My Princess

Lilypie - Personal pictureLilypie Third Birthday tickers

My Prince

Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers

My Sweetpie

Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers

Jumaat, 27 Jun 2008

the eyes OF the cat

saya RINDU ayah
saya RINDU ummi

syg RINDU abg

k long RINDU saufi
k long RINDU fizal
k long RINDU mohd

Sabtu malam yang sangat membosankan..

ABIS SEMUA orang aku RINDU

-------------------------

Sepatutnya nak pegi Melaka malam ni.. Tapi sayang.. tiket bas abis.
Kaktiny siap nak offer antar kan aku g sana lagi dari KL. Baik betul orang itu walaupon aku tak kenal siapa. Hehehehe...Tapi aku tau benda tu sangat lah mustahil.

Melepas aku nak makan durian kat kampung DIA.

"Jangan la abis kan semua durian satu dusun tu ye. Gemok la nanti..."

Geram kat abg kenapa dah last minit baru leh terlintas nak g Melaka.
Aku curik2 kuar time keje tadi lari g stesen bas nak cari tiket.
Dari pagi tadi lagi aku dah tak de mood sbb tiket bas abis.

Pembawakan emosi sampai ke malam.

--------------------------

Tak tau kenapa sejak akhir-akhir ni aku jadi sangat berkira kalau bab duit.
Bila nak beli apa-apa aku akan pikir kepentingan.. sudahnya APA PUN tak beli.. dek terlalu banyak sangat tapis.Hehehe...

Petang semalam semasa sesi memontengkan diri dari seminar, aku ke Bukit Jambul.
Nak cari brooch gantung-gantung. Kononnya trend zaman sekarang..
MAHAL.. 1 set RM18 aku x mo beli.
See dah aku berkira..

Teringat pasar malam kat umah CHAH barang dia murah-murah.

SIMPAN niat tu sampai hari ni.

Lepas keje tadi merayau sorang-sorang kat pasar malam.Berjam-jam membelek, aku rembat 2 set brooch gantung-gantungan dengan harga RM15. Berbaloi bukan????????

---------------------------

Jalan-jalan di pasar malam, tiba-tiba ternampak buah fav aku dan My Dear MR.
Terus SMS dia dengan HATI YANG SAYU.

"Abg kita nampak makcik ni jual BUAH MATA KUCING. GEMOK-GEMOK la buah dia.. Geram.. Kita nak beli tapi takut batuk kalau kita makan sorg. Kalau abg ada kan best kita leh makan rebut-rebut"

"Uihh sedapnya yg.. Nak jugak.. Syg beli la sikit je. Jangan banyak sangat nanti batuk. Beli RM5 je k"

"Makcik saya nak setengah kilo. Bape ringgit ye?"


"4 Ringgit dik"

OK. -Bayar-

Tengok jam baru pukul 10.00 malam.

Berangan, kalau ada tiket bas tadi mesti sekarang ni aku tengah siap-siap kan.. Uwaaa kenapa aku rasa terkilan sangat ni. hmmmm terkilan ke perkataan dia?

Bukan! more to sedih kot.

----------------------------

Tiba-tiba.. (10.37pm)

My Dear MR SMS cakap dia pun dah ada BUAH MATA KUCING.

"Abg ada 3Kg.. heheh jangan jeles"

CEH!!!! Dengki la tu sebab aku ada setengah kilo.
Balik dari anta adik dia kat Alor Gajah tadi terus report kat aku dia g beli buah tu.
Hmmm malam2 pun sanggup cari ke yg???

ESOK kalo demam, padan muka yer!!!

Kesimpulannya itu lah kehebatan BUAH MATA KUCING kepada kami yang sorang di Penang, sorang lagi di Melaka.

KAMI pernah abiskan 2KG buah mata kucing dalam masa tak sampai sejam. (",)
I missed that moment..

Aku jugak pernah demam & batuk kat 2 minggu gara-gara overdosed buah mata kucing. Sebab tu dah tak berani nak makan buah tu kalau sorang-sorang.



A good life is a collection of happy memories.

4 Kata-kata Magik:

faisal berkata...

slm wak..

2KG buah mata kucing dalam masa sejam?huhu...mmg tinggi stamina tu,hehehe..:) siannya dia rindu kat family..smoga mereka semua sihat2 hendaknya ye..

budakmerah berkata...

makan byk tarehal...

KAKTINY berkata...

kata dh sampai KL?.. mananya?.. kaktiny tunggu kat Puduraya takder.. kat KLIA takder.. kat KLCCT takder.. kat KTm pun takder.. rupa2nya org tu ada kat pasar malam.. adohaii.. tang mana nak tunggu kalau lagu tuh?.. hehhehhe

layan buah mata kucing ta hengat tuh..

fLuRrY.bLuRrY.bUbBLy. berkata...

zurie:
akan jumpa weekend ni kot. berjaya memujuk rayu mintak datang sini. yey!!! syok nyer..

faisal:
hi acai.. kami memang sama-sama tinggi stamina kalau bab ngabiskan buah mata kucing. hehehehhe.... time kasih doa kan sume sihat2...

budak merah:
hi!.. mkn byk mmg x de hal.. kalau sakit pun tanggung sendiri la.

kak tiny:
hi kak tiny. kita lupa nak pesan kat kak tiny yg kita tunggu kat pasar malam. nanti len kali kita roger nak tunggu kat ner eh. heheheh mimpi la aku ni.

 

It whirls likely W.H.E.E.L Copyright © 2009 Cookiez is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template