My Princess

Lilypie - Personal pictureLilypie Third Birthday tickers

My Prince

Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers

My Sweetpie

Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers

Selasa, 8 September 2009

O..Oo..Oooo baalik kampunggg

Cuti Merdeka hari tu aku balik kampung berbuka bersama-sama Tok dan Opah. Damainya rasa masa kat sana. Aku pun memang dah lama tak balik actually. So aku ada sikit perasaan jakun dengan kampung sendiri.



Kampung ku..
Kampung ku..

And YES aku bangga aku ada kampung walaupon tak mewah. Sape kata duk kampung susah?? Erm dari segi entertainment memang betul. Tak kan jumpa shopping complex kat situ. Tapi budak2 situ ada cara derang sndiri tuk dpt hiburan. (aku rasa la dari pemerhatian)


DSC00172


Aku terpikir senangnya duk kampung sebab benda2 remeh bole tanam sendiri, tak payah beli. Pernah skali aku teringin nak masak asam pedas cari daun Kesom. Satu Tesco aku pusing sehelai pn aku x jumpa.



aaaaa amik kau sebut je bape kilo nak. :D
aaaaa amik kau sebut je bape kilo nak. :D

Anda kenal semua2 ni pokok apa??


DSC00151


DSC00160


 DSC00165


DSC00168


 DSC00169


DSC00167


DSC00170



Cili purple
Cili purple

Kredit kat umah nenek yang duduk tepi pintu. Sorry ye Nek snap gamba x mintak izin. Masa ni tengah tunggu ayah pergi beli ubi kayu kat seberang jalan. Murah ok 1kg RM1.50. huhu.... KL??


DSC00173


Ni la hasil pertama aku seumur hidup petik pokok cili. Diakui memang aku tak pernah buat benda ni. Tok ajar nak petik kena petik ngan tangkai skali. Heheh...cucu yang mendengar kata. Tetiba sesat sebijik manggis kecik tak tau apa motif. Kat mana tah Fizal jumpa buah tu cicir. heheh.. :D


DSC00175


Daun-daun ni aku kutip sendiri tau. Sipi-sipi lagi nak jatuh parit semata-mata nak kutip daun ni. Hasilnya dapat la kami makan kerabu daun Selom n asam rebus ikan tongkol. (Ikan tongkol tak la tanam jugak plk kan. Harus la beli kat pasar)


DSC00163


Kalau kita beli kat kedai sebiji berapa abg tu jual?? Tu pun derang kira timbang.. Kalau kelapa tu besar pn kita beli tetap gak dapat banyak mana yang derang dah bajet tuk standard sebijik kelapa. Betul kan???


-aman damai-


Semalam balik dari Kg Durian Daun pn ala2 mcm ni jugak. Nanti saya update apa kisahnya.. ;)

Jumaat, 28 Ogos 2009

Hunting for buffet 1

As per annual Ramadhan activities, people start hunting for Ramadhan buffet. Same goes to me. Masa terluang digunakan utk search kat mana best nak g berbuka. Here are some places i wish to go with affordable prices. (Bulan puasa jangan membazir kan. hehehe)


p/s: click on the photo for more details.


1.t_flyer_restaurant_ramadhan1_ezg_1


2. 15844671_1131de451250601005


3. ASEANA Dynasty Hotel Kuala Lumpur


4. D'lishdLISH_bukapuasa_080825


5. Ramadhan2009


6. 2325


7. Tenji Japanese Buffet Promotionogos_promotion_2


p/s: syg pilih satu bole? hehe tp my choices are antara 1,6 and 7 oke.. Pleaseeeee.


p/s lagi: any other suggestions are most welcomed.

Khamis, 27 Ogos 2009

Apa bendaaaa la ni...

Getting involved in the project need myself to put double effort  to dig everything from the scratch. With 0 i need to put myself at least at  the par. Tapi i tak tau mana nak mula.


Everything looks soooo sooo much interesting but then all jumbled up. Kena praktik skill problem management ni. Uwaaaa... boss masuk la akan ku tembak ngan soalan yg beribu-ribu...


Hurmm... semalam berbuka kat umah. I buat mango blended ngan susu. sedappp.. kami mkn bertiga dlm hujan lebat. Lepas tu Saufi g tuition kitorg pegi Jusco Maluri; aku desperate suar keje.


Berjaya merembat sepasang akhirnya. Suar lama ku dulu 3 thn lalu Scarlet Plus size 22. hikhik skrg no more Scarlet Plus. Size 16 masih agak loose.. and disebabkn 15 tak de, aku dgn agak jakun dgn diri sendiri can fit with XXL. Size baju is very subjective. Tapi aku tetap jgk nak impressed dgn suar baru ini. hikhik...


Statement ni perlu pengabaian drpd org2 kecik. So just ignore them. Yang species aku je paham . hehe..


