My Princess

Lilypie - Personal pictureLilypie Third Birthday tickers

My Prince

Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers

My Sweetpie

Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers

Selasa, 6 Disember 2011

Just an update.

Holla!
Rasanya dah lama sangat tak meng-update. Tak tau apesal bila dah lama tak bukak, dia report as spam terus divert error.
End up my husband advice me to browse it through Firefox browser and it works. Sebab apa macam tu eh?
 
Latest info updates are;
* I am in 18weeks of my 2nd pregnancy. So far everything goes very well. Yang bestnya this time tak ada morning sickness; unless kalau time saya kelaparan memang cepat rasa nak muntah and loya.
So, in positive side makan je la kan.
* As for until now i haven't gain any weight yet. still the same as before i get pregnant again. ( Of course i already gain a lot after my 1st delivery about 9 months ago ) Yang itu memang payahnya nak turun. In fact, tak sempat i nak diet dah langsung tak boleh diet sampai la May 2012 next year. Hopefully lepas ni i sempat la nak berdiet. (kot.....)
* During my week 16th masa pergi checkup surprisingly my HB (hemoglobin) level is 12gm/dl. Masa Hannah dulu i only reached 12gm/dl sebulan lepas bersalin. Seronok!
*So far "belum lagi" ada High Blood Pressure or Diabetes. I hope they won't ada until the end, eventhough i am an over weight pregnant mother. Alhamdulillah.
Yes I am over weight but then syukur i am still remain healthy in term of blood pressure and sugar also during my 1st pregnancy last time. Lucky me and kuasa Allah SWT maha berkuasa.
*Another interesting part was, i could see my little one was very active swimming inside my womb. Yes i can see it very clearly sambil dalam hati cakap ` wahhh, seronoknya dia. Kakak Hannah dulu malu-malu '
*Now i started feeling heavier and tired.

Okeh enough with my pregnancy stories.

My Little Hannah Qaisara now is 9 months old. Dah besar anak mommy sorang ni. But sadly she was celebrating her 9MO birthday in fever and diarrhea. Tapi mommy cuti one whole week taking care  Hannah 24-7 are the most precious moments.

Hannah milestones at 9M 1W:
* She is 9kgs
* She can crawls
* She can standing up, dancing her butt and sit down without assistant.
* She can walk but with support by holding from anything in her surrounding.
* She can claps, holding things and just noticed my lovely daughter is left handed. Neither me nor my hubby was left hand but my husb siblings got left handed gene. (Some says orang kidal ni pandai, and of course i pray my Hannah is smart kid too)
* She can ma-ma-ma, pa-pa-pa
* She has 8 baby tooth.
* Finally she choose Similac Advance Formula and now consuming one big can of FM (1kg) for 1 week only.
Can tahan for only 1 week OK! In not so good side, hurmmm mommy and daddy must cut cost to afford your fav milk. But in good side, it is ok baby, as long as you are happy and healthy and full, mommy and daddy will get it for you darl!
* Still direct breast feeding when mommy is around especially during sleepy mode.
* Lately she refuses to eat much. Makes mommy worries and was started to think new recipe to feed you dear..

As for my dear beloved husband,
*He always be my hero, my the most handsome and gorgeous boyfriend ever.
*He is working hard for the family which i really appreciate it sayang.
*Kadang-kadang dia stress kerja, letih travel dengan heavy work load. Pity him.
Tapi he has his own way to release, dapat masuk hutan memikat ayam hutan, memancing, rehat tengok hijau pokok, main lumpur celup sungai and dapat hasil adalah sangat-sangat cukup untuk merehatkan badan dan mindanya.
*Saya tak halang and OK with his hobby as long as he is safe and happy.
Last weekend my husb dua beradik buat aktiviti kehutanan, dapat hasil yang sedap di masak lemak cili api `kow'. Selesaiiiiii dengan nasi panas....

It almost end of year as usual banyak CUTI which is adalah BEST.
So our weekends are already scheduled until January 2012.

Till we meet again. Bye-bye..

Success doesn't come to you…you go to it

Khamis, 29 September 2011

susu mommy ke susu formula?

Susu macam dah tak berapa nak meriah.
Kata cik kelly; sebab perubahan hormon.
Although pumping output will decrease due to the hormonal changes of pregnancy. 
Apapun, saya masih berusaha mengumpul hasil di tempat keje; macam biasa... sekemampuan saya.

Minggu lepas Cik Hannah demam, selsema and sore throat. Seingat saya kali ni la demam selsema yang paling lama and yang paling Hannah ngada2. Kat sekolah dia tak nak tido, meragam, susu EBM  yang mommy bekalkan langsung tak luak. Sedihnya saya.. 

Mommy pun ponteng keje sehari nak monitor keadaan cik Hannah. Dah kata mak jaga harus la hati gumbira menyengih sampai ke petang. Elok je dia makan 2-3 kali, direct feeding mmg asyik nak melekat , tido pun boleh 2-3 jam siap sambung-sambung. Tak ada banyak ragamnya.

Agak susut badan cik Hannah sebab demam and refused to take EBM. Tengah hari lunch break mommy lari pergi sekolah susukan Hannah walaupun sekejap. Mommy pulun susukan Hannah dari balik keje sampai ke pagi. Since Hannah pun menganga sahaja. 

