My Princess

Lilypie - Personal pictureLilypie Third Birthday tickers

My Prince

Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers

My Sweetpie

Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers

Khamis, 26 November 2009

I got more.. tq.

Syukur Alhamdulillah. I had my life back.


I had said, once you got it, there will be more. Likely true, I've been engaged with two parents for another classes all in one day.


Lucky lucky me and thank you Allah.


New time table for my classes been updated. (KL version)






















































Day



Time



Subject



Venue



Sunday


   

Monday



8:30pm-10:00pm



Math Form 3



Casa Ria Maluri



Tuesday



8:00pm-10:00pm



BM Std 3& 4



Tmn Wwsn, Puchong



Wednesday



8:00pm-10:00pm



BM Std 3& 4



Tmn Wwsn, Puchong



Thursday



8:30pm-10:00pm



Science Form3



Casa Ria Maluri



Friday



8:00pm-10:00pm



BM Std 3



Taman Mulia, Bndr Tun Razak



Saturday


  

 



Was planning to add a few more classes during the weekend session. Anyone interested to hire me? ;)


 For rate & charges, please refer to my Tuition Page


I pray to Dearest GOD, please give me body and mental strength; sufficient 24hrs a day; smart thinker brain and occupying my two hands and legs to handle my the most ambitious an EnGiNeEr tasks and being a TuToR for those kids and at the same time was a GiRl to my parent, a sIsTeR to the brothers and a beloved SwEeTy PiE to my fiancee.


I promise sayang, I will stop all these hanky kinky life once i've been called a W.I.F.E. Very soon..


-A partly free pigeon flying away freely with a golden bell on her neck-


(";)


Wish me luck! Yes i need more luckssss..


Finally wishing Happy Eid Adha to all Muslims and Happy Holidays


p/s: Sorry dear friends, admitting i am a busy lady but nothing to do with my own self sellfishing. Please do not judge me anything it should be if I didn't have much time to hang out together as I have all the responsibilities and it is my PRECIOUS life.


p/s: Available on weekend for family,friends, my LOVE and MYSELF. Perhaps....

Khamis, 19 November 2009

(--)

Apa maknanya benda bulat dua ketul yang tersarung kat jari ni kalau semata-mata nak bagi asam masin dalam nasi aku dan seorang lagi?



Hari ni jom kawin...


.


.


.


Esok perang dunia ke-lapan.


.


.


Hari ni hati kena bomb nuclear.


.


.


.


Esok bunga-bunga Daisy warna-warni.


Saya letih.


Pada kala ini hati sedikit terusik dan mohon di beri kekuatan untuk terus bertahan.


Apa pun situasinya, saya masih sayang kamu.


p/s: Secara directnya nak bagi tau seorang itu, memang saya merajuk. :(

Rabu, 18 November 2009

lagi..

Malam semalam tengah dinner.


"Yg, bila kita nak pegi kursus kahwin?"


Erkkk. ^%^#@$%^!%@&


hoho... abg dah tanya lagi. Bulan ni je tah bape kali dah kena tanya ngan soalan ni..


errrrr does he really really really want to get married? Marry me???


"Lepas raya haji nnt kita pegi k. Promise.."


InsyaAllah.

Selasa, 17 November 2009

"Drama" sampai season 3 ke?


He: emm ngan kwn abg lh


He: kn abg ni byk kwn


She: :-(


He: emm nape..


He: xde kwn eh..


She: ayg x de kwn pn


He: utk kwn sila taip "kawan" dan hantar ke 017-6574210 ( no kena sensored)


He: hehe


She: pas tu kawan tu leh bg kawan ke?


He: emm tu lh kwn anda..


She: ye ke


He: emm ok kwn dh receive.


 



K.A.W.A.N


Saya ada seorang kawan. Nama kawan saya tittot. Kami kawan dah lama.. Dari zaman comot sampai zaman hensem dan cun.. ;)


Tapi lately ni kawan saya merajuk. Merajuk lama pulak tu. Sampai hari ni dia masih lagi merajuk.


Beberapa minggu lepas, kawan saya ajak keluar dinner kat Mid Valley. Hari-hari dia remind saya "jadikah?" Sebab 1 dalam 1000 nak tunggu peluang yg dia pun ada, bila orang-orang lain ada lepas keje.


Isnin: Tak bole la. Aku half day hari ni. Ada urusan.


Selasa: Tak bole jugak. Aku ada kelas malam ni.


Rabu: Pun tak bole. Malam ni pun aku ada kelas.


Khamis: May be boleh. Tapi kesian ko sebab aku abis meeting kul 8pm. Plus jammed nak ke Mid, sempat ke?


