My Princess

Lilypie - Personal pictureLilypie Third Birthday tickers

My Prince

Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers

My Sweetpie

Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers

Khamis, 15 April 2010

we were one.



Alhamdulillah..
Semua selesai dengan jayanya seperti yang dirancang.. Cuaca pun macam sangat mengizinkan majlis kami. Dah selesai semua, lewat petang baru hujan rahmat turun merahmati perkahwinan kami. InsyaAllah.

Tak dinafikan ada la sikit2 yang pusing-pusing. Tapi adat la, anak sulung kenduri; perempuan tunggal pulak tu.

Tapi bravo to my parent sebab organize wedding reception untuk saya yang bole saya nak anggap macam besar-besaran.
Tau kenduri org lain lagi gempak; tapi biarkan itu kenduri mereka. I am saying thisa because, of course i am very proud of my parent. They were doing the very best they can just for their one and only princess.

Saya sendiri tak sangka tetamu yang hadir sangat ramai. Makanan sampai kena refil n di masak 2-3 kali. Siap ada yang kena tunggu ayam siap goreng, nasi tengah masak. Q orang beratur nak amik makanan pn dah macam badan keretapi.




Diri sndiri pn tak merasa lauk pengantin setelah di rembat oleh hero2 kiri kanan. Sekarang baru nak terliur dgn udang n sotong goreng tepung yang ada depan mata masa tu.

Terpandang-pandang lagi suasana masa baru sampai dewan. Tersangat la berdebar bila tiba-tiba petrol car wat bunyi siren yg sangat kuat. Harus la semua orang benti nak tengok apa jd kan..

Eiiii abang-abang polis ni pun pandai jugak nak buat gimmick. Malu gilerr sampai ilang control ayu saya tau. :D :D :D

Kat abang-abang Rela, kalian sangat efficient meng-control lalu lintas dan petak-petak parking. Tahniah..

-Saya sangat gembira-

To my beloved ayah n ummi, kak long sangat-sangat sayang ayah, sangat-sangat sayang ummi. Terima kasih atas nasihat, kesabaran dan pengorbanan yang tak ternilai untuk mendewasakan puteri mu ini.

To my beloved brothers, i am very happy as you always trying to make me happy. Thank you.

Kawan-kawan; terima kasih sebab sudi datang dari jauh, untuk hadiah, nasihat dan doa yang sangat berharga untuk rumahtangga yang baru nak dibina ini.

To my husband, (huhu pelik jap rasa sebut ada husband) help me to be a successful wife dunia dan akhirat..

Success doesn't come to you…you go to it

Rabu, 7 April 2010

Just finished!

Di kala jam 2:19am, its all done!!

Yippi!! Yayyaaa!!
Tengah saya gigih memintal reben
Tengah saya feeling2 melayan perasaan sorang2
.
.
.
.
Tetiba bole la kat tv kuar lagu ni;

"Jika kau fikirkan kau boleh! Kau pasti boleh melakukan"
Jika kau fikirkan ragu-ragu; kau tempuhi kegagalan"
bla..bla..
bla..bla..blaa...
"Bertindak atas kemampuan; Engkau boleh!!"

Cam ampessss!! lagu pun pandai perli yeh!

Tapi yerrr memang saya boleh!
Ini je la yang termampu atas kemampuan saya..

Tadaaaaaaaaaaa!!!



What left; later just alaskan dengan kain satin n put the barang-barang.
Siap la kot..
I am still thinking option untuk barang hantaran ke-7.


Success doesn't come to you…you go to it

Khamis, 1 April 2010

Its One'th

As it reaches to single digit, i started do counting seriously.

How quick the clock is ticking even though there are still 60secs,60mins,24hrs and 7days a week.

I already can feel the excitement of being a bride in less than 10 days.