Isnin hari tu dengan rasa sedih kitorg pegi cari fm untuk Hannah. Maklum la mana pernah beli susu, rambang mata macam nak cari baju raya. End up pilih Similac Advance Formula 0-12M tin kecik. Ada jugak la dia nak minum then masuk hari ke dua, mommy di motivated oleh kawan utk paksa Hannah jangan nak pilih susu. 
Alhamduillah, Selasa petang Hannah habiskan sebotol EBM mommy.
Then the next day sampai hari ni EBM supply dah kembali normal dan katakan 
'TAK NAK SUSU FORMULA!!'. 

Observation terpantas dan ketara ialah dua hari Hannah minum FM kat sekolah, macam nak menangis berkerut muka dia nak membuang. Kesian sungguh.. Terbukti FM yang saya beli tu tak sesuai untuk Hannah.

'Dun worry sayang, Mommy pun tak teringin nak pergi survey susu lain pulak untuk kamu nak.'  

Seeee.. minum susu mommy x de pun nangis-nangis nak berak kan. ;) ;) tu laaa.. sape suruh ngada-ngada...

Susu ibu adalah yang terbaik as long as si ibu jaga pemakanan and suplement intake yang cukup. 

'Sekehamilan' saya kali ni, saya tetap akan berusaha susukan Hannah sampai adik lahir. InsyaAllah hanya dengan keizinan NYA. 

Success doesn't come to you…you go to it!

p/s: Dear readers, jangan salah faham dengan apa yang saya tulis. Semua ni just sebagai pembakar semangat saya. Breastfeeding, pregnancy and being a working mother and wife bukan senang. 

Jumaat, 12 Ogos 2011

Just the three of us..

Dalam sedar tak sedar, saya dah berjaya susukan Hannah Qaisara hampir 6 bulan.
Bak kata orang, alah bisa tegal biasa.
Terbayang lagi macam mana kalutnya saya masa mula-mula nak hantar Hannah ke pengasuh.
Hari-hari tak cukup tidur, Hannah bangun malam nangis-nangis, siapkan bekal susu dia, simpan beku susu yang dah pam kat ofis, uruskan kerja rumah, kerja office lagi.
Kadang-kadang memang terasa diri ini macam SuperMak.

Berkat kesabaran yang kental, semuanya dah jadi perkara biasa untuk saya. Setiap hari saya rasa rindu nak susukan Hannah. Perasaan yang tak tau macam mana nak di describekan. (hahah bahasa ku hancuss)

Hannah ni suka buat surprise on her birth date of the month.
2nd March she was born.
2nd June she can 'meniarap' by herself. - 3 months old.
2nd Aug she got her 1st teeth without any symptom.  -5 months old.

Mommy is surprisingly waiting for a miracle on the day of your 6 months old very soon dear. 

Oleh sebab Hannah adalah sangat manja sekarang, all the time dia kena nampak mommy around.
Daddy yang sangat creative pun masukkan hannah dalm stroller n letak kat dapur teman mommy masak.
Wahhh senang keje Mr Daddy.

Cerita dongeng 'puppet lion' from Mr Daddy.

Hannah: Saya gigit telinga awak.. Aummmm!
Lion: Owhh awak gigit telinga saya?? Habis saya dah tak ada telinga.
         Saya nak gigit hidung awak pula.
Lion: Makcik Nurul, anak makcik gigit telinga saya.

Mommy geleng kepala dengar cerita daddy while little Hannah ketawa suka hati. 
Funny sangat ye sayang?

Success doesn't come to you…you go to it

Khamis, 4 Ogos 2011

Cerita Ramadhan.

Salam Ramadhan semua!
Hari ni dah 4 Ramadhan. Sekejap je dah nak habis seminggu puasa.
Puasa saya tahun ni, kami dah bertiga.
Kalau tahun lepas saya lesu sebab mengandungkan Hannah, tapi tahun ni, kelesuan saya berbaloi sebab ada Hannah.

1 Ramadhan yang lepas abg accident langgar motor. Dia mengantuk driving OTW nak pergi kerja kat area Klang.
Berderau jantung ni bila dengar berita tu. Nak di jadikan cerita, handphone abg ada dgn saya. Tak tahu dia letakkan handphone tu dalam handbag.
Maknanya benda mmg dah nak jadi. Tuhan dah rancang macam tu, kita kena redha.
Alhamdulillah dua-dua selamat. Tapi kondisi kereta dan motor sangat menyedihkan.

Malam tadi dah selamat kereta ditow bawak workshop. Report semua dah settle untuk claim insurance.

Saya pula MC 2 hari sebab demam selsema. Pagi tadi bangun nak siap-siap pergi keje, boss SMS cakap kalau nak rehat dulu tak pe. So far keje yang urgent dah follow up. Then saya cakap terus terang takut pula nanti dia suruh sy resign terus. Nayaaaa.
Dia suruh sy rehat lagi pun kat ofis tengah tak ada keje sangat, dari duduk-duduk2 kat ofis baik rehat kat rumah boleh baring dan tido.
Baik pula saya rasa boss saya ni. -wink!-



 Comel kan antara corak collection Drypers Special Edition yang sempat saya beli.

Success doesn't come to you…you go to it

Isnin, 18 Julai 2011

its my birthday and its my fault!

I just reached another number of age yesterday.
Yadaaa.. Happy Birthday to me!

