My Princess

Lilypie - Personal pictureLilypie Third Birthday tickers

My Prince

Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers

My Sweetpie

Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers

Isnin, 17 Disember 2012

Heiii!! Hantu!

Eiiiii hantu mana la yang dah hacked email account gue!!!
Ada dapat duit juta-juta ke lepas korek-korek dalam email insan biasa macam saya niii?
Agak budussss la hantu ni.
Sebab, saya nak baca update babycenter.com pn dah tak dapat sebab diorang tak bole nak anta update. Awak tau tak itu bahan bacaaan saya yang senang x payah nak google di kala keboringan??? Haish!!
In translation: my email account has been hacked by a stupid ghost!!

Rabu, 14 November 2012

Happy everything!

Happy Diwali to all Hindus!
Happy New Year to all Muslims!

Cuti selang seli kan.. Best je!
Rasa macam tak sedar weekend is over. Tak pegi mana-mana pun. Melingkar atas katil je with the sweet hearts; husband and the kiddos. We were decided to stay at home atas sebab-sebab tertentu.

Since travel keje jauh ni peluang berguling atas tilam adalah sangat-sangat berharga. Dah namanya weekend, leganya dapat berehat walaupun sesak mata dek rumah yang dah mcm dilanggar todak kecik. Hannah dan Harraz pun sama tak bagi mommy bangun. Nak berkepit join diorg main depan mata 24jam. Dah experiment 3 kali pun.. Tak payah lama. Cukup la saya bangun baru keluar toilet, celik la mata dua orang itu.

Tapi semalam dah kritikal la dah pukul 3 tak jadi apa lagi. Mommy bangun, kurung Hannah, Harraz and daddy dalam bilik. Dengar Hannah menangis. Tapi kebalkan jua hati ni sebab kalau tak, memang tak jadi keje.
Tak kejam kot. Sbb daddy kan ada dengan diorang.

Finally kerja rumah pun siap daddy yang buat. Hihi.. Sorry la ye yg, anak-anak daddy tu nak mommy rehat je. :)
Saya cuma siapkan makan je. Vacuum, mop lantai, laundry semua husband kena take over. Bertuahnya kalau hari-hari mcm ni.

Happy 5 years love!
Me and husband are cyber love couple. 11.11.07 was the date we 1st time met and declared couple.
Jodoh kami cara macam tu, alhamdulillah kekal sampai sekarang, dah kawin and anak dua.
Sape sangka kan??
InsyaAllah, saya mohon rasa cinta dan tanggungjawab antara kami kekal sampai akhirat.
I love you handsome!

Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Rabu, 7 November 2012

Hoping for new November; I wish!

Dah lama tak update kan!
Been very very super busy malas dah letih antara sebab story line hidup saya ni dah berabuk.
Alhamdulillah.. Its now November and yeyy! October just ended.

Betul2 rasa maca terkena sumpahan lagu Awie; Tragedi October.
Banyak betul tragedi October kali ni.
tak terasa nak mengingatkan kisah-kisah tragis itu. Cukup lah saya simpulkan, we; husband and wife, ibarat terjelepuk terduduk.

Apa pun situasinya, only me and my husband yang tau apa ceritanya and of course semuanya kuasa Allah dalam memberi didikan dan ujian kepada hamba-hambaNya yang dikasihi.

Saya bersyukur dalam saat-saat genting suka dan duka kami masih bersatu. Di saat-saat kami susah kesempitan dan kesenangan, kami masih bersama. Sejujur tulus dan ikhlas dari naluri ku, aku benar-benar bersyukur. Alhamdulillah.

Juga terima kasih pada keluarga kiri dan kanan yang membantu dan cuba memahami.

Menjengahnya November perlahan-lahan segala-galanya bakal kembali pulih. InsyaAllah.
Semangat ku yang hampir-hampir putus, kini kembali. Jangan give up!
Saya berpegang pada janji Tuhan,
Allah takkan menguji hamba-hambanya sesuatu yang tidak tertanggung oleh mereka. Ujian Allah mungkin jua sebagai teguran atas kelalaian hambanya; sebagai tanda Allah kasihkan mereka agar tidak terlalu jauh tersesat.

Huh juga saya lega ianya belum lagi. :)

Welcome November!
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Rabu, 10 Oktober 2012

Ready for potty training does she?

My Hannah Qaisara is 19 months now. 19bulan macam banyak benar nombornya. In another word is 1yr  7months 
Does my Hannah is ready  for potty training?

Here are Potty Training readiness checklist:

Physical signs


Is coordinated enough to walk, and even run, steadily.
STEADY dah...
Urinates a fair amount at one time.
Not sure sebab belum monitor closely. 
Has regular, well-formed bowel movements at relatively predictable times.
I guess. Early morning or at night before she go to bed.
Has "dry" periods of at least two hours or during naps, which shows that his bladder muscles are developed enough to hold urine.
Ada masa-masa after few hours her diaper is still dry. Can consider?



Behavioral signs


Can sit down quietly in one position for two to five minutes.
Errr two minutes; pass. 5 minutes time makan boleh la kot. 
Can pull his pants up and down.
She knows but not yet successful. Demo ala-ala separuh jalan je.
Dislikes the feeling of wearing a wet or dirty diaper.
Yes. Dah pandai minta tukarkan diaper.



Physical signs
Shows interest in others' bathroom habits (wants to watch you go to the bathroom or wear underwear).
Sesangat-sangat nak sibuk. Sometimes, Hannah pun masuk sekali. Eh almost everytime kot. Good sign kah?
Gives a physical or verbal sign when he's having a bowel movement such as grunting, squatting, or telling you.

Physical sign yang obvious, grunting, squatting... as now, kalau hannah poo-poo dia akan bg tau suruh tuka pampers.
Statement Paksu: Cuba teka Hannah tengah buat apa.


Demonstrates a desire for independence.
Sejak ada adik Hannah dah pandai independence.

Takes pride in his accomplishments.

Yes. Hannah will claps or give her BIG smile.
Isn't resistant to learning to use the toilet.

No she isn't. Tapi dia nak guna real toilet bowl. Wan ada belikan toilet bowl kaler pink. Tapi Hannah macam takut nak guna. Either sbb too small or sbb she can see 'hers'.
Is in a generally cooperative stage, not a negative or contrary one.

Dah boleh kot. Sebab Hannah dah boleh main sama-sama dengan adik.


Cognitive signs


Understands the physical signals that mean he has to go and can tell you before it happens or even hold it until he has time to get to the potty.
If for before, belum lagi. Dah terlambak tu YES.. normally kalau Hannah pee sebelum sempat pakaikan diaper, she will duduk diam tak gerak-gerak. like she was thinking apa benda ni. :) tapi selepas kejadian la.
Can follow simple instructions, such as "go get the toy."

Dah boleh sangat. She did helped me too.
Understands the value of putting things where they belong.

Yes she can. Hannah can bring her bottle and put it on the table.  
Has words for urine and stool.

Dah ada. 'encing' n 'yayak'. Pagi tadi nampak daddy masuk toilet nak mandi, Hannah cakap "daddy yayak."

Success doesn't come to you…you go to it

Selasa, 9 Oktober 2012

Looking for the BEST!

I had a feeling that something has to change. Saya ni kuat leleh orangnya. Sampai la ke pagi td tengah iron baju pun berjurai lagi air mata. Tersentuh sangat la tu.

Saya letih. Saya tau semua orang pun letih. Tapi kami bukan la orang kaya who can afford hari-hari makan kat kedai. Tekak kami satu family pun tak ter afford nak masuk makanan kedai hari-hari.
Kalau tunggu daddy balik baru saya nak mula masak dinner, dengan yakinnya pukul 10 la baru Hannah makan. Kalau nak cepat, hari-hari kita makan kat kedai je la.
Sekarang pun pukul 8 je Hannah dah minta-minta nasi. Saya kenal anak saya, kalau Hannah minta nasi walaupun x de sape yang tengah makan masa tu, meaning memang Hannah lapar.

