My Princess

Lilypie - Personal pictureLilypie Third Birthday tickers

My Prince

Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers

My Sweetpie

Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers

Isnin, 1 Disember 2008

APA tu?????

I was wondering what is L.O.V.E

What is the real meaning of C.I.N.T.A?

uihhh memang la aku tak tau nak menjawab.

How did you know that he/she is the one for you?

How did you relized that he/she is meant to be your soulmate?

Aku takut sebenarnya. Sebab tu sampai sekarang tak prepare apa pun.

Ke memang normal begini? atau aku ni yang cacat?

[~sigh~]

Been HACKED

Dear Readers,

I am sorry to say that i need to migrate into this new address as there's a HANTU have been redirected my beloved blog to another BUDUS site.

-END-

:( [masih bengang]

Khamis, 13 November 2008

serabut and HUGE guilty :-S

Aku rasa macam nak gila hari ni.
Problem kiri kanan atas bawah.

And today i know the quality of my first products. Some of them reached the target, some of them just at par.
honestly speaking; guys i am very guilty for those yg dapat B.
korang sedih, kak Nurul pun sedih sama..

But this is just the beginning dear, there are still long way to go.

--------------------------------------------------------

Server pun hari ni jugak nak buat hal. Sampai semua orang tak bole nak bukak schematics.
Robocopy failed for few times today.
Seriously kepala aku serabut.

Arghhhh x nak pegi keje esok bole??? tetiba MC.

I need rest!!!

-------------------------------------------------------

Good thing is, esok ayah, ummi, fizal and adik datang sini.
Ayah cakap, ayah bawakkan kek Sarawak and ayah beli kepek pisang. Which kepek pisang is my most favorite.
Thank you ayah. U know what i want and what i like.
Biasa la.. Like father like daughter.

You guys really help to relief from my stressful life.

------------------------------------------------------

Darling tido awal ari ni. I balik Jusco beli kan present tuk bebudak tu td dah lewat kot.
So tak sempat nak sesi manja-manja.

Tak pe la dear, i know u are tired. Dun worry i didn't blame you if you already sleep.
Wish you good nite and have a very nice dreams.

A good life is a collection of happy memories.

Selasa, 11 November 2008

Tengah jalan ker atas katil?

Eh aku rimas la bunyi enjin keta yang nak tunjuk bagosssssss bila time manusia normal patut tido ni!!!
korang ni tak fikir orang lain ke?

ekzos sebesar serobong kapal tu, buat aku rasa nak sumbat anak kucing je dalam dia.
(bayangkan mcm mana jadi bunyi Si Gah itu?)

Si kecik roda dua pun sibuk nak membingitkan keadaan yang sepatutnya aman damai dan tenang.

Masa ni jugak la sibuk nak bunyi siren sana sini!!!
Eeeeee aku kat mana ni??????????????? :S

Terasa macam tido tengah jalan pun ada.

Sudah-sudah la tu manusia sekalian.. katil yang empuk memanggil-manggil.
Balik la, moh le kita tido sama-sama.
Kesiankan la orang-orang yang tak de katil untuk tido. Mereka-mereka yang menumpang di taman bunga dan stesen bas untuk tido.
Sekurang-kurangnya ada ketenangan.

Hmmm pelik-pelik la Sang Ayam kat sini.Kul 12++ dah berkokok.
nampak sangat ayam pun x bole tido kan.

hahaha aku yang dah separa nak mereng.

Ok la gud nite..

-budus kepada Si Gah ekzos beso-

A good life is a collection of happy memories.

Isnin, 10 November 2008

Sisa sisa kesedihan..

Having dinner at Sushi King with him for my last treat before he left.
Went out for the last movie before his 12am bus to KL.

Sangat la menakjubkan bila aku jadi antara terawal untuk update kisah movie.
As i deeply know myself, I am not a movie freak..