Hari Khamis yang sama saya sedang emosi. Bergaduh tiba-tiba dengan Mr Fiancee yang membuatkan hari saya kelam kabut tak tentu arah.


"Kawan, bila anda rasa emosi nanti, anda tentu rasa ia juga adalah drama."


 Aku drama ke? Tak salah untuk beremosi. Jadi sila lah jangan gelakkan orang yang sedang emosi.


Emosi yang membara mengakibatkan saya bertindak begini.


Khamis yang sama: Consider hari ni tak jadi. Sorry..


Khamis yang sama di waktu malam; saya baru nak berbaik dengan Mr Fiancee,


owh... how am i going to say; "darling, i want to have dinner with my best friend tonight."


 Instead of  "Why don't we meet up and have dinner together?"


Aiyakkk...


Jumaat sampai ke hari ini kawan masih "drama" yang ber-episode sangat panjang.


p/s: Weekend ni, are u willing to go for a movie?  $%^! %^!*!( "&^@ * &!%@& ^@$ *!^$&@$.  My treat.. tapi tuk ko je la. hahah..


 

Muhasabah diri saya.


"Nek.. Apis rindu la kat nenek."


 Tiba-tiba rasa rindu.


Mungkin dah lama Apis tak sedekahkan Yassin dan Al-Fatihah kat nenek. Sebab tu Apis teringat nenek hari ni.


Mungkin nenek selalu 'ada' tengok Apis semakin dewasa. A'ah la Nek Apis cucu nenek ni dah besar.


Apis ada buat salah, sebab nenek nak ingatkan Apis jangan buat lagi, sebab tu Apis teringat nenek.


Walaupun nenek ada sampai Apis darjah 4 je, tapi Apis tak pernah lupa nenek.


Apis tau nenek sayang Apis. Apis minta maaf sebab tak selalu sayang nenek bila nenek dah tak de.


Owhhh... syahdu nye saya rasa.


"Nek.. Apis dah sedekahkan Al-Fatihah kat nenek."


Terima kasih sebab selalu nasihat Apis dengan cara macam ni.


♥grandpa.. someone I'll always look up to no matter how tall I grow to be.♥


kisah Teringat Nenek  yang Apis pernah tulis dulu.

Jumaat, 13 November 2009

Gadget baru sape buat?

Tiru sana.. ubah sini.. touch up sket.. make up sket.. modify situ.. dan edit juga..


tadaaaa


a brand new gadget.


R&D we research and we develop.


Sesapa yang dalam bidang ni mesti dah biasa dengan keje-keje macam ni.


Nak implement product yang lain dari yang lain???


Zaman Alexander Graham Bell wat tepon; zaman Thomas Alfa Edison buat lampu dulu bole la..


Aku bukan nak komplen. Sedar diri ni yang tersangat cetek ilmu.


 Tapi memang macam ni la lumrah.


Betul tak?

Rabu, 11 November 2009

aduhhhh.. x bley ni

Apesal baru pukul 4:13pm?


Lately ni semangat rasa macam down. Graph prestasi menjunam macam terjun dari Mount Everest.



shooottt up --------- bedebushhhhh ~~~ toink~toink~~


I need my spirit.

Selasa, 10 November 2009

tak pe ke?

Saya baru lepas makan oren. Tiba-tiba sakit perut. Ada kaitan kah?


------------Oke tak de kaitan-----------


Kurang ajarkah kalau kita naik kereta tapi mak duduk kat belakang? Tapi aku dah cakap, "Ummi duduk la depan". Hurm Ummi tak nak.


Fikir positif, Ummi segan nak duduk depan dengan abg kot.


Kurang ajarkah kalau kita nak keluar mak yang tutupkan pagar? Tapi aku dah cakap,"Ummi masuk la kereta, biar saya yang tutup pagar". Hurm masih Ummi tak nak.


Fikir positif, kalau aku yang kuncikan pagar mesti lambat terkedek-kedek nak pilih kunci mana satu. LAMBAT.


Tapi aku pegangkan semua beg-beg Ummi nak ke pejabat. Kira kurang ajar jugak tak?


Ummi kecik hati tak?


Kita semakin dewasa rupanya.


Dulu kalau naik kereta; ayah jadi driver mak jadi co-pilot. Anak-anak duduk diam-diam ye kat belakang. Kalau makan mak hulur, kalau bising gaduh-gaduh mak toleh belakang suruh senyap. Ayah bg hint mata garang kat anak-anak guna cermin pandang belakang. Kalau kena marah setakat dengar mak bebel kat depan tak nampak muka. Silap-silap tengah bebel anak dah tido.


Tapi kalau dah kritikal, tangan mak mesti merayap ke belakang cari mangsa nak cubit sape yang tak dengar cakap tu. Bole biru ooo kena cubit.


