencuci, pampers kejap-kejap tuka, montot si anak pun dah melecet. Kesiannn....
Dari terbiar je susu tu mommy ambik la ye. Belasah je susu baby ke apa.. Janji sedap. heheheh.. I tak membazir kan. ;) 

Juga Soy Lecithin from Shaklee tak ketinggalan. Gara-gara malas nak isi dalam bekas pil, saya angkut dengan botol sekali. Nak makannya sekali je pun jap lagi lepas lunch karang, tapi kalau dah malas tu tak bole nak buat apa la. Gigih la bawak botol besar tu kemana-mana.

Beg hitam tu pulak, cooler bag saya nak isi susu bekalan Mr Harraz yang saya pam di office. Kalau orang tak tau semua ingat saya kendong DSLR  pegi keje. Tak kuasa I. Kamera canggih tu pun I tak ada tau. Tapi apa yang saya duk usung hari-hari ni nilainya tak de jual kat kedai tau. :D 

~~ SUSU IBU untuk anak tersayang saya~~

Yang kaler maroon tu of course bag wanita, hohhh wanita yeh. Wanita la kot dah jadi emak anak dua kan... 
keskeskes....

Berdasarkan pemerhatian, sarat benar dah adik ipar ku itu. Kesian.. Tapi dia pun gagah benar selamba je dia duduk sorang-sorang kat umah. Take care dear Tini, be careful in every steps u make. Akak doakan semuanya selamat. InsyaAllah.

Success doesn't come to you…you go to it

0 Kata-kata Magik:

 

It whirls likely W.H.E.E.L Copyright © 2009 Cookiez is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template