Checklist:
Fitting baju- sudah
tudung sanding- sudah
lollypop-sudah
goodies bags-sudah
langsir-sudah
cards-sudah

tudung nikah&khatam-belum
baju nikah-belum
hantaran deco-otw

erm... saya yang nak kawin, ayah yang dah kat 3 4 kali demam. Ayah stress ye?
Shian ayahandaku itu. Nasib baik la puteri ada sorang je. Kalau ada lapan, dah kat 32 kali kena demam cam tu.

Tadi baru call tanya cane nak bg duit hantaran. Tetiba tanya benda lain.

"Inai ada tak? Beli la inai yang bunga-bunga tu."
"Inai ada yang Makcik Nita beli kat Mekah ari tu. Errr ayah nak suruh pakai yang bunga2 ke?"
"Dah pegi mandi susu?"
"Weekend ni ayah, Hari jumaat sy pegi facial, Sabtu g mandi manda."

Hamboih2 ayah.. dah macam mak2 pulak soalan.

Ok sesungguhnya saya tak sangka. Sebab saya bajet2 ayah x suka inai begitu. And honestly saya pn ada la sket kurang berkenan.

Tapiiii... yeh sekarang sape pulak yang reti nak melukis inai????
Terus teringat wife lukman kat Penang. Penang la tapi kan....

Success doesn't come to you…you go to it

Jumaat, 26 Mac 2010

1st role and decision making.

Dear,
At this moment, I need your advice and your permission as any decision made, it will only affected after i've been called your wife. InsyaAllah...

With love,
14 days a lovely wife to-be.

Ye la selama ni semua keputusan saya buat sendiri. I just need advice from him, but even kalo Mr Fiance tak bagi pn, i have my own right nak buat anything and everything that i want to.

....Al-kisahnya....

There's an offer for another job at tuition center on Friday night. If i say YES the class will start right after our wedding soon.
And for this, i have to manipulate all my other schedules and make a new arrangements. Akibatnya ialah, setiap malam saya akan ada kelas in another words, saya tak ada kat rumah after work every night.

Ok Ok.. this is crazy. Kalau bagi tau Ummi, sah kena bebel kow2.

Honey deary,
Any words for me?


They need my answer ASAP.
-miserably thinking-

Success doesn't come to you…you go to it

Khamis, 25 Mac 2010

saya bersedia..

Kasutku dah beli.
Semua barang-barang hantaran dah complete.

The purpose of this post is just to say that I am ready.

Saya dah dapat perasaan dia memang ambik berat pasal saya.
Saya juga dah percaya dia risaukan saya.
Saya tau dia juga percayakan saya.
Saya dah semakin yakin dia bole jaga saya.

Saya tau saya jenis yang tak suka mengharapkan orang lain. Tapi bila sampai masanya telah menjadi lumrah alam, we need someone in our life.
Bukan untuk kita bergantung pada dia, tapi untuk penuhkan apa yang kurang dalam menunaikan tanggungjawab masing-masing.

cewah.. dah mcm berat sangat pulak statement aku ni.

What ever..

Saya cuma bole berdoa agar jodoh kami kuat, kekal hingga hujung nyawa.

Success doesn't come to you…you go to it

Rabu, 24 Mac 2010

Nekad buat sendiri. USAHA!

Memang saya ni tengah pening pasal dekorasi hantaran.

Mostly kedai/butik tanya satu dulang RM90. Could you immagine untuk 7 dulang dah kat RM700???? Pas tu hias lawa-lawa, dua tiga hari abis bukak balik semua yg RM700 itu.

Hoho apakah perasaan anda??

Saya tidak la mampu nak membazir sampai macam tu skali.
Sebagai initiative terbaik, saya menyahut cabaran untuk buat sendiri semua dulang-dulang hantaran itu.

Seriously pelik sesangat rasanya sebab memang tak pernah dibuat benda2 gubah bunga.

Sampai Ummi pun call 3 4 kali tanya betul ke nak buat sendiri?? Reti ke buat??

Semalam jugak saya ke Lovely Place Ampang untuk shopping!!!
Tadaaaaa ni la antara salah satu dulang 'hantaran' saya.