Seharusnya saya rasa sangat sangat bersyukur dengan apa yg telah DIA anugerahkan. InsyaAllah, kesihatan yang baik. Rezekinya yang tak pernah putus, suami dan hannah yang sangat lovely. 
Walaupun agak kurang best sebab Mr Daddy kena pergi training both Sat and Sun, tapi dia tak lupa it was my birthday. I love u too sayang.

Oleh sebab Mr Daddy keje, ummi, mommy dan Hannah anak beranak merayapkan diri ke IOI. Stroller and baby carrier tu ada kat dalam keta Mr Daddy, jadi Hannah terpaksa la kami tukar2 manual carry. Fuhh semangat.. sampai ke pinggang juga la terasa sengalnya.
Tapi Hannah sangat behave. GOOD GIRL darl! 
Me, my mommy and my little girl were celebrated my birthday at Kenny Rogers. Having 2 set meals free 1 set by Jusco Birthday Voucher. Seeee... even Mr Daddy tak join pun dapat juga. Kamu always in my heart my dear husb.
Tak sampai 5 min kami tiga beranak sampai rumah, Mr Daddy pun sampai juga. What a coincidence.. Kalau tak ada la yang kena tunggu luar sebab tak bawa kunci. 

Sebelum berjoli ke IOI, tengok pintu kereta kemek side co-pilot seater. Mood terus terbang melayang bila kemek yang disertakan pakej berlubang sebesar batang pensil. Ummi pesan, maafkan orang itu dan redha kan saja. InsyaAllah ada hikmahnya. 
Saya memang rasa sakit mata bila nampak; tapi kalau si polan yang bertanggungjawab tu tinggalkan surat cinta say sorry pun saya dah sejuk. 
-bersabar lah ye-


Hannah jatuh dari katil semalam, mommy terasa macam nak jatuh jantung terkejut. Masa tu Hannah tengah tido and mommy nak iron baju Daddy di bilik sebelah. 
Sampai sekarang rasanya kalau lah boleh diputarkn balik masa 2-3 min sebelum kejadian. 
Hannah sayang, mommy say very very very sorry. Hannah kuat ok. 

Tuhan saja yang tahu macam mana perasaan saya. Banyak-banyak berdoa Hannah tak apa2 luaran dan dalaman. 
Tak terbayang baby seusia 4bulan jatuk tergolek dari katil yang berlantaikan tiles tidak beralas. Keras kan???

Kalau kita jatuh, tahu bangun sendiri. 
Hannah jatuh, menangis dalam keadaan tertiarap.
 Kalau lah saya dapat sambut. Rasa bersalah tak habis lagi ni.. 
Apa harus saya lakukan?

Ok Noi!! stay strong... Enough with your KALAU lah itu and KALAU lah ini..



I am feeling guilty to my little girl. Sayang, stay sihat dan kuat OK. Tuhan... please help me. Amin...

Success doesn't come to you…you go to it

Khamis, 7 Julai 2011

Bunyi macam bibik, tapi itu responsibility.

Holla!

Di kala jam 4am, sedang berbahagia the king and little princess beradu; the queen in doing house chores.
Ni dah macam dayang pulak. hehe..
Begini la rutin harian sejak Hannah kecil ni lahir. 
Semua kerja macam dah set no by no yang mana satu kena buat dulu. Masa 1st week start hantar Hannah to pengasuh, memang everyday saya tidur paling awal 1pagi.

Now tidak lagi.. Practice makes perfect kan..

Since Hannah adalah alarm saya yang paling berkesan, possiblity untuk bangun sambung kerja tengah malam adalah senang. But kena make sure set dalam kepala apa kerja yang belum settle sebelum tido.

Tadi saya baru selesai replace susu Hannah yang telah defrost dalam botol susu. As usual, 5 bottles per day. Since Hannah dah 4 months, she will consumes around 25oz for day time. Malam i tau macam mana nak calculate sebab direct feeding.
Juga sudah selesai replace susu baru untuk dibekukan.
Hehe juga baru habis menunaikan solat Isyak jam 4 pagi. Itu pun baru nak pakai telekung Hannah dah merengek. Sempat dulu susukan Hannah baru sambung solat. Orang lain qiamullail beribadah kan. 
Iron baju je belum lagi. Nanti lah sekejap lagi saya buat.

Sebelum tido tadi saya dah siapkan beg sekolah Hannah dan bersihkan botol susu untuk di refil tengah malam nanti. 
And jangan lupa defrost susu beku awal-awal, nanti x boleh nak isi dalam botol.

Balik kerja, selepas ambil Hannah terus simpan susu baru stok di office tadi masuk fridge. Later baru pindah bekas then naik masuk frozen.  
Semalam abg baik hati tapau makan malam, so saya tak perlu masak. hehe. 

Mr King sakit perut pula malam tadi, after makan ubat dan minum susu panas he falls asleep. Sungguh lena.

Hari ni sudah tidak salah hari lagi.. Yey kawan-kawan esok adalah hari Jumaat.

p/s: Dear husb, nak kurma lagi ye.. Thank you.

Success doesn't come to you…you go to it

Ahad, 26 Jun 2011

Boleh kan.

Gara-gara tertingal milk container hari tu, ini lah hasilnya.