Try marah depan-depan.. Mesti anak jd patung tunduk bawah. hahaha.. Pernah tak merasa macam ni? Saya biasa... kecik-kecik dulu la ;)


 

Sabtu, 7 November 2009

tetiba terasa nak 'itu'

Kisah kursus..


Pakcik makcik sume dah bising.. "ni bila nak pegi kursus kawin ni??? nak kawin ke tak?


Ayah dengan ummi lagi la.. "Bulan depan kena pegi kursus kawin yer.."


Naik panas je telinga ni dengar. hahaha..


Nanti la ummi.. bukannya saya tak nak pegi.. Tapi takut nak buat awal-awal. Lambat lagi kan??? ;) Masih beberapa bulan. Bukannya tinggal seminggu.


Kalau orang tanya bila nak start ni?


Saya jawab: ntah.


Satu: Sebab tak tau nak mula dari mana. (perlukan perunding free nih.. sape sudi?)


Dua: Saya agak saiko nak mula sebab bila baca berita kat surat khabar Metro kisah orang-orang yang nak kawin. Saya x mo sebut apa bendanya, tapi sape2 yang dah biasa Metro mesti tau apa jenis berita yang derang korek.


Ikhlas saya sangat tak suka paper Metro sebab bagi impak -ve kepada mental saya. Sebab tu sangat tak bagi Ummi beli Metro kat umah. Aaaaaa dan juga  majalah Mustika. Yang tu pun sama terpaling tak suka sebab terlalu complex dengan isu-isu pelik.


Nanti saya S.A.I.K.O!!


Berita kecik-kecik pn bole buat mental orang terganggu tau. Tak caye, try la.


Biar la orang cakap saya tak tau kisah rakyat jelata ke apa... Yang penting saya confident untuk maju ke depan tanpa gangguan igauan mental yang berat-berat.  


Errrrr bab 'itu' saya kurang confident.


Tengok la kesan akhbar dan majalah macam tu kepada persiapan kawin saya.


Masa nak bertunang dulu pun sama. Takut nak mulakn persiapan awal. Ayah dah bebel.. lagi seminggu nak majlis baru tergedik2 nak pegi cari kain. Belum lg period tuk nak kena upah tailor. Nasib baik Amoi tailor tu tau saya tengah desperate. Tak tido agaknya dia siapkan bajuku itu.


"Ya Allah sesungguhnya saya sangat takut dan mohon dijauhkan dari semua perkara-perkara yang tidak baik. Lindungi lah kami dari segala keburukan.. Permudahkan lah segala urusun ini.. Amin"


Tiga: Saya hanya akan pergi kursus tu dengan lelaki yang akan jadi suami saya. Sebab nama pun kursus kawen, mesti la sebab kita nak kawen kan.. Jadi, sebab tu saya akan pergi dengan orang yang dah confirm akan jadi my husband. (Suka hati la kalau ada yang nak cakap pemikiran saya kolot ke tak.. tapi tu memang nekad saya.)


Tapi... macam mana kita nak tau confirm ke tidak; selagi tak kawin memang la ko x de suami.. apa daaaaa..


Benar... soal jodoh kita tak tau. Apa pun seboleh-bolehnya saya tetap jugak usaha untuk pergi kursus tu dengan orang yang sepatutnya. Baru la feel kan?? ;)


Hehe akibatnya nanti dah dekat la kot baru saya nak pegi.


-------------------------------------------------


Tadi pergi melancong ke blog2 rakan taulan sambil meng-survey Si Lelaki Kamera, mutu dan kualiti hasil mereka.


Isk3...  Siap ada yg nak kawin bulan 10 tahun depan pun dah booking Si Lelaki Kamera.. Dengan dah bayar deposit lagi tuh.


AKU????? dan KAMI???????? Apa pun tarakkk lagi ni.


Errrrr tengok tu kepala dah pikir mereng lagi.


Huiii bulan 1o tahun depannnn??? lambat sgt2 lagi tuuu.. Macam-macam bole jadi sementara nak tunggu bulan 10 tahun depan. Konfiden nye korang ni... Adeiiii. 


Abis tu bila nya time patut start mem-booking?


-ntah-


-------------------------------------------------


Bukan saya je yang takut, tapi En Fiancee pn sama gak tu.. Saya tauuu. heheheh.


Kalo macam ni la kan yg.., bila nya kita nak start sungguh-sungguh ni? Kiri kanan depan belakang sesak dah orang tanya.


 Anda rimas tak En Fiancee?? Saya pun bertambah rimas jugaaa.