Kaedahnya saya kena bawa Hannah dan Harraz balik cepat. Hannah dah la tak tahu nak duduk diam. Kalau time daddy drive pn, keadaan bole jadi bahaya dek kerana Hannah. Itu masa mommy pun ada pegang adik. Baby car seat ada pun hanya membantu time Hannah dah letiih je. Inikan pula kalau saya drive sorang dengan Hannah dan Harraz. Saya tak nak memperjudikan nyawa anak-anak.

Semalam me and the kids tunggu daddy kat dalam kereta mommy. Daddy cakap; "berkelah ke? Seronok tak Hannah berkelah dengan mommy dalam kereta?" Cesssss!!

Daripada saya melopong tunggu daddy, kesempatan tu je yang saya ada bertarung masa siapkan makan malam. Sungguh nak rehat 5 minit pn jangan mimpi.

Semalam saya terlebih touching sebab masa tu tersangat penat kot. Mengah pun tak sempat reda dah kena sebijk. Apa lagi, syahdu la kan..

Mommy n daddy are still thinking the best way to solve the situation.

Start next Monday saya dah kena travel ke Sony Bangi sampai end of year. Bangi adalah agak jauh, harus lah kena keluar awal dan balik agak lewat juga. Kalau saya keluar pukul 7am, takkan la Mr husb pn nk kena keluar pukul 7 juga semata-mata nak kena hantar kiddos bersama-sama walhal daddy masuk keje pukul 9am.

We have something in mind but did not put any decision yet.

Dear Allah, please guide us to the best solution for our family and everybody. Amin..
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Isnin, 8 Oktober 2012

Will keep trying!

I am now on my 3rd sessions for today.
Dah jadi kebiasaan, saya suka imagine Harraz and Hannah. They were my natural milk booster while pumping.

"Nak titik.. Nak titik.." Haha sape faham?
Tu la ayat Hannah. "Titik".
Kadang2 saja saya delaykan cakap "Ephant x de. Pergi cari Ephant dulu. ".
Lurus anak saya ni. Hannah pun cari 'candu' dia, dah dapat baru datang balik sambung cakap "nak titik!"

Harraz pula klu time tido, asal tersedar je menganga. Asal tersedar menganga cari-cari macam mulut burung. Apa Harraz ingat macam botol susu ke bole gerak-gerak?
Sumpah sangat cute bila tangok Harraz menggagau tercari-cari dengan mata pun tak buka. Bila tak jumpa nangis la dia. Tak kira la tengah meniarap pun. Owh Harraz dah pandai nurse time meniarap.

23 Oz collected. Approx 700ml today. Merosot 3Oz dari last week.
Sebab: saya tak berapa nak sempat minum air hari ni. Lack of water intake may lead the cause.
Walaupun belum berjaya nak dapat 30Oz sehari, sekurang-kurangnya saya dah mengatasi target lama which is 20Oz a day.
Esok saya cuba lagi!
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Ahad, 7 Oktober 2012

My lovely Saturday with kids and beloved husband.

Alhamdulillah.
Hannah and Harraz dah tido. Everything went very smooth as for today. Saya happy dan bersyukur.

Pagi tadi ikut daddy opening ceremony ofis baru company boss. Bestnya kalau la boss tu Mr husband.
Eh mana tau kan. Someday my wish come true.
Bole la Harraz tido masa tgh show lion dance. Sekuat-kuat alam gendang tu memekak depan mata, Harraz pun lena. Daddy la ni bawak anak turun lupa kot sistem pendengaran anak tu baru nak masuk 5bln. Lagi 4 hari baru Harraz 5bln. Tapi sempoi la Harraz bole lena. Berdoa saja la x de apa-apa. Esok mommy test Harraz dengar tak kalau mommy jerit-jerit marah kakak sebab punggah barang. InsyaAllah Harraz will alert.

Daddy tolong bersihkan vacuum sebab macam dah tersumbat. Dah clear daddy tunjuk satu-satu apa benda yang mommy dah sedut sampai vacuum tu tersumbat.
Iaitu, sepit rambut Hannah dan gam sebotol!
Hehehe mana nak tau. Vacuum tu sedut cepat sangat, tak sempat nak selamatkan keadaan. Kena sekolah jugak la tadi. Tak kisah pun, janji vacuum I dah power balik.

Hannah memang tak bole lepa dengan dia. Cik projek manager ni sibuk je manjang. Tak sampai pun 15 min mommy abis vacuum rumah, dah Hannah buat onar. Baru nak bersihkan projek Hannah tadi, dia dah dapat projek baru kat tempat lain pula. Haiihhh la anak! Letih mommy syg!

Tadi mommy hadiahkan Hannah ice cream Magnum Mini. Hannah baik, duduk diam focus makan ice cream sampai habis. Tapi Hannah tak reti makan coklat cover tu. Sebab dia rasa keras kot. Comot satu badan punya la feeling makan Magnum. Tak pe, kan mommy bagi hadiah, comot kita bersihkan.

Saya terlupa nak ambik mangkuk yg Hannah letak coklat cover ice cream dia tadi. Tengah busy cuci pinggan kat dapur, terfikir apa dua beradik ni buat ye. Senyap je..
Haaaaa diorang tengah kenduri main coklat atas karpet. Dengan Harraz pun join sama projek kakak. Huarghhh.. -Hannah comot lagi sekali-

Harraz dah pandai nak mommy. Nangis-nangis bila mommy dukung, senyap. Bila nampak mommy datang bukan main happy sengih sampai telinga. So sweet la you boy! Love you too boyfriend!

I end my day with such a happy and grateful day!
Alhamdulillah again.
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Jumaat, 5 Oktober 2012

Saya kena rajin ni!

Kan misi baru saya kena collect at least 30oz during working hours, i admit agak struggle sebenarnya. Struggle dengan keje, time bila tah nak pam. 
TAPI!!!! kalau kita nak, sebenarnya boleh je. Yang penting jangan ada itu BIG malassss. 

Secara common nya, bila bulan Jepun datang production susu memang merudum. Saya pun sama je macam orang lain. tak de la pun hormon special yang bole buat susu maintain je. Apa yang dah saya alami, bila cik Jepun visit, mind set dah awal-awal cakap ni mesti nnt susu tak de. Bila dah susu tak de kita stress. Bila dah stress memang betul-betul la susu merajuk. Especially bila period pertukaran hormon tu buatkan kita lebih emotional, badan cepat letih. Akibatnya kita pun stress. Betul tak? kalau korang super human, tak tergolong la kot macam kategori saya ni.

Apa yang saya praktikkan, never ever put in your mind; susu dah kurang-susu dah sikit-susu x de. Statement tu memang statement membunuh! I practically did during my pregnancy phase where I still nursing Hannah. Just because of that terrible mind set memang susu sikit. My fault!
So even kita tengah period pun, kalau tak dibelenggu dengan statment pembunuh-pembunuh tu, InsyaAllah susu happy nak keluar.

Ok la apakata kita topup a situation is like; period on heavy day + stress dengan keje + letih (lagi pula dengan rumah yang berselerak sebab Hannah dan Harraz sangat suka memunggah) 
-Best tak situasi tu?-
Memang tu la pun situasi saya, tak payah tiru situasi orang lain, cukup la pengalaman sendiri. 
Kalau ikutkan nafsu serakah masa tengah keadaan macam tu, sangat confirm susu walau dipam 10kali pun takkan keluar.

Sebenarnya kawan-kawan, kita boleh atasi dengan berfikiran +ve. My husband tau macam mana keadaanya bila saya stress dengan hal-hal macam ni. Sampai tahap pernah menangis sebab terlalu difikirkan sangat.

Makanya supplements yang saya amalkan sangat-sangat membantu.

Pada saya, macam ni kaitannya: (please note; in my personal opinions) 

Bila kita stress; Vit B membantu untuk kita relief dan menstabilkan balik mood kita yang serabut. Bila mood dah OK, susu pun OK juga.
Bila kita letih; ESP and other supplements will help us to gain energy. Then, milk produce will be energetic too.
Bila kita senggugut, Alfafa will help to lighten the pain. 