Kejap je kan?? esok dah jumaat. Yey balik rumah!!! Tapi naik komuter je kot. Sebab blm berani gamble gerak Isnin pagi tuk ke office since belum mahir jalan. Sesat larat nnt sesia je lambat x pasal2.


Reza weekend ni tak bole nak berslut ngan ko. Daddy can smell you. hahahaha.. next time sure bole. And let me know bila u keje mlm yg masuk kul 9 ok..


Hari ni??? kita tak tau.

Rabu, 26 Ogos 2009

Baju kerja tak de la.... :(

Hari ni keluar rumah 8.50am. :D Finally aku dah jumpa timing paling tepat utk ke office. hehehe...


Dah start involved dalam project. Tapi quite blurr lg dgn schematic sampai 30pages. Tengok layout pun gerun. Ye la dah setahun lebih tunggal ni baru nak mula balik. Tp i still sangat excited nak explore. I'll try my BEST!


Semalam darling temankan g intrvw kat center tu. Alhamdulillah everything goes fine. Agak saiko sbb center tu besar n ramai student. Im not too sure am i ready for it yet. After semua dah settle we go to makan sup kat bndr tasik permaisuri. Then baru balik rumah.


Plan hari ni nak buka kat mana ye?? Terasa macam nak g beli suar keje. Yang ada sume dah loose. Tu pun siap dah pnh g anta otter kecikkan.  Ermmm sini Monday and Thursday i kena pakai proper formal. Sebab ada meeting dgn board members.


Hari ke-3 aku dah buat perangai pakai jeans je g keje. :) rimas la pakai lawa2 n formal2 ni. Lagipun i was located upstairs in the lab all the time. So tak de la jumpa rakan2 management yg berformal di bawah. Nak g solat nnt je la aku kena jln mcm jet. Konon2 invisible. heheheh..


2 3 hari ni je la aku baru dpt tengok darling ngan office wear dia. Gantenggg juga yeh. ;)


Planning a journey for today....

Selasa, 25 Ogos 2009

Salam Ramadhan...

Kenapa lapar sangat ye hari ni.. Tapi memang tak bangun sahur pun pagi tadi. Sejak kat sini aku rasa damai sangat.


Mungkin dekat ngan orang-orang tersayang. Mungkin juga sebab aku excited nak buat keje yang aku suka. I can't imagine semua benda aku kena handle sorang. Teruja tengok peralatan yang aku tak pernah blaja nak guna tapi sekarang kena blaja guna. Especially oscilloscope besar yang aku tak pernah sentuh lagi.


Hari ke-2 aku datang keje again masih yang terawal sampai pintu pn kunci lagi. 1st day semangat gerak 8.15 bajet takut jam. Tak sampai 10 min aku dah terpacak depan office. Mulakan hari dgn baca Yaasin dalam kereta untuk membuang masa. Hari ni aku kuar kul 8.30 lebih sket. Adeiii sempat lagi tuk aku abiskan skali khatam Surah Yaasin tu nak tunggu ofis bukak. Esok... pukul berapa plk aku patut kuar????


Berbuka bersama:


Semalam kami berbuka tiga orang. Pengalaman pertama tuk aku dapat pergi pasar Ramadhan lepas keje bersama2 darling. Bestnya.. Dah letih long distance relationship.


Hari ni aku ada intervw kat tuition center Taman Midah Cheras. InsyaAllah murah rezeki. Aminnn... Since dekat aku ada teman sejati jadi peneman. Thank you sayang..  Nanti berbuka puasa bersama-sama lagi dan lagi. Waaaahh aku tersangat bahagia. Semua orang-orang tersayang ada sekeliling.


Alhamdulillah. TQ Allah..

Jumaat, 15 Mei 2009

Jumaat dah.. :S

Kejap je kan masa berlalu. Rasa mcm baru je abg datang hari tu. Story pn aku baru je update smlm.


Kalau nak ikutkan minggu lps hari ni aku tgh excited tunggu dia sampai.


My Lovely Friday..


Hari ni aku dapat surprise present. Aku nampak sorang uncle ni tgh tolak trolley kat luar bawak barang tetiba panggil aku dr luar. Aku igtkan dia suruh aku bukakkan pintu. Aku ckp la pakcik pintu ni x bole bukak. Kena ikut pintu dpn.


Dia pun g la masuk ikut dpn last2 bawak trolley tu ke tmpt aku. Tiba2 suruh aku sign form. Cuak aku bila tengok benda tu resit kata nama aku purchased barang harga RM700. Aku dgn blurnya ckp sy x de order apa2. Bole aku siap fikir aku ada salah klik mana2 ke sampai terorder barang..


