Tadi terbaca blog orang dia teringat kat arwah atuk dia..
Aku pun terus teringat kat arwah nenek aku. Nenek aku lelaki yer.. bukan perempuan macam kebiasaannya. Tak kisah la apa pun jantinanya, tapi itu hanya gelaran untuk dia yang berpangkat datuk kepadaku.
Aku adalah cucu kesayangan nenek. Aku tau aku cucu kesayangangnya pada waktu itu. Kadang-kadang, kasih sayangnya membuatkan Mak Su cemburu.
Nenek selalu bagi aku hadiah..

Nenek akan bagi barang kemas untuk setiap peperiksaan penggal yang aku dapat nombor 1. Kecik-kecik dulu, aku pandai.. setiap penggal aku dapat nombor 1.
Paling takut bila nenek nak bawak aku pegi tindik telinga sebab dia nak hadiahkan subang. Menagis macam x cukup air mata melalak... Huahuahua...
Tapi biasa la budak-budak.. kanak-kanak riang masa tu.. Semua barang kemas yang nenek bagi semua dah hilang.. :D
Nenek suka bagi aku coklat Crispy. Hari-hari pegi ambik Mak Su balik sekolah, mesti dia belikan aku Crispy. Dulu-dulu coklat tu besar, tebal dan lagi crunchy. Sampai sekarang aku suka makan Crispy.
Paling tragis masa pemergian nenek. Nenek pergi masa aku perlukan semangat dia untuk pertandingan bercerita. Masa tu aku baru Darjah 4. Aku layak untuk masuk pertandingan Bercerita Peringkat Negeri Selangor. Aku masih ingat, tajuk cerita aku ialah " Kisah Mashitah"
Kawan-kawan ingat sape Mashitah?
Beliau merupakan Tukang Sikat Firaun yang keluarganya direbus hidup-hidup kerana memeluk Islam.
Nenek meninggal dunia masa aku lagi seminggu nak bertanding. Aku sangat sedih dan terus putus semangat nak masuk pertandingan tu. Gara-gara sedih dah terasa kehilangan, aku buat perangai.
Aku minum minum air sejuk, makan ais krim banyak-banyak.. Semua benda-benda yang boleh menjejaskan suara aku buat.
Akibatnya aku batuk yang sangat teruk.. Atas pentas masa tengah bercerita tu aku batuk teruk sampai nangis.. Judges naik atas stage pujuk aku.
Kali terakhir aku ziarah nenek, nenek bagi aku RM10. Katanya untuk buat belanja masa pertandingan nanti. Tapi Allah S.W.T lebih sayangkan nenek, aku x sempat guna duit tu nenek dah tak ada.
Semoga roh nenek di cucuri rahmat-NYA.
Apis sayang kat nenek...
A good life is a collection of happy memories.

6 Kata-kata Magik:
hmmm takleh relate...aku tak sempat jumpa sorang pon nenek aku...eh actually sempat belah mak...cuma aku confuse apa relation dia ngan aku masa kecik2 dulu..
anyway...kor meraung time bertanding?...gila ah..takper2..it helps u grow..kot? tuh jer kata2 aku takat nih, im not good at this
btw : munek takder kat kl weekend nih..camner?
reza: mesti kecik-kecik dulu ko tak wat kerja kursus 'keluarga saya' yang ada family chart tu kan. :D
erm kalo munek x de, x pe la.. kita jumpa kejap ari ahad ni n pas tu aku kena cabut balik penang terus.
en dugong:
uit.. heheh bole ke?? ok.. nnt sy melawat.
bagi aku org yg berani masuk pertandingan bercerita ni... org yg sangat berkeyakinan...
baguih2...
aku ni haram tak pernah masuk pertandingan bercerita .. keh keh...
al fatihah utk nenek..
salam ziarah
tasik:
time kasih.. Al-Fatihah jugak utk atuk awk.
[...] Teringat Nenek yang Apis pernah tulis [...]
Catat Ulasan