Secara tak langsung, semua yang kita dah consume tadi, ada milk booster yang membantu penghasilan susu lebih banyak and of course in good quality. 

Apa yang saya amalkan jugak, everytime machine pump tu suck, saya akan cakap "Alhamdulillah".
Sebelum saya start pam, masa tengah setting tu saya akan cakap "InsyaAllah ada rezeki untuk anak mommy".

Good luck to me! and to all breast feeding mommies!

Malu ke breast feeding? Kenapa kena malu? Macam la korang baby dulu tak suka minum susu mak kan? 
Abis tu pesakit breast cancer pun kena malu la jugak sebab melibatkan breast?? Then sape nak tolong naikkan semangat untuk fast recovery kalau malu?
Saya ambil contoh breast cancer sebab ia berkait dengan organ yang sama. Bukan atas sebab nak perli atau menyindir. 

Semalam balik keje Mr Husb tanya; Hari ni dapat berapa bag??  Apa perasaan kalau husband kita tanya macam tu? 
Saya sangat berkobar-kobar sebab, my husband is my back bone to success in breast feeding journey to both my Hannah and Harraz. 

Husbandssssssssssssssss out there, do support you wife in breast feeding for the sake of your beloved children. Trust me you will help much!
Success doesn't come to you…you go to it

Khamis, 4 Oktober 2012

Lets moo-moo-ing mommies!

Hasil moo-moo-ing saya 8.30am - 3.30pm jap tadi.
- ESP = 2X, 
- mineral water = 2L. 
- pumping session = 2X