Innocent betul.. Mcm bodo pn ada sbb aku x mo sign. Hehe last2 boss datang ckp that lcd is for u. Heheh dia yang belikan rupanya.


Yey Dapat LCD 22". Best ni layan movie kalo bwk balik umah. :D


Certain2 org je yg dapat LCD ni. I know him. Dia style yg suka bg reward kat staff. And this time is my turn. :D


DSC00034


 


TQ.. TQ..

Khamis, 14 Mei 2009

Bestnya..

Its been a few days ago.


Memang kerja gila. Orang gila pun tak pernah buat mcm aku kot.  But at least i did something.


He came last week. But no movie for this time.


We went for picnic at Bukit Hijau. Syok gila tak de orang. Bak kata Kak Ina;  'ini tempat aku yang punya'. Eh ni bukan dialog Jin kat dalam cite Ahmad Albab tu ke? hehhehe..


Cari port gila baik and ada pulak org tinggalkn tikar kat situ. Apa lagi kemudahan dah ada rugi kalau tak manfaatkan. Sampai2 terus makan mihun goreng yang K ina masak. Lazattt. Aku surrender kalau bab masak benda yg goreng2 macam ni. Tah apa2 yang jadi nnt.


DSC00094


Darling kena hidupkan api sebab aku kepingin nak makan BBQ. Degil api tu x nak menyala.. K ina sampai dah 3 4 kali turun naik celup kaki tak idup2 jgk. Tapi ahirnya success. Aku tolong tengok n tiup2 je.


Ok la tu aku dah tolong marinade ayam. Tapi tertawar sket. :D


Tadaaaaaa.....


DSC00097


DSC00096


DSC00093


-----------------------------------------------------------------------------------------------


On the next day ( Sunday)


Darling ikut aku pergi class kat Sg Puyu. Tahan dia lepak kat kedai mamak tunggu aku abis class 2 jam. In return i treated him lunch at Seoul's Garden. Lagi pun Birthday in advance kan yg.. Syok tengok darling makan daging. 


DSC00030


After lunch I ask him, "Abg cane kalo takde tiket nak balik?"  Dia mmg saja lmbt2kan nak g cari tiket.


Aku dah mula panjang akal. ;) Isnin cuti replacement sebab Wesak Day. Apa laaa aku nak buat hari isnin nanti bila darling dah balik.


Hehe aku pun gatal mulut. "Let say if takde tiket,kita g KL malam ni nak??? Tp lps abis class la." (FYI aku ada class kul 8.30-10.00mlm)


I said IF TAKDE TIKET. wah..wah.. darling trus ckp "tak yah la kita g cari tiket. Kita g KL yer.. Abg sponsor" :D aku ON jerrrr..


So tak jadi la mencuba2 nak pegi beli tiket. Trus g shopping kat QB. Mak aihhh shopping sakan bday boy. Complete sepersalinan dia beli. Kasut, baju, perfume, n we bought 2 pairs of jeans for us. Nanti la kita pakai sama2 ye abg..


Malam tu tengah kelas darling duduk pulak kat gerai burger yang ada dkt2 situ. Kesian jgk aku rasa biarkn dia mcm tu. Tp nak buat cane.. tetiba teringat Ct, husband n kid. Hehehe... kalo Faiz leh jaga Zara 3 jam masa Ct tgh wat class takkan la darling x leh nak jaga diri sndiri kan. :D


Kul 11.30pm kitorang gerak g KL. Aku seperti biasa co-pilot yang tak berapa nak setia. :D apa lagi. tido la.. dah kul bape pun time tu. Ciput je aku drive dari Gopeng ke RNR Tapah. Tu pun darling tak tido jgk. Risau kot...


Sampai KL dah pagi then darling trus pegi keje. Aku tido kejap kat umah Tini kat Putrajaya. Thanks sis for the keropok lekor 1 plastik n u sgt2 concerned kat akak kan.. Darling cakap tu tanda dia sayang kat kakak ipar dia. kehkehkeh..


Walaupun keje gila,  aku sempat jugak jumpa sahabat lama. Dengan jujurnya aku ckp kat darling g lunch ngan Reza. huahuahua... dia ok je..


Thanks Reza sbb blanja aku lunch kat Secret Recepi. BTW ko dah comel balik. Masa montel dulu x berapa nak hensem. Heheheh...


I reached Penang at 7.30pm then rushed to class at 8.00pm. Macam nak lunyai dah badan ni rasanya.


Yang penting aku happy sangat weekend hari tu.


-tata-

my 3rd trial journey along the rail. :D

Its been a few weeks ago..


DSC00084


Teka kat mana ni???


DSC00080


DSC00089


Azima I igt dulu u pernah cakap kalau naik ketapi amik yang ada katil. Haaaa ni la 1st time try yang bole landing.


Agak rasa pelik je sikit sebab harga jauh lebih murah dari 1st class.