Kisahnya terjadi sebab aku dapat ticket free Quantum of Solace hari Sabtu lepas.
Kalo tak, jangan harap la aku nak g tgk awl-awl.
Cite tu released bila pun aku tak tahu menahu.. which is menunjukkn yang aku sangat HEBAT.

Fizal dah balik..
Bengkak2 mata aku nangis.
Esoknya bangun kul 12 bole?? memalukan. hih!

"Kak long jangan la sedih sangat, nanti saya datang sini lagi jumpa Kak long.
Saya minta maaf ye kak long. Terima kasih banyak2. Kak long jaga diri baik2 ye"
9 Nov 08 1207am


A good life is a collection of happy memories.

Ahad, 9 November 2008

aja--ajaa-- fighting

Kami gaduh..
Penat aku pujuk sampai dua hari tau!!!
Sape kata lelaki tak kuat merajuk??
Aku tak cakap pon.....

Kau marah, aku bisa jadi lagi marah..
Kau nak bengang, aku buat tak tau jer..
Kau nak perli, aku layankan jer..

Tapi, aku tau kau sayang aku.
Dan, kau pun tau aku sayang kau.

kita damai ok..

:D I love you!

A good life is a collection of happy memories.

Jumaat, 7 November 2008

Please dont go.. :( im sad

Hari ni aku sangat emotional.
Antara sebab-sebab kenapa aku emotional:
1. Fizal dah last day tadi and dia akan balik Tanjung Malim tinggalkn aku sorang-sorang kat sini seperti sediakala.
2. Aku kecik ati sebab dua housemate ku di jemput untuk makan-makan tapi aku tak. Aku tak leh pegi pun sebab aku ada keje mlm ni.

Tapi perasaan kena sisih pun tetiba ada. Idak la rasa dasperate sgt nak pegi makan-makan. Arghh!!! itu semua syaitan semata-mata nak hasut aku burukkn keadaan.Tak baik betul la si Satan ini..

Tatkala itu juga, dengan tidak semena-mena aku rasa sedih sangat.

Ckp dgn Mr Arm sampai siap nangis2 bole x???
Gila dah ke apa aku ni.Major reason kenapa aku ala-ala mengong malam ni sebab aku akan rasa sunyi balik bila fizal dah balik tg malim nanti.
Dia ada kat sini aku rasa macam aku dekat dgn family. Tp lps ni aku akan rasa sangat tak best.
Fizal ada kat sini aku rasa macam aku ada kawan..
Walaupun aku bengang gila bila angin 'kus-kus' dia datang.
Walaupun aku rasa hmmmm.... setiap kali makan mmg aku yg kena belanja.

2 bulan lepas aku rasa sangat gembira.. rasa penuh je jiwa. Tapi mulai minggu depan aku akan rasa kosong balik...

Fizal, Kak long sedih la kamu nak balik.. Nanti sape nak teman kak long kat sini..

Dan dan la terasa nak balik keje KL pun ada walaupun aku pernah ala-ala berjanji aku tak nak keje KL.
Kat KL ada Reza yang suka call aku bila dia tengah dalam sesi menunggu
Abg pun senang nak cari keje kat sana.

Hmmmm ntah la... kita tengah sedih semua benda kita nak buat ikut perasaan.

En Arm sedaya upaya usaha nak buat aku ketawa tadi. Tapi... Sorry la yg, mood tengah tak terasa nak gelak.. Anyway, thank you so much!

noi... noi...

Eh baru pukul 12.54am; kenapa Sang ayam dah berkokok waktu-waktu begini? Aku igtkn sampai ke subuh aku menulih blog ni tadi..

Gud nite semua...
Fizal dah sampai Uranus dah ni..
My Dear dah sampai pluto..
Noi... kat Malaysia lagi :D

A good life is a collection of happy memories.

Selasa, 4 November 2008

kalau tak de tajuk tak bole ke?