Misi pagi tadi nak collect 30oz kan.. Kita try lagi pukul 5.00pm kang. 
Semoga success Nurul Hafizah!

~~~~~~ Hanya dengan izin-NYA, kita harus terus berusaha. InsyaAllah!~~~~~~~~
Success doesn't come to you…you go to it

Jumaat, 28 September 2012

En Mohd Yang Bekerja nama dia.

Saya sangat tak suka nak cerita pasal keje kat blog.
Ala keje kau pun bukannya hebat pun, apa kelas la kau nak cerita sana sini. Orang bukan faham pun.
Tapi saya punya seorang the best listener; my husband. Saya tau dia pun bukannya faham sangat. Kadang-kadang paling tidak pun dia akan ckp "oooo... " angguk kepala macam kan tau bebenau. Jadi la yang, enough for me to relief. Cukup la ambik port ujung-ujung. Saya pun tak expect nak dia faham 100%. Setakat nak lepaskan benak yang tersumbat je dah cukup.
Biasa dah dia.. 

Saya ni kalau tengah serabut memang akan cakap ikut suka hati je. Especially pagi-pagi bila nak pergi keje. Memang dah kebal kot telinga tu dengar saya mengomel:
Cepat! cepat! cepat la Hannah mommy dah lambat ni! Cepat la abg.. ayg tak bole lambat. Atok ada kat ofis hari ni! 
Kecohnya macam kan dah tak ada esok. Tapi kejap je, once saya dah selamat sampai ofis tak de benda pun sebenarnya. Tu yang buat dia malas nak layan bila saya dah mula bising suruh cepaattttt!!!! 

Sangat kembang setaman bila dah kalut-kalut tu, jap lagi abg BBM tanya "ayg dah sampai ke?"

Husband saya ni bukan la stok mamat jiwang karat. Jangn mimpi la nak beromantika bunga sejambak ke, surprise kek ke apa. Dia straight je... Kalau tak cakap, memang dia tak kan tau. 
Jadinya kalau nak apa-apa, saya direct je cakap nak itu nak ini. 
Birthday present pun abg bagi cash, pepandai la saya nak beli apa. Memang kena bajet jadi muka tak malu kalau nak apa-apa dengan abg. Its ok, i am getting used into it. I love you as in your way.

Biasanya kalau time keje abg ada call meaning dia tengah free tak pun memang ada hal yang dia nak tanya. Jadinya dah cukup bunga-bunga cinta la kalau dia call sebab tengah free. Kalau tengah busy tu jangan kata call pun payah, BBM, sms, PM Fb la berjuta pun. Buang karat saje .....

Sebab nama dia Mohd Amli; (yang berkerja) la kot maka jadinya macam tu. Workaholic! Tapi hal keje la yang terlebih holic. Kalau hal lain tak berapa la sangat holicnya. =)

Saya tak suka cerita hal kerja, hal project. Semak kepala. Saya suka semakkan kepala En Husband kalau nak cerita kisah kerja dan project. 

Saya family type punya orang. Malam ni nak balik kampung, saya tak masak. Time lunch tadi saya dah tapau chiken porridge untuk Hannah. Seee pandang kedepan kan. Awal lagi dah pikir anak nak makan apa kalau tak masak. Kalau makan lambat nanti kesian Hannah lapar.

Cuba tanya Mr Arm, confirm dia tak fikir lagi pasal plan makan malam ni macam mana sebab time keje is keje je dalam kepala. Jadinya, saya la yang tukang fikirkan.

Success doesn't come to you…you go to it

Khamis, 27 September 2012

Mereka cinta-cinta hati saya. But still i love Mr Arm the most too. :)

I was started to think how to wean Hannah as she is turning 19mo. Ada lima bulan lagi, but i just wanted to get ready and be prepared.
Lately ni Hannah punya mengada terlebih-lebih. Kadang-kadang bila kat rumah, langsung tak nak minum FM. Fully dependent on susu mommy. Lepas tu jerit-jerit; "tepi!.. tepi!" cakap kat adik tolak kaki adik sebab kacau kakak nak minum susu. Aduhaiiii pening mak nak..

Dulu bawak Hannah cucuk umur setahun setengah, Hannah la baby paling besar yang menyusu dalam nursing room tu. Semua orang duk tanya umur Hannah berapa. Dah la size Hannah ni dah macam 2-3 tahun. Yess kawan-kawan, baju-baju Hannah are 3-4yrs old punya size baju. 

Ada satu hari tu, Hannah tengah nursing. Harraz tarik rambut kakak sampai nangis then tarik nip, lagaknya macam adik pulak nak! Funny tau kalau tengok moment tu. Aaaaa baru Hannah tau selama ni duk buli adik kan.

Sekarang ni kalau adik usik sikit terus mengadu kat mommy. Kes dia selalu belasah adik tak ingat pulak. Tarik bebird adik sampai melalak-lalak kawan tu. Sakit tau kakak...

Harraz pun pandai, bila kakak menangis adik gelak. Bukan main lebar dia sengih tengok kakak nangis. Puas hati ye dik? :D

Kontra nya budak dua orang ni, yang sorang tu bangun je tido kadang tu mata pun tak bukak lagi tapi dah separa sedar, tak pasal-pasal menangis dulu sekuat hati. Yang sorang lagi, maintain cool.
Adik bangun tido silent je, kalau tak pergi jenguk memang ingat adik tido lagi. Tapi sebenarnya dia dah sibuk buat kerja. Siap bole nyanyi-nyanyi lagi. Sampaikan pagi tadi mommy dalam toilet pun bole dengar adik nyanyi. Riang betul mamat ni. Gembira dah bangun tido.

Aaaaaa kantoi!!! senyap-senyap, ni la keje dia. Selerakkan barang dengan pampers yang dah bocor.
Kalau kakak, the worst case bila dia buka mata tak nampak saya. First thing dia akan buat ketuk pintu toilet sambil nangis; ke dapur bawak Ephant dengan berjurai-jurai air mata cari mommy. Memang peel dari baby. Dulu masa belum pandai jalan, dia merangkak pegi dapur sorang-sorang.

Hannah kat rumah nenek. Daddy kata macam daddy sebab dulu kecik-kecik daddy pun pernah tido bawah katil. 

Hero saya main bola-bola. Apa ada kisah mommy letak je dia kat dalam tu atas bola-bola, adik relax je. 
 Yang samanya budak dua orang ni, dua-dua tido lasak. Katil size queen tu, dua orang kenit ni je dah cukup nak conquer semua space. Mommy tido ngan daddy nanti baru tau. Sape suruh ambik space mommy kat tengah-tengah tu. Susunan asal is like -daddy-hannah-mommy-harraz-.

Hannah dah semakin petah mulutnya. Tapi banyak yang mommy n daddy tak faham. Kesian, bersungguh-sungguh Hannah explain panjang berjela, lastnya mommy jawab benda lain. Ada jugak terasa macam ayam cakap dengan itik. 
Semalam Hannah mintak 'air nyamna'. Kalau tanya daddy confirm tak tau kot. Mommy pun faham sebab dia tunjuk botol Ribena. Jauhnya lari Ribena dengan Nyamna. Tak pe la Hannah.. Nanti lama-lama terer la kan.

Such a heaven to see my kids are sleeping soundlessly at nenek's house.
Success doesn't come to you…you go to it

Sabtu, 22 September 2012

Ephant pulak eksiden!

Tragis sungguh incident malam tadi. Kami 4 beranak nak keluar pergi MyMydin; one of our fav groceries shop. Susu Hannah kat sini murah banding tempat lain.

I noticed Hannah bring along her botol air and Mr Ephant. Kecoh minah ni kang tetiba nak air pandai pulak bawa sendiri.

Mula-mula singgah ATM kat Caltex, Hannah dgn mommy yang turun. Daddy dengan Harraz tunggu dalam kereta. Sampai Mydin I perasan Ephant Hannah tak ada and I am very sure kat Caltex tadi Hannah tak bawa Ephant.
Panic daddy suruh cepat-cepat nak pusing cari Ephant. Tengok Hannah?? Mommy jugak yang kena marah tau!

Pusing kat Caltex tak de.
Last balik rumah tengok tempat park tadi.
Hoh! Separuh badan Ephant dah tersepit bawah kereta Gen2 tak tau sape punya. Daddy la ni dukung Hannah bawak masuk keta tadi tak alert Ephant tu tercicir.

Melalak la anak dara tu tengok anak patung dia tersepit. Bersungguh nak tarik keluar macam kan gagah sangat.
Kat depan tu ada ramai brader tengah lepak minum. Mommy tak segan silu mintak tolong. Diorang 2-3 org try angkat tayar depan tu, sorang lagi tarik Ephant dari bawah. Tak berhasil! Bapak berat kot dengan enjin keta sume kan kat bahagian depan.

Mommy ajak Hannah balik, cakap esok kita ambik Ephant. Hannah tak nak!
I get back into the car ask daddy to try how. Anak dara you kan!
Tuka pulak, mommy dukung adik.
Bijak jugak daddy, daddy tak angkat tayar, tapi daddy tolak sket keta tu ke depan. I panggil brader td tolong tolak sket then cepat-cepat tarik Ephant. Brilliant!
Misi success!! Muah...muah.. TQ daddy.

Kagum jugak la mamat-mamat muda tu gigih nak tolong melayankan kerenah Hannah keluar kan anak patung tersepit. Kalau anak kucing ke faham la jugak. Hehe.. Tu yang kadang-kadang budak laki ni sweet. Tak payah la nak bajet ganas jek! Terima kasih banyak-banyak daripada saya and especially of course daripada cik Hannah juga.

