My Princess

Lilypie - Personal pictureLilypie Third Birthday tickers

My Prince

Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers

My Sweetpie

Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers

Jumaat, 1 Februari 2013

The Cekodoks!

Assalamualaikum! 
Happy Friday people... (";)

Hari ni Hari Wilayah so Kuala Lumpur adalah cuti.
Saya tak tau la pagi tadi jam yang lambat bergerak or i am too fast.

Suami saya ni ada salah satu pe'el yang tak menjaga kesihatan iaitu suka skip makan. Pe'el - pe'el lain hanya saya saja yang tahu. hikhikhik...
Tak breakfast, skip lunch tah masa bila makan pun tak tau, petang sampai rumah perut dah menggelegak cari nasi.
Orang lain pun kerja jugak sayang, time makan.. soruuu la dulu kan? kan??

Makanya sebagai isteri yang gigih nak menjadi mithali dan sayangkan suami dia, saya berusaha bekalkan sarapan untuk suami tercinta saya tu.
Tak cukup dengan petang balik keje perah otak fikir menu nak masak dinner, sekarang sebelum tido dah fikir apa bekal breakfast esok. (tu belum anak start sekolah lagi) Macam ni `emak' rupanya....

Pasang niat nak buat cekodok dah dua hari.. Tapi dek kerana Harraz Nazhan"The manja-manja-manja mummy" tu buat perangai, mummy dah bangun pukul 6pagi still satu keje pun tak jalan jugak. Solat subuh pun ke laut hari dah terang.

Hero kecil yang sorang ni memang betul "The manja-manja-manja mummy" Tak boleh lekang sekejap. Bangun je mak dari katil, anak ni macam ada hidung super extreme dia boleh tau je mummy tak de. Haiiiiyo!!!

Daddy cakap, "tu la mummy selalu sebut manja-manja-manja-manja mummy banyak2... Memang betul-betul la adik "The manja-manja-manja mummy"."
-wink! love you son!-

Pagi tadi tengok jam dah 7.25am baru nak ke dapur. As a normal routine, paling tak pun kena jugak-jugak siapkan air daddy. Hurm... tak kira nak jugak mencekodok! Baaaaaru nak pegang bawang tau! Dah dengar Hannah dan Harraz menangis cari mak diorang tak de kat katil. Daddy tengah mandi. Agaknya, bajet kena tinggal dua beradik dalam bilik, tu la yang boleh melalak sekuat hati. Owhhhhh anak-anak ku!

Jadinya cekodok sosej dan ikan billis juga milo panas dan nescafe O sebelah tangan sambil dukung Harraz. Hannah teman berdiri tepi peti ais, jinjit Ephant kat tangan sampai la siap. Alhamdulillah sempat jugak walaupun ter over dose ikan bilis. Terlebih sikit je.. Almaklumla dah macam robot tangan lapan tadi. Sebab husband i ni tak suka ikan bilis lagi la kalau yang sebutir-sebutir tu mmg bole potong tekak lah kekdahnya.. 

Oleh kerana KL cuti hari ni, saya keluar lambat pun sempat sampai office sebelum 8.30am. Puas rasanya sebab dapat sediakan bekal untuk suami saya. 

Yang ini saya punya!
Husband, I love you a lot! 


Success doesn't come to you…you go to it

1 Kata-kata Magik:

. i . n . a . z . on 5 Februari 2013 11:10 PG berkata...

anak boy aku yang dah nak 3 tahun tu pun kalau aku bangun, melalak carik mama. sebab tidur malam memang nak melekat dengan mama je. hehehehhe

 

It whirls likely W.H.E.E.L Copyright © 2009 Cookiez is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template