Aku tak mengerti apa yang ku rasa..
Rindu yang tak pernah begitu hebatnya..
Aku mencintaimu lebih dari yang kau tahu..
Meski kau takkan pernah tahu..
. . . Pupus

Semalam buat clean up Yahoo mail, terjumpa la email-email bunga-bunga cinta zaman blaja dulu.
Tetiba terkenang kisah 'aku dan dia' yang dah lama pupus.
Yaaa!! PUPUS adalah lagu favourate dia. Paling indah bila dia nyanyi lagu pupus sambil main gitar. "I like man who can play guitar actually" ( jangan kantoi statement ni dah la.. hikhikhik...)

Eh apa aku mengarut nih??? Erm.. tapi he was my 1st love. Logik la kalau aku ingat lagi kan???

--------- Dah sudah tu Noi.. Sebelum lagi jauh aku melalut kisah pupus------------

Pupus macam platypus (titik)

Aku mengantuk sebenarnya ni. Banyak lagi misteri yang aku kena kaji kat office ni.
Tapi dah sampai satu tahap MALAS dan MALAS.. sape pun tak boleh nak tolong melainkan diri anda sendiri. Betul tak kawan-kawan???????

Rezaaaaa!!! Kisah 'keranda' tak best! Ni semua salah ko sebab dah lama x masuk kisah wayang yang best-best dan seram.
Aku pun apa yg gedik benar nak sangat tengok cite hantu?? Tak pernah-pernak semangat nak layan horror movie.
Eh tapi kisah Juon aku layan dua kali kat wayang tau. Yang pasti sekali dengan En Reza. Seeeee sepengecut kecut aku nih pun, bila dah desperate berani jugak jadi nyer. Berani sket jer la.. Tak baik riak.

Dan!!!! dua benda yang paling merunsingkan kepala En Arm dah dibeli dengan jayanya. I like both. Tapi dah di pos kepada En Pembeli sebab tak berani nak simpan lama. Mau kang hari-hari aku try. hahahahhaha.. Saiko.

Hari ni ayah ku pulang dari Sarawak.

Ayah tanya," Kak Long nak apa?"

hmmm apa yg aku nak yer?? ayah cakap kain kat sana macam zaman dolu-dolu. Tak cantik ke? Aku suka je yang antik-antik nih. Unik sket... Apa kes la aku tetiba tanya pasal kain jauh-jauh sampai Sarawak??? Sebab... aku nak buat baju yang untuk "majlis itu" dengan tema sederhana dan antik. Cool apa kalau kita punya baju ala-ala zaman P Ramlee. (bayangkan kejap)

Nak pakai baju umi kawin macam dlm cite omputih, anak dia kawin pakai baju mak.
Aku????? nak pakai baju umi??? Ayooo kena buat major lipo la cam ni kan Reza. hahahaha...

A good life is a collection of happy memories.

Jumaat, 31 Oktober 2008

itu la aku

Mata aku ni tak reti la pun nak pejam time orang tido. Apesal ntah... Lagi nak tengah malam lagi mata aku bulat. Aku pun heran la dgn En Arm, kejap je mata dah kuyu. Ni mesti tengah berterbangan kat langit biru dah dia time ni.

Abis borak tadi kat kul 12. tu pun dah kat 24 kali dia menguap. Aku pulak yang naik rimas.
"Bosan la abg ni, asal ckp tepon je nguap.."
Aaaa amik kau! kan dah kena sound.

Aku slalu komplen.. Yer la, time bila nya pun nak sembang-sembang dengar suara? Tak dengar suara kang tak feel pulak. Aku abis keje ngan tuition segala dah mlm kul 10 lebih.Time tu aku baru nak free En Arm dah mamai-mamai separa nak sedar. Aku jugak yang terpisat-pisat mata bulat tak mau nak pejam.

Sebab masing-masing busy, kadang2 sampai seminggu x borak langsung. Sape tahan mcm ni???
En Arm & Cik Nurul je yang tahan. Tu pun aku sipi2 je lagi dah nak tak tahan. :D

Kadang-kadang tensioonnnn jer aku. Baru ada mood nak gedik-gedik, En Arm spoil mood. Ello!!! aku keje lagi lama tau.. dari pagi sampai malam OK!