Dah selesai, kitorang duduk la minum kat mamak tu jugak.

Nasib baik jumpa. Kalau tak, ada yang tak bole tido, Hannah pun serba tak kena, tak senang duduk dibuatnya.
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Jumaat, 21 September 2012

Level emak-emak je yang faham.

Ape pulak saya nak masak dinner hari ni?

Kalau difikirkan penat, memang penat tau. Serious sangat-sangat penat.
I balik keje 5.30pm on the dot terus GET SET GO! Tak de makna nya nak OT ke stayback ke.

Bak kata Sr Engineer Hitachi, Kak Ika merangkap client ofis. "Ah tak kuasa akak nak duk ofis lama-lama. Keje is keje cukup masa balik. Kita banyak lagi keje untuk family nak dihadapkan."
Cayaaa lah kak. Prinsip dia macam tu pun dia dah jadi Sr Eng tau. Bawah manager je. Meaning even balik on time pun performance dia superb. Apa ada hal!
Kadang-kadang tu dia awal-awal dah pindahkan barang-barang nak balik masuk kereta. Bila bunyi loceng, dia pun melenggang je keluar. Kalau orang tak tau sure ingat dia nak pegi memana, belum nak balik lagi.
Hikhikhik.. Bijak!

Kalau tak sempat nak berfikir time keje, otw driving kepala ni ligat pikir nak masak apa. Paling kritikal bila dah sampai kedai tengok ikan baru decide apa nak masak.. Bukan tak boleh beli barang basah tu banyak sekali gus, tapi bila dah frozen nak tunggu defrost lambat. lepas tu rasa malas pun datang, akibatnya terbuang jua akhirnya. Beli sikit-sikit makan habis terus, fresh lagi.
Masa itu emas! Emas sangat ni langsung tak boleh buang masa.


Harraz ni kalau dah pukul 6 lebih tu mula la dia tak nak minum EBM. Sanggup tahan lapar tunggu mommy. Tapi kalau dah lambat sangat tunggu mommy tak sampai lagi, solutionnya melalak sekuat hati. Time tu makchek akan call saya suruh datang cepat. Sabar je la adik ni tau!


Dah jadi rutin balik keje singgah pasar basah beli lauk balik rumah macam lipas kudung masak dah siap terus pergi rumah Makchek tengok budak-budak tunggu daddy pickup. Aaaaa nak tunjuk betapa rushingnya saja tak nak letak (koma dan noktah dalam ayat)
Sebelum ni pergi ambik Hannah sorang-sorang tak de hal pun. Tak payah nak bersama-sama hantar dan ambik anak pun. Pagi daddy hantar, petang mommy ambik.
Tapi sekarang team dah jadi duet, rumah pengasuh pulak kena naik tangga tingkat empat, dengan Hannah x mo duduk diam dalam kereta esp kalau sorang-sorang dia kat belakang. Of course la sangat tak mampu nak buat sorang-sorang. Jadinya sekarang dari hantar pagi sampai balik petang yang kadang-kadang terlajak malam sebab daddy selalu balik lambat kena sama-sama sepakat satu family.

Lepas dah fikir macam-macam cara, saya pun decide kena masak dinner sebelum pick up H duet tu. kalau nak tunggu dah balik rumah baru terkial-kial, dengan melayan Harraz yang nak menyusu, Hannah dah kelaparan, (mak ayah lapar pandai tahan, anak lapar diorang crancky), confirm la hari-hari makan lauk kedai. Daddy sanggup???? 

Tiap-tiap hari saya akan ada kurang dari 1 jam dari start beli barang basah sampai siap masak. Ala-ala kalu masuk Master chef bole menang tak? Heeeee.
Menu pulak tak boleh la yang renyah nak buat sebab tak de masa. Juga kena sesuai dengan tekak dari bapak ke anak. Mesti rasa tak best kan kalau kita masak makanan yang daddy tak berapa nak fav. Bila masak lauk fav daddy, Hannah tak bole makan sebab pedas.
Bila banyak syarat tu yang jadi pening nak pikir menu simple quick and easy.

Penat tau... rasa macam tak cukup kaki nak pijak lantai. 

5.30pm keluar ofis, ikut nasib kadang-kadang pukul 6.00 sampai kedai. Kalau nasib kena hadap jam lag la sikit masa. Kalau pulak dah sampai kedai baru nak pikir apa nak masak dah makan masa lagi. Memang kalut la cakap.. Balik rumah berlari nak kan cepat sangat. Hahah laju ke I lari? Kira cepat la sket kan dari jalan kaki biasa.

Semalam dah buat gulai lemak cili padi udang + mangga muda. Dish tak berapa pedas, Hannah and daddy makan banyak.
Hari ni plan nak masak kari sardin je kot. Hannah suka makan kari/gulai kurma, daddy suka makan sardin. Fair to be la rasanya.

Biasa dah berpeluh-peluh, muka minyak-minyak, sampai rumah makchek baju pun bau sambal. :D

Saya berusaha menjadi isteri dan ibu terbaik di dunia. InsyaAllah. Amin.... (sila kecikkan scope hanya untuk jalan cerita ini sahaja ye)

Success doesn't come to you…you go to it

Rabu, 19 September 2012

Its not that hard, just semangat kena kental!

Saya pengamal tegar exclusively full breast feeding concept. Nak kata expert, tak la sangat. Tapi saya buat apa terbaik dengan cara saya sendiri yang mana saya rasa betul.

Kalau balik kampung, semua orang hairan bila tau Harraz tak minum susu formula. Apa yang nak peliknya... Zaman sekarang kan dah canggih. Macam-macam equipments ada, untuk breast feeding process pun sekarang dah hi-tech. Tinggalnya si ibu tu sendiri yang mahu ke tidak je. Tapi jangan lupa, ilmu pengetahuan pun kena luas, takut lari konsepnya nanti. Mr Google the expert kan ada. =D

Kalau nak kata beli susu formula mahal, ada je susu yang murah. Pada saya susu mahal  ke susu murah ke tetap tak setanding susu ibu yang natural. 
Just bare in mind, i tak kondem anak minum susu formula. Hannah pun minum susu formula. Lactogen 3 sahaja.. Bukan brand susu mahal pun. Alhamdulillah la jugak sebab masa sebelum umur Hannah setahun, kami introduce susu mahal kat Hannah (ye la anak first, bajet semua nak bagi yang branded and good quality) tapi bertahan dua tiga bulan je. Lepas tu Hannah reject kena cirit birit sampai dua minggu. Rupa-rupanya Hannah tak demand pun susu mahal.

Owh ye masa tu Hannah terpaksa kami introduce susu formula sebab saya mengandungkan Harraz. Susu kurang, stock pun dah habis. Tapi saya tak pernah berenti susukan Hannah walaupun Ummi saya sendiri marah saya masih susukan Hannah masa mengandung. Katanya nanti anak dalam perut tak cukup zat. Saya degil, tapi saya yakin Allah maha kaya. Saya teruskan breast feed Hannah, tapi dalam masa yang sama saya akan pastikan saya ambil supplements yang cukup untuk menampung keperluan kami bertiga ;(mommy, Hannah dan Harraz masa dalam perut). Alhamdulillah Harraz lahir  sihat, lebih besar dari kakak masa baru lahir dulu. Magik kan kuasa Allah SWT. I love you Allah....

Ok back to the story line. Kalau jawab essay ni dah kena tolak markah sebab lari tajuk. Heheh....

Tapi even susu murah, Hannah di topup dengan vitamins and natural breast milk from me. Kalau di combine khasiatnya, saya rasa tak banyak beza dengan susu mahal. Just my opinion.

My point here kalau takut untuk invest beli susu anak, pada saya tu tak betul. As for me walaupun saya tak banyak invest untuk FM Hannah, tapi supplements untuk saya dapatkan susu ibu yang bekualiti, pam yang bagus dan teknik penyimpanan susu ibu yang betul juga memelukan investment yang tinggi. Cuma bezanya ialah khasiat dan kebaikan susu ibu tu yang kita tak dapat beli kat mana-mana. Kawan-kawan, sila angkat tangan if you agree with me! hahahahah.. Tak pe, I tak nampak pun.

Harraz 4m 2w masih fully breastfeed. Of course dia belum boleh ambik apa-apa supplements makanya saya la jadi pembekal supplements untuk Harraz through breast feedings. Hari-hari saya akan bertarung untuk simpan susu terbanyak yang saya mampu. Target saya setiap hari wajib minimum 20oz.

Kan saya kata saya praktiskan ikut cara saya sendiri. Maka, macam ni la cara saya.

Seminggu ni saya rajinkan diri minum ESP setiap kali lepas pam. Kalau dulu asyik terlupa je sekarang shaker untuk ESP tu saya letak sekali dengan set pam. Bila dah habis pam sebelum basuh botol, saya terus minum ESP. Tak lama pun tak sampai 2 minit abis la. Then terus basuh semua sekali set pam dan shaker. Kan senang... (Again... its my way)