-----------------------------------------------------------------------------


Sekarang ni masing-masing tengah bizi mengharungi stage "dua-dua suka cari pasal" dan "dua-dua suka gaduh benda yang tah hapa-hapa" dan juga  " dua-dua sibuk nak keluarkan perangai pelik-pelik"


Struggle weih nak lawan.. Betul-betul struggle.


Sabar je la yg.. Bila abg mereng, ayg sound.. Time ayg mereng, abg explain OK. :D


Abg nak tawen tak???? Ayg pun nak tawen jugakk.. Jom2.. InsyaAllah.


p/s: At least kita dah mulakan beberapa langkah bersama 'tadi' and a few months ago untuk 'itu' kan... (";)


Kesimpulannya: Tunggu dan lihat je la apa kesudahannya. Kami sama-sama akan caiyokkk!!!

Jumaat, 6 November 2009

Berani ke merapu?

Budak-budak takut ubat?? Rasanya benar.. Tapi tidak bg aku.


Kecik-kecik dulu terkinja-kinja bila Ummi panggil makan ubat. Tak reti takut. Sedap agaknye yeh.. Entah la saya dah lupa. Tapi memang ramai orang cakap saya suka makan ubat.


Mana tak nya, makjun Ummi saya curik and saya makan. Yang pasti ketika itu saya masih kanak-kanak riang yang belum masuk skolah tadika.


Kerja-kerja gila sewaktu makan ubat pun aku pernah cuba buat experiment.


Paling tragis kerja gila bila sampai overdosed yang kena tahan kat ward. Mesti doc ingat ayah ummi tak pandai jaga anak sampai si anak terlebih ambik dadah. Nak bunuh diri ke apa??


Jangan fikir bukan-bukan... Apa cite umur tak sampai 5 tahun dah tau apa maksud suicide a.k.a membunuh diri sendiri??? Tidakkk...  Semuanya silap si anak yang terlebih pandai tapi sebenarnya tak tau apa-apa.. saya la tuh.. K.E.S.I.A.N


Ummi cakap;


"kalau kita sakit kita kena makan ubat."


"Nak cepat sihat kena la makan ubat"


Taktik ibu nak pengaruh anak suruh makan ubat bukan??? Aku tergoda dengan ubat air yang kaler-kaler.


Satu hari di suatu masa dahulu, berbelas-belas tahun yang lalu...


Ada tetamu di rumah masa tu, si anak perasan sendiri terasa badan demam. (Masih tak tahu apa-apa, memandai je kata demam). Tau Ummi simpan ubat atas peti ais. Tempat tinggi kan tu? Sah-sah si anak ni masih ketot and tak sampai pun kalau nak curi ubat sendiri.


Tapi, sebab terlebih bijak.. tadaaa.. kerusi kan ada. Kecik-kecik saya suka memanjat. Pokok rambutan jiran sebelah pun saya panjat.


Akhirnya berjumpa la Cortal antara banyak-banyak ubat yang menarik perhatian sebab dia kaler kuning. Sekarang tak tau la wujud lagi ke tak Cortal.


Again, terlebih bijak.. ubat tu manis terus terlupa yang tadi konon-kononnya demam lantas saya makan semua satu papan ubat Cortal. Terus terlentang atas lantai x tau apa jadi lepas tu.


Ummi ke dapur nak hantar cawan orang yang datang tadi ternampak si anak dah tergelimpang atas lantai.


sedar-sedar saya dekat hospital wayar berselirat kat muka.


Hehehe... nasib baik saya panjang umur. Alhamdulillah.


Kerja gila ke dua; saya cuba makan panadol soluble without solvent. Konon-konon nak try makan macam panadol biasa.


Insident sewaktu ayah buat open house dah semestinya ramai orang dan tak de keje nya nak pegi tengok si anak yang dah sekolah menengah makan ubat sebab selsema. :D


Ambik kauuuu tersekat ubat tu kat tekak. Perasan oesophagus besar agaknya bole telan semua benda.


Menggelegak ubat tu kat tekak saya sebab tak cukup cecair nak larutkan ubat. Dengan magiknya saya berjaya togak 4 X botol 1.5ml air masak sekali gus. Banyak kan?? Nangis weih.. Terlompat-lompat sorang-sorang kat dapur mengenangkan benda yg tengah menggelegak kat tekak.


Elok-elok perlu segelas air tuk larutkan ubat tu sekarang dah ambik sampai bergelen-gelen sebab tekak kita bukan macam gelas bole simpan air n kacau2 bagi larut. hehe.. Bila kita minum, air tu terus turun. Tak de nak parking kejap.


Serious lepas tu saya tak buat dah eksperiment mengarut.


Kanak-kanak jangan tiru macam saya ye. ;)

 

It whirls likely W.H.E.E.L Copyright © 2009 Cookiez is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template