My Princess

Lilypie - Personal pictureLilypie Third Birthday tickers

My Prince

Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers

My Sweetpie

Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers

Jumaat, 23 Mei 2008

Kakak Nurul Nangis :(

Semalam nangis sebab kena marah dengan ummi n ayah.
Kena marah sebab nak beli kereta ummi n ayah kata nanti dulu.

"Kereta tu kan elok lagi. Lagi pon dah nak abis bayar. Tak nyempat-nyempat dah ke? "

Ummi cakap, "kalau Kak Long dah kawin, Ummi pun x nak masuk campur dah urusan Kak Long. X de pening2 dah kepala Ummi nak mikir masalah anak-anak. "

Kecik ati aku Ummi cakap macam tu. Kalau macam tu x mo kawin la. Kalau kita dah kawin mak bapak dah tak payah jaga anak perempuan dia ke???

Mana aci!!! Aku tak kira! Aku nak jugak Ummi n Ayah yang jaga aku even aku dah kawin pun. Haaa baru la best kan.. :D

Mengadu kat My Dear MR. Konon-konon nak mintak simpati. Huh! Again kena marah lagi.
Alasan:
"Kenapa x de nak bincang apa2 pun dengan abg? Dulu bole je nak bagi tau nak buat apa-apa. Kali ni kenapa pandai-pandai buat keputusan sendiri? Tau la abg orang luar tak de hak nak amik tau. Tau la abg ni tak sama taraf, sebab tu buat abg macam ni kan. Padan muka kena marah. Lain kali buat la lagi. "

Ishk!!! Tension la aku macam ni.

Kelmarin Nani nangis..
Semalam Kakak Nurul pulak nangis.

Abg cakap Ayah n Ummi tengah marah. Lagipun diorg tak tau apa reason nak beli kereta tu.
Nanti esok diorang dah sejuk, explain la balik sebab apa.

Ayah, Ummi... Saya minta maaf.
Abg.. Im sorry.

Malam semalam nangis yang sangat hebat. Bangun pagi mata bengkak macam kena sengat tebuan. Rasa macam nak pakai spek itam g ofis pagi td.

Kesian saya tau.. :(
A good life is a collection of happy memories.

7 Kata-kata Magik:

Believe in Cinta berkata...

sian yek?
sabo lah....
yg penting lelaki mesti suker cakap dorg x samer taraf dgn kiter?

aper masalah dorg ekk?
darah kiter kan sama?

parent cik noi xnak cik noi membazir ler tu...

simpan jer lah duit...maner tau bulan dpan dah nak betunang?

mrsdjones berkata...

lahai kesian sampai bengkak2 ni.. tp bagus juga nangis ni takde la terbuku dlm hati.. apa2 pon ct rasa mmg seksa berhutang beli kereta ni.. almost 20% gaji pegi kat kereta je.. tp kalau dah mmg noi teringin nak beli kereta idaman, apa salahnya ;) i'm sure sooner or later they will understand

eDa berkata...

noi..aku rasa kite serupa..psal keta tu takla..tapi bab kena bebel ngan parents..lpas tu konon2 nak ngadu..kiter plak kene balik..huhu..jom la kite luah perasaan sama2..huwa!!! take it easy gurl ok..

fLuRrY.bLuRrY.bUbBLy. berkata...

cik believe:tu ler.. btol la tu kot kena simpan duit nak kawin.

Siti: bkn stakat kereta je ct. credit card lagi. leh penin mikir pasal utang ni kan.

eda: tu la pasal bot. x pe la janji ada sukarelawan jd mangsa nak dengar.

faisal berkata...

slm wak,alaaa biasalah tu kena marah,hehe..:) adakalanya kita mmg tak berfikiran waras dalam sesuatu perkara..:) tulah gunanya mereka nak check and balance..:) utamakan mana yg penting dulu..

fLuRrY.bLuRrY.bUbBLy. berkata...

hi acai. salam..
time kasih.. saya dah x marah-marah dah. Ada betulnya diorg sound ari tu. :D

Reza berkata...

KOR BELI KERETA BARU?!?!?!
HMM sah dah kaya

 

It whirls likely W.H.E.E.L Copyright © 2009 Cookiez is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template