Supplements pulak saya ni tak la rajin mana nak ingat timing makan ubat. Jadinya semua supplements saya makan serentak  sebelum tido. Setahu saya, milk production waktu malam adalah terbaik. Waktu malam juga la kita akan banyak direct feeding dengan baby. Bila kita dah consume supplements plus good quality milk produce, kan berganda-ganda kebaikannya.

Bila siang, kualiti susu digandakan dengan benifit of ESP. Baru la stabil nutritious  susu pam dan susu dierct feeding. (Juga.. ini cara saya)

Alhamdulillah Hannah dan Harraz masih bercinta dengan susu saya. I did tandem nursing even though they both are not twins. Seriously sangat-sangat my precious momentos. 

Aaaa lagi satu nak cerita, Hannah dan Harraz juga diberi makan madu since they were born. Memang ramai yang protest me, madu tak sesuai for babies. Of course I do care, tapi saya bukan bagi sesudu pun. 
For Harraz i bagi secalit je, and untuk Hannah satu sudu kecil. 
It really helps them especially dari segi perkembangan minda budak-budak dua orang tu. Mungkin orang lain tak nampak, tapi cukup untuk kami as the parent, and their grand parents of both sides to determine their mile-stones of growing up. Ingat ye harus la original honey. Madu kampung je sudah... 

Owh ye, My Harraz macam nak kena batuk selsema. Pagi tadi mommy dah makan vitamin C 2 biji extra dari selalu. Ni advice dari sahabat saya, 
Daripada you bagi anak you makan ubat, lagi baik you supply him with vitamins. 
So instead of one tablet per day, i took 2 tablets twice per day. Empat biji sehari.. Bila dah reda back to normal practice. 

I have been trying it for quite some times, honestly speaking it works for me and the kids.

Kalau nak tau apa yang saya consume for all these, rasanya dah well known sekarang ni. Dulu time Hannah belum famous lagi. Sekarang dah macam merata-rata consume benda yang sama.

Korang pun sure dah tahu jugak kot, tak perlu la saya promot lagi. Just to share my story based on my experiences and practices.

Success doesn't come to you…you go to it

Sabtu, 15 September 2012

Saya sorang je tak tido, maka entri kosong.

Kakak tido dalam buai beralun-alun. Didodoikan dengan vclip Untuk Dia; Sleeq n Najwa Latif sampai tertido. Bertemankan Ephant kesayangannya. Selesa sungguh!

Tapi, Adik tertiarap sendirian atas playpan beralaskan sehelai toto. Tidonya pun dah separuh badan atas lantai. Adik tertido sendiri sorang-sorang kat ruang tamu. Kesian!

Tak ada pilih kasih antara mereka, tapi anak bujang saya memang sangat independent. Sangat tak banyak ragam, beralah dengan kakak.

Harraz Nazhan handsome boy mommy yang macho!
Hannah Qaisara pretty girl mommy yang manja!

Mommy loves you both!


Haihhhh lama budak-budak ni lena, sat lagi nak balik Tanjung Malim bersilat la mommy dalam keta melayankan korang..

Daddy cepat la balik..
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Selasa, 11 September 2012

Apa keje la Harraz ni main sembur-sembur.
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Banyakkan halnya?

Banyaknya benda dalam kepala saya ni. Tapi tak terlepas keluar jadinya saya pun tak berenti berfikir.

Tini dah masuk labor room Hosp Putrajaya. Ikut hati rasa nak sangat pegi tengok dia. Dulu masa deliver Hannah dan Harraz, Tini la jadi penunggu setia melawat saya kat ward. Tapi bila sampai turn dia, saya tersekat duduk kat rumah.
Nak pegi sendiri, kereta kat rumah Makchek. Hannah dgn Harraz pulak nak tinggalkan kat mana?

Hari ni saya tak masuk ofis sebab Hidzwan anak Makchek pun masuk ward kat PPUM. Pun jugak saya rasa nak pegi tengok keadaan dia macam mana. Hidzwan kena admit sebab dah de-hydrate.

Hal keje pun ada urgent yang saya kena settlekan. Derang dah tanya. Eh runsing la.

Yang Hannah pulak tak baik lagi cirit biritnya dah seminggu. Hari ni je dah 10 kali. Kalau bawa Hannah refer hospital jugak, buatnya kena tahan ward, Harraz macam mana. Nak hantar rumah Makchek, Makchek pn kelam kabut anak dia tengah kat ward.

Esok harusnya juga saya tak masuk ofis lagi sebab tak de orang nak jaga Hannah dan Harraz. Muka tebal dah nak mengadap boss. Jangan sampai boss suruh resign sudah.

Duk bebel sorang2 pun sia-sia je sebab saya masih membatu di rumah.
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Khamis, 6 September 2012

Ladies day out.

Hannah is my best friend. Honestly adalah sangat susah untuk saya spent masa sendiri, hang out dengan kawan-kawan sejak kawin.

That day, saya bawa Hannah pergi checkup and cucuk. My toddler is one and a half year now. She has completed all her baby-toddler immunisations, at her weight is 14kg.

Dah habis cucuk, plan to belanja Hannah lunch. Lama sangat kat klinik sampai sempat dua kali tido, mana tak laparnya. So we went to IOI Mall. I cakap nak belanja nasi ayam, tapi unfortunately tak de pulak Chicken Rice Shop.
Tetiba rasa gatal miang nak tengok movie. Hurm tak ingat dah tahun bila last I tengok wayang. So I just brought my girl along. Tak de pula cite katun, last-last tengok cerita 29 Februari. Katanya ala-ala muzikal. Belasah saja..

My girl friend tu sangat behave. Sangat cute dengan kebobotan debabnya. Hahaha..
Lalu depan kedai nampak belon, nak belon. Brader tu pun gigih masuk dalam kedai buatkan belon cantik untuk Hannah.
Dalam kereta pun kena ngorat dengan abang lori sebelah. Tapi Hannah as usual, dia takut dengan orang yang dia tak kenal.

Dah habis dating baru kitorang cerita kat daddy yg kami pergi jalan-jalan tengok wayang.
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Teh susu dalam botol.

Ok saya jakun sebab ni la baru saya jumpa ready made teh susu. 
Rasa bole tahan la tapi aroma teh jasmine (kot) agak kuat. Botolnya kecik size biasa je. Tapi ambik kau sebotol ni RM3.80. 

POKKA Premium Milk Tea

Teh tarik kat mamak baru berapa je kan. :))

Saja nak mengada!

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Untuk memanjangkan cerita, semua tu adalah beg-beg yang saya sorong setiap pagi.

Semalam makan Dominos dengan Aunty Tini kat Putrajaya, makanya ada lebih pizza boleh la bawa bekal untuk breakfast kat office pagi ni. 

Botol hijau tu saya nak guna buat shaker ESP (Soy Protein Isolate Powder) from Shaklee. ESP tu saya tinggalkan je kat office sebab saya nak minum everytime lepas pam susu. 
FYI, ESP tu memang saya tak lalu nak telan plain macam tu je.. Nak beli susu asyik terlupa, makanya saya pun merembat susu tepung Dutch Lady coklat Cik Hannah yang daddy tersilap beli minggu lepas. Hannah tak sesuai minum susu tu asyik cirit je. Penat mak nak mencuci, pampers kejap-kejap tuka, montot si anak pun dah melecet. Kesiannn....
Dari terbiar je susu tu mommy ambik la ye. Belasah je susu baby ke apa.. Janji sedap. heheheh.. I tak membazir kan. ;) 

Juga Soy Lecithin from Shaklee tak ketinggalan. Gara-gara malas nak isi dalam bekas pil, saya angkut dengan botol sekali. Nak makannya sekali je pun jap lagi lepas lunch karang, tapi kalau dah malas tu tak bole nak buat apa la. Gigih la bawak botol besar tu kemana-mana.

Beg hitam tu pulak, cooler bag saya nak isi susu bekalan Mr Harraz yang saya pam di office. Kalau orang tak tau semua ingat saya kendong DSLR  pegi keje. Tak kuasa I. Kamera canggih tu pun I tak ada tau. Tapi apa yang saya duk usung hari-hari ni nilainya tak de jual kat kedai tau. :D 

~~ SUSU IBU untuk anak tersayang saya~~

Yang kaler maroon tu of course bag wanita, hohhh wanita yeh. Wanita la kot dah jadi emak anak dua kan... 
keskeskes....

Berdasarkan pemerhatian, sarat benar dah adik ipar ku itu. Kesian.. Tapi dia pun gagah benar selamba je dia duduk sorang-sorang kat umah. Take care dear Tini, be careful in every steps u make. Akak doakan semuanya selamat. InsyaAllah.

Success doesn't come to you…you go to it

Selasa, 14 Ogos 2012

Hannah saya..

Hannah saya demam. May be sebab terkejut dia jatuh gedebush masa main mlm td.
Anak dara tu walaupun badannya kussss semangat, tapi lasaknya aduhaiiii ligat!
Hannah main joget2 masuk dalam baldi. Dia kan debab, penuh la baldi tu jadi tak balance. Makanya jatuh la dia.

