Minggu lepas Hannah demam.
1st time rasa macam mana jaga anak demam.
Hoho.. tak tido straight 2 hari. Rasa 'weng' kepala ni macam dah nak pitam.
Hati saya ni tak la kental mana.. Anak demam pun mak dia nak nangis.
Orang lain tu lagi macam-macam hal. Ni demam je kot.. Tapi tak tahan la, syahdu sesangat jiwa keibuan ni bila tengok Hannah nangis.
Kesimpulannya memang hati cair lah.
Tekad ambik EL 2 hari sebab nak jaga Hannah. Dia meragam nangis-nangis. Tido pun tak lena kejap je dah merengek. Sangat lah kasihan.
Ummi cakap tak pe la, kamu kecik-kecik dulu bila demam Ummi pun asyik cuti jugak jaga kamu.
Errrr terima kasih Ummi. ;)
Saya kuatkan semangat susukan Hannah sekerap mungkin. Alhamdulillah Hannah demam pun dia masih kuat makan. :)
Kuat minum susu and senang makan ubat.
Ni ikut peel mommy kecik-kecik dulu sampai suka curi ubat Ummi.
Hannah, makjun Wan pun mommy curi makan tau.Pernah masuk hospital sebab memandai makan panadol kids satu papan.
Mana tak cuak mak ayah kecik-kecik dah high!
Nak, yang ni jangan ikut mommy oke! Tak mo.. Tak mo..
--------------------------------------------------------
Ni aktiviti Hannah hujung minggu semalam.
.
.
.
.
Tadaaaaa..
Baru baik demam dah tak sedar diri nak nak mandi pool pulak. Lagi tak nak naik ada la. Muka selamba je budak ni berendam.
| Hisap jari maintain walaupun tengah dalam air. |












0 Kata-kata Magik:
Catat Ulasan