Dengan rasa bersalah, botol mineral kecik ni jadi mangsa.  Lagi best bila nak balik petang packing barang baru sedar yang ice pack terbiar dalam beg. Haihh la kalut!


Success doesn't come to you…you go to it

Jumaat, 17 Jun 2011

Happy Father's Day


Selamat Hari Ayah..  (macam ni la lebih kurang ada satu iklan yang pernah keluar kat radio hari tu.)
Pelik kan bunyi 'Hari Ayah.'
Well, ayah,bapa,papa,daddy,appa,abah... meaning dia sama je.

Saya ada dua ayah.
Memang mereka sangat tak sama, tapi saya sayang kedua-duanya.

Sila abaikan mascot yang over kat belakang tu. Motif gamba apa la ni dik oii.. :)

Ayah Kamil yang masih gagah on my wedding day a year ago.
To both my ayahs,
Anakanda doakan ayah-ayah ku sentiasa diberkati Allah, murah rezeki, panjang umur dan semakin sihat hendaknya. Amin..Terima kasih di atas segala pengorbanan kalian. 
Happy Father's Day!

Newly father
To daddy of Hannah Qaisara;
Happy Father's day sayang. Saya doakan abg terus sihat, murah rezeki dan dipanjangkan umur untuk membesarkan dan mendidik Hannah berjaya dunia dan akhirat. (n also to the next n next if Allah izinkan.. :D)
Amin...
Success doesn't come to you…you go to it

Selasa, 14 Jun 2011

Gold and diamonds for her.


Semua ni rezeki Hannah. 
Alhamdulillah Allah beri saya kesempatan untuk susukan Hannah sampai sekarang. Kalau bahasa lainnya; my little girl has been fully breastfeed for 3M2W.

Hannah is still young, still very longgggg journey to go..

  • Sememangnya semangat kena kuat. 
  • Mental kena tabah.
  • Jiwa kena rajin. 
  • BIG 'M' langsung tak boleh ada kalau nak teruskan misi.
  • Badan mesti sihat, diet kemudian kira.. 
  • Supplements dan susu jangan skip lubang-lubang. As for now i am consuming Set B( breastfeeding set) from Shaklee and susu sukahati janji minum susu everyday.

Ingat lagi masa usia Hannah baru nak masuk 2 hari, susu memang tak ada. Anak melalak, mak menangis berdoa.
1 hari saya akan habiskan 3L susu HL. Dah jadi macam minum air masak dibuatnya.. Tapi alhamdulillah berhasil akhirnya..

  • Buah kurma juga tak dilupakan. 
Thank you abg sebab teringat jugak nak belikan untuk saya masa pergi sembahyang Jumaat kat masjid minggu lepas. I appreciate it very much.
Bagus masjid tu ada jual kurma. Kat mana nak cari kurma yang elok tiba-tiba kalau bukan dah nak dekat puasa nanti.

  • Money mooney juga harus terbang untuk terus bersemangat. Investment for the future i believe..

Yeaaa fridge baru itu hanya untuk isi 'rezeki emas' my little Hannah. Tak ada ruang untuk benda lain.
My dear husb garu kepala bila si isteri yang tak reti sabar nak itu ini semata-mata untuk menjayakan misi beliau..
Hehehe sorry my dear, what i demanded are only for your new girlfriend's good. 


Kalau nak petua, ramai lagi working mothers kat luar tu yang hebat-hebat breastfeed baby diorang dengan success.I am very proud of them! 
Rakan-rakan terdekat yang dah berjaya; Ct Nette, Norlida and Murni.  They are working mothers. Very super career lady. Caya lah korang ni! 
Yang lain-lain may be saya terlupa or tak tau.

Hari ni agak sedih sebab kepala serabut akibatnya hasil kurang daripada biasa. Tak pe sayang, jap lagi mommy berusaha lebih gigih in more calm mind and soul. 
..InsyaAllah..

Success doesn't come to you…you go to it

What should i do???

2-3 hari ni saya macam x de semangat nak pergi kerja. 
Atas beberapa sebab musabab tertentu menjadi pemankin untuk perasaan nak ke ofis tu tersangat-sangat pudar.

Haihhhhh tak tau macam mana nak luahkan.
Recently my boss suruh update resume ada client ask for PCB design support kat Penang.
Yeahhh Penang je. Bukannya kat Alabama ke memana.
Tapi still even Penang pun, it is for few months. It could be 2,3,4,5, half year pun can consider few months kan.

My superior terlebih semangat suruh I update dgn client tanya dah dpt belum my CV since Mr Koh baru call dia ask about it.
I yang menurut perintah ni pun buat la seperti yang disuruh.
And very sure it is for few months.
I just called that Mr Koh the Operation Manager to confirm dah receive, and mmg dia tanya weather i tengah tight dengan other project currently ke tak sebab if everything OK, it will be for a few months.

WHAT SHOULD I DO?
WHAT SHOULD I DO?

Seharusnya boss ku itu patut lebih tau yang i ni baru je deliver and baby kecik lagi. Baru nak masuk 4bulan n masih fully breastfeed. 

Kalau saya ni Mr husband;
 I pesan je kat Ms wifey duk umah diam2, and jaga baby elok2 k. weekend I balik ok.

Bukan bermakna saya tak boleh nak dihantar ke mana-mana, tapi bergantung kepada situasi. Kalau Hannah dah 1-2 yrs, still boleh dipertimbangkan may be.