Katil class: RM38


1st class: RM55.  Apesal eh? sbb ada kek sepotong ngan dringking water????


i've tried 1st class but still cant sleep.Terang sangat kot ans seat dia x berapa nak best. Konsortium punya seat lagi empuk rasanya.


But this time,just nice.. x sejuk sangat and not too bright sbb ada curtain. Aman sket rasa..


:D

Khamis, 23 April 2009

Baik cikgu, saya update..

Mimpi mainan tidur kan???


Malam semalam aku mimpi baik punya retro. Rasa macam masuk pintu doremon, i was in a year 1994's.


Aku pun tak tau apa kaitan dengan apa yang aku dah buat the whole day and the right before i fall asleep last night sampai aku leh masuk zaman ni.


Lama seyyy mimpi tu. Siap sambung2. Funny. :D


Reza aku mimpi kisah fav ko. Tp unfortunately aku rasa ko x de dlm mimpi aku. hahah..


Masa tu aku baru nak masuk asrama. Damnn it. Kisah kat dalam Aspuri bole??? Tapi figure yang aku nampak exactly macam masa aku skolah dulu. Kat ground floor Bilik Study, kat tepi tangga, belah kanan building ada padang. Pavilion pn ada weih. Tapi pelik sebab kita assembly kat situ.


Aku baru masuk masa tu. pastu kalut2 tak reti nak sesuaikn diri. wat keje pn mcm ala2 lmbt. Loceng bunyi kul 7a.m. Aku tak reti nak kemas locker. Dorm pun asyik2 lupa je bilik mana satu. isk.. apa tah motif leh mimpi cam ni.


Err.. tak reti la cane nak cite.


Apa yg aku ingat aku lambat pas tu t'paksa ponteng assembly, nyorok dalam locker. Bdk2 lain pn ada gak yg lari2 nyorok. Yang baru bangun selubung ngan selimut pun ada. Aku lambat sebab tak jumpa stokin pas tu tak tau nak pakai baju apa.


Masa derang tengah assembly tu aku turun bwh g iron baju. tah cane aku leh masuk bilik warden kat bwh tu n tumpang iron kat situ. Hahah ala2 bodo gak mimpi ni.


Pas tu aku sambung nyorok dalam locker. Tapi kantoi jugak.. Aku nangis2 la sbb baru kan.. Tp akak prefect tu kesian dia pn bagi aku pinjam stokin. Dia pn tak jd la nak demerit aku.


herm... tak ingat dah apa jadi pas tu.


Tapi mmg la sangat tak de kaitan dengan tetiba masuk zaman skolah. Sblm tido smlm baca buku cite The Perfect Match n sms darling. Pas tu meneruskan pelayaran.


The Perfect Match tu kisah prosecutor ni anak dia sndiri kena rape and since tu budak ni tak bercakap. Trauma... Anak dia lelaki budak baru 8 tahun.


aaa again.. tak de kaitan kan????


-tata-

Sabtu, 4 April 2009

TAG: No.6 and No.6 Photo

aiyaakkkk... baru noticed kena tagged lagi..


Sorry ya  Mam CT noi tak perasan.



***Rules***

1. Go to your Picture Folder on your computer or wherever you store your pictures.

2. Go to the 6th Folder and then pick the 6th Picture.

3. Post it on your bloggy and tell the story that goes with the picture.

4. Tag 5 other glorious peoples to do the same thing and leave a comment on their bloggy tellin’ them ’bout it.

picture-008


Nama dia Norhayati binti Ruslan. Kawan baik saya masa blaja kat Uniten dulu. Kitorang roomate since 1st year 1st semester.


Dia budak accounting yang mmg sangat kontra dgn aku budak engine. Tapi kitorang ada 1 persamaan iaitu kitorang layan oldies.


Suka pasang lagu oldies kuat-kuar masa tengah study. Masyuk beb... Feeling jer rasa masa tu wlupun masing2 tgh struggle lain-lain konsep.


Kitorang ada lagu tema nama dia "Lagu Cepoink" Reason sebab lagu ni jadi "Cepoink",  masa tu tengah short semeseter. Kitorang layan satu mp3 oldies ni gila-gila n sem tu dua2 score 3.++. -wiwi-


Pastu kan bila kawan room sebelah tanya nape nama lagu tu "Cepoink" kitorg x leh nak ckp sbb bilik sebelah derang x score exm padahal derang pn kaki study jugak.


Gambar tu masa dia datang jalan-jalan kat Penang.


okeh abis dah memori silam..


1. Reza


2. K ina


3. Zurie


4. Inaz


5. Munek


6. Saloma..


Anda-anda semua sila buat tag saya yer...

 

It whirls likely W.H.E.E.L Copyright © 2009 Cookiez is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template