Pecah bibir berdarah banyak gila. Sedih mommy tengok darah terbazir. Nangis gak la mommy semalam. Hati si emak ni mmg syahdu sket.

Sekarang Hannah demam pulak. Pagi tadi lepas keluar anta adik pegi skolah, bawak Hannah pegi klinik. Tapi sebelum tu sempat Hannah main kuda nyanyi kat Caltex dua round. Minum Yogurt Bliss sebotol.
Mommy belanja Hannah nasi ayam Ayamas, dah abis separuh Hannah makan.

Hannah dah tido. Makan ubat, minum susu. Mommy tak bagi Hannah susu botol. Mommy bagi Hannah susu mommy. Peluk-peluk Hannah sampai Hannah tido. Hari ni mommy jaga kakak ok!

Hannah cari adik. Sikit-sikit Hannah jerit "adiiikk..adiiikkk..." Cari adik dalam baby cot tak de. Cari adik kat tilam tempat adik selalu tido pn tak de. Haih la Hannah ni, mommy pulak rasa rindu kat adik.

Serious mommy rindu Harraz, sayang.. Petang nnt mommy dgn daddy ambik adik k.


Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Jumaat, 3 Ogos 2012

Anak dara I ni kan.....

Hannah ni kelakar la. Dah la tembam, banyak cakap pulak. Tapi `bahasa' dia la. Atok cakap Hannah cakap bahasa URDU. Orang tak faham bahasa dia, tapi dia faham apa kita cakap.

Hannah baru 15months tapi lagak gaya macam dah 2-3 tahun umurnya.
Dek kerana Hannah seorang boleh porak peranda satu rumah macam kena langgar todak. Hannah la 'todak cute' tu.

Saya rasa teringin nak tau apa yang sedang bermain dalam fikiran anak dara saya tu. Tak boleh duduk diam walau seminit. 

Daddy cakap; Hannah busy girl! As always busy!.

Hannah suka joget perut. Perut dah la bulat! Semua bulat. 

Bagi Hannah makan sate, Hannah buat sate jadi drumstick ketuk-ketuk drum. 

Mommy tgh mop lantai, Hannah pesta mandi buih dengan air sabun lantai tu. Bertuah anakku!

Hari-hari sampai je rumah Hannah terus punggah semua mainan satu bakul. Hari-hari la rumah selerak dengan mainan Hannah yang dah berterabur.

Hannah nak minum air kotak susu, kalau time mood baik habis sekotak Hannah minum. Tapi bila agak-agak dah boring tak de sape nak layan dia, creativiti terlebih Hannah pun datang. Hannah tuang air kotak atas lantai buat macam tuang kicap. Dengan bangganya siram lantai rumah dengan air kotak. Huwarghhhh!! 

Orang berbuka puasa, Hannah pun nak buka puasa. Tapi Hannah usung pinggan tawaf satu rumah habis terabur makanan. Hari-hari jugak la mommy kena mop lantai. Kadang-kadang angkara Hannah saya rasa sangat letih bila tengok rumah dah tak macam rumah. Aiyoooo! 

Tapi redha je la. Tak pe, nanti mommy kemaskan. Maka itula alkisahnya kadang-kadang pukul 6pagi saya login bersama batang mop dan penyapu sorang-sorang.

Hannah dah boleh diharap. Walaupun bukan kerja berat, tapi dia boleh terima arahan.

Masa kat rumah nenek, Hannah tengah main-main kat luar. Saya cuci pinggan kat dapur. 
"Hannah, sini kejap. Tolong ambil botol susu Hannah dalam bilik, mommy nak basuh".
Terkedek-kedek Hannah pergi ambil botol susu dia bagi kat saya. Comel!

"Hannah tolong mommy buang pampers adik." 
Hannah letak dulu mainan dia, datang ambik pampers adik masuk tong sampah.
Hari tu ada cicak kat dinding dekat tong sampah. Hannah takut. Bila buang pampers adik, Hannah tak berani nak dekat tong sampah. Hannah pun letak pampers adik atas lantai, dekat dengan tong sampah. Hihih.. jadi la.

Ummi selalu pesan, Hannah smart girl dia banyak berfikir sebab tu dia macam tu. Tak pe.. (Saya selalu bagi Hannah makan madu since dia baby. Alhamdulillah perkembangan mindanya sangat-sangat aktif sampai penat dibuatnya)

Hannah sayang adik. Hari-hari bangun tido terus Hannah cium adik. 
Kalau dia dengar adik nangis cepat-cepat Hannah datang tengok adik. 
Hannah nak main dengan adik, Hannah bagi adik share 'Ephant busuk' dia. (Macam la adik tu tau kan...)

Lately ni selera Hannah menjadi-jadi mengalahkan orang puasa. 
Kadang-kadang saya terfikir Hannah ni tak makan ke kat rumah Makchek. 
Bertuah la Hannah tak makan, dia makan nasi dua senduk, susu empat kali pagi sampai petang. Tu belum masuk jajan roti ngan biskut.
Bila malam, sampai rumah Hannah minta susu lagi. Habis 9oz botol penuh. Lepas tu makan nasi, makan biskut, makan prune, air susu kotak. Kelmarin saya rebus megi untuk goreng sahur; Hannah minta nak makan. Nak tido lagi sekali susu 9oz. Uiiiiii!!!! 

Hannah pandai minum air masak sendiri. Bila dia rasa dahaga, Hannah cari botol air kaler pink dia minum air. Sebab tu saya kena selalu make sure botol air Hannah ada air. 
Ummi cakap, macam anak Cina kemana-mana usung air kosong. Bagus la.

Owh!! Hannah masih nursing dengan saya. Bukan sikit-sikit dia minum, kadang-kadang sampai sendawa. Meleleh air susu kat mulut Hannah. Bila saya tengok, saya rasa syukur sebab memang betul-betul Hannah minum susu mommy. Bertambah-tambah la bulatnya ABAM!

Bila tengah nursing adik, Hannah pun join. Diam-diam Hannah ambik 'Ephant' terus panjat badan mommy cakap "nak..nak.." Tak kira la berdiri ke, tertonggeng ke, tersenget duduk ke, janji yang penting dapat. 

Haih la Hannah.. Hannah..





Saya la adik kesayangan Hannah. =)


Success doesn't come to you…you go to it

Isnin, 23 Julai 2012

Dah Ramadhan la.

Saya simpan azam nak puasa penuh tahun ni. Moga-moga dengan puasa yg berkualiti.

Hari ni 1st day kerja dan puasa. Daily target at least 20oz collection dah tercapai. Alhamdulillah.
BIG thank you to Allah ada rezeki Harraz walaupun mommy puasa dan x berapa sahur pagi tadi.

To celebrate 1st Ramadhan kebetulan turn balik Tg Malim. Family kecik, orang pun tak berapa nak ada. Harapkan Hannah je la yang buat bising kat rumah tu. Harraz kecik lagi, dia tolong riuhkan time menangis bila nak susu je la. 

Tak sabar pulak rasanya nak tunggu budak dua orang tu dah boleh main kejar kejar sama-sama. Mesti tunggang terbalik rumah atok dengan wan; haaaaa time tu baru pening kepala. :D

Menu 1st puasa ayah masak ikan masak kicap, rendang ayam kampung. Ummi masak bubur ubi kayu campur durian.Kak long and family visit pasar ramadhan topup kuih and air.
Kat pasar banyak orang jual bubur lambuk which is fav Hannah. Kan ala2 bubur ayam Mcd tu. Dia suka la. Habis sebekas Hannah makan sorang.

Esoknya ayah tak berapa sihat; so menu pun blur. Sebab selalunya ayah yang tentukan nak masak lauk apa. 
Endup tgh hari I yang buat decision masak kurma daging, ayam goreng hitam dan tumis salad. Then minta ayah masakkan nasi briyani. Settled! Petang semalam hujan, tak de sape yang rajin nak menjengah ke pasar ramadhan. Makanya berbuka la dengan apa yang ada.

Malam semalam nak balik atok dengan wan peluk cium Hannah macam sedih sangat cucu sulung nak balik. 3-4 kali sikit-sikit cium. peluk peluk. Terharu saya tengok diorang sayang sangat dekat Hannah debab. ;)

Dalam kereta Hannah tak tidur pun. Duk pusing-pusing ambik mood tak jumpa2 last2 dah sampai KL. Tg Malim-KL jauh mana sangat pun kan. Sejam je. tu yang tak jumpa mood tido cik Hannah walaupun dia dah sipi mamai nyanyi2 sorg-sorg. Tiba-tiba keluar lagu 'Untuk Dia' Najwa Latif dengan sape tah tu. Lagu fav Hannah. Automatik celik mata dia joget-joget dalam baby car seat tu. 

Boss dah balik, so saya pun harus la mahu balik jugak. 
Jom!

Eh! Selamat berbuka puasa... Hari ni dah 3rd puasa, tup-tup esok dah hari ke 30 puasa. Hurmmm...

Success doesn't come to you…you go to it

Selasa, 10 Julai 2012

Muhammad Harraz Nazhan Bin Mohd Amli

Harraz Nazhan; Yang amat warak; jauh dari perkara yang di keji.

My handsome boy now is two months old. Saya admit, Harraz sangat baik.  I can say he is a very good boy, sangat manja boy and very independent. Tak banyak ragam, tak de nangis nangis tak tentu pasal.
Terima kasih adik.


Name: Muhammad Harraz Nazhan
DOB: May 8,2012
Weight: 3.40kg
Extremely miracle was happened masa nak deliver Harraz. I was hoping for normal birth kali ni, alhamdulillah Tuhan makbulkan.. Everything in short time and went very smoothly.