Kesimpulannya saya tak nak pergi.

Now my missions are:

  • i pray that i am not qualify for the job.
  • i wish that my price that we quote is too high. 50K per month can?? Mesti awak terduduk tengok quotation tu nanti kan. Ok kita cari company lain. 
Me: Hoyehhh!!!! Amiiiinnn.

X boleh! X boleh! X boleh!!!!!
Saya tak boleh jauh dari my little Hannah Qaisara and my dearest gorgeous Mohd Amli. 


I love you both like crazy..........

Success doesn't come to you…you go to it

Isnin, 13 Jun 2011

You are my strong little girl.

Minggu lepas Hannah demam. 
1st time rasa macam mana jaga anak demam. 
Hoho.. tak tido straight 2 hari. Rasa 'weng' kepala ni macam dah nak pitam. 

Hati saya ni tak la kental mana.. Anak demam pun mak dia nak nangis.
Orang lain tu lagi macam-macam hal. Ni demam je kot.. Tapi tak tahan la, syahdu sesangat jiwa keibuan ni bila tengok Hannah nangis. 
Kesimpulannya memang hati cair lah.



Tekad ambik EL 2 hari sebab nak jaga Hannah. Dia meragam nangis-nangis. Tido pun tak lena kejap je dah merengek. Sangat lah kasihan.
Ummi cakap tak pe la, kamu kecik-kecik dulu bila demam Ummi pun asyik cuti jugak jaga kamu.
Errrr terima kasih Ummi. ;)

Saya kuatkan semangat susukan Hannah sekerap mungkin. Alhamdulillah Hannah demam pun dia masih kuat makan. :)
Kuat minum susu and senang makan ubat. 

Ni ikut peel mommy kecik-kecik dulu sampai suka curi ubat Ummi. 
          Hannah, makjun Wan pun mommy curi makan tau. 
Pernah masuk hospital sebab memandai makan panadol kids satu papan.
 Mana tak cuak mak ayah kecik-kecik dah high! 

Nak, yang ni jangan ikut mommy oke! Tak mo.. Tak mo..
--------------------------------------------------------

Ni aktiviti Hannah hujung minggu semalam. 
.
.
.
.


Tadaaaaa.. 

Baru baik demam dah tak sedar diri nak nak mandi pool pulak.  Lagi tak nak naik ada la. Muka selamba je budak ni berendam.

Hisap jari maintain walaupun tengah dalam air. 


Hannah dengan Paklang botak.
Success doesn't come to you…you go to it

Jumaat, 3 Jun 2011

Gambatte sayang!

Sekarang tengah musim cuti sekolah semua orang berpusu-pusu kawin, macam tu jugak lah ramainya yang sibuk plan kenduri mana nak kena pegi. Ingat keje je kena buat decision making ikut priority. Pilih kenduri kawin pun kena jugak sekarang ni.

Walaupun kami sekeluarga tak terkait bercuti di kala cuti sekolah ni, tapi hujung minggu je beratur kenduri nak kena attend.

Lil Hannah pun dapat baju baru sebab nak pergi kenduri. She got her 1st dress and sooner or later, i believe there will be a lot more. Baju raya lagi kan Hannah. 

Jom kita pow daddy. ;)



Isnin lepas Hannah got her 3rd jabs. As usual, she cried for a couple sec then 'huha-huha' like nothing happened.
So glad bila Hannah tak demam evertime lepas cucuk. Even kesan injek yang hari tu pun masih bengkak, Hannah mommy maintain cool. 

I started to trust the benifit of 'susu ibu' seems Hannah belum pernah lagi x sihat yang sampai makan ubat. Belum demam,batuk or selsema. Even rasa-rasa macam kena jaundice dulu pun nurse cakap x de. End up saya pun buat biasa-biasa saja. 

Ada terbaca petua dari wani, kalau tak nak baby selsema sapu vicks banyak2 kat kaki dia sebelum pakai stokin. So far everynight saya buat menjadi. Korang-korang nak tiru silakan.

Alhamdulillah Hannah is a very strong little girl.

2M4W Hannah baru lepas jab.

1st step
2nd step, struggle time ni.
Tadaaaa!! Mommy, Hannah dah terror guling-guling!
Muka puas sebab dah pandai
Next step Hannah nak kedepan pulak. Montot dah naik ni.

Hannah dah penat training.
Semalam Hannah is 3 months old. Masa nak ambil Hannah dekat rumah Makchek, dia tgh meniarap.

Sambil menjerit..

Mommy: " Makchek ni dia buat sendiri ke??"
Makchek:" Haaa la. x tau ke dia dah boleh meniarap?"
Mommy:" Tak tau pun. Sebelum ni dia pusing tapi tangan sebelah tak lepas, then nangis. End up     terlentang balik"
Sampai je rumah, bila letak je Hannah terus berguling. 
Meaning "officially" sekarang Hannah dah boleh meniarap. Malam tadi tengah mamai nak tido, dalam gelap pun dia sibuk nak berguling-guling. 

Petang semalam lepas meniarap Hannah tak tau nak baring balik. Bila dah letih dia pun nangis.
Tapi malam tadi tengok rilek je dia guling-guling kiri kanan.