Alasan dia: Abg keje banyak bergerak. Badan ni portable.. Merata kena handle.. Syg lain la duduk je jelepuk kat atas kusi sampai petang. Handle pn remote je dari pc. Abg penat la yg...

Hmmmmmm apa lagi yg aku bole cakap? Iyer kan je la..

Pernah satu hari tu aku meletoppp mak dah tak tahan nyah!!! ingat gunung berapi je ke bole meletop-letop?? Cik Nurul pon bole tau!!!

Hari tu bridge jam teruk gila-gila ayam punyer jammmmm. Aku plk gerak lambat sket sebab nak basuh baju dulu semua bagai kerana esoknya nak balik raya Deepavali. Bajet kuar kul 7 sempat la nak sampai sana sblm kul 8. Sekali banyak keta tak hengattttt punya la sampai tak bergerak.

Aku dah start nak tension.. Hmmm aku ni cepat tension gak rupanya yer.. Nasib la sape suruh nak kat kita jugak kan. Tak pasal2 kena la jadi la tempat I lepas tension.
Perjalanan yang biasanya amik masa dalam 30 min, dah jadi dkt 2 jam. Bara la aku dah la kena cut 1 hour class sbb start lambat. Kalo buat 2 jam jugak kang tak kan kul 11 baru nak abis. Cikgu pun reti jugak penat. Rugi aku 50% mlm tu.

Dalam aku yang tengah sangat2 penat mengharapkan la belas kasihan dari si Dia. Dengan selamba nyer En Arm dan ngantuk.

Aku ckp, "nak tido sangat pegi la tido. Org tau la jaga diri sndiri. Tak payah nak risau-risau. Sampai umah ke tak x payah nak tanya-tanya." hihihi.. garang kan aku?? ;)

Dah la time tu ujan lebat tersangat-sangat lebat.

Senyap terus!!! Aku ingat kan dah pengsan. Rupanya dia menunggu terus tak jadi nak ngantuk.

Hahahah aku pulak dah selamat mandi semua buat dekk je x mo report dah sampai ke belum. Haaaaa pandai pulak dia nak tanya dah sampai ke belum.

Padan muka sape suruh buat org macam tu. Sesia la tahan ngantuk kat 2 jam. Kalo tak mesti dah best tido kan En Arm sayangggg... :p

Apa yang buat kadang-kadang aku sayang kat En Arm ni ialah apa yang dia buat time aku tengah marah. Time aku marah la dia akan buat aku lagi BERAPI!

Sape tak geram kalo kita tengah mengamuk, dia buat selamba badak je senyap. Buat tak tau je. Contohnya mcm malam aku marah sebab dia ngantuk tu. Lepas aku sound tetiba dia senyap lama.... aku dah cool baru dia muncul balik.

Itu yang aku sayang tu. Geram memang la geram tapi aku tabik ar cara dia treat aku time marah.

Nota hati: Aku rasa aku sayang kot kat ko! (",) I love u..

A good life is a collection of happy memories.

Khamis, 30 Oktober 2008

lepak jer.. 1 by 1 done

hari ni free sket.. lega rasanya goyang-goyang kaki sambil sandar kat kerusi sambil mengupdate blog.
:D jangan report kat boss ye.

bila masa dah ada, tak tau pulak nak mengarut apa. (hmm...)

setelah sekian lama aku tak tengok wayang. rasa-rasa macam weekend ni i want to go out for a movie. As my Dear will be around this weekend, why not kan?
OK dah reserved tickets for 3. Cite The Coffin. Tak tau la cite ni dah outdated ke apa.
Huih nampak sangat ler aku ni leak of knowledge kalo bab movies nih.

Sakit badan ni, semalam pergi jogging, terkejut kot badan tetiba aktif.

Yey! Office Hour almost to end.
Bye bye..
A good life is a collection of happy memories.
 

It whirls likely W.H.E.E.L Copyright © 2009 Cookiez is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template