Combination of sky blue,black and cream.. Ilham sendiri yang di taram. :D

Roughly kos satu dulang cuma RM33. At least saya tak kan ralat sangat masa nak dibazirkan nanti.
Kita tengok je la credibiliti saya menyiapkan baki yang lagi 6 tu jadi 'hantaran' atau 'hantaram'.
InsyaAllah.. Caiyokkkk noi!

Success doesn't come to you…you go to it

Khamis, 18 Mac 2010

Bahagian mereka pun ada..




[caption id="attachment_921" align="aligncenter" width="300" caption="sape tiru sape ni??"][/caption]

Reza: ni natural ok. Bukan aku susun.. ternyata mereka sangat istimewa.



(sudah... abis dah iklan)


Rentetan daripada kisah kami bershopping malam tadi;


Disebabkan anak-anak kaki empat yang ada kat rumah ni sangat kuat makan,


lantaran itu, sekaligus abg pn membuat keputusan untuk membeli iniiiiiiiiiiiiiiiiiiii>>>>




[caption id="attachment_915" align="aligncenter" width="300" caption="untuk si gumuk-gumuk"][/caption]

aaaaa ambik kau sekali 8kilo terus. Tak tau la berapa lama tahan.


Kalau tak, 1.5kg tahan dua minggu je. Meaning dalam sebulan 2 kali aku kena menziarah Tesco tuk beli lagi dan lagi..


Nampaknya saya bole berehat untuk seketika dan jimatttt duit saya. hahahaha..


FYI, mereka ini tak suka brand lain. i've tried Frishkies and Whiskas both. Membazir masuk angin dan buang.


Ok la tu maknanya Tesco brand pn not bad lah sebab kucing pun pandai menilai. :D


My another W.H.E.E.L

Banyak nye sesawang...

waaaahhhhh rindunya saya sama kamu.


Beban yang  seberat 4000 connections itu sudah nekad diselesaikan. akhirnya......


Esok susun silk screen, create BOM, generate PDF then >>> BOSSS sy nak apply cuti kawen ni.


-SIGH-


~~~~~~~~~~~~to be continued~~~~~~~~~

Shopping tak abis lagi..

Malam ni saya ponteng kelas sebabMr Fiance ajak pegi shopping. Lantas meng'sms' the related parent;
" Salam Pn Aliza, I wish i could postpone the class tonite to thursday nite. Can i?"
"Can, No problem"

Kami pun meneruskan perjalanan untuk berbelanja dengan bijak. Errr bijak ke?? Bole tahan bijak jgk la.


Ni la hasil koleksi kami. Tinggal nak cari kasut weekend ni.
Owh ya... dan lagi satu, 'barang itew' hikhik..

Tadi abg dah ingatkan;
"eh ayg punya tu x beli lg la.."

Uikssss ingat jer.

For her

Pernah dengar tak brand Forest Secret? Saya memang penggemar setia product ni. As for the hantaran, i have chosen all body set from Forest Secret.


For Him

Kami dapat borang contest as saya adalah ahli. Hadiah utama dapat kereta, 2nd tv 42 inch, 3rd laptop, 4th Handphone, 5th camera. Rasa-rasa, saya akan dapat yang mana satu?

Aiming for a car. heheh bole dapat keta free tanpa hutang 7 tahun. Best kan..

OKE... lagi t.i.g.a.m.i.n.g.g.u sahaja.

Success doesn't come to you…you go to it

Rabu, 10 Mac 2010

dari 100 dah tinggal 30.

Hari ini: 10 March 2010
.
.
.
.
.
30 hari lagi: 10 April 2010

Genap lagi sebulan saya akan jadi milik orang lain.

Perasaan: gabra, nervous, kalut ,excited, happy, sedih, takut, risau, suka,
= haruslah berdoa yang terbaik & tawakkal kepada yang Maha Esa. Amin..

Doakan majlis kami selamat dan masjid yang bakal kami bina kekal hingga hunjung nyawa..

Success doesn't come to you…you go to it
 

It whirls likely W.H.E.E.L Copyright © 2009 Cookiez is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template