-Alhamdulillah-
Ya Allah yang Maha kaya, saya berdoa our Hannah Qaisara diberi kesihatan yang baik, kepintaran akal dan kemuliaan akhlak untuknya. Amin..

Kain pelekat daddy kesukaan Hannah. Kain ni la peneman Hannah tido lena masa dalam pantang dulu, daddy jauh.


Success doesn't come to you…you go to it

Selasa, 24 Mei 2011

Hannah buli daddy. (";)

Last weekend Daddy kononnya berani menyahut cabaran, nak jaga lil Hannah sorang-sorang, while mommy needs to go to office for two hours.
...Since it only for two hours....
Siap pesan kat Hannah, "hari ni kita berdikari, Mommy pergi keje sekejap je."
In a while i dah nak ke office, Hannah bagi 1st present to her daddy. 
-A very BIG Poo Poo-

Sorry, mommy dah tak sempat nak change your diaper, daddy.. please help.

Dalam sejarah, itu la 1st time daddy tukarkan diaper Hannah. The 1st time ever.
Thank you Hannah for the first lesson. hikhik...
:D :D
Lepas tu, Hannah bagi BIG present lagi.
Hannah turns up became high pitch tantrum. Nak menggelupur Daddy tak tau nak buat macam mana.
She keeps crying non-stop in two hours.. 
Tak mo susu dalam botol. Mommy dah prepare everything, susu dah siap2 dalam botol susu, and daddy dah standby letak dalam air panas. 
Also reject!
Bawak jalan-jalan tawaf satu rumah pun tak jalan. Menangis sekuat hati tak berenti.
Poning kepalo daddy dibueknyo. Peluh-peluh jantan semua abis banjir. 
Haih la sayanggg... Mommy rasa nak terbang balik je terus. Time-time tu pulak la terasa jauh sangat dari ofis ni nak balik rumah.
Sampai je mommy kat rumah senyap terus then tido sampai petang.
Dengan mommy skali Hannah tidokan.. hehehe
-Selesai-
Padan la muka daddy kena buli dengan Hannah Qaisara. Serik ke daddy nak jaga Hannah Qaisara lagi lepas ni?
Daddy cakap tak serik tapi tinggalkan susu tu skali. Daddy x de direct susu nak bagi Hannah. 
:D :D :D

Hannah tau hari cuti tak pergi sekolah. Duduk rumah kan mommy ada, mana boleh minum susu dengan botol. tak aci.. Mana mommy!!!!

Bijak si kecik ni. 
Saya rasa dia ada instinct yang sangat kuat.
Kalau kat rumah pengasuh, bila masuk pukul 6pm je Hannah dah mula reject susu botol. 
Ada 2-3 kali mommy balik lambat around 8pm, Hannah lapar tapi langsung x nak minum susu.
Hannah tunggu mommy balik, tahan lapar sampai tertidur. 
Alahai kesian.. 
Sejak tu sharp 5.30pm mommy will try her very best pecut terus balik rumah. 

Then now, bila mommy dah sampai kat bawah, Hannah dah bagi hint kat nenek dia merengek manja gedik-gedik sikit.
Then her nenek dah tau ni mesti mommy kat bawah dah nak sampai.
Kuatkan deria gerak hati Hannah Qaisara mommy.






Petang lepas Hannah tantrum, Lid datang rumah.
(kredito pichas to Ms Norlida)
Ni 1st time jumpa dia lepas masing2 abis belajar dulu. Bila jumpa balik masing-masing dah bergenarasi sorang satu. Tq for a visit Lid. 
InsyaAllah nanti kitorang g kuantan Hannah dah boleh lari pakai kasut yang aunty bagi. Terima kasih...

Success doesn't come to you…you go to it

Isnin, 23 Mei 2011

Tercalit kesedihan di hati ini..

Takziah kepada semua mangsa tanah runtuh yang berlaku Sabtu lepas. Semua orang tau kat mana dan apa yg berlaku kan. 
Over yang terlampau rasanya kalau tak tau berita tambah lagi hal-hal yang macam ni.

Secara jujurnya peristiwa tu benar-benar memberi kesan yang menusuk kalbu jiwa dan raga ku. 

Saya bersyukur sebab saya dianugerahkan perasaan seperti itu, sekurang-kurangnya menginsafkan hati nurani yg selalau lagha.

Terlintas di akal, mereka yang begitu mulia ( sefahaman saya anak-anak yatim ni Allah muliakan mereka) pun Allah SWT uji dengan ujian yg sangat hebat, inikan pulak hamba-hamba NYA yang tak sedar dek untung. Nauzubillah.

Semoga syurga telah dijanjikan untuk mereka. InsyaAllah.

-Al - Fatihah-

Success doesn't come to you…you go to it

Jumaat, 20 Mei 2011

Poll kasih sayang is irrelevant.

Kalau kita buat poll, the soalan is; who do you love more?
Wife vs Kids.
Rasa-rasanya ada tak orang yang tau macam mana nak jawab.

Same situation kalau kita disuruh pilih Father vs Mother.
Honestly i do love them both equally.

Kesimpulannya, jangan la tanya soalan macam ni dekat sesapa. Buat orang tu tak reti nak jawab je.

Saya pernah tanya HB "u sayang Hannah lebih ke sayang I lebih."
He said "i love both."