Sunday evening: Saya rasa macam sakit perut tapi tak kerap. Can consider it once at every hour. Went to hospital just to run normal check-up since i already skipped my weekly routine checkup at the final week. ( Sukahati je kannn )
Sunday night: Start  pukul 10pm sakit makin kerap melarat sampai Isnin pagi i can say the pattern was 15-30min sekali. 
Memang tak sempat tido malam. Saya pesan dekat husband, `bila saya sakit perut saya genggam tangan abg kuat-kuat ye.'
Still lagi blur contraction ke tu??  (Hannah dulu masuk ward tak de sakit-sakit pun.)

Monday morning: Serah diri ke Hospital Serdang, kali ni confident dengan bag sebab patutnya esok dah due date.
1pm : Warded. Confirmed contraction every 5 mins.
7pm : Di pos ke Labour room.

Kenapa tetiba ada baju Hannah ni?? 

Ini la baju Hannah yang teman saya sepanjang masa. Dalam dewan bersalin pun saya bawa. Penguat semangat dan untuk lepas rindu saya kat Hannah. 


Husband teman saya sepanjang malam. 
Tersangat sakit; sampai rasa nak give up. Cakap kat doc 'saya nak operation plsss saya dah tak larat.'
Tapi docs semua tak bagi. They said u have progress cuma lambat sikit. Kena kuat and sabar banyak-banyak.
Bila husband ada dengan kita, perasaan nak ikut perasaan tu still lagi boleh di control. 

2am:  saya lapar and dahaga. Husb keluar kejap then bawak masuk burger dan air. Pedulik la labor room pun saya blasah makan burger.

 2 kali kena injek pain killer ~ ~ legaaaa... SEKEJAP

Husband asyik kena marah sebab wire oxygen tersangkut. Tak pasal je kan...  ;) Apa pulak kaitan dia wire tu nak tersangkut. Hehe sorry la yang, sakit yang dah tak bole nak fikir.

5.50am:  husband keluar skjp lepas mamai-mamai lelap tido-tido ayam.
5.56am:  doc suruh saya PUSH! PUSH! dah buka habis ni cepat!!.....  Blur OK tetiba je.
6.05am:   husb datang balik, tengok doc tengah jahit. Nurse pulak tanya dia encik dah tengok baby? Lagi husband blurrr errr dah bersalin eh????

Ambik sekali 27 jahitan saya kena. Tapi tak pe, mommy merasa deliver normal finally. 



7pm: saya pun dah boleh balik rumah bawa baby. Tak sempat bermalam pun dekat hospital dah discharge. Syok kan!! =)

Success doesn't come to you…you go to it

Selasa, 15 Mei 2012

Hannah ada adik

Hari ni Harraz dah lapan hari. Sejak adik lahir, saya sangat rindu nak peluk Hannah kuat-kuat,nak cium Hannah banyak-banyak, nak gomol-gomol Hannah sampai gelak-gelak.
Betul, saya sangat rindu moments tu semua. Kalau dulu kita selalu main sama-sama sampai Hannah gelak seronok sangat. Saya rindu nak tgk Hannah tido lasak pusing satu katil.
Bukan saya tak sayang Harraz, saya sayang cuma perasaan kesian dekat Hannah.
Mommy tak nak Hannah rasa mommy tak sayang kakak.
Pagi tadi saya dapat tido peluk Hannah. Rasa la lega sikit, tapi tak puas.
Tak baik ke saya ada perasaan macam ni?
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Jumaat, 27 April 2012

cuti!

Banyak tak ter-update tapi malas nak meng-update. What can I say is sekarang dalam mode quarantine for long distance travel and red alarm alert has put on. It could be at anytime and anywhere.

I have planned to start my maternity leave effectively by next Monday. Hoyeh!!! Cuti... :D

Preparation not yet completely done. Sebab tu saya cuti awal so that I can packing. Cuti jugak sebab saya nak rehat get my body and soul ready for delivery soon. Instead of body rest, I also need my quality time staying alone at home for mengaji Quran and baca Yaasin as much as I can.
Honestly speaking, kalau tak mak ni sibuk dengan Hannah, her husband, rumah tangga dan kerja. Who should you blame? Yourself!

Jom tido! Tomorrow gonna be my last day work. Of course there's many things to clear up so I need more energy. Tata!
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Selasa, 3 April 2012

Dear painful please run away!

I'm in pain. Seriously painful. Bukan tahap rasa nak nangis je tapi memang dah meraung.
Kalau ikut due ada lagi sebulan, but I hardly cannot immagine myself to stay this way for another one month. Seminggu sekarang pun Allah SWT je yang tau.
Doakan saya dan baby kuat dapat bertahan until the right time comes.
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Rabu, 28 Mac 2012

My Toddler.

 Your toddler's increasing control over her hands means that your hands may be even fuller than usual. She'll poke and prod everything that interests her, which probably means anything within reach. Your toddler may scribble with a crayon, grab a spoonful of kaya, or rub her fingers in tomato sauce just to see what happens. Though you may be all too familiar with the outcome - more cleaning up for you - remember that your child learns something about the consequences of her actions from every one of her messy experiments.
 Owhh my goodness apa yg Babycenter ni cakap so so and soooo true.

Tangan dia lagi cepat dari apa yang kita jangka. End-up all will become very messy and untidy. Sape yang kena kemas balik?? Who else... Mommy la.

Semalam masa nak bagi Scott Emulsion Hannah tepis habis tumpah sebotol lepas tu buat masker sapu kat muka, jadi shampoo kepala.. Rasa-rasa boleh marah tak??? Ya Allah kan ke hanyir bau minyak ikan tu Tuhan je la yang tau. Tapi Hannah ni macam dah tegar je dengan bau hanyir tu. Aiyarkkk...





Success doesn't come to you…you go to it

Isnin, 26 Mac 2012

Al Fatihah - Nur Qalesya Amani.

Saya sedih, saya menangis.
Walaupun bukan anak saya, tapi saya teramat sedih. Sunggu-sungguh saya menangis.
Tak terbayang kalau saya di tempat mereka.
Sungguh berat ujian yang Allah beri kepada mereka tapi betul, sesungguhnya Allah Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.. Allah tak kan uji kita apa yang hambanya tak mampu nak tanggung.

Berat mata yang memandang berat lagi bahu yang memikul. Tapi semua yang berlaku pasti ada hikmah disebaliknya. InsyaAllah. 

Anak sulung yang dikandung ibunya selama 10 bulan, dinantikan dan diraikan kelahirannya tiba-tiba sakit bertarung nyawa di ICU dah hayatnya hanya mampu bertahan sehingga usianya dua bulan. 

Ya Allah, saya doakan semoga sahabat ku cekal menghadapi dugaan-Mu, semoga bayi kecil itu menyambut ayah dan ibunya di syurga kelak. 

Bila saya tengok je gamba baby tu berjurai air mata saya terkenangkan keadaan dia yang tenat pada usia yg sangat kecil. Terkenangkan ayah dan ibunya yang kehilangan permata sulung yang sangat-sangat mereka tunggu. 

Al Fatihah untuk Nur Qalesya Amani. InsyaAllah syurga jaminan Allah untuk kamu sayang.. 

To Ani dan keluarga, semoga kalian kuat dan tabah menghadapi ujian-Nya. 

(Memberi keinsafan dan peringatan kepada diri sendiri yang lagha dengan rezeki dan nikmat dari Tuhan.)

Sepanjang kandungan saya kali ni dah dua kali saya menangis teramat sedih dengar berita anak-anak sahabat yang meninggal dunia sewaktu kecil.

Bayi yang dikandung meninggal dunia sewaktu usianya 27 minggu dalam kandungan. Mereka kembar tapi Allah dah takdirkan hayat mereka hanya setakat itu, si ibu sangat kuat melahirkan jenazah anak-anaknya secara normal walaupun dia tahu akan tiada tangisan selepas mereka dilahirkan. 
Juga saya tak tahu adakah saya kuat untuk berdepan dengan situasi itu kalau saya di tempat dia..

Saya berdoa semoga saya selamat melahirkan little adik. 
Semoga little adik sihat, kuat, cukup sifatnya dan membesar sama-sama dengan kakak Hannah jadi anak-anak yang soleh solehah, yang pintar akal fikirannya, yang mulia akhlaknya dan berjaya dunia akhirat. 
Jujur, ni la doa mommy utk anak-anak mommy sayang.

To Mr husband,tolong doakan untuk kami juga ya.

Me also pray semoga saya dan suami dipanjangkan umur untuk membesarkan mereka bersama-sama sebagai satu keluarga sehingga mereka dewasa. (Dalam kata lain tolong panjangkan jodoh kami Ya Tuhan)

Banyaknya permintaan saya..

 Success doesn't come to you…you go to it
 

It whirls likely W.H.E.E.L Copyright © 2009 Cookiez is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template