Ari Sabtu g test SPA, Peperiksaan Khas Memasuki Perkhidmatan Awam Gred 41. Panjang btol nama pekse. Pagi2 tu smpt la jugak belek-belek buku Malaysia Kita sambil minum brown rice cereal+spirulina. Kuar umah kul 8.45am cam tu ngan confident nyer igt smpt la kot nak sampai ontime. Tp otw driving tu sibuk ngan nak sms sana sini nak bg tau nak g test, trus aku blurr lupa jalan n salah masuk simpang. Haiyaaaaaa!!! Tu lerrr ntah kemana-mana focus..
Dah abis exam sume2 dlm kul 4pm cam tu aku pun cabooot ler. x sempat tunggu abis masa dah kuar dewan. Heheh x de mood ler nak jwb. Kalo ada rezeki, ada la tu. Kalo x de, may be ada kat tmpt lain rezeki aku. Tawakal jer la.
Lepas test g fotostat bahan-bahan keperluan utk tuition esok. Ada ler kat 100 keping. Penat kakak fotostat tu melayan kerenah aku nak fotostat mcm2. Sib baik murah je dlm rm3+ jer. Esok ada class dr kul 9am-4pm. Letih ler ya amat. x berkesempatan nak bangun lambat dah ari ahad. :(
Tapi x pe ler... dah nak sgt jd tutor, amik ler tugas org dah bagi. X bole ponteng-ponteng. Tanggungjawab tuh.
Haaaa ada lg satu benda besar aku buat ari ni. Dah sampai umah ptg tu dgn segala buku-buku dah bahan fotostat, aku pun menyinggah ler ke saloon rambut kat bawah tu. Dengan gediks nyer terasa mcm nak cuci rambut. Lepas tu gediks bertambah bila terasa macam nak potong rambut pulak. Heheh selamat la... Apa lagi syok nyonya tu gunting rambut aku. Ringan sket rasa rambut dah x pjg mcm dulu. :D Sume-sume ni sebab kegedikkan yg berganda-ganda. Sume-sume nyer tetiba terasa nak itu ini. Heheheh.... Ini lah perangai saya. ;)
Malam tu makan laksa beli kat adik goreng pisang yg juga kat bawah umah. Bagus umah aku ni. Semua ada sekeliling. X yah nak jalan jauh2. Layan AF sorg sebab Pu3 & K ina g Feringghi Walk. Aku dah malas nak jalan n kuar, rehat layan blues ngan kain bajuku yg berterabur lg kat umah. X sempat sesangat. Sume benda pending. Hmmm...
Abis sume-sume budak-budak AF nyanyi aku pun masuk bilik bersiap nak tidur. Plan esok kena bangun pagi-pagi, kul 7 lbh dah kena gerak sbb umah student yg kat Butterworth tu pun x tau lg area mana. Nak kena gerak awal in case sesat larat.
-Good Nite-
A good life is a collection of happy memories.
2 Kata-kata Magik:
kite pon tengok af jugak, tak live la tapi..bila astro nak buat online streaming eks??
btw bebeh...lps xm SPA then keje mana plak pasni??
uit akak ima... kita bkn keje ngan astro. nnt kita wat petition suruh derang wat online streaming plk k.
lps xm SPA, kalo dpt masuk gomen yg gaji best nnt cheq pertimbangkan. :)
Catat Ulasan