Bila dah tambah lagi seorang dalam hidup kita yang secara naturalnya kita sayang, kasih sayang tu jadi tah cam mana nak describe pun tak tau. Tu baru je ada anak sorang.
Orang lain yang anak-anak berderet tu tak tau la bape pieces kasih sayang dalam hati si ibu ni.
So lovely...

Merepeknya kat sini ialah,
sometime i rasa i care of Hannah too much than her daddy.
as i am thinking her daddy dah besar, and can take care of himself.
sometime i rasa i concern of Hannah a lot compared to her daddy
as i knew her daddy able to do everything alone.

p/s: To her daddy, I am sorry 'if ' sometime i put you in the 2nd priority in another half portion of my heart.

I baru tersedar bila her daddy cakap i asyik menepek dengan Hannah je all the time.

Sejujurnya, saya memang sangat sayang kamu berdua tak ada tolak bandingnya.

Cuma kadang-kadang bila Hannah menangis, merengek i rasa situasi tu sangat cute. 
It happened when the baby is unable to do everything yet
Like the baby will jerit:
Tolong la saya mommy, saya nak bangun. (sambil tangan dan kaki meronta-ronta minta didukung)
Tolong saya mommy, saya sakit perut. (sambil menangis mencurah-curah air mata nak bagi tau mommy sakitnya)
Help me mommy i am hungry. (sambil menangis hisap jari macam nak telan jari-jari tu masuk dalam mulut)
Cute kan!

So sebab tu la saya suka menepek dekat Hannah Qaisara saya.

To Daddy of lovely Hannah; I still love u so much and i wish to love you only till the end of life. (also praying that i am the one and only lover in your heart). :x
.
.
.

Tapi,  cuba bayangkan kalau mak ayah kita pulak yang menangis, merengek macam tu.
Adakah masih cute? Of course rasanya tidak.

It will happen when the parent already unable to do everything by themselves.
Like the parent will jerit, 
Tolong mommy, mommy dah x berdaya nak bangun sendiri.
Tolong mommy, mommy sakit.
Help me, mommy lapar, boleh tolong suapkan.


Bezanya tangisan mereka tak keluar secara zahir macam bayi. 
Persamaannya situasi tu akan kembali macam kita baru dilahirkan bila kita dah tua kelak.


Saya berdoa, agar saya dapat jadi anak yang solehah, berjasa kepada ayah, ummi dan ayah, ibu. 
Semoga Hannah Qaisara saya juga begitu.
InsyaAllah.

Success doesn't come to you…you go to it

Khamis, 19 Mei 2011

His birthday present.

Me: Abg nak birthday present apa tahun ni?
Hb: Abg nak kereta. 
Me: Ok, I'll pray your wish will come true.

Alhamdulillah. 
Rezeki yang Hannah Qaisara bawak untuk mommy n daddy tak pernah putus.  Doaku dimakbulkan dan wish abg really come true.
Mungkin juga berkat doa seorang ibu, benda yang baik akan terus sampai kat DIA. 
Pernah dengar "Doa ibu ni mujarab. Tak payah lalu toll terus sampai"
InsyaAllah.

Now, can i prepare proposal for my birhday wish pulak dear? ;)

Success doesn't come to you…you go to it

nonsense

Rasa nak update tapi x de idea. 


Kesimpulannya.
.
.
.
.
.

The End!

Success doesn't come to you…you go to it

Rabu, 27 April 2011

Welcome to the world!

Lama kan saya tak update blog.
Orang2 tua cakap dalam pantang tak bole mengadap pc lama sangat. Tapi kalau FB bole kot.
Hehe alasan semata.. Yang sebenarnya MALAS.


Akhirnya terjawab sudah gerangannya si comel yang telah menginap di dalam perut ni selama 40 minggu 1 hari.


Name:Hannah Qaisara binti Mohd Amli
DOB: 2nd March 2011 @ 4 a.m
W: 3.09kg


one plus one equal to three... :)

Thank you ALLAH and syukur alhamdulillah

Success doesn't come to you…you go to it

Isnin, 14 Februari 2011

I love you!

I love my dearest husband very much!

Eh ni bukan sebab hari ni kononnya Valentine's Day.

Juga bukan sebab our couple or wedding anniversary.

:D


Tapi  saja-saja sebab i love my dearest husband very much la...

Saya suka bila dearest husb boleh baca apa yang saya nak.

i saja-saja buat teka teki x mo cakap i nak apa. Bila dia tanya i ckp tak kisah mana-mana pun.

End up he decided for smthing yang memang dah berlegar-legar dalam kepala i nih.

Pintar lah awak ni. Lagi i sukaaaa!

I suka bila saja-saja buat tido sebab i tau nanti mesti dia selimutkan. Preciously loving it.

Bila dah nak dekat deliver ni lagi terasa manja macam princess. He treats me very very well.  Terima kasih sayang..

Owh ya last few days, masa teman dearest husb pergi swimming kat bawah, i borak-borak lah tanya something.

Honestly masa tengah membulat bagai belon ni saya rasa saya sangat tak cantik a.k.a terasa diri adalah sangat huduh. Bukan hodoh ye.. lighter sket.

Kalau time nak berdating tu rasa macam sangat tak padannya i berjalan dgn dia. Adeyyy mcm mana nak describe ye. Perasaan rendah diri yang sangat membuak-buak.
Selalu tanya; "Abg tak segan ke jalan dgn ayg yg montel ni?"

