My Princess

Lilypie - Personal pictureLilypie Third Birthday tickers

My Prince

Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers

My Sweetpie

Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers

Khamis, 17 Januari 2013

Naik hantu!

Anak,
Mummy dah la letih kat office keje banyak.
Sebab tu hari ni mummy balik lambat.
Sorry sebab mummy balik lambat, masing-masing dah lapar.
Makan pun jadi lambat jugak.
Dah siap masak mummy suapkan sorang-sorang makan sampai sendawa masing-masing.
Mummy happy anak-anak mummy kenyang.

Kakak berak!
Ok tak pe mummy bersihkan.
Lepas tu kita siapkan beg sekolah sama-sama.
Jam dah pukul 10 lebih.
Harraz tak berapa sihat sikit-sikit meragam. Harraz makan ubat demam.
Harraz nak tumbuh gigi no 4.
Makan limau sama-sama..
Hannah berak lagi.
Ok mummy basuh.
Hannah berus gigi.
Tak nangis dah sebab mummy cakap kalau tak nak gosok gigi nanti jadi macam gigi atok.
Hannah takut tengok gigi atok boleh cabut-cabut.
Jam dah pukul 11pm.
Daddy buat susu Hannah.
Harraz dah tido.

Tup..tup.. Pukul 12am Hannah muntah pulak sebab tiba-tiba dia batuk.
Muntah je la.. Tapi kenapa nak nenangis kuat-kuat tak tentu pasal.
Harraz dah bangun.
Harraz dan Hannah dua-dua pesta menangis.
Mummy marah!
Marah sebab ngada-ngada kakak buat adik bangun.

Mummy salinkan baju Hannah.
Hannah mintak susu. Daddy buatkan.
Sambung tidokan anak-anak.
30 min dua-dua pusing sana pusing sini cari mood.
Cepat la tido anak.
Lastnya Harraz dah tido Hannah nangis suruh buka pampers.
Hoih!! Tido!
Layankan kerenah. Buka seluar, buka pampers, pakai pampers, pakai seluar.
Ok Hannah tak nak tido.
Cari daddy.
Pergi la kat depan. Daddy buat kerja.
Now tak tau apa anak dara tu buat dengan daddy.

Meaning keje mummy belum selesai selagi Hannah tak tido.
Oh rumah juga sangat hebat.
Makin bertambah stress bila rumah macam ribut petir.
Tak daya dah.
Solat Isyak pun belum.
Macam mana dan masa bila emak yang anak -anak macam saya ni bersolat?
Saya berusaha nak jaga solat.
Tengah solat, Hannah makeup muka mummy tepek bedak dah macam tepung gomak.
Tengah solat Harraz berguling bersilat atas sejadah peluk-peluk kaki.
Allah, permudahkan, berikan kesempatan untuk hambamu menjaga solat.

Hannah datang dengan Cool Fever melekat kat pipi.
Haih.. Apa keje la anak dara sorang ni.
1:30am Hannah tak tido lagi, menguap dah banyak kali.
Mummy gosok-gosok Hannah sambil nyanyi zikir tido fav Hannah.
Hannah layan ngantuk main lekat-lekat Cool Fever kat muka.
Hannah dengar bunyi dogs. Hannah takut. Terus tido..
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

0 Kata-kata Magik:

 

It whirls likely W.H.E.E.L Copyright © 2009 Cookiez is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template