While looking at him yang very the handsome and gorgeous and well dressed.
ME??? alahaiiiiihhh

Saya pernah tanya juga; "Do i look cuter while pregnant or not?"

Secara jujurnya tak ada cover lagi;
Dear husb jawab; "Masa tak pregnant."

Uwaaaaaa honest betul. Tak jaga hati i pon yer..

Tak pe... kecik hati terbalas bila abg janji nak bawak pergi London Management kan??? 4 kali dah statement tu di utarakan, jadi agenda wajib untuk saya tuntut lepas deliver nanti. GET READY MY DEAR!

I tak sabar nak rasa hazab time confinement macam mana. Saya bersemangat nak mentrimkan balik badan yang sememangnya tak berapa nak slim ni. I pray i can fully BF my baby soon. And i wish to take advantage hari-hari kena panjat tangga 4 tingkat hantar anak to rumah babysitter.

Tapi sebelum-sebelum semua-semua tu terjadi, I am praying hard semuanya selamat dan sihat.
Dearest Allah, Permudahkan lah semuanya. AMIN...

Rabu, 2 Februari 2011

Me at 9 months. Tick Tock!

Cepat sangat masa berlalu. Saya masih ingat 2 tahun lepas masa memula sibuk duk counting time nak bertunang. ceittt!!! baru nak bertunang kecoh kan. hahah. excited ok.. sukahati i lah.

Setahun lps tu struggle countdown nak kawin pulak. Tak hengat-hengat countdown start dari 100hari. OVER... Heheh again. Lantak la kan, saya tak kacau orang pun ajak mengira sama..

Sape tak suka nak kawin. Kalau kawin paksa tu out of the story lah.


Hari ini,
9 bulan 20 hari kami dah kahwin, saya dan suami bersemangat waja menanti kelahiran cahaya mata sulung kami.




You are now 36 weeks pregnant (or in your 37th week if that's how you
prefer to count it).

At the end of this week, you're going to reach an important pregnancy
milestone - your baby will be considered full-term. That means you could give birth any day now.

Makin hari semakin berdebar-debar rasa. Risau pun ada, suka pun ada, takut pun ada, tak sabar pun ada.

Sekarang ni pun dah ala-ala rasa macam orang sedikit kurang upaya. Buat keje sikit dah penat yang melampau. Jalan kaki sikit dah mengah macam la baru lepas marathon.
...................................................
Nak dijadikan cerita, masa I 33weeks ari tu, I kena masuk hospital.. Wad surgical lagi kat Hospital Serdang tu. Saja x mo kecoh-kecoh ckp sana sini i kat ward. Nanti semua datang melawat, jenuh i nak explain sakit apa.
Tapi chop jangan gelak... I masuk ward 1 ari je. Itu pun dah nangis-nangis nak mintak balik. Uwaaaaa..
"Abg tanya nape nangis? I ckp la tak best duk sini..."
Kuang asam punya laki... Mengkekek dia gelak..
" Memang la tak best. Kalau best abg pun nak mintak duk sini je."
Alaa... tp saya tau dalam hati awak tu mesti sayu jugakkan sebab kena tido sorang2 malam nnt.
:( :(

Ni la alkisahnya kenapa doc tak bagi aku balik ari tu.


Sembelit !
Sembelit kerap berlaku ketika hamil. Ini
disebabkan oleh kelembapan perjalan tali usus berpunca daripada peningkatan
hormon progesterone ketika hamil. Kesan daripada sembelit ini berserta
dengan urat timbul di bahagian dubur, buasir akan berlaku. Ini kadangkala
menyebabkan pendarahan daripada dubur khususnya jika sembelit itu teruk.
Elakkan sembelit dan kalau berlaku, rawatan khususnya ialah dengan
menggunakanubat yang dimasukkan ke dalam dubur untuk mengurangkan buasir.
Biasanya keadaan ini akan pulih selepas kelahiran anak.


Kejadian adalah memang sebijik macam situasi di atas iaitu urat timbul dibahagian dubur. Malu tau 3-4 kali kena tayang bontot kat doc. Tapi sakit gila bila doc cuba nak masukkn balik urat yang disangkakan daging terkeluar itu. Last2 pakar cakap it is urat so let it be nanti dia kecut sendiri.

Tu pasal la satu hari je I kat ward.. Tapi yg best MC lagi 3 hari. :D :D :D

Dua tiga hari ni kaki pulak main aci nyorok bengkak surut sesuka hati. Time surut ok la i tak sedar. Tapi kalau time bengkak, rasa kering merekah kulit betis n kaki ni. Perit je rasa..

Dah 9bulan tak rasa senggugut, ni tetiba rasa macam nak datang period. Confuse dibuatnya..

uiiii nak pergi wee wee tu toksah cakap la.. Yang di buangnya x de la banyak mana pun. tapi perasaan nak terkencing tu mengatasi segalanya. hahahah...

Ok dah penat.. Nanti saya update lagi.

"To baby, mommy tunggu baby lahir.. Tapi only bila you dah ready to see the world ok dear. Stay comfirt and cukup sihat dulu baru keluar ye. "


Success doesn't come to you…you go to it
 

It whirls likely W.H.E.E.L Copyright © 2009 Cookiez is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template